|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
Pengalamanku di Navajo Nation Bahagian 2
Macam aku cakap tadi, sedar tak sedar dah hampir 2 tahun aku di sini. Walaupun selama ni kita selalu dengar pasal orang Asli Amerika yang kononnya pemalas, kaki hisap dadahlah tapi dari pengalaman aku, aku tak pernahlah jumpa karakter macam tu di sini. Anak-anak murid aku pun semuanya bersemangat nak belajar. Gaji aku walaupun kecil tapi bagi aku cukup sangat dah untuk menampung hidup aku. Kadang-kadang gaji aku tu aku belanjakan untuk anak-anak murid aku, buat majlis sambut harijadi ke, taja perlawanan bola keranjang mereka ke. Aku guna tabung amanah aku sendiri untuk beli mini van senang nak bawak diorang ni kalau ada pertandingan di luar kawasan.
Saat paling membanggakan bagi aku adalah apabila murid-murid aku berjaya melepasi peringkat daerah untuk pertandingan mengeja (spelling bee). Punyalah seronok budak-budak ni sebab dapat pegi ke bandar Salt Lake City untuk bertanding jadi wakil negeri pulak. Walaupun kami kalah awal, tapi murid-murid aku takdelah kecewa sangat. Diorang sebenarnya sangat teruja sebab dapat tidur hotel, dapat makan di Olive Garden, jalan-jalan di bandar besar. Untuk pertandingan ni, aku bawa 6 orang anak murid, dan 2 orang guru pengiring, iaitu Joe dan sorang lagi guru wanita. Aku bawak mini van, Joe pulak bawak trak pakcik dia. Aku gunakan wang aku sendiri untuk menaja diorang. Aku tak kisah malahan aku sangat gembira bila tengok anak murid aku gembira dibawa ke sini.
Pertandingan tu bermula pada hari Jumaat. Sebab perjalanan yang jauh hampir 7 jam la jugak, kami bertolak pada hari Khamis. Sepatutnya Jumaat tu sebab kami tak lepas pusingan awal, boleh je balik hari tu. Tapi kononnya nak menggembirakan hati anak murid aku yang kecewa sebab kalah awal tu, hari Jumaat tu kami pun berjalan-jalan di bandar Salt Lake City tu. Sabtu tu konon nak balik seawal pukul 7 pagi kononnya, tapi kami singgah sarapan dulu di Pancake House, tung tang pukul 9 pagi jugaklah kami baru masuk lebuhraya. Mujurlah anak murid aku semua keletihan jadi diorang cuma tido je sepanjang perjalanan balik tu, bangun pun sebab nak makan tengahari je. Sampai di sekolah dah pukul 5 petang. Ibubapa masing-masing dah menunggu nak ambil anak diorang, kecuali 2 orang ni je, pasangan adik beradik Jenny dan Johnny. Sebabnya aku memang dah janji dah dengan ibubapa Jenny dan Johnny ni nak hantar diorang terus balik ke rumah sebab rumah diorang ni antara paling jauhla jugak.
Aku sampai di rumah Jenny pukul 6 petang. Ibu mereka dah menunggu di luar rumah. Aku pun yang masa tu tak sabar nak balik rumah, tak turun pun, hanya sekadar melambai ibu Jenny dari dalam minivanku. Aku pun keluar dari lorong rumah mereka menuju ke jalan besar. Sekali tu aku terperasan tangki minyak aku dah mencecah E. Aku pun berhentilah di sebuah stesen minyak milik Pakcik Ed nak isi minyak sambil cuci muka sekali. Entah macam mana, aku tergerak nak tengok tempat duduk belakang, aku ternampak ada sebuah dompet kecil berwarna merah jambu dengan corak Dora The Explorer di tempat duduk belakang. Bila aku bukak, ada tertulis dalam dompet tu, This belong to Jenny. Alamak ni mesti Jenny yang tertinggal ni. Aku tengok jam di tangan, baru pukul 6.30 petang. Eh sempat ni kalau nak patah balik. Sebenarnya boleh je kalau nak tunggu hari Isnin, tapi aku terfikir kalau Jenny perasan dompet dia tercicir mesti dia risau.
