CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 10-9-2024 12:46 PM | Show all posts
bestnya cerita Navajo tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2024 12:50 PM | Show all posts
Hi semua, maaf i tak sempat nak upload cerita hari ni.

tapi i ada pengumuman skit la utk uols semua.

baru-baru ni ada poremer approach I, dia mintak izin untuk gunakan cerita-cerita I utk tiktok dia.  Alasan dia sebab cerita I ni penulisannya menarik, cerita-ceritanya pun dari luar negara, pendek kata sebab cerita I best-best la.  I pun izinkanlah, lagipun cerita dalam ni bukan rekaan I, I pun translate cerita orang je.

So just in case kalau uols terjumpa tiktok poremer tu, nama tiktok tu sipembacacerita, jangan salah anggap dia curi cerita I ye.  dia dah mintak izin dah. so far die jelah yg mintak izin i tak surelah kalau kisah-kisah I ni ada yang digunapakai oleh orang lain jugak.

ok uols I tgh translate satu lagi cerita panjang, so nantikan jelah cerita I ye. see u in the next post!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Best translation tt
Tq tlg translate cite2 best
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok akan di tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
jangan lama sngtt  tt.. xsabar tggu nextt punya ceritaa .. sis sukaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
jangan lama sngtt  tt.. xsabar tggu nextt punya ceritaa .. sis sukaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2024 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
jangan lama sngtt  tt.. xsabar tggu nextt punya ceritaa .. sis sukaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 09:02 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 14-9-2024 12:50 PM
Hi semua, maaf i tak sempat nak upload cerita hari ni.

tapi i ada pengumuman skit la utk uols semua ...

ok nanti nak tgk camne gaya dia bercerita best ke idak

ada skali tgk kat YT pasal jalan ke bukit fraser hills berhantu
rupa2nya dia cedok dalam porem cari ni gak
tak tau la dgn izin la kot
tak best gaya dia bercerita dgn ada iklan2 bagai
makanya tgk separuh je

cite2 antu ni baik layan si joepenglipurlara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2024 05:29 PM | Show all posts
Kereta Rosak Di Tengah Jalan

Sempena hari Halloween ni, aku nak kongsi satu kisah yang betul-betul terjadi pada aku.  Ianya terjadi kira-kira 6 tahun yang lalu,

Pada satu malam tu semasa aku sedang memandu kereta seorang diri apabila tiba-tiba keretaku rosak dan aku pun tersadai di tepi jalan.  Aku pun telefonlah AAA (roadside assistance), dan aku menunggu hampir 1 jam untuk mekanik AAA tu datang.  Bila dia datang, macam biasalah dia tanya apa kes?  Aku pun cakaplah kereta tiba-tiba mati.  Mekanik itu membuka enjinku, godek-godek bateri sikit, pastu dia suruh aku hidupkan kereta.  Aku pun pusinglah kunci kereta aku, tapi tetap jugak tak hidup enjinnya.  Mekanik tu pun arahkan aku keluar dari bahagian pemandu dan dia pun duduklah depan stereng tu.  Dia menoleh ke belakang dan tiba-tiba dia bertanya kepadaku

"Eh mana pegi perempuan kat belakang tadi?"

Perempuan? Mana ada perempuan aku sorang je kat sini dari tadi.  Muka mekanik tu jadi pucat dan sedikit risau. "Eh sumpah tadi masa aku datang aku nampak ada perempuan duduk kat belakang ni, sambil menunjuk-nunjuk ke kerusi belakangku.  Aku pulak menafikan dengan bersungguh-sungguh, sememangnya tadi aku sorang je tunggu mekanik tu, mana ada orang lain dah kecuali kami berdua di situ.  Mekanik tu termenung sekejap, kemudian dia keluar dari kereta aku.  Dia belek semula enjin kereta aku, beberapa kali lah jugak dia godek-godek apa ntah tapi setiap kali kuncinya dipusing kereta tu tetap statik jugak.  Akhirnya mekanik tu mengaku kalah, dia cakap dia tak tau apa masalah kereta aku, dan dia sukarela nak panggilkan trak penunda untuk tarik kereta aku ke bengkel berdekatan.  Lepas tu, dia cuba nak pergi dari situ.  Aku sempat tahan dia, taknak ke tunggu sekali dengan aku? Mekanik tu berterus-terang, dia tak berani.  Aku sempat tanya la, macam mana rupa perempuan yang dia nampak tu. Dia cakap perempuan tu rambut blonde panjang, berbaju putih, tak pasti gaun atau blaus panjang.  

