CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anok_Tupa

KPH VILLA - 101 - Jom Undi Matahari Di Carta Hot FM & ERA FM

 Close [Copy link]
Post time 21-7-2014 09:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 09:27 AM | Show all posts
hafizsuip   Balik kampong!!!oooo ooooo oooo  7h

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 08:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 08:39 PM | Show all posts
hafizsuip   Balik kampong  2h  

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 04:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 04:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2014 04:14 PM | Show all posts
Tetap layan walaupun sakit

2014/07/22 - 23:56:21 PM Oleh Hanisah Selamat





Walaupun muncul dengan tangan berbalut disebabkan kemalangan motosikal, Hafiz Suip tetap ligat melayani tetamu yang memeriahkan Majlis bersungkei di Wisma Sejarah Jalan Tun Razak, Sabtu lalu.

Kecederaan pada bahagian tulang selangka hingga memerlukannya memakai anduh sedikit pun tidak menghalang penyanyi itu menikmati suasana berbuka beramai-ramai anjuran penyokong tegar, Hafiz Fan Club (HFC).

Sudah menjadi tradisi sejak bergelar juara, perhimpunan tahunan yang mengambil keberkatan Ramadan itu bukan hanya sebagai tanda sokongan malah merapatkan silaturahim antara peminat.


Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini


~~~ bharian.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 04:18 PM | Show all posts
Hafiz Suip Gembira Jadi Tauke, Selesa Pantau Kafe Sendiri

22/07/2014



Siapa sangka penyanyi popular, Hafiz Suip sangat meminati bidang perniagaan makanan dan disebabkan itu wujudlah restoran dinamakan Thymes.

Sejak restorannya yang terletak di Seri Kembangan itu beroperasi dua bulan yang lalu, Hafiz berkata masanya kini banyak dihabiskan premis perniagaannya itu.

“Saya seorang yang sangat cintakan makanan dan saya suka makan Sebab itulah saya buka kafe. Sebenarnya cita-cita untuk membuka restoran dah lama.

“Disebabkan minat, saya tidak kisah menghabiskan masa di kafe. Tambah-tambah lagi Ramadan ini, memang kebanyakan masa saya di Thymes sahaja,” katanya ketika ditemui Astro Gempak baru-baru ini.

Tambah Hafiz lagi dia tidak mahu dikatakan kafe yang dibukanya itu hanya sekadar menumpang namanya sahaja.

“Saya lebih selesa berada di kafe kerana sebelum ini ada juga terdengar rungutan orang ramai mengenai artis buka kafe tetapi batang hidung pun tak nampak.

“Keperluan untuk saya ada di kafe itu adalah sangat tinggi sebenarnya. Sebab, orang tidak akan kenal kafe itu dengan nama Thymes. Sebaliknya, nama yang akan naik dahulu adalah nama Hafiz, baru nama Thymes.

“Jadi, kalau saya tidak berada di sana dan tidak tahu sekiranya kafe saya tidak menepati kehendak pelanggan atau tidak, nama yang akan terjejas sudah pasti nama saya.

“Selepas itu barulah orang akan kaitkan nama kafe dan nama rakan saya," jelasnya yang membuka kafe itu hasil kerjasama dengan rakannya yang juga merupakan seorang cef dan berpengalaman membuka kedai makan sebelum ini di Sarawak.

“Untuk mengelak perkara sedemikian, saya rasa adalah elok jika saya sendiri yang pantau dan kerap berada di sana untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik," jelasnya.

Menurut Hafiz lagi, antara makanan yang akan dihidangkan termasuklah makanan barat. Selain itu, dia turut membawa beberapa menu daripada Sabah dan Sarawak sebagai daya penarik ke kafenya.