Aku pun patah balik la, konar dari jalan tar masuk ke jalan berbatu menuju ke rumah Jenny. Aku tengok bapak Jenny dah balik dan masih dalam baju kerjanya. Aku pun salamlah bapak Jenny. "Eh cikgu, kenapa ni ye?". Aku pun hulurkan dompet merah jambu tu. Bapak Jenny panggil Jenny, aku tengok mata Jenny dah basah dek air mata. Aku agak dah mesti dia kena marah kot dengan mak dia sebab hilang dompet. Bila aku tunjukkan dompet merah jambu tu, Jenny melompat kegembiraan. Makbapak Jenny tak putus-putus mengucapkan terima kasih pada aku sebab pulangkan dompet tu. Walaupun dalam dompet tu cuma ada beberapa keping USD1 tapi cukup besar maknanya untuk diorang.
"Oklah en M, saya balik dululah", aku meminta izin untuk mengundur diri.
"Eh cikgu nak balik dah ke?" Bapak Jenny macam berat hati nak lepaskan aku. Dia memandang sekeliling. Masa ni dah pukul 7 petang, dah senja. Langit dah kemerahan-merahan dek cahaya matahari yang semakin lenyap.
"Ye, tak sabar nak jumpa katil ni", aku tersenyum simpul.
"Cikgu tak payahla balik. Cikgu tidur sini je", bapak Jenny cuba memujukku.
"Ye betul tu. Cikgu tak payahla balik. Dah lewat sangat ni. Tido sini je", ibu Jenny pun sama-sama memujukku.
Aku mula berasa hairan. Dah lewat? Apa yang lewatnya, baru pukul 7 malam kot.
Aku menolak ajakan mereka dengan baik. Tapi ibubapa Jenny aku lihat makin agresif, bapak Jenny pegang siku aku cuba nak tarik aku masuk rumah, ibu Jenny pulak menyindir-nyindir seolah-olah macam aku tak sudi nak tidur di teratak buruk diorang. Tapi aku cuba bertegas, aku kasi alasan nenek Joe dah masak makan malam untuk aku di rumah. Muka bapak Jenny macam berat sangat bila aku berkeras jugak nak balik.
"Baiklah cikgu. Tapi saya nak pesan kat cikgu ni. Nanti cikgu balik lalu jalan ni, cikgu jangan berhenti ye. Cikgu jalan je. Jangan berhenti untuk sesiapapun". Bagi aku, nasihat bapak Jenny tu sangat pelik. Tapi aku malas nak tanya lebih-lebih nanti lagi lewat aku balik. Ni pun dah masuk 7.30 malam dah pun.
Aku pun naik ke minivan aku dan aku pun berlalu pergi. Dari cermin sisi aku tengok makbapak Jenny masih berdiri di luar rumah aku sambil kedua-duanya menggenggam tangan masing-masing dengan eratnya....
Bersambung
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pengalamanku di Navajo Nation Bahagian 3
Kalau ikutkan, jarak dari rumah Jenny ke jalan tar tu tak jauh pun. Kurang dari setengah jam. Masa aku bertolak tu memang hari dah semakin gelap, tapi masih ada samar-samar baki cahaya matahari senja tadi. Aku memasang radio, perjalananku ditemani dengan lagu-lagu country yang cukup popular di kawasan ni. Nak dijadikan cerita jugak, hari semakin pantas menjadi gelap. Dahla kawasan tu takde lampu jalan, yang ada cuma tiang elektrik buruk je. Aku takdelah takut sangat tapi dalam hati aku menyumpah jugakla ni makbapak Jenny la beriya taknak kasi aku balik tadi. Aku memasang lampu kereta sebab hari dah gelap, radio sengaja aku kuatkan. Dalam hati aku terdetik jugak, eh kenapa tak sampai-sampai ke jalan besar ni tadi aku rasa tak sampai pun setengah jam masuk sini.
