|
BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 32
[Copy link]
|
|
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
5 MAC 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 5 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 3,275 kes (286,904 kes kumulatif, 92.5%);
Kes baharu : 2,154 kes (310, 097 kes kumulatif);
Kes import : 5 kes (3 warganegara; 2 bukan warganegara)
Kes tempatan : 2,149 kes [1,339 warganegara (62.3%); 810 bukan warganegara (37.7%)];
Kes aktif : 22,034 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 184 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 87 kes; dan
Kes kematian : 6 kes (1,159 kes kumulatif, 0.37%; 6 warganegara).
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 794 kes (36.9 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 666 kes (83.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 463 kes (21.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 250 kes (11.6 peratus).
Sebanyak81 kes (3.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (39), Kluster Penjara Jalan Harapan (13 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (11 kes), Kluster Telok Mas (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes), Kluster Tembok Taiping (4 kes), Kluster Damai Pelangi (1 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lima (5) kes di Selangor, dan satu (1) kes di Kedah. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 5 Mac 2021:
Jumlah kluster : 1,187 kluster;
Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 699 kluster (termasuk 12 kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Ceram, Kluster Jalan Selayang, Kluster Kampung Bukit Biah, Kluster Kota, Kluster Bukit Belimbing, Kluster Bandar Teknologi, Kluster Bercham Raya, Kluster Taman Muhibbah, Kluster Kampung Kemansur, Kluster Jalan Mokhtar, Kluster Jalan Jubilee, dan Kluster Jalan Enam Belas);
Jumlah kluster aktif : 488 kluster;
Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 69 kluster; dan
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Batu Empat (310 kes), Kluster Kampung Nyatoh (72 kes), dan Kluster Perusahaan Jalan Bukit (51 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lapan (8) kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu (1) kluster yang melibatkan keagamaan dan komuniti.
No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Tapak Bina Jalan Zamrud Selangor Tempat kerja
2 Jalan Dato Sellathevan Selangor Tempat kerja
3 Industri Cheras Jaya Selangor Tempat kerja
4 Meranti Utama Selangor Tempat kerja
5 Kampung Nyatoh Selangor dan Negeri Sembilan Tempat kerja
6 Persiaran Alam WP Kuala Lumpur Tempat kerja
7 Jalan Mutiara Barat WP Kuala Lumpur dan Selangor Tempat kerja
8 Perusahaan 10 Pulau Pinang Tempat kerja
9 Kuala Punteh Sabah Komuniti
10 Jalan Senu Perak Keagamaan
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
5 Mac 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 5 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 794 (2) 103,082
SABAH 97 53,313
JOHOR 463 37,704
WP KUALA LUMPUR 108 (3) 35,513
NEGERI SEMBILAN 77 16,283
PULAU PINANG 119 12,225
PERAK 109 11,774
SARAWAK 250 10,674
KEDAH 9 7,699
MELAKA 10 6,043
KELANTAN 57 5,098
PAHANG 38 3,886
TERENGGANU 16 3,249
WP LABUAN 2 2,255
WP PUTRAJAYA 4 1,084
PERLIS 1 215
JUMLAH KESELURUHAN 2,154 (5) 310,097
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Kes positif 2,154 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 5 Mac 2021 adalah seperti berikut:
Selangor: 794 kes
243 kes daripada kluster-kluster, termasuk 59 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud, Kluster Jalan Dato Sellathevan, Kluster Industri Cheras Jaya, Kluster Meranti Utama, dan Kluster Kampung Nyatoh;
423 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
126 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Johor: 463 kes
354 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
63 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
46 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak: 250 kes
54 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
113 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
83 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: 119 kes
61 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan 10;
37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 109 kes
100 kes daripada kluster-kluster, termasuk 6 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Senu;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 108 kes
13 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mutiara Barat dan Kluster Persiaran Alam;
58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 97 kes
27 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kuala Punteh;
46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 77 kes
73 kes daripada kluster-kluster, termasuk 71 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Nyatoh;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: 57 kes
26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pahang: 38 kes
Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Terengganu: 16 kes
Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: 10 kes
Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Kedah: Sembilan (9) kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Labuan: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan enam (6) kes kematian pada 5 Mac 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
1154 285696 Kedah Perempuan (WN) 52 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan strok
1155 306021 Selangor Perempuan (WN) 78 Hospital Selayang Penyakit kanser
1156 306058 Selangor Lelaki (WN) 55 Hospital Sungai Buloh –
1157 306494 Selangor Perempuan (WN) 87 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1158 306496 Selangor Lelaki (WN) 62 Hospital Sungai Buloh Penyakit jantung dan empyema
1159 306497 Selangor Lelaki (WN) 61 Jenazah dibawa ke Hospital Ampang Penyakit darah tinggi dan jantung
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
KLUSTER KAMPUNG NYATOH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Gombak di Selangor. Tiga (3) kes dalam kluster ini (iaitu kes ke-296511, kes ke-300097, dan kes ke-308185) dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Kampung Nyatoh, Rantau, Seremban. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 193 individu telah disaring, di mana 74 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER TAPAK BINA JALAN ZAMRUD
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Zamrud Utama, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 629 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN DATO SELLATHEVAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Dato Sellathevan, Kampung Jawa, Klang. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER INDUSTRI CHERAS JAYA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, Hulu Langat. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER MERANTI UTAMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Meranti Utama, Sepang. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 157 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PERUSAHAAN 10
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Perusahaan 10, Prai Industrial Estate, Seberang Perai Tengah. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 372 individu telah disaring, di mana 57 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN SENU
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285447) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti ceramah keagamaan yang berlangsung pada 19 Februari 2021 di Jalan Senu, Kampung Repoh, Batu Kurau. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN MUTIARA BARAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak berhampiran Jalan Mutiara, Cheras. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PERSIARAN ALAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285057) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak berhampiran Jalan Persiaran Alam, Cheras. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER KUALA PUNTEH
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-296961) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan masuk wad. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan di mana kes-kes berlaku iaitu di Kampung Kuala Punteh, Keningau. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 5-3-2021 06:48 PM
PreMusim...hihi...dinner apa tu?