Nasib baiklah jugak mekanik AAA lagi satu ni cepat jugak sampainya.  Mekanik tu tak banyak cakap, dia bawak kabel untuk jumpstart bateri kereta aku dan akhirnya kereta aku hidup jugak.  Pastu dia nasihatkan esok carilah bengkel untuk tukar bateri tu.  Aku pun baliklah ke rumah malam tu, tapi tu pun sepanjang perjalanan asyik mengerling ke belakang kot-kotla perempuan tadi tu muncul balik.....



Mujurlah lepas tu aku tak pernah lagi berhadapan dengan penampakan bukan-bukan di dalam kereta aku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2024 05:49 PM | Show all posts
Kisah Pengawal Keselamatan

Aku merupakan seorang pengawal keselamatan di sebuah pejabat pentadbiran di dalam loji pembersihan.  Bangunan pejabat tu cuma ada satu laluan masuk je, dan sesiapa yang nak masuk dalam bangunan pejabat tu kena melapor diri di pejabat pengawal keselamatan.  Maksudnya, jalan masuk tu memang kena lalu pejabat aku dulu dan itu jelah satu-satunya jalan masuk dan keluar dari pejabat pentadbiran tu.

Aku bekerja di shift malam dan aku bekerja seorang diri je selalunya.  Yelah kan kat loji pembersihan bukannya ada duit pun, sape jelah nak datang merompak tempat ni.  Tapi aku seronok je bekerja di situ sebab tak perlu nak meronda sangat macam kalau mengawal di pejabat lain.  Sehinggalah pada satu malam tu, sedang enak-enak aku berehat di pejabat pengawal tu, tiba-tiba ada bunyi loceng tanda ada orang nak masuk.  Rupa-rupanya seorang lelaki sedang berdiri di luar pagar pejabat tu, dia cakap dia pekerja di pejabat tu, dia ada kerja penting nak kena disiapkan malam tu, tapi dia janji dia nak masuk sekejap je.  Aku pun ikutlah prosedur periksa kad pekerja dia, tengok muka sama macam dalam pas pekerja dia, rekod jam berapa dia masuk dan aku temankan lelaki tu ke pejabat dia, buka pintu pakai kad akses aku sambil buka lampu ruang pejabat dia.  Lepas tu aku pun tinggalkan dia di situ.

Sekali tu tanpa disedari, shift aku dah nak habis, tapi aku perasan lelaki tadi tu tak keluar-keluar pun. Eh pelik jugak ni. Nak tak nak aku pun terpaksalah keluar meronda nak pastikan lelaki tu dalam keadaan selamat, kot-kotla kan dia tertidur dalam pejabat kan.  Aku pun pergi semula ke bahagian yang aku bawak dia tadi.  Lampu masih terpasang, tapi lelaki tu dah takde. Aku cuba cari dia di ruang-ruang lain tapi jenuh aku pusing satu bangunan tu, memang tak ada.  Aku dengan tak sedap hatinya aku pun baliklah ke pejabat pengawal tadi, dan aku semak rakaman CCTV dalam komputer.  Lelaki tadi ada dalam rakaman tadi, tapi dia cuma muncul dalam rakaman kamera yang merakam dari bahagian depan pejabat aku ni sampai ke pintu besar pejabat pentadbiran tu, iaitu masa aku bawak dia tu.  Kalau macam tu betullah dia ada tadi tapi mana dia pegi pulak lepas tu?  

