CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
Post time 23-3-2015 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeah...  Akhirnya Aylanins & Conan bersatu dlm satu irama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2015 10:54 AM | Show all posts
ahhh debar debar tau... sipu sipu malu tgk conan n ayla. gatai bebenor nak pegang pinggang masa majlis. mentang mentang la ayla tu janda berhias.. eh ke bukan.. tapi kalau tak silap yer. ke i salah cerita. hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2015 01:32 PM | Show all posts
PUAN SHARIFAH QASIDAH pandang Alif tidak berkelip. Tidak berkutik anak muda itu berdiri di depannya. Dia masih menunggu kata-kata dari Alif yang sudah perkenaljan diri tadi.

"Puan, saya nak minta izin melamar Nayla dan bernikah dengan Nayla. " Tersekat suara Aluf saat menutur.

"Hmm..kamu benar-benar suka pada Nay?" Tanya Puan Sharifah Qasidah, Alif masih dipandang tajam. Berani anak muda ini nampaknya.

"Ya Puan."

"Kamu tahu, dulu adik kamu pun saya tak restu. Kamu tahu sebab apa?" Tanya Puan Sharifah Qasidah lagi.

"Ya..sebab kami tak ada darjat keturunan Syed, Tengku .."Balas Alif.

"Jadi, kamu masih nak teruskan?"

Alif angguk.

"Baiklah..kamu diterima jadi cucu menantu saya kalau dapat memenuhi syarat saya." Jawab pula Puan Sharifah Qasidah, senyuman terukir di bibir.

Alif mendongak. Terasa berpeluh dahinya. "Ya saya sanggup terima syarat puan."

"Bagus!" Semakin lebar senyuman Puan Sharifah Qasidah.

"Nenek!"

Puan Sharifah Qasidah berpaling. Nayla sudah berdiri di depannya. "Nay, kamu suka pada Alif ni?"

Nayla tunduk. Hai la nenek aku ni. Takkan aku nak mengaku depan Alif kut. "Err..."

"Kamu suka ke tak?" Suara Puan Sharifah Qasidah sedikit tegas.

"Nek..Nay dan Alif saling cinta. Restulah mereka nek.." Conan mencelah. Dia sudah dengar perbualan Alif tadi. Aylanins yang mendukung Aishah di sebelah Conan hanyanya diam.

"Nenek terima kalau syarat nenek diterima."

Masing-masing diam, menunggu kata-kata seterusnya dari Puan Sharifah Qasidah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 01:40 PM | Show all posts
syarat dia....

7 kilo hati kuman beranak sulong
8 ekor nyamuk mati beranak
9 bulu ikan mati lemas
10 ketul cengkerang ulat bulu hilang dara

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2015 03:35 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 24-3-2015 01:40 PM
syarat dia....

7 kilo hati kuman beranak sulong

Adeh..baik nikah je ngan puteri gunung ledang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2015 03:37 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 23-3-2015 11:24 PM
Yeah...  Akhirnya Aylanins & Conan bersatu dlm satu irama

Ya Zam...dah selamat nikah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-3-2015 03:38 PM | Show all posts
anisania replied at 24-3-2015 10:54 AM
ahhh debar debar tau... sipu sipu malu tgk conan n ayla. gatai bebenor nak pegang pinggang masa majl ...

Ya..janda berhias.sebab tu conan tu kejar
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 06:02 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 24-3-2015 01:40 PM
syarat dia....

7 kilo hati kuman beranak sulong

Mak aihhhhh...

syaratnya senang jer

8 baldi air mandi malam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2015 06:39 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 24-3-2015 06:02 PM
Mak aihhhhh...

syaratnya senang jer

mampuih.. kecut segala2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2015 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ipo at 25-3-2015 09:21 PM

BAB AKHIR


INAI MERAH di jari dibelek-belek. Senyuman mekar di bibir. Setahun menunggu..ya setahun. Syarat yang nenek kenakan pada Alif nampaknya berjaya ditunaikan. Terharu dengan kesungguhan Alif memenuhi syarat nenek.

"Nay..apa yang senyum sorang-sorang ni?"Alif merapati Nayla yang sedang asyik melihat inai di jari.

"Abang..tak ada apa. Nay cuma terharu dengan kesungguhan abang. Terima kasih bang.." Tangan Alif dicium lembut.

"Sepatutnya abang yang ucapkan terima kasih...sebab Nay sanggup tunggu abang walaupun ada lelaki keturunan syed masuk meminang Nay dalam tempoh tu. Terima kasih juga pada nenek kerana beri tempoh setahun untuk abang tunaikan syarat tu. Nenek benar-benar berpegang pada janji.."Alif senyum. Dahi Nayla dicium penuh kasih.

"Ehem! Amboi, pengantin baru ni! Dah la tu. Dah selamat semuanya. Tetamu dah makin ramai tu..." Usik Conan yang sudah tersenyum sengih di situ.

"Ya la..malam nanti boleh sambung. Sekarang ni, kena layan tetamu dulu. " Celah Aylanins pula di sebelah Conan. Berseri wajah Aylanins bila berbadan dua. Enam bulan lagi lahirlah buah cintanya itu.

