CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: srumut

Liga Cari Xpert11 - Musim 5 bakal bermula !!

 Close [Copy link]
Post time 24-10-2008 07:01 PM | Show all posts
Originally posted by sajasaja at 24-10-2008 06:28 PM




ala...dpt 1juta 700 je...bukan byk pun



huih...byk tu...kena plak menang sorang2...jeles kitaorg wooo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by Rocky_balboa at 23-10-2008 11:15 PM
http://hosting07.imagecross.com/image-hosting-th-07/6043Picture20.jpg

Football Focus LCX Division 1 is back with Rocky Balboa..

Review: 1st match ofthe season
5 perlawanan telah berlangsun ...



review ko memang tip top lah...
sama ngan prestasi tim ko yg cun melecun...

p/s semoga tim ko jadik jore lagik...heheh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 10:08 PM | Show all posts
bro srumut...aku ade prob...xleh login xperteleven gne pc umah kene gne pc aku yg kt u je...mungkin psl ak xlogout mse gne pc kt u tu.... ...sok ak try login blk.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 11:12 PM | Show all posts
dah boleh dah....memang kene logout dlu br leh login kt pc len...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2008 11:16 PM | Show all posts
biasanya kalau open x11 kat pc dan tak gerak screen tu lebih setengah jam..bila klik dia akan kembali pada main page x11 dan minta user fulfill password balik

kes nko ni istimewa skit bro
anyway dah boleh logon tu kire dah ok la tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 11:58 PM | Show all posts

PREVIEW MATCHES DIVISION 3 ON 27/10/08

LCX Division 3

Match of the Day :Tip Top FC          vs         padang jawa FC

2 pasukan yg mendahului liga  akan bertemu di Kuala Medan. Tip Top FC pasti akan lebih bersemangat setelah membelasah Mucha Lucha FC 5-0 di gelanggang yang sama.Padang Jawa FC pula pastinya ingin meneruskan rentak cemerlang mereka setelah mengalahkan Acetylcholine FC 2-0.Pemain yg perlu diberi perhatian ialah Massimiliano Zauli yg telah menjaring 4 drp 5 gol Tip Top FC.
Manakala pasukan Padang Jawa FC pula penjaga gawangnya Werner Helbig yg memiliki kecekapan "Good Reflexes" dan menjadi penjaga gol terbaik Division 3 untuk perlawanan pertama.

Ramalan: Tip Top FC 2 - 0 padang jawa FC


Tip Top FC meneruskan aksi tiptop di kandang sendiri

LiVeRp00L GurRLzZ           vs          Tempoyak Hotspur

2 pasukan yg berjaya mencatatkan kemenangan pada 1st game mereka akan berentap di This Is Anfield.Nantikan kelincahan penyerang LiVeRp00L GurRLzZ,Xabat Diaz yg menjaringkan gol kemenangan menentang Dubai Red United dan kehebatan penyerang Tempoyak Hotspur,Shinichi Raikatuji yg berjaya membuat hattrick ketika menentang pasukan Bayangan Merah Jambu.

Ramalan: LiVeRp00L GurRLzZ 1-1 Tempoyak Hotspur

Kedua-dua pasukan masih mencari persefahaman antara rakan sepasukan masing2.

Dubai Red United           vs           Mucha Lucha FC

2 pasukan ini mengalami kekalahan pada 1st game mereka tp nasib Dubai Red United mungkin berubah pada 2nd game ini kerana Mucha Lucha FC pastinya masih terkezut dgn kekalahan besar mereka kpd Tip Top FC.Tetapi pasukan Dubai Red United pastinya perlu berhati-hati agar tidak memberikan freekick di kawasan bahaya kerana 4 pemain Mucha Lucha FC adalah "specialist sepakan freekick"


Ramalan: Dubai Red United 3-1 Mucha Lucha FC

Dubai Red United will get full home advantage and Mucha Lucha FC big lost in 1st game still haunting them



Bayangan Merah Jambu           vs           arsengal

Nasib berbeza  pasukan ini pada perlawanan pertama mereka.Bayangan Merah Jambu tewas 2-3 kepada Tempoyak Hotspur manakala arsengal pula menang dgn jumlah jaringan sama terhadap perunding Atur FC juga di gelanggang lawan.Pemain yg perlu diberi perhatian ialah Dirk Eddly bg pasukan arsengal dan Mathias Kuschmann bg pasukan Bayangan Merah Jambu yg telah menjaringkan 2 gol bg pasukan masing2 di perlawanan pertama mereka.

