Kenyataan Akhbar KPK 23 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MAY 23, 2021
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 23 MEI 2021 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 23 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari); - Kes sembuh : 3,587 kes (452,821 kes kumulatif, 88.4%);
- Kes baharu :6,976 kes (512,091 kes kumulatif);
- Kes import : 5 kes (1 warganegara dan 4 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 6,971 kes [6,324 warganegara (90.7%); 647 bukan warganegara (9.3%)];
- Kes aktif : 57,022 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :681 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 361 kes;
- Kes kematian : 49 kes (2,248 kes kumulatif, 0.44%; 48 warganegara, 1 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 2,025kluster;
- Jumlah kluster baharu : 24 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,469 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 556 kluster.
Sebanyak 49 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 14 kes di Selangor, lapan (8) kes di Johor, masing-masing enam (6) kes di Pulau Pinang dan Melaka, empat (4) kes di Kedah, tiga (3) kes di Sarawak, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan dan Perlis. Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4yang disertakan bersama kenyataan media ini. NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 Semalam Y.B. Menteri Kanan Pertahanan telah mengumumkan pelbagai strategi bagi mengurangkan lagi pergerakan di kalangan masyarakat. Langkah yang diumumkan adalah antara tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh semua pihak bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, memberi ruang kepada KKM untuk menjalankan pelbagai aktiviti kawalan kesihatan awam di lapangan serta meningkatkan lagi kapasiti operasi bagi menghadapi gelombang kes-kes COVID-19 yang didapati masih terus meningkat. Namun begitu, yang paling mustahak bagi menentukan kejayaan tindakan yang diperkenalkan adalah pematuhan oleh pelbagai pihak dari semua lapisan masyarakat dan segmen. Misalnya, majikan dan jabatan-jabatan adalah dimohon untuk bekerjasama dengan arahan serta Garis Panduan Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ini bagi memastikan pekerja yang hadir ke tempat kerja adalah mengikut kapasiti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Masyarakat pula terus diseru untuk membantu KKM dalam mengurangkan kes COVID-19 yang kian meningkat dengan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan secara kendiri di rumah, iaitu disiplin diri yang tinggi dalam mematuhi apa jua nasihat dan peraturan yang dikeluarkan Kerajaan. Semasa diberi kelonggaran Bekerja di Rumah (BDR), janganlah menggunakan kesempatan ini untuk keluar dari rumah bagi tujuan yang tidak diperlukan. Duduklah di rumah selama sekurang-kurangnya dua (2) minggu ini jika tiada keperluan untuk keluar. Sekiranya terpaksa keluar dari rumah, ikutilah SOP yang ditetapkan dan lindungi diri seperti yang sering dinasihatkan oleh KKM. KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat). Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn). Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 23 Mei 2021 @ 6.30 petang. LAMPIRAN 1 BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA (SEHINGGA 23 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI) NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF | SELANGOR | 2,235 | 167,629 | SABAH | 136 | 60,378 | JOHOR | 549 | 53,963 | WP KUALA LUMPUR | 447 (4) | 53,639 | SARAWAK | 663 | 42,283 | PULAU PINANG | 372 | 25,735 | NEGERI SEMBILAN | 434 | 22,704 | KELANTAN | 626 | 22,546 | PERAK | 279 | 18,549 | KEDAH | 422 | 15,344 | MELAKA | 209 | 9,761 | PAHANG | 263 | 7,772 | TERENGGANU | 266 | 6,967 | WP LABUAN | 37 (1) | 2,711 | WP PUTRAJAYA | 30 | 1,674 | PERLIS | 8 | 436 | JUMLAH KESELURUHAN | 6,976 (5) | 512,091 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import LAMPIRAN 2 Ringkasan 49 kes kematian pada 23 Mei 2021 adalah seperti berikut: No. KematianNegeriJantina (Warganegara)Umur (Tahun)HospitalLatar Belakang
