Reaksi pemain pertahanan England, Harry Maguire ketika perlawanan berdepan Perancis. Foto Reuters
Doha: Harry Maguire menyalahkan pengadil Wilton Pereira Sampaio kerana prestasi mengadili perlawanan ketika England tewas kepada Perancis pada aksi suku akhir Piala Dunia.
England tersingkir dari saingan kejohanan selepas tewas 1-2 tetapi gol pembukaan Perancis dijaringkan oleh Aurelien Tchouameni dikritik hebat selepas Sampaio gagal memberikan apa yang kelihatan jelas satu kesalahan terhadap Bukayo Saka ketika serangan balas.
Maguire menyifatkan kualiti pengadilan sangat teruk sebelum menegaskan pengadil tidak membantu apa-apa buat mereka pada perlawanan itu.
"Sangat teruk. Bermula dari minit pertama, lima, enam kesalahan dalam 15 minit pertama, tiada satu kad kuning.
"Keputusannya sepanjang perlawanan, bukan hanya keputusan yang penting. Sekalipun keputusan yang besar juga silap, dia tidak memberikan kami apa-apa, tetapi sepanjang perlawanan dia sangat teruk."
England diberikan dua penalti dalam perlawanan itu, namun yang kedua hanya diberikan selepas penilaian menerusi VAR susulan Mason Mount ditolak.
Harry Kane turut dinafikan satu lagi kesalahan di babak pertama apabila dia dikasari Dayot Upamecano dan kekecewaan daripada pemain England sangat jelas sepanjang perlawanan itu.
Disiarkan pada: Disember 12, 2022 @ 2:53am
|