Ramalan: Bayangan Merah Jambu 1-2 arsengal

arsengal meneruskan rentak kemenangan mereka di gelanggang lawan


Acetylcholine FC           vs          perunding Atur FC

Kedua-dua pasukan tewas pada perlawanan pertama mereka dan mencari kemenangan pertama mereka

Ramalan: Acetylcholine FC 1-1 perunding Atur FC


Perlawanan yang seimbang dan kedua-dua pasukan mengambil pendekatan  berhati-hati untuk tidak kalah berturut-turut.

[ Last edited by  pacubob at 26-10-2008 12:01 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2008 10:25 AM | Show all posts



FootballForecast is back with Rocky Balboa!
PreviewPerlawanan ke-2, LCX Division 1 Musim 3


Pundit undangan kali ini adalah Encik Stif MacMeehoon, ex-liverpool, evertonian

Atomic FC - NEgro United

PenyokongAtomic FC pasti mahukan kemenangan kali ini apabila menerima kunjungan NegroUnited dlm perlawanan kedua musim ke-3 LCX Division 1 Isnin ini, selepas tewasdlm perlawanan pertama. Penyerang utama, Christophe Sarazin dijangka akan pulihdan bakal mengetuai serangan Negro United. Epitome berkemungkinan akanmengekalkan corak formasi serangan 4-3-3 selepas formasi tersebut berjaya merobekpertahanan TrueBlue FC, namun segalanya bergantung pada kecergasan dan prestasiSarazin. Bahagian pertahanan, Jacques-Yves Commes
akan terlepas aksi ini akibat kecederaan, danhampir pasti Philip Etuhu,pemain yg memberikan satu assist dlm perlawanan lalu,akan menyertai kesebelasan utama. Atomic FC akan beraksi tanpa penyerang baru,Dennis Loviste (skill 8) yg cedera dlm perlawanan lalu.Edmundo Ruano danCarpintero dijangka akan digandingkan di barisan serangan. Mr Cyber2005 pastiakan melakukan sesuatu bg mengekang kekuatan jentera tgh Negro United untukmemberikan peluang mereka melakukan upset, selain bgmaina Teofilo Ponton danAmbrosio Andrinua marshalling the defence.

Ramalan:Atomic FC 0-1 Negro United (ketajaman serangan tanpa Dennis Loviste dipersoalkan)

KBM - darulaman FC

Cabarangetir buat darulaman fc, selepas berjaya mengekang serangan bertali arusDonTough FC minggu lalu, kini mereka berdepan dengan KBM pula di gelangganglawan. KBM dijangka tiada masalah,dengan mengekalkan momentum yg ada, dgnformasi 4-4-2 serangan manakala darulaman pula barangkali akan kekal dgn corakbertahan samada kekal 5-3-2 atau 4-5-1, khusus untuk marking man-to-manplaymaker KBM, Stephen Davids. GK Bebeto Kaka perlu kekal berada di tahapterbaik bagi mengekang serangan Galante dan Poulious,selain support darimidfield terutamanya dari Jejaka Berbakat dan Davids.
Ramalan:KBM 2-0 darulaman (pada masa ini, KBM terlalu kuat untuk darulaman fc)