Aku melihat jam neon di dashboard minivanku. Eh? 8.15 malam dah? Biar betik? Tapi aku cuba bersangka baik. Jam kereta tu yang tak betul kot. Masa tu jugakla radio aku buat hal. Tetiba suara penyanyi tu jadi herot merot dan akhirnya jadi bunyi statik. Aku tekan-tekan butang radio nak cari stesyen lain. Masa ni jugakla tiba-tiba gedebuk! Minivan ku tiba-tiba melonjak seolah-olah aku terlanggar bump di jalan. Dengan punggungku sekali terangkat. Aku pun terus tekan brek. Jantungku berdegup kencang. Aku kepanikan. Aku langgar apa tadi? Aku memandang cermin pandang belakang, tapi aku tak nampak apa-apa pun dibelakang minivanku. Nasib baikla aku teringat aku ada simpan lampu suruh di laci minivanku. Tanpa fikir panjang, aku pun keluar dari kereta dan menyuluh ke arah belakang tu. Takde apa pun. Takde kesan apa selain daripada tayar minivanku.
Aku suluh pulak bawah minivan aku. Pun takde kesan apa-apa. Aku pun masuk kereta. Aku mula kebingungan, eh takkan aku berangan kot? Apapun aku teruskan jugak pemanduan. Aku bersangka baik mungkin aku penat sangat kot sampai terfikir yang bukan-bukan. Radio yang kini statik tu aku matikan je.
Tak sampai 5 minit aku memandu, lampu kereta tu menyoroti sesusuk tubuh berkaki empat dengan mata yang bersinar bagaikan guli. Oh coyote rupanya. Kat kawasan sini memang banyak haiwan liar, bukanlah sesuatu yang luar biasa kalau terserempak dengan coyote di malam hari. Tapi, ada sesuatu yang luar biasa tentang coyote itu.
Coyote itu hanya duduk dipinggir jalan, di celah-celah semak samun yang meninggi dengan matanya memerhatikan aku. Selepas aku melepasi haiwan itu pun, aku dapat rasakan renungannya menembusi aku. Aku jeling semula jam di dashboard, dah 8.40 malam. Aku rasa gelisah tapi aku tetap beranggapan mesti tadi aku tersalah masuk lorong ni. Aku memandang semula ke hadapan, dan kali ni aku nampak coyote yang sama jugak.
Aku dah mula rasa tak sedap hati, dan macam tadi, coyote tu cuma duduk di tepi jalan sambil matanya menyoroti aku. Coyote adalah haiwan berkumpulan, mesti yang ni ahli kumpulan coyote tadi. Ok takpe, jalan je. Sebab jalan takde orang, aku bukak lampu tinggi. Kali ni, aku nampak pulak kepala coyote tu terjegul dari atas semak. Seolah-olah macam ia sedang berdiri atas kaki belakang. Kali ni memang aku memandang depan je. Tak berani dah nak pandang tepi.
Macam yang dijangka, sekali lagi coyote tu muncul di tepi semak hadapan aku, tapi ia makin lama makin meninggi. Kalau tadi nampak leher ke atas, ni dah nampak dada. Kali ketiga, kali ni, ia semakin tinggi, dan posturnya dah macam manusia berdiri dengan tangan hadapannya dirapatkan ke sisi. Masa ni memang aku tak husnozon ape lagi dah. Binatang apa macam tu? Dia punya ketinggian tu sampai lampu aku tak sampai ke kepalanya. Apa lagi, aku pun tekan minyakla.
Bersambung
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pengalamanku di Navajo Nation Bahagian 4
Walaupun aku dah 2 tahun duduk di kawasan pedalaman ni, tapi jatidiri aku masih lagi anak jati bandar New York. Sudah semestinya aku tak pernah berhadapan dengan benda-benda paranormal macam ni. Bagi anak moden macam aku, ni mesti ada penjelasannya ni. Agaknya tadi tu bukan coyote, tapi penjahat yang memakai kostum coyote. Atau mungkin ini cuma prank dari anak tempatan je. Walaupun rapat macam mana sekalipun aku dengan komuniti ini, tidak mustahil kalau mereka beranggapan aku ni masih orang luar. Aku anak orang putih mata biru rambut blonde.