Nayla senyum sambil mata memandang Alif yang juga turut menguntum senyum. Faham usikan teman-teman. Mereka mula melayan tetamu bersama Conan dan Aylanins. Aishah pula kali ini selalu saja dengan atuknya, Tengku Saif.

Hari itu, tetamu dilayan sehingga ke petang sehingga majlis selesai. Ramai tetamu sudah pulang. Yang tinggal hanyalah kenalan rapat dan saudara mara.

"Hi Nay!"

Nayla menoleh. Suara yang menegurnya tadi sudah lama tidak didengari. Terkejut melihat sahabat lama sudah tersenyum manis di situ.

"Es!" Tubuh Esmiranda dipeluk erat. Hampir menitis air mata. Rindu pada perempuan itu yang sudah lama tinggalkan tanah air.

Lama mereka berdua bersembang. Nayla perasan Esmiranda sudah banyak berubah.

"Nay..boleh tak kau jaga anak aku sekejap. Aku ada hal penting seminggu dua ni yang memerlukan aku terpaksa tinggalkan anak aku pada kau. Lepas tu aku ambil balik. Minggu depan aku datang sini lagi. Aku faham minggu ni kau masih dalam mood bulan madu. Boleh tak?"

"Es...apa kau masih buat kerja tu?" Nayla mula tidak sedap hati.

Esmiranda tunduk.

"Es..please...jangan rosakkan hidup kau.." Rayu Nayla.

"Aku pergi dulu Nay...selamat pengantin baru.." Tubuh Nayla dipeluk sebelum berlalu pergi.


DARI anjung rumah, Conan perhatikan pertemuan kedua sahabat itu. Mungkinkah Esmiranda sudah mengaku bahawa dia adalah mawar hitam?


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Syarat apa yg nek dah bg kat alif?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 07:29 AM | Show all posts
kakZue replied at 24-3-2015 10:24 PM
Syarat apa yg nek dah bg kat alif?

Entri seterusnya kak..ada syarat2 tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 07:31 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 23-3-2015 06:57 PM
jangan gedik2 nak turkois bagai.. ko pakai gini je nanti..

Weh..tiap kali aku buka benang ni..page ni..asyik nampak hantu bungkus ni jek..seram plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 10:24 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 25-3-2015 09:19 PM

Ok sambung sikit sebelum aku naik flight..

CONAN menghampiri Nayla yang sedang mengambil angin di luar rumah. Mereka yang lain masih bersembang di ruang tamu rumah Puan Sharifah Qasidah itu. Tadi usai makan malam bersama, seluruh keluarga berehat pula sambil menjamu juadah manis pencuci mulut di ruang tamu. Dia perasan, Nayla sudah bersendiri di anjung rumah.

"Hmm..tak ada bintang pulak malam ni.."Conan berdiri di sebelah Nayla seraya mendongak ke dada langit.

Nayla berpaling. Dia hanya senyum kelat."Ada apa kau datang sini?"

"Nay...aku tahu, kau masih fikirkan Es tu kan? Dia nak apa?"Conan pandang Nayla yang masih mendongak ke langit.

"Maaf Nay..aku bukan apa. Ipo ada beritahu aku yang Es tu mungkin ada kaitan dengan kes mawar hitam. Kau pun tahu kan..aku dah beritahu kau dulu." Kata Conan lagi. Nayla masih menatap dada langit yang tidak berbintang.

"Entahlah Nan...dia tak mengaku pasal kes mawar hitam tu tapi aku juga dapat rasa yang dia juga terlibat..tadi, dia nak aku jaga anaknya. Aku dapat rasa ada sesuatu yang tak kena..,"Balas Nayla dengan nada perlahan. Bimbang jika didengar oleh orang lain.

"Habis, kau nak jaga anak dia?"

"Aku tak sanggup lihat anak dia hidup dalam dunia Es..biarlah aku jaga.." Nayla tunduk.

"Apa korang duk melangut kat sini?"Alif menegur. Dari tadi dia mencari isterinya.

"Ala..borak kosong je. Sorry la sebab aku sembang dengan bini kau tanpa kebenaran" Sengih Conan melihat Alif yang sudah merapati Nayla.

"Aku tak cemburu pun..susah payah aku dapatkan Nay ni. Berbaloi la dengan apa yang aku dah buat"Alif melirik manja pada Nayla.

"Hmm..cakap pasal syarat nenek ni..apa yang dia suruh kau buat? Hari tu..dia suruh kita orang pergi dari situ. Tinggal kau dan Nay saja. Boleh aku tahu apa syarat nenek?" Beria Conan ingin tahu.

"Hmm...syarat nenek. Sebenarnya dia nak aku buktikan yang aku benar-benar suka Nay. Jadi, aku kena sediakan rumah, hantar bunga segar setiap minggu selama setahun, bersiap sedia bila-bila masa kalau dia minta tolong, aku kena bayar denda untuk tebus nama keturunan sebanyak 10 ribu ringgit. Yang paling pelik, aku kena jemput dan hantar dia ke mana saja dia nak pergi..fuh..penat setahun!"Panjang lebar Alif beritahu pada Conan.