DonTough  FC - Team Kuku Cekam

DonToughFC akan turun dengan penuh bersemangat, seperti mana yg diungkapkan olehpengurus, encik DonMacho bersama2 Ms Ana (tidak perlu dihuraikan ttg pakaian ygdihadiahkan Don kepadanya) dalam build-up perlawanan kali ini. Team kuku Cekammempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan pertama, kali ini masih mgharapkantuah bermain di tempat lawan. Teamwork and team spirit akan menjadi kuncikekuatan Team Kuku Cekam pada musim ini, memandangkan tiada new signingssetakat ini yg dapat mengubah rentak dan semangat berpasukan mereka. DonToughFC perlu meningkatkan kekuatan serangan mereka kerana mereka bermain di tempatsendiri, dan Flavio DaRosa pasti akan menemui semula ketajaman di depan gol.Pertahanan Team Kuku Cekam perlu diperkemaskan lagi, berdasarkan prestasiperlawanan lalu dimana mereka gagal memperolehi clean-sheet. Purata skillpertahanan Team Kuku Cekam hanyalah 4.667,
maka satu cabaran sengit untuk mengikat serangan yg diketuai FlavioDaRosa (skill=8). Namun semangat juang dan berpasukan Team Kuku Cekam adalahygterbaik setakat ini.

Ramalan: DonTough FC 1-1 Team Kuku Cekam (semangat Team Kuku Cekam bukan mudahdilunturkan)

sekulakita FC - asyik kalah FC
SekulakitaFC bermain di tmpt sendiri utk kali ke2 berturut2, selepas tewas kpd KBM dlmperlawanan pertama. Kekuatan individu tampak menyebelahi Sekulakita FC, dgnpemain terbaik dan termahalnya, Ulrich Yildiz (skill-8)mengetuai barisanpertahanan. NAmun sejauh mana pengurus ASyik Kalah FC, Ctaz mengeksploitasiketiadaan Gk utama sekulakita FC, Jorge Medica yg masih lg sideline.Penggantinya, Degen Rustebel, 19 tahun, masih muda dan kurang pengalamanberdasarkan perlawanan lalu yg hanya memberi persembahan=2 sahaja. Minggu lalu,penyerang Erhard Harlander yg bertindak selaku penyerang tunggal dan supportdari 5 midfield berjaya menyekat Atomic FC, dijangkakan Ctaz masih mengekalkanstrategi ini untuk mematahkan serangan pantas & terus Sekulakita selainancaman satu2nya pemain tgh yg dpt menyaingi pemain tgh mereka iaitu TinoMoreno (skill=7). Sekulakita brkemungkinan besar akan menurunkan semulapenyerang utama, Alexander Pavia selepas gandingan Simone Kempes dan JavierArmenandes gagal memperoleh goal dlm perlawanan lalu.
Ramalan:Sekulakita FC 1-1 Asyik Kalah FC (a fair draw for both sides)

TrueBlue FC-Kg Boy FC
Kedua-duapasukan tewas 1-3 dlm perlawanan pertama, Kg Boy FC kali ini pasti akanmenguatkan jentera serangan dgn menurunkan penyerang utama skill=6, Lucio Gomesapabila dlm perlawanan lalu gagal menang perlawanan yg dikuasai mereka.Kembalinya penyerang, Javiero Kortina dan pemain pertahanan, Montel Rojas darikecederaan akan menguatkan lagi pasukan ini. Dijangkakan Kg Boy FC akan turundgn strategi bertahan, samada menyekat pemain2 tengah TrueBlue FC yg masing2mempunyai kekuatan seimbang, selain cuba menyerang balas menerusi playmaker, Caupolic醤Moya. Peminat TrueBlue FC akan mengharapkan sentuhan gol Nari Lotti terusmenjadi dlm liga ini selepas penyerang berskill=7 ini menjaringkan gol tunggalminggu lalu.
Ramalan:TrueBlue FC 2-1 Kg Boy FC (tuah dan kejayaan memihak kpd tuan rumah)

Seluruh krew Football Forecast mengucapkan Selamat Deepavali!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by Don Henley at 24-10-2008 07:02 PM



review ko memang tip top lah...
sama ngan prestasi tim ko yg cun melecun...

p/s semoga tim ko jadik jore lagik...heheh...


haha..tgh cuti,buleh la aku layan xpert11 all out wat preview..
susah le nk jadik jore lagik nmpak gaya taun nie..sbb encik Don takde..
Rocky Fc hanye buleh menang liga bila ade lawan encik Don dlm penghujung musim <- tak percaya buley semak arkib negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2008 01:30 PM | Show all posts
preview yang sungguh hensem guys
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 05:15 PM | Show all posts
aku punye predict utk Div 3 semua out....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 06:38 PM | Show all posts