Selepas kejadian terserempak dengan manusia bertopengkan coyote yang tegak berdiri itu, aku dah tak nampak kelibat apa-apa dah. Tapi masalahnya sampai sekarang aku tak jumpa pun jalan keluar. Malam semakin gelap. Jam semakin menginjak ke pukul 9.00 malam. Tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu, kalau aku teruskan jugak ni aku risau aku makin jauh ke dalam je. Aku berkira-kira nak patah balik, tapi jalan yang sempit menyukarkan aku untuk berbuat demikian. Ok takpe, dengan perlahan-lahan aku memandu kereta sambil menjeling kiri kanan mencari ruang untuk berpusing balik.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yeah, sukanya TT da update cerita baru. Jangan lama ya gi bertapa tu TT. Hari2 dok la check in kat sini. Terima kasih banyak2 TT |
|
|
|
|
|
|
|
yeayyyy TT..akhirnyaaa..n pleaseee cepat update |
|
|
|
|
|
|
|
yeayyyy thank you TT!! Lama tunggu update |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 26-8-2024 02:12 PM
Pengalamanku di Navajo Nation Bahagian 5
Semasa aku menjeling kiri-kanan tu lah, aku macam terperasan di dalam semak samun di tepi jalan tu ada macam banyak guli yang bersinar tapi guli-guli itu berpasangan dan jarak antara pasangan guli-guli itu agak berdekatan, macam jarak di antara 2 mata manusia. Guli-guli bersinar tu memang jelas nampak sebab masa tu gelap gelita, hanya lampu minivan aku sahaja yang menyala menerangi jalan hadapan yang seolah tiada penghujungnya. Dan yang paling aku ingat sekali, malam tu selepas aku mematikan radio, keadaan jadi senyap sunyi, seolah-olah terbeku dalam masa. Tiada bunyi angin, bunyi unggas malam, yang ada cuma bunyi enjin aku sahaja. Dan bunyi degupan jantung aku.
Aku punya takut malam tu, segala jenis nama Tuhan, dewa, entiti suci yang aku kenal semua aku sebut, sambil aku berdoa, 'tolonglah keluarkan aku dari kegelapan ni. Tolonglah! Apa salah aku? Aku datang sini bukan untuk kacau sesiapa pun". Doaku seolah-olah dijawab apabila tiba-tiba jalan dihadapanku kini seperti melencong sedikit ke sebelah kiri. Nak berhenti memang dah tak boleh, aku pun terpaksalah teruskan pemanduan. Stereng dipusingkan, rupa-rupanya jalan itu adalah satu bulatan u-turn! Masa ni aku memang rasa nak menangis kegembiraan je. Aku sangkakan mungkin inilah pengakhirannya.
Selepas aku berjaya u-turn, aku memberhentikan minivanku sekejap, tapi enjin tidak dimatikan. Aku menghembuskan nafas kelegaan. Aku capai botol minuman yang memang aku simpan dalam kereta. Aku meneguk air botol itu sampai habis. Melalui cermin pandang belakang, baru aku perasan, bulatan u-turn yang aku lalu tadi di tengah-tengahnya ada sebatang pokok besar. Kiri kanan ku pulak hanyalah padang pasir semak-semak samun yang menjadi sempadan antara jalan itu dan padang rumput di belakangnya. Bila aku amati aku rasa aku macam tak pernah pulak sampai ke sini. Aku tak cam lah pulak tempat ni di mana.
Mungkin silap aku sebab tak teringat pesan ayah Jenny, jangan berhenti walau untuk siapa pun. Tiba-tiba aku terperasan la pulak di bawah pokok itu, ada bayang-bayang orang sedang berdiri. Bentuknya macam lelaki. Aku gosok-gosok mata kotla aku tersalah tengok. Tapi memang betul ada lelaki di bawah pokok itu. Dia berjalan perlahan-lahan menghampiri belakang van aku.
Ok kalau itu manusia maksudnya aku tidak berseorangan lah kan kat tempat tu? Tapi entah kenapa naluri aku mengatakan, pergi ! Pergi! Aku pun turunkan brek tangan, masuk gear, dan zzzooommmm! Aku tekan minyak minivan aku. Lelaki itu dari berjalan ia berlari mengejar minivan aku. Tapi lariannya sangat laju sekali. Sekelip mata je ia sudah hampir sampai ke belakang minivan aku.
Aku pun tekan minyak lagi, dari 20 ke 40 ke 60 batu sejam. Dan lelaki tadi dari memecut berdiri ia menjatuhkan badannya dan kini dia sedang berlari macam seekor anjing! Keempat-empat kaki dan tangannya di atas tanah. Gila ah apa benda ni?!!! Peluh memercik-mercik dari dahiku. Kaki aku sampai kejang dek memijak pedal minyak sampai hampir cecah lantai minivanku.
