CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahmad_fazill

Manchester City - 2011/2012

   Close [Copy link]
Post time 26-3-2010 09:33 AM | Show all posts
Mancini, Moyes sengaja tempah 'bencana'


WALTON (tengah) mengarahkan Mancini (kiri) dan Moyes meninggalkan padang pada aksi di Eastlands awal pagi semalam.

MANCHESTER - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini dan pengurus Everton, David Moyes berdepan dengan siasatan Persatuan Bola Sepak (FA) England setelah mereka diarah meninggalkan bangku simpanan pada perlawanan di Eastlands awal pagi semalam.
Pertemuan tersebut berakhir dengan City tewas 0-2 kepada Everton menerusi jaringan Tim Cahill pada minit ke-33 dan Mikel Arteta (85).
Tekanan mungkin menjadi punca Mancini keluar dari kawasannya pada penghujung perlawanan untuk merampas bola daripada Moyes.
Pengadil, Peter Walton telah mengarahkan kedua-dua pengurus itu meninggalkan padang biarpun jelas Mancini dilihat lebih agresif dalam insiden tersebut.
"Selepas ini saya akan biarkan saja bola jika datang ke arah saya. Saya tangkap bola itu sebab kami mahu melakukan pertukaran dan saya mahu membantu dia (Mancini).
"Memang terkejut apabila saya juga diarahkan keluar padang. Jika saya sepak bola keluar dari kawasan bangku simpanan ini, saya boleh terima tindakan tersebut. Saya sebenarnya mahu mempercepatkan permainan," kata Moyes.
Sementara itu, Mancini meminta maaf kepada Moyes dan Walton ekoran perbuatannya itu.
"Masa tinggal lima minit untuk ditamatkan ketika itu dan saya hanya mahu mengambil bola. Bukan niat untuk bertindak agresif.
"Memang saya kecewa dengan pemain dan juga diri sendiri kerana kami beraksi dengan baik dan kami tidak sepatutnya tewas," kata Mancini. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2010 05:29 PM | Show all posts
main europa league jah musim depan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 05:54 PM | Show all posts
europa pon europa lah MC kan, baki kat spurs nombor 4
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 08:54 AM | Show all posts
Tevez ledak hatrik, City kembali kukuh kedudukan

2010/03/30

MANCHESTER: Carlos Tevez menyumbat hatrik bagi memastikan Manchester City kembali ke kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris selepas menang 3-0 ke atas Wigan, awal pagi tadi.

Wigan bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Gary Caldwell dibuang padang, 10 minit selepas babak kedua.

Ketika itulah City mengambil peluang dengan penyerang Argentina itu meledak tiga gol dalam masa 15 minit, sekali gus menyaksikan bekas pemain Manchester United itu kini memperoleh 25 jaringan musim ini.
City kini tiga mata sahaja dipisahkan dengan Tottenham Hospuer di tangga keempat.

Wigan bermula dengan agak kental pada awal permainan dengan pertahanan yang kukuh terutama menerusi Titus Bramble yang sering menyekat kemaraan rangkaian penyerang City iaitu Emmanuel Adebayor dan Tevez.

Jaringan Tevez akhirnya menjelma pada minit ke-72, 74, 84. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 10:39 AM | Show all posts
tebes semakin merembesssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 08:17 AM | Show all posts
City belum cukup kuat

TEVEZ (kanan) meledakkan hatrik untuk membantu City menewaskan Wigan 3-0 kelmarin.