FINAL SCORE with Rocky Balboa..
LCX Division 1 Match 2 Season 3

KBM 5-1darulaman FC
Pasukan KBMmenunjukkan kehebatannya sekali lagi apabila membelasah darulaman fc 5-1 di Stadium 4thFloor. Ace, Stephan Davids sekali lagi mempamerkan aksi world class apabilamnjaringkan hat-trick pertama LCX Division 1 musim ini, sekaligus menjadikanbeliau pemain terbaik division setakat ini. Sekurang2nya 6 percubaan goldilakukan oleh beliau sendiri dlm perlawanan itu. Selain itu,aksi penyerang,Panayotis Poulious selain menjaringkan satu gol, gerakan lincahnya berjaya mengkucar-kacirkanpertahanan lawan. Pemain veteran, Baas van Huijksloot turut menyumbangkan satu goldand satu assist dlm perlawanan pertama beliau musim ini. Separuh masa pertamaKBM sudah mendahului 2-0, sebelum Davids memulakan pesta golnya sejurus selepasbermulanya separuh masa kedua. Darulaman FC tidak mampu melakukan sebarang serangandlm separuh masa pertama, tp bangkit pd separuh masa kedua., percubaan pertamamelalui free kick Marcelo Palocci. Beberapa minit selepas penyerang KBM, GaetanoGalante cedera dan digantikan oleh Tana Umaga, darulaman FC melakukan seranganpantas dan Frankie Fleck menjaringkan gol utk kedudukaan 3-1. Seranganbertali-arus dan penguasaan possession 72% oleh KBM menceritakan segalanya dan separuhmasa kedua sememangnya milik Stephan Davids apabila menjaringkan gol menerusidirect free kick dan satu lg mnerusi rembtan dlm kotak penalty.



DonTOugh FC 3-0 Team Kuku Cekam

DonTOughturun selaku tuan rumah dgn garang dan attacking minded, 3-4-3 dgn trioserangan Da Rosa, Silverio dam Mauro. Namun pemain perancangnya, Jake Irwin mencuriperhatian dgn 2 assist. Pemain baru itu mula menunjukkan keserasian,dgnmmberikan persembahan=8. Marciello Ozzinho, sekali lg mnjadi pemain terbaikDonTough FC, dgn menyusun pertahanan mantap dan memberikan persembahan =9.
Team Kuku Cekam bermula dgn nasib malangapabila pemain tgh, Elven Norris cedera pd minit ke-6, dan digantikan olehpemain muda 18 tahun, Ronaldo Anuar. Dennis B鴊elund menjaringkan gol pertamapd minit ke-14, namun selepas itu, perlawanan agak seimbang, dgn serangan2 olehtrio penyerang DonTough serta percubaan penyerang Team Kuku Cekam, StuArmstrong, menguji pertahanan pihak lawan masing2. Namun 10 minit terakhir,kosentrasi pasukan pelawat goyah apabila dlm masa dua minit, DonToughmenjaringkan 2 gol iaitu pd minit ke 81 dan 82 menerusi Prata dan Mingo untukkedudukan 3-0.


Atomic FC1-1 Negro United
Perlawananyg menarik, perlawanan between 2 halves, perlawanan antara pertahanan danserangan. Itu antara rumusan yg didapati daripada perlawanan ini. Separuh masapertama, Atomic FC mendahului pd minit ke-15 melalui tandukan Benedicto Etxabe,dan kemudiannya melakukan 2 lagi percubaan berbahaya Alex Suarez Vastobal dan AlexandreAriza. Separuh masa pertama tamat dgn penyokong Atomic FC ceria dan pasukan NegroUnited tidak melakukan sebarang percubaan gol. Namun, bermulanya separuh masakedua, dipercayai Epitome mengatakan sesuatu ketika rehat, membangkitkansemngat para pemainnya. Minit ke-49, Christophe Sarazin menjaringkan golselepas sepakan sudut. Kemudian, Negro United terus menyerang dgn 3 kalipercubaan melalui Elof Hammargren, Roland Bouju dan pada minit2 terakhir oleh GustaveMonsoreau. SEparuh masa kedua tamat dgn Atomic FC langsung tidak melakukanserangan manakala Negro United melakukan 4 percubaan,