Yang lagi menakutkan aku apabila 'lelaki' itu tiba-tiba je terus melompat masuk ke semak di sebelah kiri aku. Dari semak-samun yang bergoyang-goyang itu aku perasan 'lelaki' itu kini sudah hampir melepasi minivanku. Aku agak ni mesti 'dia' nak cuba pintas aku ni. Sekali lagi aku berdoa pada semua entiti yang ada, tolonglah, tolonglah beri aku jalan untuk keluar dari semua ini!
Sekali lagi doaku di jawab. Jalan dihadapanku kini mencapah kepada 2. Satu lurus ke hadapan, satu masuk ke kanan. Apa lagi aku pun persis seorang pelumba kereta professional, aku memusing sterengku masuk ke simpang kanan itu. Sangkaanku mesti 'lelaki' tu tak sempat nak ikut aku, tapi aku tak boleh bersikap ambil lewa. Aku pun teruskan la jugak memandu dengan kelajuan maksimum. Aku tak berani nak pandang-pandang belakang dah.
Sekali minivanku pulak jadi semput. Mungkin ia tak biasa dibawa dengan laju macam tu. Dalam hati aku berdoa, tolonglah jangan buat hal waktu macam ni tolonglah. Aku paling risau kalau 'lelaki' tadi muncul semula. Masa tu pulak aku ternampak ada peti surat bernombor di sebelah kanan jalan itu, dan ada lorong masuk. Aku rasa ni mesti rumah orang ni, aku pun masuklah ke lorong itu. Telahanku memang tepat,memang ada rumah dan rumahnya terang benderang, semua lampu di rumah itu dinyalakan termasuklah lampu berandanya.
Rumah tu rumah 2 tingkat jenis rumah ladang ala Barat. Di atas beranda itu duduk seorang nenek tua keturunan Orang Asli Amerika , dengan rambutnya ditocang dua sedang duduk di atas kerusi malas. Masa ni aku dah rasa lega sangat, aku pun turun dari kereta dan dalam keadaan masih menggeletar, aku memberi salam kepada nenek itu.
Pada mulanya aku berbahasa Inggeris, tapi nenek tu tak faham. Nasib baiklah aku masa tu dah boleh berbahasa Navajo sikit-sikit. Nenek tu jemput aku naik ke beranda dia. Kami pun bersembang kecil. Bila nenek tu tanya aku dari mana, aku pun cakaplah aku dari rumah keluarga Jenny, tapi nenek tu cakap dia tak kenal Jenny mahupun keluarganya. Bila nenek tu tanya macam mana aku boleh sampai sini, aku cuma mampu menjawab, 'entahlah nenek. Sebenarnya saya dikejar oleh sorang lelaki pelik tadi".
"Lelaki pelik yang itu ke?", nenek itu menuding jarinya pada satu sosok tubuh di belakang aku.
Aku pun berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya aku sebab lelaki itu kini di sempadan perkarangan rumah nenek tu!
Mukaku pucat, badanku mula menggeletar. Aku tak tau nak cakap apa. Sedangkan lelaki itu mundar-mandir di situ. Walaupun aku tak nampak mukanya macam mana sebab gelap, tapi dari bayang-bayang gerak geri tubuhnya menampakkan ia seolah-olah marah dan geram padaku.
"Nenek, nenek, kita kena pergi dari sini nek", aku pegang tangan nenek itu.
Nenek itu tertawa kecil. "Takpelah cu. Jom ikut nenek, kamu tidur kat rumah nenek malam ni".
"Tapi nek... orang itu... orang tu....", kedengaran nada getar di suaraku.
"Takpe, dia takkan boleh masuk punya. Jom".
Bagaikan budak kecil yang otaknya masih kosong, aku pun ikut jelah nenek tu masuk ke rumah.
