CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amandaminaj96

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 33

 Close [Copy link]
 Author| Post time 19-3-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-3-2021 06:35 PM
Nasi ayam pun sedap...ngulau dah...KIV bistik...walo nah susun elok bahan...hihi

Bistik leh buat time coti kaka.. hehe puasa nanti buffet hotel mana datin sb..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2021 06:38 PM | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 19-3-2021 05:35 PM
Agak2 berkekalan x kali ni? Buku temu ruas tuh...

Great minds think alike...eh meriah plak sini...kwang3x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-3-2021 06:37 PM
Berapa lama bertahan...track record dedua nye tu...huhu...doakan je le...

Ada 14 negeri..situ jugak diorang pusing..sinetron 1000 episod nih...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 19-3-2021 06:37 PM
Dulu manda mcm tu jugak..sbb muda lagi kot hehe..now manda dah deleted igs so dah xde rasa nak mcm ...

xpelah letak je for urself... alaaa.. boleh je cuma yg muda ni ada yg too much.. im sure amanda cool je... but true
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 06:41 PM | Show all posts


Kenyataan Akhbar KPK 19 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MARCH 19, 2021
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
19 MAC 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 1,996 kes (314,457 kes kumulatif, 95.3%);
  • Kes baharu : 1,576 kes (330,042 kes kumulatif);
  • Kes import : 11kes (8 warganegara; 3 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,565 kes [842 warganegara (53.8%); 723 bukan warganegara (46.2%)];
  • Kes aktif : 14,360 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 151 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 57 kes;dan
  • Kes kematian : 2 kes (1,225 kes kumulatif, 0.37%; 2 warganegara).

Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 407 kes (25.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 382 kes (93.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 348 kes (22.1 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 182 kes (11.5 peratus).
Sebanyak 298 kes (18.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Depot Imigresen Semuja (146 kes), Kluster DTI Juru (89 kes), Kluster Tembok Muhasabah (25 kes), Kluster DTI Jalan Duta (14 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (12 kes), Kluster Telok Mas (11 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak. Kedua-dua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 19 Mac 2021:
  • Jumlah kluster : 1,288 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 861 kluster (termasuk 13 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Indah Utama, Kluster Perindustrian Fasa Dua, Kluster Kampung Teluk, Kluster Jalan Besar Pontian, Kluster Subang Delima, Kluster Batu 20, Kluster Santong Paka, Kluster Batu Tiga Setengah, Kluster Industri Puchong, Kluster Jalan Galah, Kluster Tapak Bina Lebuh, Kluster Jalan Kota Murni, dan Kluster Tapak Bina Jalan Tandok);
  • Jumlah kluster aktif : 427 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 64 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Depot Imigresen Semuja (146 kes), Kluster Jalan Pelabuhan (94 kes), dan Kluster DTI Juru (89 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 10 kluster tempat kerja dan dua (2) kluster melibatkan pusat tahanan.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Sungai BerumbungJohorTempat Kerja
2Lorong Usaha UtamaJohorTempat Kerja
3Jalan Dahlia 22JohorTempat Kerja
4Jalan Industri SofaJohorTempat Kerja
5Jalan Besar KepongWP Kuala LumpurTempat Kerja
6Jalan DaunWP Kuala LumpurTempat Kerja
7Lorong NibongWP Kuala LumpurTempat Kerja
8Tapak Bina Persiaran CybersouthSelangorTempat Kerja
9Persiaran HemisferaSelangorTempat Kerja
10Bandar BaruSelangorTempat Kerja
11DTI JuruPulau PinangPusat Tahanan
12DTI Jalan DutaWP Kuala LumpurPusat Tahanan

