CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kecu_dua

NadiaHaswani FC -NADIA 19th BIRTHDAY BESH CONCERT 3 MAY 09

[Copy link]
Post time 14-10-2009 12:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2009 12:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 03:37 PM | Show all posts
Nadia LIVE @ Sinar FM today (Rabu 14Oct), 4pm onwards. Stay tuned!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 09:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 30-10-2009 14:09

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 08:38 AM | Show all posts
Nadia LIVE @ Sinar FM today (Rabu 14Oct), 4pm onwards. Stay tuned!!
cosign45 Post at 14-10-2009 15:37



adehhh lupa lak nk dgr Sinar Fm
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 08:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 11-11-2009 09:16


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2009 11:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 30-10-2009 14:13

Gundu.com 'arkib' karya indie

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
Credit:
metra[email protected]             15 Oktober 2009


SEBAHAGIAN artis yang bernaung di bawah Dream Music, anak syarikat Dream Chorus.


KEBANJIRAN band indie seperti Hujan, Meet Uncle Hussain, Pesawat, Couple dan Bunkface sedikit sebanyak mula mengubah iklim lapangan muzik tanah air.

Karya mereka semakin mendapat tempat di hati peminat yang kini sudah mampu menguasai pentas utama persembahan berbanding sebelum ini yang hanya berlegar di konsert-konsert kecil atau dikenali sebagai gig.

Hujan, sebagai contoh, kejayaan yang mereka kecapi pada hari ini bagaikan membuka jalan kepada kumpulan-kumpulan lain untuk terus rancak menjulang karya masing-masing.

Justeru, atas kuatnya pengaruh yang dibawakan oleh band indie, Dream Chorus Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengendali perkhidmatan muat turun kandungan telefon mudah alih, 'menghidupkan' laman web
www.gundu.com.my (Gundu) sebagai platform untuk mengetengahkan bakat-bakat baru dalam bidang muzik.

Mengkhusus kepada penggiat muzik yang bergerak di bawah label indie atau tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman, Gundu menawarkan tempat untuk mereka memasarkan lagu sendiri di dalam laman web berkenaan.

Menurut Pengarah Urusan Dream Chorus, Datuk Mohd. Fauzi Zakaria, apa yang menarik, setiap lagu yang dimuatkan dalam Gundu akan diberikan bayaran tertentu andai ia dimuat turun oleh pelanggan.

"Bayaran untuk pendaftaran menyertai Gundu adalah percuma. Lagu yang terbaik dan bersih daripada sebarang unsur-unsur tidak sihat sahaja akan dibawa masuk ke dalam Gundu.

"Kita turut menawarkan perkhidmatan muat turun. Kalau sesebuah lagu itu dimuat turun oleh pelanggan, mereka yang menyumbang karya berkenaan akan memperoleh manfaat sama.

"Kalau mahu lebih maju, jangan hanya mengharapkan Gundu, pengkarya perlu kreatif dalam mempromosikan lagu-lagu mereka,'' katanya ketika pelancaran
www.gundu.com.my dan majlis rumah terbuka Aidilfitri Dream Chorus di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Dream Chorus, Harun AminulRashid.

Majlis pelancaran Gundu dan rumah terbuka Aidilfitri berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran serta persembahan artis-artis naungan Dream Music Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat Dream Chorus.

Artis-artis berkenaan antaranya Sheila Abdul, Nadia AF6, Claudia dan Aishah (AF7), Arm, Rina dan Revalina (sebuah kumpulan dari Singapura).

Dream Chorus ditubuhkan pada 14 Mac 2003 dan berazam untuk menjadi peneraju kepada pembekal perkhidmatan kandungan muat turun untuk telefon mudah alih serta media baru lain.

Menyambung bicara, kata Mohd. Fauzi, jangka hayat sesebuah lagu yang berada di dalam Gundu adalah selama-lamanya dan penyumbang karya perlu menghantar sesuatu yang asli.

"Sekiranya didapati sesebuah karya itu diciplak, kami akan terus memadamkannya daripada Gundu,'' jelasnya.

Ujarnya, bagi kumpulan atau artis yang memperoleh muat turun tertinggi menerusi Gundu, mereka akan dipilih untuk beraksi di pentas konsert Gundu Gig bersama kumpulan indie ternama lain yang bakal diadakan 5 Disember ini.

Gundu Gig merupakan konsert mini pertama anjuran Dream Chorus dan akan berlangsung di KL Live Centre, Kuala Lumpur.

Pemilihan artis

Sementara itu, Mohd. Fauzi ketika ditanya pengurusan Dream Music berkata, ia merupakan syarikat yang bertanggungjawab menjaga perihal perjalanan seni artis-artis naungannya.

Katanya, kesemua artis yang dipilih untuk berada di bawah Dream Music adalah mereka-mereka yang punyai bakat besar.