MANCHESTER - Roberto Mancini mengakui Manchester City perlu bekerja lebih keras untuk merampas kedudukan keempat dalam saingan Liga Perdana England.
Pengurus City itu tidak berpuas hati selepas skuad kendaliannya mempa- merkan aksi yang belum meyakin- kan ketika menang 3-0 ke atas Wigan Athletic kelmarin.
Pada pertemuan itu, City terpaksa menunggu sehingga Wigan bermain dengan 10 pemain apabila Gary Caldwell diarah keluar padang pada minit ke-56, untuk menjaringkan gol.
Penyerang Argentina, Carlos Tevez muncul wira sele- pas meledakkan hatrik dalam tempoh 13 minit untuk menambah koleksi jaringan kepada 25 gol musim ini.
Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Mancini melonjak di tangga kelima, dua mata di belakang Tottenham Hotspur yang menghuni tangga keempat liga.
Bagaimanapun Mancini berkata, City perlu memperbaiki persembahan untuk menghadapi baki tujuh perlawanan musim ini.
"Kami ada tujuh perlawanan lagi. Saya rasa kami perlu bertarung dalam semua perlawanan.
"Aksi seterusnya adalah perlawanan yang sukar tetapi jika kami mahu menamatkan saingan di tempat keempat, kami perlu bersaing dan bermain lebih baik.
"Kami mengetahui bahawa kami memperoleh peluang yang baik untuk menduduki tempat keempat dan bersaing hebat dengan Tottenham serta Liverpool.
"Adalah penting untuk kami memperbaiki persembahan pada perlawanan seterusnya.
"Mungkin aksi menentang Tottenham nanti adalah lebih baik tetapi sebelum itu, kami perlu menghadapi beberapa pa- sukan lain.
"Kini penting untuk kami memenangi perlawanan seterusnya. Ia akan menjadi sukar bagi kami untuk bersaing dengan Liverpool dan Tottenham tetapi kami sudah bersedia." - AFP
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-3-2010 11:27 AM | Show all posts
tak hebak langsung tebes...setakat 25 gol tu babah wat dalam suku musim jah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 01:07 PM | Show all posts
Tevez terhutang budi

2010/04/01




PENYERANG Manchester City, Carlos Tevez berkata, prestasi cemerlangnya ketika ini berpunca daripada sokongan padu peminat kepadanya ketika dia dan keluarga menghadapi masalah.




Pemain Argentina berusia 26 tahun itu diberikan cuti bulan lalu apabila anak perempuannya, Katie lahir pra matang.

Tevez tidak bermain selama dua setengah minggu dan menghabiskan masa itu untuk bersama keluarga di negaranya.

Namun sejak kepulangannya, peminat City tidak berhenti-henti memujinya. Tevez menjaringkan enam gol dalam lima perlawanan termasuk hatrik dalam masa 12 minit ketika menundukkan Wigan, Isnin lalu.
Dia yang menjaringkan 25 gol setakat musim ini berkata: "Saya amat menyukai penyokong City dan mahu memenangi perlawanan untuk mereka.

"Cara terbaik untuk mengucapkan terima kasih di atas sokongan mereka adalah dengan menjaringkan gol.


"Semua gol yang saya jaringkan adalah untuk peminat dan pasukan. Saya sangat gembira berada di sini.

"Perkara paling penting sekarang ialah kami mendapat tempat keempat demi pasukan dan peminat City."

Tevez juga diibaratkan tangkal tuah buat City berikutan hanya mencicirkan dua mata dalam 11 perlawanan yang menyaksikan dia menjaringkan gol.

Dalam 16 perlawanan di mana dia menghasilkan jaringan, City hanya gagal memenangi dua pertemuan daripada jumlah itu.

Kata Tevez "Saya gembira dengan tahap permainan saya ketika ini selain puas hati kerana menjaringkan 25 gol, tapi saya mahu lebih daripada itu."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2010 01:24 AM | Show all posts
5-0 baru first half.... cik city hebat arini
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 03:30 PM | Show all posts
Final score 6 bijik kn.?
Knduri weh...mkn nasik ambeng..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 08:30 AM | Show all posts
City hampiri pentas Eropah


ADEBAYOR menyumbat dua gol untuk membantu City membelasah Burnley 6-1 kelmarin.