PERANAN PIHAK MEDIA DALAM MEMBERIKAN MAKLUMAT YANG TEPAT DAN CEPAT BERKAITAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK) KEPADA MASYARAKAT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menghargai peranan yang dimainkan oleh pihak media dalam menangani pelbagai isu, terutama sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara kita. Dengan kerjasama erat di antara KKM, pihak media, dan agensi-agensi lain, perkembangan semasa COVID-19 dapat disampaikan kepada rakyat dengan cepat, tepat, dan meluas.
KKM memohon kerjasama pihak media untuk membantu menyebarkan maklumat berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) secara bertanggungjawab kerana ini melibatkan masa depan rakyat dan negara kita. Pemberian suntikan vaksin yang sedang giat dijalankan di negara kita dan seluruh dunia adalah merupakan kaedah terbaik dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19 buat masa ini.
Justeru, KKM memohon pihak media agar lebih berhati-hati dalam melaporkan berita-berita berkaitan program ini. Adalah diharapkan, pihak media dapat melaporkan berita-berita yang tepat dan sahih serta mendapat pengesahan KKM terutamanya yang melibatkan isu-isu sensitif. Pelaporan berita yang tidak tepat apatah lagi tidak benar boleh menjejaskan kelancaran keseluruhan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
KKM amat berharap agar kerjasama yang baik di antara pihak media dan semua agensi yang terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dapat diteruskan bagi memastikan kejayaan program ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
19 Mac 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 19 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR348 (1)110,898
SABAH3354,107
JOHOR13739,743
WP KUALA LUMPUR175 (10)36,874
NEGERI SEMBILAN4116,909
PULAU PINANG18214,104
SARAWAK40713,820
PERAK10012,578
KEDAH258,014
MELAKA546,258
KELANTAN  525,528
PAHANG133,994
TERENGGANU63,507
WP LABUAN22,276
WP PUTRAJAYA11,111
PERLIS0321
JUMLAH KESELURUHAN1,576 (11)330,042
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 1,576 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 19 Mac 2021 adalah seperti berikut:
  • Sarawak: 407 kes
    • 221 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 161 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 348 kes
    • 88 kes daripada kluster-kluster, termasuk 52 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bandar Baru, Kluster Persiaran Hemisfera, dan Kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth;
    • 189 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 70 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 182 kes
    • 118 kes daripada kluster-kluster, termasuk 89 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster DTI Juru;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 52 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 175 kes
    • 113 kes daripada kluster-kluster, termasuk 51 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Lorong Nibong, Kluster Jalan Besar Kepong, Kluster DTI Jalan Duta, dan Kluster Jalan Daun;
    • 31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 10 kes import dari luar negara; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 137 kes
    • 77 kes daripada kluster-kluster, termasuk 58 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Industri Sofa, Kluster Lorong Usaha Utama, Kluster Sungai Berumbung, dan Kluster Jalan Dahlia 22;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 100 kes
    • 96 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 54 kes
    • 42 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 52 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 41 kes
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 33 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 25 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 13 kes
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Enam (6) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan dua (2) kes kematian pada 19 Mac 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1224273418WP Kuala LumpurLelaki (WN)71Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, jantung, kencing manis, dan buah pinggang kronik  
1225298030SarawakLelaki (WN)55Hospital Sibu
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER SUNGAI BERUMBUNG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-292776) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.  Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak berhampiran Sungai Berumbung, Simpang Renggam, Kluang. Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER LORONG USAHA UTAMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-325402) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Usaha Utama, Taman Perindustrian Ulu Choh, Pekan Nenas, Kulai. Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN DAHLIA 22
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-326722) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Dahlia 22, Taman Cempaka, Johor Bahru. Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 421 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN INDUSTRI SOFA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tangkak di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang perabut yang terletak di Tangkak. Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 209 individu telah disaring, di mana 55 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN BESAR KEPONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-327883) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Besar Kepong. Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN DAUN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; serta daerah Gombak dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-321799) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti alamat kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Daun Inai 7, Kepong. Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER LORONG NIBONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-329042) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Lorong Nibong, Taman U-Thant, Titiwangsa. Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PERSIARAN HEMISFERA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Persiaran Hemisfera, Shah Alam. Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 119 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN CYBERSOUTH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Cybersouth, Sepang. Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 17 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER BANDAR BARU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Hulu Selangor di  Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Bandar Baru Sungai Buloh, Petaling. Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 686 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER DTI JURU
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Mac 2021 hasil saringan bersasar tahanan-tahanan di Depot Tahanan Imigresen Juru, Simpang Ampat, Seberang Perai Tengah. Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 393 individu telah disaring, di mana 167 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER DTI JALAN DUTA
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Empat (4) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-326777 hingga kes ke-326780) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Mac 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal.  Kluster ini melibatkan tahanan-tahanan di Depot Tahanan Imigresen Jalan Duta, Kepong. Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 68 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 19-3-2021 05:39 PM
Ada 14 negeri..situ jugak diorang pusing..sinetron 1000 episod nih...