TrueBlue FC2-0 Kg Boy FC
KG Boy FCterus dilanda malang apabila tewas kali kedua berturut2, kali ini ditanganTrueBlue FC. TrueBlue FC turun dgn 3 org penyerang dgn harapan memungut 3 matapenuh ditempat sendiri, namun dikejutkan apabila Kg Boy FC menjaringkan gol pdminit ke-23,namun kelegaan jelas terpancar diwajah pengurus di dugout apabilajaringan itu dibatalkan. Separuh masa pertama tamat dgn kedudukan 0-0. UrbanoArtico menjadi wira apabila menjaringkan gol pd minit ke-73 sebelum melakukansepakan sudut untuk penyerang, Nari Lotti mnjaringkan gol kedua dlm 2perlawanan berturut2. Gandingan Mista dan Ettien utk barisan serangan Kg Boy FCtidak menjadi, apabila mereka gagal mendapatkan gol, selain persembahan burukdimana Mista,(persembahan=3) dan Ettien hanya member persembahan=1.


Sekulakita3-1 asyik kalah
Sekulakitabangkit dgn bergaya pada separuh masa kedua, selepas ketinggalan 0-1 padaseparuh masa pertama apabila penyerang sensasi, Erhard Harlander menyumbat golkedua peribadi dlm musim ini utk meletakkan pasukan pelawat dihadapan.Pertahanan kental Asyik Kalah FC berjaya memberikan tekanan kepada tuan rumah.Namun dlm masa 2 minit, iaitu pada minit ke-65 dan 66, kedua2 melalui sepakansudut, Sekulakita berjaya mendahului melalui jaringan Sebasti醤 Battaglia dan SimoneKempes. Sekali lagi poor marking ketika mempertahankan sepakan sudut,membolehkan Alexander Pavia menanduk masuk gol hasil sepakan sudut SimoneKempes. Kehebatan set pieces oleh Sekulakita membolehkan mereka meraih 3 matapenuh di tempat sendiri.Hal ini sudah pasti akan membuka mata para pengurus lain mengenai pertahanan menentang sepakan sudut oleh Sekulakita FC

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 06:38 PM | Show all posts
saja je kasi pompuan menang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 06:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 09:53 AM | Show all posts




alamak....terlepas lak nak tikam....
enak sangat makan muruku...
lupa nak tinjau tim....

sib baik tak kena pakok

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 10:00 AM | Show all posts
lepas ni jupe don
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 11:59 AM | Show all posts
pressure betul jadi bahan tikaman ni..karang kalo kalah member menyirap plak...nak tak nak kena menang la khamis ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2008 12:23 PM | Show all posts
Originally posted by koben19 at 28-10-2008 11:59 AM
pressure betul jadi bahan tikaman ni..karang kalo kalah member menyirap plak...nak tak nak kena menang la khamis ni..







sib baik aku tak tikam game lapas....
awek menang rupernya....

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by neo-painkillerz at 28-10-2008 12:23 PM


sib baik aku tak tikam game lapas....awek menang rupernya....


taktik nak dapat no. hp..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 01:37 PM | Show all posts
Laporan Keputusan/Preview Match 2 LCX Premier jam 4.30 ptg semalam

5 perlawanan bagi pasukan LCX Premier berlangsung dalam cuaca yang baik semalam
Perubahan masa di Eropah menyebabkan perlawanan teranjak ke depan sebanyak 60minit
Perlawanan berlangsung jam 4.30ptg
Keputusannya:

pacubob united   4 -  KaCak FC  1
Aksi sulung di laman sendiri musim ini digunakan sebaik mungkin apabila pasukan pacubob united menewaskan KaCak FC 4-1. Pasukan pelawat terlebih dahulu di depan pada minit 23 apabila Vinicius Ourique menjaringkan gol melalui satu rembatan kencang di dalam kotak penalti. Bagaimanapun pasukan tuan rumah tidak menunggu lama dan menyamakan kedudukan 1-1 pada minit 30 menenerusi rembatan jauh Imanol Salinas. Gol Roberto Moises dan Armand Le Morvan menambah derita pasukan pelawat pada minit 38 dan 44. Tiada gol pada babak kedua perlawanan. Padang majlis daerah  juga menyaksikan empat kad kuning dikeluarkan oleh pegawai perlawanan dan dua untuk setiap pasukan.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Carlos Sales       
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Vinicius Ourique