~~~ astrogempak.com.my ~~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 04:34 PM | Show all posts





~~~ IG Official Hafiz FC ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 09:12 PM | Show all posts
hafizsuip   My long lost friend...  3min  



Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 08:04 AM | Show all posts
Harap tuah Matahari

Oleh Georgie Joseph

Sebut nama pe­nyanyi hebat kelahiran Sarawak, legasi dibina Hafiz Suip dalam industri muzik tempatan sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi.

Namanya sudah cukup kuat sebagai antara penyanyi hebat pernah dilahirkan di negara ini.

Kebelakangan ini, kejayaan berganda yang digondol bahkan membuktikan penyanyi Awan Nano itu berada di kemuncak kerjayanya. Lagu-lagu yang dinyanyi­kannya juga tidak pernah gagal meninggalkan impak tersendiri dalam kalangan pendengar.

Bermula dengan Masih Jelas, Awan Nano, Ku Akui dan Bahagiamu Deritaku, semuanya berjaya melonjakkan lagi nama penyanyi ini. Tidak dinafikan, lagu-lagunya memang cukup berbisa.


TETAP meluangkan masa meraikan tetamu meskipun tangan patah.

Bagaimanapun, tahun ini menjadi sedikit suram baginya apabila sedar ataupun tidak, belum ada single daripadanya yang ligat berkumandang di radio sebagaimana lagu Bahagiamu Deritaku, tahun lalu.

Sama ada memang tidak mempertaruhkan mana-mana single baru ataupun masih dalam proses pembikinan, sebalik­nya menurut Hafiz, pihak pengurusan sebenarnya sudah cuba menghantar sebuah lagu berjudul Kesimpulan.

Apapun, seakan-akan tidak menjadi, lagu berkenaan nampaknya tidak berjaya mencetuskan impak berbanding lalu-lagu sebelum ini lantas Hafiz sendiri tidak pasti di mana silapnya.

“Sebenarnya, kami sudahpun menghantar lagu berkenaan tidak lama dulu untuk diputarkan di radio. Bagaimanapun, entah di mana silapnya, lagu terbabit kurang mendapat perhatian dan saya agak terkilan sangat.

“Baru-baru ini lagu Matahari juga sudah dihantar dan saya sangat berharap single ini mampu diterima baik sebagaimana lagu-lagu sebelum ini.

“Saya sendiri secara peribadi sangat me­nyukai lagu ini kerana ia membawa makna yang cukup besar. Ciptaan sepenuhnya Ajai, ia disadur elemen ketuhanan dan sangat mendalam maksudnya,” katanya yang ditemui, baru-baru ini pada majlis berbuka puasa anjuran kelab peminatnya.

Masih tebal dengan rasa merendah dirinya, dia juga bersyukur de­ngan kelancaran kariernya setakat ini, namun berharap peminat akan terus menyokongnya.

“Saya tidak mahu memikirkan sangat me­ngenai isu lagu itu, sebaliknya mahu terus memberikan yang terbaik kepada peminat di luar sana. Syukur, rezeki masih berpihak kepada saya dan semoga akan berterusan begini,” katanya.

Sudah menjadi kemestian buatnya mengadakan majlis berbuka puasa dianjurkan kelab peminatnya, Hafiz Fan Club (HFC). Pada majlis yang dihadiri 150 peminat itu, Hafiz tetap meluangkan masa meskipun menderita patah tangan.

“Setiap tahun memang majlis ini wajib diadakan dan biarpun kali ini saya terbabit kemalangan kecil, saya tetap mahu hadir berikutan tidak mahu melepaskan peluang berjumpa peminat serta anak yatim yang diraikan.

“Tiada apa yang lebih menyeronokkan selain dapat berjumpa mereka lebih dekat dan istimewanya hubungan kami sudah menjadi seperti satu keluarga,” katanya.

Pada majlis berlangsung di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur itu, seramai 18 anak yatim daripada Pertubuhan Amal Kesayanganku Selangor diraikan. Hafiz sempat menghiburkan hadirin dengan beberapa lagu termasuklah Bahagiamu Deritaku, Matahari dan Ombak Rindu.

Patah tangan dihempap motosikal

Cedera baru-baru ini selepas dihempap motosikal menyebabkan tangannya patah, Hafiz mengambil keputusan berehat lebih lama sempena Aidilfitri ini.

Selepas keadaan me­ngizinkan, dia akan kembali merencanakan karier nyanyian di mana beberapa persembahan penting sudah menanti­nya.

“Saya akan balik ke Kuching beberapa hari sebelum raya dan gara-gara kecederaan ini, saya akan menambah lagi seminggu waktu cuti sehinggalah benar-benar sembuh. Buat masa ini, tangan saya tidak boleh digerakkan langsung.

“Nampaknya, kena beraya dengan tangan patah tahun ini,” kata­nya yang tidak bercadang mengadakan rumah terbuka tahun ini namun mengalu-alukan peminat datang beraya di rumah­nya di Kuching.

Sekembalinya daripada bercuti, Hafiz akan kembali sibuk mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe (HRC), Pulau Pinang bersama Hazama dan Akim Ahmad selepas sambutan hebat persembahan sebelum ini di HRC, Melaka.



~~~ hmetro.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 11:18 PM | Show all posts
illasabry_   @hafizsuip Semoga cepat2 sembuh yer dik .. Tqsm for everything .. U did a great job for jingle raya Bank Rakyat..  Seronok bekerjasama dgn awak .. Well done bro ! 41min

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 11:24 PM | Show all posts
hafizsuip   Thanks to bank rakyat for the gift...  2h  

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 11:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 11:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 11:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2014 11:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 11:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 11:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 11:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.339398 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list