qasehnuramy posted on 18-11-2013 11:42 AM
ciksurie pekabar hari ni???
dah kebah ker???
novel kucc tak pernah mengecewakan....best.....
Lafaz Cinta di Jari Manis karya April Snow merupakan sebuah kisah cinta Annur Qistina(Qis) yang bertemu dengan derita demi derita sebelum mengecap bahagia. Susah dan peritnya Annur Qistina untuk menggapai cinta abadi!
Kisah dimulakan dengan kepulangan Qis setelah 5 tahun ‘menyepikan’ diri di Machester apabila tunangnya, Khalish Ariq tidak muncul pada malam pernikahan mereka. Tindakan Khalish yang telah menghukum Qis tanpa penjelasan telah menyebabkan Qis dihalau oleh bapanya dari rumah dan berkelanalah Qis di tempat orang membawa diri yang dirobek-robek maruahnya. Apabila maruahnya sudah dicantas-cantas oleh orang yang tersayang, kepulangan Qis bukan lagi sebagai seorang ‘Si Barbie Doll’ yang lembut bicara sebaliknya umpama singa yang terluka untuk insan yang bernama Khalish.
Kepulangan Annur Qistina dinanti-nantikan oleh sahabat-sahabat yang sanggup susah dan senang bersama-sama. Qistina tidak keseorangan sebaliknya sentiasa dikelilingi oleh Zita, Zura dan Joe. Kepulangan Qis dapat dihidu oleh Khalish yang sudah insaf daripada kekhilafan lampau dan cuba meraih kembali cinta Qis namun bagi Qis, Khalish baginya telah menjadi kenangan cinta lalu dan tidak mungkin berpaling kembali kepada Khalish .
Qistina mula lelah dengan kejaran cinta Khalish. Ditambah pula dengan kehadiran Fazwan Anuar sang CFO yang juga cuba meraih cinta Qis ‘Si Barbie Doll’ yang cantik jelita, sesiapa yang memandang seolah-olah memerhatikan patung yang bergerak. Sehari sampai 2 kali menghantar 24 kuntum purple roses untuk memikat hati Qis sehingga mendapat gelaran “Mr Purple Rose” . Keadaan menjadi lebih getir bagi Qis untuk membuat keputusan apabila sahabat baik Qis, Johan Qusairy (Joe) telah lama memendam rasa cinta terhadap Qis.