Ruang dalam rumah nenek tu macam rumah kampung biasa je. Ada pendiang, perabutnya pun macam perabut zaman dulu. Aku duduk di sofa ruang tamu sementara nenek itu masuk ke biliknya. Kemudian dia membawa keluar sebiji bantal dan sehelai selimut tebal. "Malam ni nenek izinkan kamu tidur sini. Tapi esok pagi sebelum matahari terbit, kamu kena keluar dari sini ye?"
"Tapi nenek, macam mana dengan lelaki tadi?"
"Ssshhhh.... jangan disebut-sebut. Nanti dia dengar", kata nenek itu dengan senyum-senyum kecil. Nenek tu macam bergurau pun ye.
Tapi aku mengadu, aku tak boleh tidur. Dadaku masih sakit sebab aku masih terlalu risau dengan lelaki tadi. Entah dari mana nenek itu menghulurkan secawan teh panas kepadaku. Aku pun hirup sikit teh tu, dan lepas tu otakku jadi tenang dan aku pun terlelap.
Dek terlalu lena tidur, esoknya nenek itu mengejutkan aku dari tidur. Aku ingatkan nak pinjam bilik air jap nak cuci muka, tapi nenek itu memaksa aku untuk terus keluar dari rumah dia.
"Cepat cu, cepat keluar dari sini. Matahari dah nak naik ni".
Aku pun dengan terpisat-pisatnya aku pun keluarlah dan aku pun terus naik minivan dengan menguap-nguapnya. Mungkin sebab masih mamai, aku terlupa terus pasal peristiwa malam tadi.
Masa aku keluar tu, memang gelap lagi tadi adalah remang-remang bulan yang makin lenyap. Setelah aku melepasi tiang peti surat rumah nenek tu, langit dah makin terang. Aku pun dah makin terjaga, dan masa ni barulah aku cam eh ni dari jalan besar nak masuk ke rumah Jenny ni. Aku pun teruskan perjalanan dan tak sampai 10 minit pun, aku kembali sampai ke rumah Jenny....
Bersambung
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 22-8-2024 03:00 PM
Pengalamanku di Navajo Nation Bahagian 5
Semasa aku menjeling kiri-kanan tu lah, aku macam terperas ...
SR selama ni. tq tt, suka terjemahan xskema tt.
btw, misteri betul cerita ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai, makin berdebarkan cerita ni. Macam2 fikir, macam kita pula yg jadi main lead dalam cerita ni. Sambung cepat2 ya TT. Thank you so2 much TT |
|
|
|
|
|
|
|
Best best... X sabar tunggu sambungan. Mendebarkan sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalamanku di Navajo Nation Bahagian Akhir
Masa aku sampai di rumah Jenny, ibu Jenny sedang menyidai baju di ampaian luar rumah mereka. Ibu Jenny macam terkejut tengok aku turun, lagi-lagi bila dia nampak aku masih memakai baju semalam. "Cikgu! Cikgu!", Jenny dan Johnny menjerit-jerit kegembiraan bila nampak aku di luar rumah mereka.
Ibu Jenny menjemput aku masuk ke rumah. Rupa-rupanya keluarga ini baru je habis bersarapan, bapa Jenny pula dah keluar bekerja di kandang kambing biri-biri mereka. Perutku berkeroncong, baru aku sedar semalaman aku tak makan rupanya. Dengan penuh berselera aku menjamah sandwich jeli dan mentega kacang yang disediakan oleh ibu Jenny. Setelah Jenny dan Johnny beredar ke ruang tamu menonton kartun pagi Ahad di TV barulah aku boleh bercerita pada mak Jenny. "Puan malam tadi saya kena...". Sssssyyyyyhhhh...Mak Jenny bagi isyarat suruh aku diam. "Kita tunggu bapaknye balik dulu ye". Dan ngam ngam mak Jenny cakap macam tu kedengaran bunyi hon di luar rumah. Rupanya bapak Jenny dah sampai.
"Cikgu cikgu! Syukurlah cikgu selamat", bapak Jenny terus memeluk aku. Sekali lagi aku cuba buka cerita tapi bapa Jenny cepat-cepat halang aku. "Apa kata saya iringi cikgu balik ke rumah. Cikgu mesti rindu nak tidur atas katil kan?". Aku terpinga-pinga, seolah-olah bapa Jenny tau yang aku semalaman tak balik rumah.