Pengawal shift selepas aku pun sampai.  Sebelum aku balik aku sempat buat laporan sikit yang si polan ni masih belum keluar.  Esok harinya bos aku menghubungi aku, dia cakap laporan dan buku log aku pelik sikit, sebabnya pekerja lelaki tu tengah bercuti masa tu, siap melancong ke luar negara lagi tu.  Jadi macam mana pulak aku boleh tulis pekerja tu masuk pejabat malam tu?  Sampai sekarang aku tak jumpa penjelasannya...


Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Best... Nti ada masa sambung lagi ye TT...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2024 02:22 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 18-9-2024 02:23 PM

Kasih Seorang Datuk Bahagian 1

Di hujung tahun 1990an, aku menjadi seorang polis di NYC dan aku bertugas di unit anjing pengesan.  Tahun 2001, berlaku serangan 9-11 dan aku dan anjingku, Bo merupakan antara kumpulan pertama yang dipanggil untuk menyertai aktiviti menyelamat di Ground Zero.  Akibat bertungkus-lumus mencari mangsa terselamat tanpa mengenal erti rehat, tiba-tiba Bo pengsan.  Bo disyaki mengalami keletihan terlampau, tapi selepas urusan menyelamat itu selesai, Bo sudah tidak berapa cergas seperti dulu, selalu penat, tercungap-cungap dan asyik nak tidur je.  Doktor haiwan mengatakan bahawa Bo mungkin terlalu banyak menghidu habuk dan asap di kawasan kejadian sehingga mengganggu paru-parunya.  Bo akhirnya disarakan.  Aku pun sebenarnya selepas tragedi 9-11 itu aku dah rasa tak seronok nak duduk di New York lagi, jadi aku pun berhenti kerja dan dengan sukarelanya aku ambil Bo jadi anjing peliharaan aku.


Nak lupakan tragedi 9-11 itu, aku pun balik kampung iaitu ke Wyoming.  Di sana aku bertugas di bawah Jabatan Haiwan Liar dan Perikanan.  Kawasan tempat aku ditugaskan ini turut merupakan penempatan suku Kaum Asli Amerika iaitu suku Shoshone dan Arapaho.  Sebagai seorang ejen kerajaan, aku banyak berurusan dengan polis tribal di sana dan salah seorangnya adalah seorang ketua balai yang aku panggil Louis je.  Louis merupakan seorang lelaki yang hanya tinggal 2 tahun lagi nak bersara.  Dia tinggal bersama cucu perempuannya, Lucie.  Lucie merupakan satu-satunya ahli keluarga Louis yang masih tinggal setelah isteri dan ibubapa Lucie meninggal dunia apabila kereta mereka dilanggar oleh seorang pemandu mabuk.

Lucie pada ketika itu berusia 17 tahun.  Lucie seorang gadis Shoshone yang punya senyuman yang manis, sopan santun dan sangat disenangi oleh semua orang.  Lucie bukan seorang remaja yang suka buat hal.  Lucie dan Louis sangat rapat dan saling sayang-menyayangi.  Louis selalu cerita kat aku, dia ada simpan duit untuk Lucie melanjutkan pelajaran dia nanti.  Lucie juga seorang pelajar pintar di sekolahnya,  harapan Louis adalah suatu hari nanti Lucie akan beroleh kehidupan yang lebih baik dan kalau boleh dia nak Lucie keluar melihat dunia.

Nak dijadikan cerita juga, kerajaan telah memberikan kontrak kepada sebuah syarikat untuk menebang balak di salah satu kawasan di hutan simpan tempat aku tu.  Kehadiran pekerja-pekerja tersebut tidak disenangi oleh penduduk tempatan, ramai yang mengadu pekerja-pekerja lelaki itu tidak sopan, selalu mengacau anak gadis, mabuk-mabuk sampai bertumbuk di bar yang mereka kunjungi.  Louis banyak kali juga menasihati kumpulan pekerja itu tapi mereka tidak menghormati Louis, Louis pun sebenarnya tak boleh buat apa sebab apa yang mereka buat bukanlah jenayah yang boleh dibicarakan.