BURNLEY - Roberto Mancini yakin Manchester City bakal beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara musim depan.
Pada saingan Liga Perdana England kelmarin, City membelasah Burnley 6-1 untuk melonjak ke tangga keempat liga.
Ia merupakan kemenangan terbesar di tempat lawan yang pernah dicatat City dalam saingan liga selepas kali terakhir melakukannya ketika membelasah Manchester United 5-0 pada tahun 1955.
"Penting untuk kami menduduki tempat keempat ketika ini tetapi apa yang penting, kami perlu berada di kedudukan itu pada penghujung musim ini.
"Kami masih ada baki enam perlawanan yang sukar. Tetapi jika kami beri fokus seperti aksi pada separuh masa per- tama, kami mempunyai peluang yang cukup baik," kata Mancini.
City mendahului 3-0 seawal minit ketujuh menerusi gol Emmanuel Adebayor, Craig Bellamy dan Carlos Tevez disusuli tambahan dua lagi gol sebelum waktu rehat menerusi Patrick Vieira dan Adeba- yor.
Vincent Kompany menjaringkan gol ke enam City pada minit ke-58 sebelum Burney mendapat gol sagu hati hasil jaringan Steven Fletcher pada minit ke-71.
Sementara itu, Mancini turut menafikan laporan yang mengatakan dia berminat untuk kembali ke Itali dan menjadi jurulatih Juventus.
"Saya tak kata perkara itu. Saya masih pengurus City dan gembira berada di sini. Saya mahu kekal di sini musim depan.
"Saya ditanya soalan tentang Juventus tetapi saya tak pernah kata yang saya mahu ke Juventus. Saya tak pernah cakap. City merupakan kelab yang istimewa," jelas Mancini. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 11:25 AM | Show all posts
Ia merupakan kemenangan terbesar di tempat lawan yang pernah dicatat City dalam saingan liga selepas kali terakhir melakukannya ketika membelasah Manchester United 5-0 pada tahun 1955.


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 12:58 AM | Show all posts
up sket....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 11:17 AM | Show all posts
iols sokong ini tim dari doluuu lagik..mantopp
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 10:57 AM | Show all posts
mungkossssssssssssssss

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 12:58 PM | Show all posts
mungkossssssssssssssss
jAck666 Post at 18-4-2010 10:57


Tebes who?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2010 01:01 PM | Show all posts
Tebes who?
cak! Post at 18-4-2010 12:58


x dpt nak goyang2 montot kekdahnye merembes laaaaaaaa!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 06:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by kazuma_kiryu at 1-5-2010 18:12

Kalau tak suka, boleh angkat kaki

2010/05/01

MANCHESTER: Roberto Mancini memberitahu Carlos Tevez bahawa pemain itu bebas meninggalkan Manchester City andai tidak gembira di kelab itu.

“Jika seorang pemain tidak gembira berada di sini, adalah lebih baik dia mencari pasukan lain,” kata pengurus itu. “Saya tujukan bukan saja untuk Tevez, tapi semua pemain lain.” Tevez pernah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap latihan keras Mancini minggu lalu dan laporan menyebut pemain Argentina itu mahu kontrak barunya diperbaiki walaupun perjanjian asalnya masih berbaki empat tahun. Ada juga yang berkata dia mungkin memikirkan semula masa depannya di City jika pasukan itu gagal melangkah ke Liga Juara-Juara menerusi baki tiga perlawanan.

“Adalah penting untuk semua pegawai dan pemain berasa gembira dengan pasukan ini kerana situasi itu akan memberi kesan kepada kelab,” kata Mancini.

“Adalah tidak baik untuk pasukan serta pemain itu sendiri jika mereka tidak gembira. Saya tidak tahu sama ada Carlos Tevez tidak gembira berada di sini, tapi dia mesti menumpukan perhatian kepada baki tiga perlawanan itu.

“Bagi pemain, ini adalah tempoh kritikal. Mereka mesti memberikan yang terbaik pada baki perlawanan. Tevez masih mempunyai baki kontrak selama empat tahun. Tapi, jika tidak gembira, dia boleh berpindah.” Mancini berkata, beliau tidak faham mengapa Tevez tidak puas hati dengan corak latihan sedia ada. “Kami berlatih dua kali sehari sebanyak empat kali dalam tempoh lima bulan. Dua daripadanya berlaku ketika Carlos di Argentina manakala satu lagi dia tidak hadir.

“Saya tidak tahu mengapa (dia tidak gembira). Apabila kami tidak mempunyai perlawanan di tengah minggu, kami sering berlatih sebanyak dua kali pada Selasa. Kami akan meningkat dengan mengadakan lebih banyak latihan.” - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 03:39 PM | Show all posts
harap2 menciteh menang ini malam
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 04:01 PM | Show all posts
perlawanan penentu malam ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.101776 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list