|
Hmmmm....satu penyelesaian telah berjaya dicapai...
nanti murni update yee...latest cite
KAULAT Post at 14-12-2011 11:09
InsyaAllah,nanti murni update ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1470# chefmizan
chef mizan dr jengka 18 ker?macam penah tengok.... |
|
|
|
|
|
|
|
cis broadband ni slow betul. x pasal2 dah post dua kali.
mintak pendapat la ye sape2 yg tau. hehe ...
Noyen Post at 14-12-2011 15:20
Selamat Melayari Noyen "Tetamu Tak Diundang",pengalaman dan pendapat anda ditagih dan dihargai disini
Mungkin apa yang noyen nampak tu hanya laaa sekadar singgahan..
wallahuallam |
|
|
|
|
|
|
|
cis broadband ni slow betul. x pasal2 dah post dua kali.
mintak pendapat la ye sape2 yg tau. hehe ...
Noyen Post at 14-12-2011 15:20
noyen kalau ada cerita menarik bole dikongsi disini...yee... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1505# KAULAT
thanks TT |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Melayari Noyen "Tetamu Tak Diundang",pengalaman dan pendapat anda ditagih dan dihargai ...
KAULAT Post at 14-12-2011 16:31
mungkin jugak tu..sbb kawasan rumah tu asalnya hutan je.
Atuk nenek asal perak. pastu masa hujung tahun 1930-an diorang pindah Penang kampung saya skrg.
atuk dah buka tanah tu buat rumah. bila anak2 dah kahwin ada yang pindah dan ada yg buat rumah sekeliling rumah atuk tu.
Ayah saya dgn dua org adik dia yg kahwin pada tahun yg sama buat rumah disitu.
masa baru buat rumah tu memang kawasan belakang rumah tu hutan tebal sbb belum membangun.
Mak kata memang banyak gangguan sejak dari dia mula2 tinggal kat situ.
Masa berdua je, saya dan adik beradik lain belum lahir mak saya kerap kea ganggu.
ayah saya kaki masjid, tiap2 ptg dia akan ke masjid sebelum maghrib sampai la lepas isyak, lebih kurang pukul 10 barulah dia akan balik.
ayah saya ni dulu2 dia ada habit suka pakai terompah. kemana-mana dia pergi dia akan pakai terompah.
sapa-sapa yg pernah pakai tau la kan terompah tu bising bila kita berjalan sbb buat dr kayu. especially bila pijak simen.
so, malam2 mak saya tinggal la sorang2 sementara tunggu ayah balik. masa tu, elektrik pun belum ada. pasang pelita je. TV radio pun xde.
so tiap2 mlm bila dengar bunyi terompah tu mak akan buka pintu siap2 sebab nak sambut ayah balik.
malam tu mcm biasa la, tgh duduk2 tu mak dengar bunyi terompah. sampai la atas lantai simen depan rumah tu.
dia pon cepat-cepat la pegi buka pintu sbb ingat ayah dah depan pintu. bila buka je xde orang.
pastu terus tunggu sampai dengar bunyi terompah lagi sekali n ayah panggil dia barulah mak berani buka pintu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila sorang2 kat rumah pun mak kata memang dia selalu dengar macam2.
Tengah sorg2 kat dapur tiba2 ada suara tegur
"buat ape tu??"
pastu bila mak dah menggigil terkejut, suara tu sambung ketawa sinis plak tu.. huh
tapi bila dah start ada anak, mak kata gangguan tu dah kurang berbanding biasa.
tapi sampai sekarang memang still da gangguan2 kecil kat rumah tu.
cuma selalunya kitorg dengar bunyi-bunyian je la.
Benda tu x tunjukkan rupa dia lagi setakat ni.
Alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila kitorg dah besar sikit, masing2 pernah diganggu.
Macam saya, bila tidur malam atas katil, saya akan dengar mcm ada benda yg tengah mencakar2 tilam daripada bawah katil. Mula2 ingat benda lain, tapi bila fikir2 balik, apa benda yg bunyi mencakar2? selagi x tidur, mmg akan dengar bunyi mencakar tu. bila cerita dekat mak, mak senyum je n cakap buat x tahu je.
bila mak dah cakap buat x tahu tu faham la. mak pun pernah kena benda yg sama.
nasib baik mak saya cool. hehe.. xnak kasi anak2 lagi takut, so dia x cerita sangat apa yg dia dengar. |
|
|
|
|
|
|
|
saya ingat, gangguan paling teruk saya pernah kena masa saya tingkatan 4.