Pada suatu subuh semasa aku sedang tidur di rumah kuartersku, pintu rumahku diketuk bertalu-talu.  Rupanya Louis.  Louis dalam keadaan cemas, dia menyuakan telefon bimbitnya padaku. Dia suruh aku baca satu mesej yang dia terima dari cucunya Lucie.  "Tok, saya dah bosan duduk dalam rizab ni lagi.  Saya nak keluar dari sini.  Atok jangan cari saya selepas ni.  Selamat tinggal tok".  Rupa-rupanya malam tadi Lucie tak balik dari sebuah parti di rumah kawan dia.  Bangun-bangun je Louis dapat mesej macam tu.  Manalah Louis tak terkejut.  Jangankan Louis, aku pun terkejut jugak sebab Lucie yang aku kenal selama ni sangat rapat dengan datuknya.  Lain macam sangat mesej terakhir Lucie ni.

Louis meminta pertolongan aku. Aku pun cubalah hubungi kawan-kawan aku semasa aku bertugas jadi polis dulu, kot-kotla diorang boleh kesan di mana Lucie sekarang ni.  Korang kena ingat ye, ni awal tahun 2000an, masa ni teknologi tak hebat macam sekarang ni.  Tapi daripada apa yang mereka boleh bantu, lokasi terakhir telefon bimbit Lucie dikesan berada di tepi sebuah sungai yang kebetulan tak sampai 5 batu dari kawasan pembalakan itu.

Louis menfailkan kes orang hilang, tapi agensi polis daerah, agensi persekutuan semua tak mahu membantu dia sebab mereka beranggapan yang Lucie betul-betul dah lari dari rumah, bukannya diculik.  Louis memang kecewa tapi dia tak putus asa, dengan pengalaman yang dia ada, dia pun buat siasatan sendiri.  Louis betul-betul yakin Lucie tak lari dari rumah, mesti ada sesuatu yang terjadi pada Lucie.

Hari keempat kehilangan Lucie, Louis jumpa aku semula.  Louis tau yang anjingku Bo adalah bekas anjing pengesan.  Louis merayu padaku, benarkan aku meminjamkan Bo untuk dia mengesan Lucie.  Atau sekurang-kurangnya untuk dia mendapat apa-apa petunjuk berkenaan dengan kehilangan Lucie.  Pada mulanya aku berat hati, aku kasi alasan Bo dah cedera, mungkin derianya dah tak setajam dulu.  Tapi dia tetap mendesak.

"Louis, bukan aku tak kasi.  Tapi betulke kau dah bersedia kalau apa yang kau jumpa nanti bukan apa yang kau mahukan?"
Louis berfikir sejenak.  Dari raut wajah dia aku boleh nampak kesedihan dia.  Dia mengangguk lemah.

Pagi itu aku mulakan pencarian bersama Bo dan Louis.  Louis membawa sehelai jaket kesayangan Lucie yang masih belum dicuci.  Pencarian kami dimulakan di sebuah jalan denai yang menyambungkan antara rumah Louis dan rumah rakan Lucie yang menjadi lokasi parti di malam Lucie 'lari' tu.  Menurut kata Louis, Lucie ke parti itu menaiki kereta kawannya.  Kawan-kawan dia semua mabuk, Lucie taknak balik dengan diorang jadi dia lagi sanggup balik rumah jalan kaki.

Bo agak leka sikit pada mulanya, mungkin masa tu Bo dah lama tak beraksi di lapangan.  Jadi bila Bo mula bawa kami masuk ke dalam hutan, aku dan Louis dah agak ragu-ragu.  Betul ke Bo ni?  Tapi Bo dengan penuh keyakinan bawak kami makin jauh ke hutan dan akhirnya berhenti di tepi cerun.  Mulanya kami pun tak nampak apa di bawah cerun tu.  Louis tergelongsor ke bawah cerun.  Rupanya-rupanya di tepi cerun tu ada semacam gua kecil yang tertutup dengan dahan-dahan yang dipatahkan.  Louis menyelak daun-daun yang menutupi pintu gua itu....

