|
Sultan Kelantan: Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra)
[Copy link]
|
|
cecurut posted on 25-3-2013 09:48 AM
bab2 kahwin ni kan sensitif... apa pun pengumuman rasmi akan dikeluarkan oleh pihak Istana baru ma ...
bila nk kuar pengumuman rasmi ni?dh x sabar nk tgk calon puteri kelantan ni...yg kata org biasa tu,aku baca dlm thread tg putri ni gak..
|
|
|
|
|
|
|
|
cecurut posted on 25-3-2013 09:48 AM
bab2 kahwin ni kan sensitif... apa pun pengumuman rasmi akan dikeluarkan oleh pihak Istana baru ma ...
Yup baik tggu pengumuman rasmi..kan
|
|
|
|
|
|
|
|
cecurut posted on 25-3-2013 10:10 AM
aritu kan banyak kain berela-ela si TMK bawa balik dari brunei. Photo si kecik tepek doh.. Tu untu ...
Aku duk rasa berkemungkinan jugak bakal RPK kerabat Brunei....dulu pun pernah dengar Tuanku Sultan nak dijodohkan dengan anak SB...tup2 TA kawinkan dgn kerabat Pattani dia...hmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
aah korang tunggu je la. iols pun tak sempat nak borak panjang2 masa tengok F1 semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
cecurut posted on 25-3-2013 12:18 PM
masih ada peluang single available lagi tu
aah kan selagi tak ada confirmation masih ada peluang jer kan.... @lamya_aymal
|
|
|
|
|
|
|
|
cecurut posted on 25-3-2013 05:01 PM
untuk tatapan mung
ini bila punya daaaaa.....
|
|
|
|
|
|
|
|
kecik82 posted on 25-3-2013 11:06 AM
Aku duk rasa berkemungkinan jugak bakal RPK kerabat Brunei....dulu pun pernah dengar Tuanku Sultan ...
kalau jadi la ngn anak sb, yg mane 1 la gak nye eh??
majeedah kah???
|
|
|
|
|
|
|
|
cowey posted on 26-3-2013 02:10 AM
kalau jadi la ngn anak sb, yg mane 1 la gak nye eh??
majeedah kah???
majeedah tu bkn dh kawin ke?
kalu yg x jadi dulu rasanya rashidah(puteri sulung)...
|
|
|
|
|
|
|
|
awek_ganu posted on 26-3-2013 09:33 AM
majeedah tu bkn dh kawin ke?
kalu yg x jadi dulu rasanya rashidah(puteri sulung)...
yea laa. aku ckp kalau dulu tuanku jadi ngn ank sb..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lahad Datu: Sultan Kelantan sumbang RM80,000 kepada waris 8 wira
KUALA LUMPUR 2 April - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyampaikan sumbangan RM80,000 melalui Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim kepada keluarga lapan anggota polis yang terkorban dalam serangan pengganas di timur Sabah.
Bertujuan membantu meringankan beban keluarga dan menghargai jasa wira negara itu, sumbangan berkenaan disampaikan baginda dalam satu majlis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini.
Baginda diwakili pengerusi badan itu, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Menurut Dr. Zainuddin, baginda mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis berkenaan atas kehilangan orang yang dikasihi.
Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Lapan anggota polis itu terkorban dalam dua pertempuran dengan pengganas militan yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lalu.
Mereka yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sjn Sabarudin Daud, 46, manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52, Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, DSP Michael Padel, 36, Sjn Mejar Baharin Hamid, 49, Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.
Kesemua mereka mendapat kenaikan pangkat secara Medan Posthumous. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130402/dn_30/Lahad-Datu-Sultan-Kelantan-sumbang-RM80000-kepada-waris-8-wira#ixzz2PNamLpqY
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Kuala Lumpur, 2 April - Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim, Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra hari ini berkenan mencemar duli menyampaikan sumbangan peribadi baginda melalui Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim kepada keluarga pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan pengganas Sulu di Sabah.
Sumbangan berupa cek bernilai RM80,000.00 itu disampaikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini. Setiap keluarga pegawai dan anggota polis yang terkorban akan menerima RM10,000.00 setiap seorang. Bertitah pada majlis itu, Baginda menyifatkan sumbangan berkenaan adalah manifestasi keprihatinan pihaknya terhadap perkhidmatan dan perjuangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keselamatan dan keharmonian negara sentiasa terpelihara.
Ketibaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim, Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim, Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra
|
|
|
|
|
|
|
| |
|