bihun goreng, sate ayam daging, dessert custard puff |
|
|
|
|
|
|
|
Amandaminaj96 replied at 5-3-2021 06:17 PM
bihun goreng, sate ayam daging, dessert custard puff
Sateeeee
Nak cari le.... |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 5-3-2021 06:27 PM
Haha done sambar besar lagi bijik jagung.. ..
Hari ni upah 213 upah 34rm ...semua kedai full h ...
Murah giler @kuihbakar tunggu RM170...sabo sabo... |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 5-3-2021 06:29 PM
Bila ajl...tk mbik pot date dia
Anugerah Juara Lagu Ke-35 Bersiaran 14 Mac Ini... |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 5-3-2021 06:29 PM
Bila ajl...tk mbik pot date dia
Anugerah Juara Lagu Ke-35 Bersiaran 14 Mac Ini... |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 5-3-2021 06:33 PM
@kuehbakar kt pantai timur kan..tp kedai2 sana upah mahal macm bom.. Haha sini pn mtk kurang upah ...
Lupa survey subang tadi...hihi...ada sebab pi kedai meh lagi ni...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 5-3-2021 06:33 PM
Mmg akn turun lagi... .. Tgk je la org sooing haha
Haha...rantai labuh, subang...gelang ketum...lawa bebeno ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 5-3-2021 06:33 PM
Mmg akn turun lagi... .. Tgk je la org sooing haha
Nak skodeng Klang...Little India lak dulu beli situ... |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 5-3-2021 06:39 PM
Rantai boba tu dh mcm thali perkahwinan ..hihi...
Kan labuh betul...cam lampu disko...huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 5-3-2021 06:40 PM
Pi kedai emas rasa sayang je..murah..
Hokey...I folo...@kuihbakar @keypochino ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 5-3-2021 07:29 PM
Sateeeee
Nak cari le....
Sila...sila hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 5-3-2021 07:03 PM
Oloh...suka tahu bergedilll...resepi hihi...
..
Kentang rebus/ goreng, lenyek, masuk bawang goreng, daging atau ayam hancur, daun bawang. Sumbat dalam tauhu, celup telur dan goreng |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 5-3-2021 07:00 PM
Sis2 kalau sggup esok p emas lelong ...228je..
Oh...xde upah ye...rege emas,RM220 |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 5-3-2021 07:00 PM
Rasa syg ade upah..
Emas lelong tk sggp nk beratur
Pjg ye q nye tu ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kuihbakar replied at 5-3-2021 07:32 PM
Kentang rebus/ goreng, lenyek, masuk bawang goreng, daging atau ayam hancur, daun bawang. Sumbat d ...
Yeay...nak masak le nanti...kena cari bhn ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Amandaminaj96 replied at 5-3-2021 07:08 PM
Sila...sila hehehe
Sabo je le ..kena pi Ramly Mart ni haha...
Duh...geram nonton Miss Monte Cristo...jht tol bff2x & femili bff heroin tu..sian dia...cepat le revenge kat derang...huhu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 5-3-2021 08:30 PM
makadek replied at 5-3-2021 06:29 PM
Bila ajl...tk mbik pot date dia
Nonton Muzikal Lawak Superstar....Ditanya hos pe buat PKP-Awie mereput, Faz jd mama Fatima & Zul- xleh recall...mumbling je...haha...pe le irg Tepeng ni...ada Azlee Senario jd tetamu grup pertama...teman terus ke forem aje le...tunggu CikB...hihi... |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 5-3-2021 07:43 PM
rumah sb kt putrajaya ke
SG kat Putrajaya ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
Nengok Muzikal lawak ke tu...kali ni bersama tetamu2 artis jemputan...kome oiii ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|