Bersambung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2024 05:23 PM | Show all posts
Kasih Seorang Datuk Bahagian 2

TIIIIDDDAAAKKKKKK!!!  Aku terdengar teriakan Louis yang kini berada di bawah cerun itu.  Terkejut aku dan Bo dibuatnya.  Aku pun dengan pantasnya terus ke bawah mendapatkan Louis.  Louis kulihat sudah terduduk sambil kepalanya tertunduk, bahunya terhincut-hincut, rupanya dia sedang menangis.  Aku ingatkan kenapa, bila aku pandang ke depan, rupa-rupanya di dalam gua kecil itu, adalah mayat Lucie.  Mayatnya dalam keadaan baju koyak rabak, tubuhnya mengerekot terhimpit dalam lubang yang sempit itu.  Matanya tertutup rapat, badannya masih elok tapi nampak lebam di sana sini.  Aku terus menelefon polis.

Dari kes orang hilang menjadi kes homisid.  Hasil dari pembedahan forensik mendapati Lucie kemungkinan telah dirogol, tapi ada kesan Lucie melawan kembali.  Punca kematian Lucie dikenalpasti akibat sesak nafas dan ada kesan cekikan pada leher Lucie.  Dan beberapa kecederaan lain. Personaliti Louis berubah selepas kematian Lucie.  Dari seorang orang tua yang ceria dia jadi seorang yang pendiam dan sentiasa serius.  Louis yakin bahawa pekerja-pekerja pembalakan tersebut punya angkara berdasarkan penemuan awal lokasi terakhir telefon bimbit Lucie masih hidup.  Louis cuba mendapatkan kerjasama dari polis tempatan dan agensi persekutuan, tetapi penemuan itu tidak boleh dijadikan bukti yang kukuh.  Louis cuba mengumpul bukti sendiri.  Dia menjadi obses dengan kes ini, bermacam-macam orang dia jumpa dan dia temuramah demi mencari petunjuk siapa pembunuh Lucie.  

Sebulan kemudian, aku saja je datang ke rumah Louis untuk melawat dia.  Aku dapat berita Louis sekarang ni dah tak macam dulu, orang kampung mula risaukan dia kerana dia terlalu obses dengan kes Lucie.  Terkejut aku tengok keadaan rumah Louis yang sebelum ni kemas tapi sekarang jadi bersepah-sepah.  Tapi Louis tetap gembira dengan kehadiran aku.  Tanpa dipinta, Louis membentangkan hasil siasatan dia kepadaku.  Louis kata, ada saksi yang nampak sekumpulan 5 orang pembalak itu berada di parti yang dihadiri oleh Lucie.  Louis juga berjaya mendapat bukti yang salah seorang dari pembalak itu pernah menjadi suspek kes cabul di beberapa negeri lain.

Aku cuba menyedarkan Louis bahawa semua ini tidak cukup untuk dijadikan bukti yang kukuh untuk mendakwa pembalak-pembalak itu.  Tapi Louis tidak mahu putus asa.  Dengan bukti-bukti itu dia menahan pembalak-pembalak itu.  Tapi tak sampai sehari datang wakil dari syarikat pembalakan itu yang mendakwa bahawa mereka mempunyai alibi dan mereka tiada di tempat kejadian pada malam kematian Lucie.  Akibatnya, Louis digantung kerja kerana didakwa menyalahgunakan kuasa dia sebagai ketua balai.

"Aku yakin binatang-binatang itu yang membunuh cucu aku!" Louis meluahkan kekecewaannya padaku.  Aku cuba memujuk Louis. Tapi Louis seorang lelaki tua yang degil.  Louis rasa terseksa kerana dia tak dapat nak membela kematian cucu kesayangannya.  Dia dah hilang punca.  Akibatnya Louis menjadi seorang pemabuk, setiap malam dia akan melepak di bar dan minum berbotol-botol arak sampai adakalanya dia tertidur di bar itu.