Kebetulan masa tu rumah asal kitorg dah dibesarkan sbb abang nak kahwin. jadi bilik yg asalnya 3 dah jadi 4bilik.
2 bilik berdekatan dapur dan dua bilik di depan. Bilik saya dan kakak yg paling depan, bersebelahan pintu utama rumah.
bilik bersebelahan bilik saya pulak dibiarkan kosong, cuma letak barang2 abang.
ayah dan abg sulung yg dah kahwin duduk bilik berdekatan dapur.
rumah saya ni ada dua ruang tamu. bilik saya ni memang agak jauh daripada bilik mak dan bilik abg sebab rumah saya jenis yang memanjang ke belakang. jadi kalau saya tidur malam2 memang sunyi sbb jauh drpd bilik2 lain.
kebetulan masa tu kakak dah pindah kerja ke Selangor. tinggallah saya sorg2 di bilik tu.
Family saya pulak jenis yang tidur awal. paling lewat pukul 11 semua dah tidur. Jadi saya suka ambil masa tu utk study atau tgk TV dlm bilik. jd saya akan tidur dlm jam 12 atau 1.
Setiap malam, bila saya tutup lampu, naik katil dan tarik selimut, dlm masa x sampai seminit, saya akan dengar bunyi tapak kaki berjalan daripada ruang tamu pertama sampailah kepintu bilik saya. Setiap malam! Dan saya sangat pasti itu bukan buni tapak kaki ahli keluarga saya sbb tiada bunyi pintu bilik lain dibuka, da juga bunyi tapak kaki u cuma bermula daripada ruang tamu pertama, jauh drpd blik ayah dan abang saya. serentak dgn bunyi tapak kaki tu, saya akan dengar kerusi diluar rumah(mcm kerusi plastik kat kedai makan) ditarik2 di atas lantai simen.
Setiap mlm saya akan dengar bunyi tu. Setiap kali, tapak kaki tu akan berhenti depan bilik saya. dan setiap kali itu saya akan mula membaca ayat2 kursi. selepas saya membaca ayat kursi, bunyi kerusi diluar akan berhenti, dan tapak kaki tu akan berpatah balik ke arah dapur. tapak kaki tu akan berjalan sangat perlahan2, selangkah demi selangkah. setiap hari saya diganggu dengan bunyi-bunyian tu sampaikan saya dah x tahan, saya pun cerita dgn emak saya apa yg saya dengar.
rupa-rupanya emak saya dan ayah pun mendengar benda yang sama, waktu yang berbeza, tempat yg berbeza.
Emak saya akan mendengar bunyi kerusi sekitar jam 2 pagi. Dan bunyi kerusi itu datang dari kerusi meja makan di dapur. Kerusi makan di dapur daripada besi, jadi bunyinya agak lain. dan setiap mlm emak dan ayah akan mendengar bunyi itu tidak berhenti2 utk beberapa ketika. dan emak juga pernah terdengar bunyi tapak kaki berlari daripada ruang tamu pertama sehingga ke dapur. Pada mulanya disangka abang saya yg kedua sbb abang saya memang tidur di ruang tamu yang kedua itu.
tapi sebaik sahaja terdengar bunyi tapak kaki itu kearah dapur, ayah terus keluar utk memeriksa sbb bunyi itu sgt kuat.
Sebaik sahaja membuka pintu bilik, ayah lihat abg saya nyenyak tidur. |
|
|
|
|
|
|
|
dan selepas mendengar cerita emak saya itu, kami berpakat utk menghalang gangguan itu daripada berterusan.
Maka, saya telah menyiapkan sebotol air yg diletak di dalam botol spray(spray yg biasa diguna utk iron baju), selepas maghrib saya membaca 7x ayat kursi, dan 7x 3qul dan dihembus kepada air di dlm spray itu.
bermula malam itu, sebelum tidur saya akan spray sepanjang laluan tapak kaki itu iaitu drpd ruang tamu pertama sehinggalah kehadapan pintu bilik saya. dan semenjak itu, setiap malam saya tidak lagi mendengar bunyi tapak kaki itu, begitu juga emak saya.
tetapi bunyi kerusi diluar ditarik2 masih kedengaran sekali-sekala.
dan saya juga pernah terdengar bunyi tapak kaki itu berlari diluar rumah, betul2 bersebelahan tingkap bilik, dn langkahnya sangat besar. apabila diselidik, rupanya abang saya juga pernah mendengar benda yang sama. bersebelahan biliknya pula.
dan kemuncak gangguan yg saya terima dibilik itu adalah pada suatu malam.
ketika sedang mmbaca di atas katil, saya terdengar suara sepupu saya memanggil nama saya, betul2 di tingkap tempat saya berada(tingkap di sebelah katil). buat seketika saya terkedu kerana ketika itu sudah jam 12 mlm.