2200SabahLelaki (WN)69Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, gout, dan buah pinggang kronik
2201SarawakLelaki (WN)68Hospital SibuPenyakit kencing manis, dislipidemia, paru-paru, hepatitis B, dan buah pinggang kronik
2202SabahLelaki (WN)74Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis
2203SarawakLelaki (WN)64Hospital SibuPenyakit darah tinggi
2204SelangorLelaki (WN)27Hospital Serdang–
2205PerlisLelaki (WN)74 Hospital Tuanku Fauziah, PerlisPenyakit paru-paru dan jantung
2206Pulau PinangLelaki (WN)61Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis dan dislipidemia
2207JohorLelaki (WN)67Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2208JohorPerempuan (WN)63Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit darah tinggi, jantung dan obesiti
2209SarawakPerempuan (WN)74Hospital BintuluPenyakit darah tinggi
2210Pulau PinangLelaki (WN)75Hospital Kepala BatasPenyakit darah tinggi dan strok
2211Pulau PinangLelaki (WN)85Hospital Gleaneagles, Pulau PinangPenyakit darah tinggi, jantung dan buah pinggang kronik
2212MelakaPerempuan (WN)40Hospital Melaka–
2213MelakaPerempuan (WN)93Hospital Melaka–
2214Negeri SembilanLelaki (WN)64Hospital Tuanku Ja’afar, SerembanPenyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung
2215JohorPerempuan (WN)85Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
2216JohorLelaki (WN)64Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang–
2217WP Kuala LumpurLelaki (WN)77Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
2218MelakaLelaki (WN)86Hospital MelakaPenyakit jantung
2219SelangorLelaki (WN)69Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, jantung dan dislipidemia
2220KedahPerempuan (WN)80Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
2221JohorLelaki (WN)78Hospital Sultanah Aminah, Johor BharuPenyakit darah tinggi dan asma
2222Pulau PinangPerempuan (WN)83Hospital Gleaneagles, Pulau PinangPenyakit kencing manis, darah tinggi dan strok
2223MelakaPerempuan (WN)78Hospital MelakaPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2224SelangorLelaki (WN)84Hospital SerdangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2225SelangorPerempuan (WN)54Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik
2226WP Kuala LumpurPerempuan (WN)33Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurPenyakit obesiti
2227Pulau PinangLelaki (WN)51Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis
2228KedahLelaki (WN)86Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit darah tinggi
2229KedahPerempuan (WN)33Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit kencing manis
2230SelangorPerempuan (WN)73Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
2231SelangorPerempuan (WN)87Hospital Sungai Buloh–
2232SelangorLelaki (WN)75Hospital Tanjung KarangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2233JohorLelaki (WN)68Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang–
2234MelakaPerempuan (WN)43Hospital MelakaPenyakit kencing manis
2235JohorPerempuan (WN)49Hospital Kota TinggiPenyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
2236Pulau PinangLelaki (WN)64Jenazah dibawa ke Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2237KelantanLelaki (WN)36Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir PutehPenyakit darah tinggi, gout dan obesiti
2238SelangorPerempuan (WN)90Hospital Kuala LumpurStrok
2239SelangorPerempuan (WN)82Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit darah tinggi