Wah...     .     .    .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 19-3-2021 05:38 PM
Bistik leh buat time coti kaka.. hehe puasa nanti buffet hotel mana datin sb..

Jek baik punya lagi...amin...
Esok buat bistik...selain SG & BBQ Town...Hotel Quality best gak dekat TAR...belah2 Bukit Bintang pun...Hotel Capitol ke...restoran Arab situ pun best...
Ada ke hotel2 ni lagi?
Yg.dekat Chow Kit.
.leh lepak mkn doyan
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-3-2021 07:47 AM
Ni nunggu kolig bawa nasi tomato...my favourite...lama tak makan...kena blajo buat ni

Pg bfast roti bakor dan telor separuh masak. Lunch nasi ayam berempah. Ni nak dinner nasi ayam.. haha so konsep kita hari ni dari pagi smpi mlm is ayam ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 19-3-2021 05:39 PM
Ada 14 negeri..situ jugak diorang pusing..sinetron 1000 episod nih...

Pe cite piyuqob...katanye minggu depan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-3-2021 07:48 AM
Haah...dah cam makjang...sabo je le...

X tgk sbb xminat la hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-3-2021 07:49 AM
More to kenalan...dulu rajin gak pergi Festival Filem...kawan rajin bagi pass masuk  jumpa r ...

Ooyeke.. best ke jumpa retis2
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 19-3-2021 05:49 PM
Pg bfast roti bakor dan telor separuh masak. Lunch nasi ayam berempah. Ni nak dinner nasi ayam.. h ...

Keypo, dah selmt ..tunggu adik nye plak...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 19-3-2021 06:41 PM
xpelah letak je for urself... alaaa.. boleh je cuma yg muda ni ada yg too much.. im sure amanda co ...

Hehehe mlm ni dinner pe
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 19-3-2021 05:50 PM
Ooyeke.. best ke jumpa retis2

Beshe2 je...yg lawa Fasha...Aida Rahim, Watie Elite...yg teringat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2021 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-3-2021 06:42 PM
Wah...     .     .    .

Wahhh boleh terjah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 19-3-2021 05:49 PM
X tgk sbb xminat la hahaha

Ni sangkut kdrama Mouse dgn River where the moon rises tgh ABC lak...layan nonton....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 19-3-2021 05:52 PM
Wahhh boleh terjah ni...

Moh moh...nanti hapdet sini
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-3-2021 05:41 PM
Kan...kale betul jenuh...rugi ambil vx ni...huhu....

Hrtu PM dgn DG amik apa jenis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2021 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-3-2021 06:47 PM
Jek baik punya lagi...amin...
Esok buat bistik...selain SG & BBQ Town...Hotel Quality best gak de ...

Confirm ada...harga dah xleh mahal mcm dulu dah.. leh makan durian tempura sodapp..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 19-3-2021 05:49 PM
Pg bfast roti bakor dan telor separuh masak. Lunch nasi ayam berempah. Ni nak dinner nasi ayam.. h ...

Haha...sama le...hi five...nasi tomato ayam msk merah...nasi ayam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:33 PM GMT+8 , Processed in 1.071973 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list