CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 4-10-2010 11:48 AM | Show all posts
salam, nak tanya
kalau dlm keadaan berwuduk, kalau kita tersentuh kanak-kanak bawah usia 10 tahun batal tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2010 11:41 AM | Show all posts
asalammualaikum ya rakan2..

nak tanye.. apa hukumnye menjual binatang peliharaan?

kes nya begini.. abg saya di kampung ada memelihara kucing parsi dan kucin2 tersebut membiak dengan banyaknya jadi saya telah membantu abg saya untuk menjual anak kucing parsi di area selangor / kl.. mmg laku, biasanya setiap kali saya pulang dari kampung saya bawa 4 ekor anak kucing dan iklankan di internet, dalam seminggu dah sold out.. kadang kala tu sampai tak cukup bekalan bila kucing2 dah habis terjual ada lagi yg tanya2..

so duit hasil jualan tu separuh saya berikan pada abg saya (utk tujuan dia beli makanan utk kucing2 induk yang ada kat kampung).. dan separuh lagi hasil tu saya ambil dan gunakan untuk keperluan saya..

saya ingin bertanya samada duit hasil jualan kucin2 tersebut halal atau haram digunakan?

saya dan abg jual kucing2 tersebut dengan niat supaya kucing2 tersebut mendapat tuan baru yang akan menyayangi dan menjaga mereka dengan baik.. sebab abg saya di kampung sudah ada banyak kucing peliharaan dan tak mampu untuk menjaga semuanya.. alhamdulillah setakat ni pembeli2 kucing saya, saya lihat semua jenis yang amat menyayangi kucing dan mampu menjaga mereka dengan baik..

jadi halal atau haramkah duit hasil jualan kucing tersebut? terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 10:30 AM | Show all posts
nak tanye laa, ade ke dlm islam ilmu yg blh menghubungkan
kite ngan org dah mati?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 03:52 PM | Show all posts
xtau ada org tnya lom...nak bc sume pages, ntah bila bley tnya..hehe

dengar azan di masjid..buka  ...
ratna Post at 30-9-2010 14:18


Salam,


Bekumandang azan maghrib, bermaksud masuknya waktu maghrib...waktu berbuka tuh kena yakin dah masuk waktu maghrib..maksud yakin di sini kena la munasabah.contoh dengar azan maghrib, mmg kita yakin la masuk maghrib so boleh berbuka, xperlu ganti...tapi kalo waktu tuh baru pkol 6:30 sedangkan masuk waktu pkol 7...nak yakin menda nyer, memang xmunasabah..


harap dapat membantu serba sedikit.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 10:47 PM | Show all posts

abc

Serious query:

kat satu tempat ni kan , katakan
waktu asar ikut perkiraan mazhab syafie - jatuh pada pukul 3: 43 pm
tapi ada juga tulis waktu asar perkiraan mazhab lain - 4: 45 pm laa, 4: 47 pm laa
yang waktu asar je yang bercelaru so kan

soalan saya

a) kenapa jadi macam ni
b) kenapa tak sekata
c) tapi lebih selamat buat pukul 5.00 pm lagu tu?

atau macam mana ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 10:58 AM | Show all posts
Serious query:

kat satu tempat ni kan , katakan
waktu asar ikut perkiraan mazhab syafie - jatuh pada pukul 3: 43 pm
tapi ada juga tulis waktu asar perkiraan mazhab lain - 4: 45 pm laa, 4: 47 pm laa
yang waktu asar je yang bercelaru so kan

soalan saya

a) kenapa jadi macam ni
b) kenapa tak sekata
c) tapi lebih selamat buat pukul 5.00 pm lagu tu?

atau macam mana ka?
mbhcsf Post at 10-10-2010 22:47


Salam...

Dalam perkiraan waktu solat, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunapakai pada zaman moden sekarang. Zaman dulu berdasarkan anggaran, dan zaman sekarang pun masih anggaran tetapi dimudahkan melalui perkiraan.

a) Terdapat dalil atau kefahaman dalil yang berbeza dalam membuat kiraan.
b) Sebab ia adalah anggaran dan dalil yang berbeza digunakan untuk membuat kiraan
c)  Boleh ikut perkiraan Syafi'i bagi keseluruhan waktu solat, atau ikut perkiraan mana-mana mazhab (yang diiktiraf) ikut locality tersebut jika kebiasaan solat di masjid atau musalla.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2010 12:25 AM | Show all posts
Reply 72# mbhcsf


benar persoalan ini.

sy jugak ada sedikit belajar tentang ini. rupanya, cara di zaman nabi tidaklah memerlukan ketepatan yg tinggi seperti sekarang.
memandangkan zaman nabi hanya melalui pemerhatian mata kasar, maka, dlm hal ini ada keringanan yakni, kita tidak boleh terlalu rigid. melainkan janganlah sampai tersasar asar di waktu magrib, atau zuhur di waktu pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:48 PM | Show all posts
salam, nak tanya
kalau dlm keadaan berwuduk, kalau kita tersentuh kanak-kanak bawah usia 10 tahun b ...
krustykrab Post at 4-10-2010 11:48 AM


Waalaikumussalam,

Berkenaan bersentuhan dengan kanak-kanak yang berusia bawah 10 tahun, dan ketika itu kita dalam keadaan berwudhu', haruslah kita kembali kepada perkara asas yang mendatangkan wudhu' itu jadi batal.