Rocky FC   3 -  Changloon FC   0
Di Sungai Penchala, penyandang juara Rocky FC mudah menundukkan pasukan Changloon FC dengan 3 gol tanpa balas dan kesemua gol dijaringkan di babak pertama perlawanan. Alastair Brecklin menjaringkan gol pertama tuan rumah pada minit19 menerusi satu larian solo yang berjaya mempedaya penjaga gol pasukan pelawat. Dua gol lagi dijaringkan oleh Alaxendre Rosado(30) dan Lancelot Oakes(37). Dua kad kuning dan 1 kad merah dilayangkan oleh pegawai perlawanan dan kesemuanya kepada pasukan pelawat. Ternyata Changloon FC perlu segera mencari formula untuk bangkit dari dua kekalahan berturut-turut dan bagi tuan rumah, tambahan 3 mata lagi menyaksikan mereka berada di puncak liga ketika ini.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Alaistair Brecklin         
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Kaya Koseoglu

Saro FC 1 -  testiruFC 1
Perlawanan di Stamford Bridge semalam menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata apabila terikat 1-1 hingga tamat permainan. Pasukan pelawat bermula garang apabila menghasilkan gol menerusi sepakan percuma pemain baru mereka yang menyertai kelab dengan yuran perpindahan 2 100 000 econ. Jaringan pada minit ke 18 itu membuatkan penyokong tuan rumah terdiam seketika. Bagaimanapun Luis de Souza Deco kembali menceriakan penyokong pasukan tuan rumah melalui rembatan kencangnya pada minit 31. Tiada gol terhasil pada babak kedua dan hanya 1 kad kuning dilayangkan kepada pasukan tuan rumah oleh pegawai perlawanan.

Pemain terbaik pasukan tuan rumah:Ming-Hui Mu
Pemain Terbaik pasukan pelawat:Giorgio Bergamo

korr fc 2  -  Nasri Kawase FC 2
Sekali lagi pasukan yang sinonim dengan pakar seri iaitu korr fc mencatatkan keputusan seri buat kali kedua berturut-turut apabila terikat 2-2 apabila melayan kunjungan pasukan Nasri Kawase FC di Giggsy Lane. Kesemua gol terhasil di babak kedua. Alexandre Fernilat memberi gol pertama kepada pasukan pelawat pada minit 62 sebelum Maurice Beech dari pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan. Pada minit 74, penyerang utama Nasri Kawase FC, Th閛dore Celle merembat bola dalam kotak penalti yang memberikan gol kedua kepada pasukannya. Di kala pasukan pelawat mula mencongak kemenangan kedua berturut-turut, pasukan tuan rumah diberikan sepakan penalti dan disempurnakan Nicola Filippini menyaksikan kedua-dua pasukan berpuashati dengan 1 mata. Dua kad kuning dilayangkan kepada pasukan tuan rumah manakala 1 kad merah buat pasukan pelawat.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Romeo Shorrock
Pemain Terbaik pasukan pelawat: 蓆ienne Grasset

Saja Saja F.C   2   -  
CFC Koben  0
Tiga mata pertama buat pasukan Saja Saja F.C apabila mengejutkan pasukan CFC Koben dengan kemenangan bergaya 2-0 di Stadium Saja Saja F.C semalam. Kedua-dua gol dihasilkan oleh penyerang sensasi mereka Arthur Rowlands pada minit 19 dan 40 babak pertama permainan.
Empat kad kuning dilayangkan kepada pasukan tuan rumah manakala pasukan pelawat mengutip dua kad kuning.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah:
Arthur Rowlands       Pemain Terbaik pasukan pelawat: Barclay Mohan

[ Last edited by  srumut at 28-10-2008 01:38 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by ibujarikaki at 28-10-2008 10:00 AM
lepas ni jupe don



apo tektik ko nk guna?..heheh...

nnt aku kasik la ms daniela bermalam barang semalam dua kt rumoh ko...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.141856 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list