Dengan ketiadaan ketua balai, pembalak-pembalak itu semakin beraja di perkampungan itu.  Anak-anak dara kampung itu semakin tidak berani nak keluar seorang diri.  Malam-malam di kampung itu semakin sunyi, sedangkan si pembalak itu tanpa segan silu makin berani sampai siap datang ketuk-ketuk rumah orang yang cuba menentang mereka.

Pada suatu malam, semasa hujan renyai-renyai, Louis datang menemui aku di rumahku.  Louis datang untuk mengucapkan selamat tinggal.  Bila aku tanya dia nak pergi mana, dia cuma tersenyum sahaja.  Dia cuma memegang bahuku sambil mengucapkan terima kasih, kerana selama ini aku yang banyak menyokong dia selama ini.  Malam itu adalah malam terakhir aku bertemu Louis.

Tak lama kemudian, kampung itu digemparkan dengan kematian mengejut salah seorang pembalak itu.  Pembalak itu dilaporkan ditemui jauh ke dalam hutan, dengan keadaan mayatnya digantung di atas pokok.  Yang paling mengerikan, mayat pembalak itu penuh dengan luka-luka tajam seolah-olah dilibas dengan parang.  Sepantas kilat, kematian itu dianggap sebagai pembunuhan.  Dan suspek pertamanya adalah Louis.  Masa ni aku rasa geram, oh senang je polis kat sini kan, takde bukti takde saksi terus Louis dituduh jadi suspek.

Tak sampai seminggu, mayat kedua pula ditemui.  Dalam minggu yang sama, mayat ketiga dan keempat pula.  Memang kecoh la jadinya kampung itu.  Kini tinggallah pembalak lagi sorang ni.  Aku namakan dia Jim jelah.  Jim kini dibawah perlindungan pihak polis sebab dipercayai Jim akan jadi mangsa seterusnya.  Polis cuba nak percepatkan cari Louis jadi polis mula mencari kenalan-kenalan Louis untuk siasat di mana keberadaan Louis.  Salah sorangnya akulah tu.

Aku ditahan di balai polis dari siang sampailah malam, macam-macam ugutan aku terima, polis percaya aku cuba sembunyikan Louis.  Malam itu, semasa polis sedang menyoalsiasat aku, tiba-tiba balai jadi kecoh bila Jim tiba-tiba meluru masuk ke dalam balai itu.

Bersambung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 18-9-2024 02:22 PM
Kasih Seorang Datuk Bahagian 1

Di hujung tahun 1990an, aku menjadi seorang polis di NYC dan aku ber ...

Nak nangis cerita atok ni.. Harap jumpa cucunya masih hidup
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 11:13 PM | Show all posts
Farnor replied at 18-9-2024 05:32 PM
Nak nangis cerita atok ni.. Harap jumpa cucunya masih hidup

sian..jumpa mayat cucu..bgus di ajarkn pembalak setan tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 10:03 AM | Show all posts
mendebarkan...mohon jgn lama2 sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya cerita atuk ni.. tq TT share cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 01:41 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 18-9-2024 05:23 PM
Kasih Seorang Datuk Bahagian 2

TIIIIDDDAAAKKKKKK!!!  Aku terdengar teriakan Louis yang kini berada  ...

adoih lekasssss
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 18-9-2024 02:22 PM
Kasih Seorang Datuk Bahagian 1

Di hujung tahun 1990an, aku menjadi seorang polis di NYC dan aku ber ...

Alhamdulillah. Ade cerita baru TT. Bercampur baur emosi baca ni. Mohon jgn lambat update ya TT. Lain macam da rasa ni.
TERIMA KASIH TT
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cite2 yg tt translate ni
Thank u tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 1.626344 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list