Perkara-perkara yang membatalkan wuduk ada lima:-

1) Keluar sesuatu benda dari dua jalan, qubul (kemaluan) atau dubur
(bubur) sama ada keras, cecair atau angin.

2) Hilang akal kerana mabuk, sakit, gila atau pitam.

3) Tidur yang tidak tetap kedudukan punggungnya pada lantai.
(Jika tidur bersila dengan tidak bersandar; tidak membatalkan wuduk.)

4) Bersentuhan kulit lelaki dengan kulit perempuan ajnabiah (yang
boleh berkahwin) dengan tidak beralas. (Bersentuhan rambut atau
kuku tidak membatalkan wuduk.) Menyentuh kanak-kanak yang belum
sampai had keinginan tidak membatal wuduk. Umurnya tidak dapat
ditentukan, kebiasaannya yang belum berumur 7 tahun.

5) Menyentuh qubul atau dubur anak Adam dengan tapak tangan atau
perut anak jari. Menyentuh dengan belakang tangan (belakang tapak
tangan) tidak membatalkan wuduk.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2010 12:59 PM | Show all posts
asalammualaikum ya rakan2..

nak tanye.. apa hukumnye menjual binatang peliharaan?

kes nya begi ...
mesmerize Post at 7-10-2010 11:41 AM


Waalaikumussalam,

Hukum menjual haiwan peliharaan yang membawa manfaat kepada manusia, bukannya untuk dipergunakan sebagai makanan atau sebagainya adalah HARUS dan dibenarkan hasil jualan haiwan berkenaan diambil.

Menjalankan jual beli haiwan yang tiada bawa manfaat kepada manusia seperti harimau, landak, labi-labi, ular, dan seumpamanya adalah HARAM dalam Islam.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 01:16 PM | Show all posts
assalamualaikum...ana orang baru kat sini...jadi nak tanya sikit la...

kawan ana keje kat satu ja ...
ana_princess Post at 3-9-2010 03:23 PM



Rasuah dan hadiah adalah 2 perkara yang berbeza tetapi mempunyai maksud yang sama iaitu memberi sesuatu sebagai balasan.

Dalam konteks rasuah, ia diberi sebagai "pelancar kerja" seseorang yang diminta untuk lakukan sesuatu yang tidak diamanahkan oleh orang atasan ke atas orang yang melakukannya. Istilah lain bagi rasuah ialah "duit kopi".

Berlainan dengan hadiah, ia tiada kaitan dengan sebarang perkara yang membuatkan penerima rasa bersalah andai menerimanya bahkan bersyukur kerana hadiah yang diterima sebagai penghargaan atas budi baik yang pernah dilakukan sebelum itu.

Dalam dunia kini, manusia mencampur-adukkan antara "terima kasih tolong aku buat kerja tu...kalo takde ko, tak boleh lulus projek aku...nah! ada sedikit hadiah untuk ko"...untuk balas budi seseorang, rasuah dah berbalut hadiah...maka dalam konteks ini, sekiranya menerima hadiah dari seseorang tanpa jelas dan tiada sebab menerimanya, harus dipulangkan dengan cara baik kepada pemberi tersebut...sekiranya pemberi berkeras untuk tidak menerimanya semula atau pemberi menghilangkan diri, sila ke kaunter zakat untuk bersihkan "hadiah" tersebut dengan menderma ke badan kebajikan yang layak menerima.

Dermakan kesemuanya walaupun nilai yang diberi mampu membuat kita senang di dunia...tetapi akan merantai sengsara di Akhirat kelak.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 01:21 PM | Show all posts
assalamualaikum ..

saya nak tanya kalo barang pemberian orang kita nak kasi pada org lain atau ki ...
pinktriangle Post at 8-8-2010 09:02 PM


Waalaikumussalam,

Barang pemberian orang yang telah kita terima sudah menjadi haq kita dan bukannya haq pemberi terdahulu. Terpulang kepada kita samada untuk beri kepada orang lain mahupun menjualnya.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 01:41 PM | Show all posts
Assalamualaikum,
nak tanya .. apa hukumnya kita makan makanan pemberian org yg bukan islam ( diorg ...
nr0811 Post at 6-8-2010 11:29 PM



Waalaikumussalam,

Sebagai menghormati jiran, harus menerima pemberian makanan yang halal bagi menghargai usahanya itu. Tiada salah jika memakannya. Jika pemberian yang diberi berupa haram, hendaklah ditolak dengan cara yang baik dan bukannya menghina-hinanya.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 01:46 PM | Show all posts
Assalamualaikum.....

betulke keturunan syed sharifah tak boleh trima zakat?? atas sebab apa diaor ...
pinKy180 Post at 15-7-2010 03:22 PM



Waalaikumussalam,

Ahlul-bait Rasulullah SAW juga diharamkan menerima sedeqah (termasuk zakat) yang disebut sebagai kotoran harta manusia.