Dan biasanya sepupu saya akan memberitahu sebelum datang kerumah.
dan akhir sekali kerana bersebelahan tingkap itu ada banyak batu kerikil dan pokok bunga. jadi utk sampai ke tingkap itu mesti melalui batu kerikil yg banyak itu tetapi saya langsung x mendengar bunyi kerikil dipijak jadi mustahil itu sepupu saya. saya terus tidur. esok seawal 7 pagi saya terus keluar dan bertanyakan sepupu saya. ternyata dia tidak datang mlm itu. Suara siapakah itu? |
|
|
|
|
|
|
|
Semenjak kejadian itu, saya tak lagi tidur dibilik. abang kedua ganti tempat saya dlm bilik dan saya tidur di ruang tamu kedua, betul2 berhadapan bilik emak.
dan kadang2 abang sulung akan temankan saya tidur di ruang tamu itu dimana dia akan tidur di sofa, dan saya akan tidur di lantai, bersebelahan tingkap.
Jadi ada satu malam, saya tidur bertemankan abang di ruang tamu kedua itu. Masa tgk best tido, tiba2 terjaga sebab rasa mcm ada org tgh pandang. buka je mata dan toleh ke arah tingkap, terus ternampak satu lembaga hitam melekap di tingkap sebelah dlm rumah. Bila nampak je benda hitam tu terus nak menjerit n menoleh ke kiri panggil abang, tapi lembaga tu lebih cepat.
Saya diterkam oleh lembaga tu dan serta-merta sesak nafas seperti ditindih. masa ni, saya dah x nampak lembaga tu tp badan berat sgt x dpt bergerak, x boleh bernafas, nak menoleh panggil abg pun x dapat. Masa tu baca ayat kursi pun x dapat.
Dlm 3minit jugak ditindih, baru dapat baca ayat kursi, dan lepas tu baru dapar bernafas dan badan rasa ringan.
kepala yg x dapat toleh sebelum tu pun dah dapat toleh. Lepas tu kena marah dgn abg sbb x baca ayat kursi sblm tido.
sejak malam tu baru amalkan ayat kursi time sblm tido n keluar rumah. sblm tu kadang2 buat, kadang2 tinggl..
lepas tu dah kurang gangguan.. =) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1512# 7teen
banyak lagi nak cite nih tp td ujan lebat. kena stop. tgh refresh balik memori nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1514# Noyen
Takpelah...Akak ingatkan lah dulu kenangan-kenangan akak tue..Nanti akak kongsi-kongsikan lah dengan kami di sini yerk??Saya pasti nanti mesti ada orang yang arif akan bantu akak untuk solve problems akak tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Noyen
Takpelah...Akak ingatkan lah dulu kenangan-kenangan akak tue..Nanti akak k ...
7teen Post at 14-12-2011 21:36
dik...bila nak sambung citer kat benang lama?
dah abis SPM kan...sementara nak dpt result ni rajin2 la post cerita-ceriti |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Noyen
Takpelah...Akak ingatkan lah dulu kenangan-kenangan akak tue..Nanti akak k ...
7teen Post at 14-12-2011 21:36
ok dik |
|
|
|
|
|
|
|
Nak sambung baca kerk?Insya-Allah kalau ada kesihatan dan kesempatan..saya akan update..Mungkin ...
7teen Post at 14-12-2011 21:51
so adik rawat dgn cara apa?
at least masa tengah cuti ni boleh ikhtiar wat rawatan
nanti dah start masuk U payah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Akak immortallez..Macam-macam cara rawatan..Entahlah..Nak gelak pown ada..Mandi air tanah ...
7teen Post at 14-12-2011 22:09
orait...
tapi kalau kau rasa dgn bercerita tu akan memudharatkan diri....better put on hold dulu ya |
|
|
|
|
|
|
| |
|