2240SelangorLelaki (WN)76Hospital Shah AlamPenyakit darah tinggi
2241SelangorPerempuan (WN)74Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurPenyakit darah tinggi dan obesiti
2242SelangorLelaki (WN)71Hospital KajangPenyakit paru-paru
2243SelangorPerempuan (WN)59Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik
2244JohorPerempuan (WN)25Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat–
2245Negeri SembilanLelaki (WN)88Jenazah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala PilahPenyakit darah tinggi, dislipidemia dan buah pinggang kronik
2246KedahPerempuan (WN)69Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit darah tinggi, dislipidemia dan buah pinggang kronik
2247MelakaPerempuan (WN)71Hospital MelakaPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
2248SelangorPerempuan (BWN)60Jenazah dibawa ke Hospital Selayang–*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara. LAMPIRAN 3 Perincian 6,976 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 23 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN | SELANGOR | 2,235 | 72 | 1,768 | – | 395 | SARAWAK | 663 | 82 | 452 | – | 129 | KELANTAN | 626 | 140 | 361 | – | 125 | JOHOR | 549 | 194 | 254 | – | 101 | WP KUALA LUMPUR | 447 | 40 | 263 | 4 | 140 | NEGERI SEMBILAN | 434 | 55 | 253 | – | 126 | KEDAH | 422 | 79 | 194 | – | 149 | PULAU PINANG | 372 | 121 | 110 | – | 141 | PERAK | 279 | 20 | 167 | – | 92 | TERENGGANU | 266 | 113 | 112 | – | 41 | PAHANG | 263 | 117 | 110 | – | 36 | MELAKA | 209 | 59 | 99 | – | 51 | SABAH | 136 | 30 | 71 | – | 35 | WP LABUAN | 37 | 24 | 6 | 1 | 6 | WP PUTRAJAYA | 30 | – | 23 | – | 7 | PERLIS | 8 | – | 6 | – | 2 | JUMLAH KESELURUHAN | 6,976 | 1,146 | 4,249 | 5 | 1,576 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara LAMPIRAN 4 KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 23 MEI 2021 Bil | Kluster | Kategori | Negeri | Daerah | Jumlah kes | Jumlah saringan | | Jalan Kempas Dua | Tempat Kerja | Johor | Muar | 68 | 118 | | Persiaran Cassia Selatan Dua | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Selatan | 56 | 112 | | Jalan Bukit Puchong | Tempat Kerja | Selangor | Petaling | 38 | 102 | | Jalan Enam Selatan | Tempat Kerja | Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan | Sepang, Kuala Langat, Petaling, Cheras, Putrajaya, Seremban, Rembau dan Port Dickson | 31 | 110 | | Industri Bukit Minyak | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah | 28 | 143 | | Kemuning Tujuh | Tempat Kerja | Selangor | Klang dan Petaling | 26 | 86 | | Jalan Kilang Ubi | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah | 16 | 110 | | Jalan Perindustrian Lima | Tempat Kerja | Johor | Muar | 15 | 87 | | Bandar Jalan Putra | Tempat Kerja | Pahang | Kuantan | 13 | 161 | | Simpang Juasseh | Komuniti | Negeri Sembilan | Jempol, Kuala Pilah dan Seremban | 54 | 174 | | Jarum Laut | Komuniti | Johor | Tangkak | 38 | 84 | | Bukit Temedak | Komuniti | Sarawak | Pakan | 30 | 88 | | Kampung Paroh | Komuniti | Terengganu | Besut | 26 | 314 | | Jalan Mangga | Komuniti | Sabah | Kota Kinabalu | 14 | 108 | | Kampung Jakar | Komuniti | Kelantan | Machang | 10 | 21 | | Taman Sourabaya Indah | Komuniti | Sarawak | Kuching | 9 | 34 | | Kampung Panggong | Komuniti | Kelantan | Pasir Puteh | 8 | 21 | | Permai Sejahtera | Keagamaan | Pahang | Lipis dan Kuantan | 71 | 1,035 | | Terendak Permai | Keagamaan | Melaka | Melaka Tengah | 27 | 220 | | Dah Seri Perigi | Keagamaan | Kedah | Yan | 21 | 58 | | Taman Majupadu | Keagamaan | Johor | Kluang | 15 | 56 | | Jalan Desa Satu | Keagamaan | Selangor | Kuala Selangor | 12 | 135 | | Parit Dato Onn | Keagamaan | Johor | Pontian | 11 | 351 | | Jalan Temiang | Kumpulan Berisiko Tinggi | Negeri Sembilan | Seremban | 13 | 120 |
|