Bapa Jenny mengiringi aku sampai ke pintu kereta. Sebelum aku memandu pergi, bapak Jenny sempat cakap aku, "cikgu kat sini tak sesuai kalau kita nak sembang pasal kejadian malam tadi. Macam nilah, kalau cikgu tak penat, apa kata petang ni dalam pukul 4 ke kita jumpa di Bar Moondance?". Bar Moondance? Jauhnye. Aku tau bar tu tapi bar tu memang jauh adalah dalam 1 jam setengah perjalanan sebab letaknya di luar sempadan Navajo Nation ni. Aku pun taknak cakap ape aku pun setuju jelah.
Sampai je di rumah, nenek Joe tanya aku pegi malam tadi. Aku malas nak bercerita panjang aku pun tipulah aku cakap aku tido rumah Jenny sebab sampai lewat sangat. Hari tu aku memang takde mood nak buat apa, nak sambung tido pun tak lena. Petang tu aku ajak Joe jom ikut aku pegi Bar Moondance tu. Joe pun terkejut gak eh apsal jauh sangat nak lepak kat bar ni tapi dia ikut jelah bila aku cakap aku nak belanja.
Pukul 3.50 petang aku sampai, aku tengok bapak Jenny pun dah sampai. Soalan pertama dari bapak Jenny, 'apa yang terjadi dengan cikgu malam tadi?'. Aku pun ceritalah dari A sampai Z. Bapak Jenny mendengar dengan tekun, Joe pulak melopong bila dengar cerita aku. "Sebenarnya, apa yang terjadi pada saya malam tadi?", usai aku bercerita, aku lontarkan pertanyaan itu kepada bapak Jenny. Bapak Jenny meneguk bir suam yang dipegangnya. "Panjang ceritanya cikgu. Benda ni pun bermula dari zaman nenek moyang saya lagi...."
Perkampungan bapak Jenny merupakan perkampungan tertua dalam Navajo Nation tu. Ada sebab kenapa ia mampu bertahan sampai hari ni walaupun kaum Orang Asli Amerika masa tu terancam dengan penyakit, kebuluran dan kedatangan penjajah kulit putih. Menurut bapak Jenny, suatu ketika dulu, ada seorang pawang yang sangat berkuasa. Dia berjaya 'mengikat' seekor makhluk halus yang bapak Jenny taknak sebut namanya, dan pawang tu mengarahkan makhluk tu untuk menjadi penjaga kawasan itu. Sebagai balasannya, puak itu akan mengadakan sembahan setahun sekali, iaitu di waktu bulan mengambang yang terpilih. Sebab tu, kawasan perkampungan tu terselamat dari ancaman-ancaman tadi sebab ada penjaganya. Upacara tu berlangsung bertahun-tahun lamanya, sampailah puak tu beramai-ramai memeluk Kristian. Mereka tinggalkan terus amalan itu kerana bertentangan dengan ajaran Kristian masa tu. Pada awalnya, tiada apa gangguan pelik pun berlaku tapi lama kelamaan, diorang terperasan kalau malam-malam je ada yang masih berkeliaran di luar, pasti mereka akan diganggu oleh makhluk yang berupa coyote itu.
Kalau nasib baik gangguan ringan jelah,setakat penampakan jelah atau kena kejar. Kalau nasib tak baik, kena kejar sampai jauh ke dalam padang pasir pastu sesat, dan berhari-harilah tersesat sampai dijumpai. Ada jugak yang sampai melibatkan kematian, orang sesat tengah padang pasir yang mati kehausan sebab tak bawak air. Ada jugak yang mayat dijumpai atas pokok tapi keadaan mayat tu luka sana sini macam kena cakar dengan binatang buas. Sejak tu macam dah ada persetujuan senyap antara orang kampung tu, kalau matahari dah tenggelam janganlah gatal-gatal nak keluar rumah.
Polis pun tau pasal benda ni. Tapi dari sudut positifnya jenayah waktu malam di kampung tu boleh dikatakan takde. Bapak Jenny penah citer dulu pernah la ada kes kejar mengejar naik kereta antara polis dengan sekumpulan perompak stesen minyak ni di waktu malam. Perompak tu pegi masuk kampung diorang, polis setakat tunggu je kat pintu masuk kampung tu. Dan betullah esok paginya orang kampung tu menemui kereta perompak tu macam mana ntah pegi sodok batu besar yang mustahillah diorang tak nampak. Ketika ditemui perompak-perompak tu muka pucat lesi, diorang terus je serah diri. Perompak-perompak tu duduk diam je dalam kereta mereka yang rosak tu dengan semua pintu berkunci sedangkan diorang boleh je kalau nak lari pakai kaki.
