10 Penyanyi Lelaki Terbaik Malaysia Sepanjang Zaman
Sesungguhnya Malaysia mempunyai ramai penyanyi penyanyi yang hebat..Hari ni saya nak umumkan 10 Penyanyi Terbaik Malaysia Sepanjang Zaman (mengikut pemerhatian saya)
1.Jamal Abdillah – mempunyai kebolehan vokal yg luar biasa bagi saya..range suara yg besar dan feel yg menakjubkan.Kemampuan vokal beliau mampu menaikkan bulu roma saya ..TERBAEK!!
2.Zainal Abidin – seorang penyanyi yg memang tersendiri dengan kualiti vokal yg mantap,seorang penyanyi yang mampu menyanyi selama 4 jam tanpa henti di Konsert Orak Arek 1992 di Stadium Negara
3.Ramli Sarip – Tone garau husky penyanyi ini mmg cukup2 hebat dan sesuai dengan gelaran Papa Rock yang dimiliki beliau.Cukup unik dan tersendiri.
4.Saleem – Penyanyi yg cukup kontroversi,Suci Dalam Debu salah satu lagu klasik yg cukup sinonim dengan vokal beliau.
5.Zamani(Slam) – Secara peribadi saya selalu buat show dengan beliau dan ternyata nyanyian live beliau lagi hebat berbanding dlam CD..range yg amat jarang dimiliki oleh penyanyi lelaki lain.
6.Azlan(Type Writter) – Beliau merupakan penyanyi new gen yg bakal bergelar ‘legend’ suatu masa nanti.Keupayaan vokal beliau yg mampu menyanyi lagu2 yg ber range tinggi mmg menakjubkan..seolah olah tiada limitasi dalam range beliau ni
7.Amy Search – Ikon rockers yg memang tiada tolok bandingnya..beliau adalah trend setter bagi penyanyi rock..vokal ‘rock’ beliau adalah ikon bg semua penyanyi berjiwa rock di tanahair..Tiada yg lebih rock dari suara beliau
8.Hazami – seorang penyanyi dan juga guru vokal-skil dan teknik nyanyian beliau mmg tak boleh disangkal lagi..RnB yg beliau sampaikan mmg cukup rencah dan mmg sedap didengar.Saya pernah menemuramah beliau mengenai pembelajaran vokal..petua beliau cukup simple- menyanyi adalah satu aktiviti meniru bunyi melalui lontaran suara
9.Sudirman Hj Arshad – “Penghibur Terbaik Asia” saya sifatkan Allahyarham sebagai penyanyi yg cukup energetic..satu satunya penyanyi lelaki yg mampu menyanyi dan menari sekaligus dan tiada semput2..keunikan tone halus nya tu mmg menakjubkan dan tersendiri.Persembahan One Thousand Million Smiles yg membawa kemenangan beliau itu adalah cukup2 klasik bagi saya
10. Black Mentor/Hafiz AF – saya gabungkan dua2 penyanyi ini di tangga kesepuluh sebab kedua2 penyanyi muda ini mempunyai future yg cukup baik jika dilihat dr segi kemampuan vokal mereka..Mereka pernah menjulang trophy Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu dan semestinya bakat vokal mereka telah diktiraf oleh golongan profesional dalam industri muzik tempatan
Thats it !! 10 penyanyi hebat yg saya rasakan adalah yg terbaik pernah dihasilkan oleh industri muzik kita.Anda mungkin mempunyai 10 penyanyi hebat masing2..dan ini adalah 10 Penyanyi Hebat dari kaca mata saya