Dari Abdul Muthalib ibnu Rab'ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad ." (HR Muslim)

Tentang Hadeeth riwayat Muslim ini, Imam Nawawi memberikan penjelasan: "Kotoran manusia artinya ; zakat membersihkan harta dan jiwa mereka . `Allah Ta'aala berfirman : "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkaan dan mensucikan mereka." (At-Taubah :103)

Zakat adalah pencuci kotoran. Ahlul-bait diharamkan menerima zakat bagi membersihkan mereka dan meninggikan kedudukan mereka. Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, ahlul-bait dan mensucikan kamu sesuci-sucinya." (Al-Ahzab :33)

Alasan inilah yang menyebabkan ahlul-bait Rasulullah SAW tidak mengambil sedekah (zakat) semasa baginda masih hidup mahupun sesudah wafatnya.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 01:52 PM | Show all posts
sempena WC yg lps aku nk tnye 1 prkre

kite da tau betting/pertaruhan = judi = HARAM

ok jadi ny ...
sAKuRa_204 Post at 15-7-2010 11:26 AM



Waalaikumussalam,

Dalam konteks tersebut, tidak jatuh hukum menyamai perjudian kerana tidak melibatkan pertaruhan yang akan menyebabkan kerugian bagi salah satu pihak yang terlibat. Ia hanya harus sebagai memeriahkan suasana dan bukannya merugikan pihak lain.

Tetapi sebagai memurnikan hati dari perkara yang akan meragukan kemudian, hendaklah dikurang-kurangkan sikap "sapa kalah, dia belanja" kerana dibimbangi akan melarat kepada perjudian yang sebenar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 01:56 PM | Show all posts
Askm...saya nak tnya mcm mana nak samak benda seperti barangan elektrik?..
beberapa hari lalu bos s ...
Aerol Post at 14-7-2010 05:05 PM



Waalaikumussalam,

Seeloknya tidak perlu ambil oven tersebut andai meragukan...pulangkan dengan cara yang baik dan beli yang baru...insyaa-Allah, hilang keraguan.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 02:00 PM | Show all posts
Assalamualaikum..

saya ada 3 soalan nak tanya..

1) ada seorang saudara ni, dia tercicir dompet ...
pinKy180 Post at 9-7-2010 08:28 PM



Waalaikumussalam,

Jawapan :

1) Tidak boleh menipu kerana lambat-laun perkara tersebut akan menyusahkan dirinya di kemudian hari.

2) Haram kerana tidak memperolehinya dengan transaksi pembelian yang sah.

3) Tidak perlu bekas pelakon tersebut meninggalkan hartanya bahkan keraplah berzakat dan bersedeqah bagi membersihkan hartanya.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2010 02:05 PM | Show all posts
Assalammualaikum:

sy nak tanya tentang masalah niat :

contohnya, aku suka sembahyang di masjid ...
ussopp Post at 5-7-2010 11:50 AM



Waalaikumussalam,

Tidak gugur pahala kerana berniat demikian. Solat adalah masa rehat bagi Muslim untuk "berbual-bual" dengan Allah dan itu tidak menjejaskan kelebihan solat itu sendiri.

Berpergian ke masjid dituntut supaya mengambil yang lebih jauh jalannya semoga setiap langkah ke sana dikira pahala oleh Allah.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 11:48 PM | Show all posts
Waalaikumussalam,

Tidak gugur pahala kerana berniat demikian. Solat adalah masa rehat bagi  ...
ikhwan86 Post at 12-10-2010 14:05


terima kasih.

sy jugak dapat ilmu yg menyatakan pendapat sama sebegini, di mana , jika kita senang dgn manfaat2 solat, maka tidak gugur pahalanya ,selagi niat asal, masih kerana Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 09:28 AM | Show all posts
Waalaikumussalam,

Dalam konteks tersebut, tidak jatuh hukum menyamai perjudian kerana tidak ...
ikhwan86 Post at 12-10-2010 13:52



   
trme ksh

sbb utk suke2 je srnk dgn mber...bkn niat bjudi....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 01:15 PM | Show all posts
Rasuah dan hadiah adalah 2 perkara yang berbeza tetapi mempunyai maksud yang sama iaitu member ...
ikhwan86 Post at 12-10-2010 13:16



    thanks atas penerangan tersebut...banyak bagi ana manfaat...ana akan bagitahu kawan ana tu...
terima kasih banyak2....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.504321 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list