Nayla sudah tergelak di situ. Memang kelam kabut melihat Alif memenuhi kehendak nenek.

Conan turut senyum. Patutlah kadang-kadang dia nampak Alif terkocoh ke bilik Puan Sharifah Qasidah di pejabat dulu. Kalut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 11:01 AM | Show all posts
Ipo replied at 25-3-2015 07:31 AM
Weh..tiap kali aku buka benang ni..page ni..asyik nampak hantu bungkus ni jek..seram plak :lo ...

woit hantu bungkus tu bini aku

tapi ok lagi per dr bod mps.. masuk bod tu je nampak pocong lompat2
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 11:59 AM | Show all posts
Walaupun aku tak suka berbungkus begitu... tapi dah suami aku nak aku pakai gitu, pakai je la...

Yang penting, sanding, dapat pakai baju turqois
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2015 09:54 PM | Show all posts
ok...ni babak yang dah tepek dulu tu..



CONAN senyum melihat anak perempuannya begitu tekun menggentel  tepung dan isi ikan. Habis tepung menempek di muka. Comot tapi baginya itu adalah comot yang comel. Dia pula menguli isi ikan yang sudah siap dikisar bersama tepung sagu. Sesekali dia jeling anak perempuannya yang sudah berusia empat tahun. Petah bercakap dan yang pasti wajah anak kecil itu mewarisi wajah Arisha. Kening lebat, bibir mungil dan kulit halus mulus. Hanya rambut saja yang mewarisi keturunannya. Arisha berambut ikal dan dia pula mempunyai rambut lurus.

"Chah...uli elok-elok tau. Nanti kita rebus, lepas tu goreng." Hidung kecil anaknya dicuit. Mengekek Aishah ketawa.

" Papa...kopok ni boleh tak makan rebus je?" Aishah sengih, tangan masih ligat menggentel adunan keropok lekor.

"Ya..boleh. Chah suka makan rebus ya?" Tanya Conan lagi.

Aishah mengangguk, dia kemudian menjeling ke arah singki. Mama sedang tersenyum manis di situ sambil mencuci pinggan. Lantas dia turun dari kerusi dan berjalan ke arah mama. Perut mamanya diusap lembut.

Conan turut senyum melihat Aishah sudah tidak sabar melihat adiknya menjenguk dunia. Matanya beralih pada isteri yang sedang tersenyum manis di situ. Begitu cepat masa berputar. Kandungan Aylanins sudah masuk lapan bulan. Rasanya sudah lengkap dan bahagia hidupnya di samping orang tersayang. Ipo pun sudah bertemu jodoh dengan Pretty Sofea. Sudah selamat bernikah mereka berdua itu. Baru minggu lepas dia dan Aylanins serta rakan yang lain menghadiri majlis nikah Ipo dan Pretty Sofea.

"Papa..papa.."

Conan tersedar dari lamunannya. "Ya Chah..Chah panggil papa ya?"

"Mama cakap...nanti kita rebus kopok ni. Chah nak makan rebuslah..mesti sedapkan papa?" Aishah sengih menampakkan sebaris gigi putih yang cantik.Memang Aishah diajar gosok gigi pagi dan sebelum tidur.


"Ya sedap.Papa dah siap gentel ni. Jom kita rebus sama-sama. " Conan segera ambil keropok lekor yang sudah digentel memanjang dan dimasukkan ke dalam periuk yang sudah menggelegak airnya.

"Abang..nanti dah masak nanti, Ayla panggil. Nanti kita bawa sikit ke rumah Nayla. Nenek Qasidah suka keropok ni. Pandai abang buat keropok lekor ni.." Aylanins senyum memandang Conan yang sudah mendukung Aishah untuk melihat keropok lekor direbus dalam periuk itu. Teruja benar anak kecil itu melihat keropok lekor direbus.

"Ya la. Rasanya..Nayla ada jemput sekali Nicki, Ipo dan Amir. Cukup tak keropok ni?" Conan jenguk pula keropok lekor yang sudah siap digentel tadi yang masih berada di atas meja. Adunan yang diberi pada Aishah saja pun dah suku habis disepahnya sampai putih muka dan tangan dengan tepung.

"Cukup rasanya ni bang.." Aylanins jenguk pula ke dalam periuk.



SIAP semuanya, mereka mula bertolak ke rumah Puan Sharifah Qasidah. Tengku Saif juga diajak ke sana. Puan Sharifah Qasidah mengadakan majlis kesyukuran sebelum dia berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji.



Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 10:56 PM | Show all posts
tak sempat sampai umah nenek seripah.. dah terberanak dulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 07:08 AM | Show all posts
so sapa mawar hitam?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2015 08:05 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 25-3-2015 10:56 PM
tak sempat sampai umah nenek seripah.. dah terberanak dulu

sebulan lagi la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.085202 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list