Aku tercengang dengan kata-kata bapak Jenny. "Tapi sapa pulak nenek tua yang saya jumpa tu? Pakcik kenal ke?", aku pun ceritalah rupa paras nenek tu macam mana. Dahi bapak Jenny berkerut seperti cuba mengingati sesuatu. "Maaf cikgu, dalam kampung kami takde nenek macam tu. Rumah ladang 2 tingkat pun mana ada. Kat sini suma rumah setingkat je". Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Dah tu tu sapa pulak?
Sebenarnya aku ada banyak persoalan lagi, tapi bapak Jenny mintak izin nak balik dulu. Nak sampai sebelum matahari tenggelam katanya. Aku sempat bertanya kenapa jauh sangat kita kena jumpa ni. "Kalau kita bercerita pasal dia kat tempat dia, nanti dia boleh dengar". Itu sahaja penjelasan yang dia beri. Joe mengangguk-angguk tanda setuju. Dalam perjalanan balik barulah Joe cakap memang pantang larang orang Asli Amerika kalau benda paranormal macam ni, jangan main sebut semberono je. Nama makhluk tu pun diorang tak boleh sebut.
Sejak daripada hari itu, setiap malam, aku jadi tak lena tidur. Aku asyik terbayang-bayang ada lelaki sedang berlegar-legar di luar rumah kami. Walaupun rumah kami ni luar dari kawasan kampung Jenny, tapi entahlah. Beberapa malam terawal tu pukul 3 pagi aku terjaga sebab tu. Bila aku intai di tingkap takde pulak. Perasaan tu macam ni, kadang-kadang aku akan terdengar bunyi tapak kaki, bunyi orang mengetuk tingkap, bunyi bersiul, eh macam-macam lagilah. Masalahnya cuma aku sorang je yang dengar bunyi-bunyi tu. Sampailah satu malam tu aku tak tahan sangat, aku pegi keluar rumah sambil membawa sebilah pisau, aku menjerit sorang-sorang, 'kalau berani keluarlah! Datang berhadapan dengan aku!'. Aku nampak dalam kegelapan tu semak-semak bergoyang, dan berdiri sesusuk tubuh lelaki bertelinga tajam tegak ke atas. Dah muncul aku pulak yang kecut. Aku pun lari balik masuk ke rumah. Rupa-rupanya Joe dan neneknya dah terbangun. Bila Joe tengok di luar takde sapa pun.
Keluarga Joe sangat berusaha mencari pawang dan bomoh untuk mengubati aku, tapi malangnya hanya aku sorang je yang ternampak atau terdengar gangguan tu. Orang lain tak kena kacau pun. Sehinggalah ada sorang pawang ni berterus terang dengan aku, dia kata dia memang tak mampu nak halau benda tu sebab benda tu dah ada kat situ lagi lama dari dia. Satu-satunya cara adalah aku kena keluar terus dari Navajo Nation tu, kalau taknak, hadap jelah. Dan itulah keputusan yang aku buat. Setelah 2 tahun aku di situ, aku pun berhenti menjadi cikgu. Pada anak-anak murid aku kasi alasan yang aku nak balik kampung ke New York. Tapi pada pengetua, pada rakan-rakan seperjawatan, pada jiran-jiran dan kawan-kawan aku yang dah dewasa, diorang faham kenapa aku terpaksa pindah dari situ....
-TAMAT-
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thanks TT. menarik. |
|
|
|
|
|
|
|
mantap!! Tq TT. |
|
|
|
|
|
|
|
Best giler citer Navajo nie.. Thanks TT.. |
|
|
|
|
|
|
|
TQ tt ada cerita beshhh |
|
|
|
|
|
|
|
best best
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuhh..mantap TT punya cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Mantap TT, terbaik...sambung2
tq
|
|
|
|
|
|
|
| |
|