"Untuk bekas pelajar Akademi Fantasia pula, kami mengambil yang ada potensi untuk pergi lebih jauh dalam bidang muzik.

"Buat masa ini, kami lebih memfokus kepada penghasilan single.

"Dream Music masih baru dan kami sedang mencari lebih ramai artis baru serta komposer-komposer terbaik,'' katanya.

Jelasnya, menyedari risiko membuka syarikat rakaman pada era ini, pihaknya turut akan mengutamakan kepada pasaran digital berbanding pasaran berbentuk fizikal seperti cakera padat atau kaset.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 12:32 PM | Show all posts
FOLLOW NADIA ON TWITTER...


http://www.twitter.com/nadiacribs
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2009 04:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 15-10-2009 16:05

Jelajah Gempak Astro Retro 2009
October 15th, 2009

JELAJAH GEMPAK ASTRO RETRO 2009!
Barisan artis popular dijangka gegarkan Dataran Kluang


Bagi meneruskan kesinambungan dan inisiatif bagi mengeratkan jenama Astro di samping menawan hati para pelanggan, Astro terus gigih dalam ekspedisinya untuk terus mendekati para pelanggan melalui acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bermula seawal jam 10 pagi hingga jam 10 malam bertempat di Dataran Kluang, Johor.



Ketua Pemasaran Segmen Melayu, Puan Molina Musa berkata, ” Pada tahun ini, kami telah memperhalusi strategi kami dengan melakukan pendekatan yang berbeza daripada promosi-promosi bergerak yang lain. Penumpuan kami kini lebih kepada komuniti. Oleh itu, setiap minggu, pasukan pemasaran di bawah payung Gempak iaitu Gempak Desa, Gempak Selebriti dan Gempak Astro akan menjelajahi kawasan-kawasan yang disasarkan melalui acara-acara promosi yang banyak melibatkan penyertaan masyarakat berbilang kaum dan umur.

Kami telah mengatur pelbagai aktiviti promosi bergerak pada setiap minggu secara selang-seli sepanjang tahun. Program Gempak Desa akan menjelajahi kawasan-kawasan pendalaman manakala program Gempak Selebriti pula mensasarkan kepada kumpulan pelanggan yang datang dari kawasan Bandar. Sebagai bonus, kami dengan berbesar hati mengembalikan acara Gempak Astro yang akan diadakan secara besar-besaran pada tahun ini.”

Tambah beliau lagi, ”Setiap acara Gempak mempunyai sasaran yang tersendiri dalam memenangi hati pelanggan tidak kira mereka datang dari kawasan pendalaman mahupun dari kawasan Bandar. Setakat ini, Astro telah berjaya menguasai kira-kira 51% dari kumpulan sasaran penonton TV dari kediaman Melayu. Jumlah ini semakin meningkat setiap kali kami menjelajah ke lokasi-lokasi baru seluruh negara pada setiap minggu.”

Acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bakal menerima kunjungan oleh artis dan selebriti terkenal seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Anuar Zain, Ning Baizura, Zainal Alam Kadir, Farish serta bintang-bintang Akademi Fantasia yang lain seperti Akim, Stacy, Akma, Yazer, Farah, Farhan, Idayu, Nadia, Toi, Zahid, Reza dan ramai lagi yang akan sama-sama turun padang bagi memeriahkan lagi acara.

Menurutnya lagi, ”Kami yakin program-program yang telah diaturkan ini akan menarik kunjungan orang ramai. Sebagai testimoni, acara promosi bergerak Gempak Selebriti Astro di Midvalley, KL dan Gempak Desa Astro di Felda Keratong, Pahang yang telah diadakan baru-baru ini masing-masing berjaya menarik lebih dari 3000 ke 6000 pengunjung di setiap lokasi. Kami percaya dengan kehadiran artis-artis terkenal seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Anuar Zain, Ning Baizura dan bintang-bintang AF seperti Akim, Stacy, Akma, Zahid, Farah dan ramai lagi di acara Gempak Astro Retro 2009 ini mampu menarik kunjungan orang ramai.

”Kami ingin memanfaatkan setiap kunjungan kami bukan semata-mata mahu menghiburkan dan memanjakan para pengunjung tetapi juga ingin mengambil kesempatan untuk mendekati dan bertukar-tukar pendapat dengan para pelanggan Astro yang baru dan lama bagi meningkatkan lagi mutu dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Astro,” jelas Puan Molina.

Pelbagai aktiviti interaktif telahpun diatur khusus untuk semua ahli keluarga tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa sepanjang hari bermula dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam untuk karnival ini. Para pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan artis yang turut hadir sebelum menyaksikan persembahan pentas yang akan berlangsung pada sebelah malam.

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah diatur ialah pertandingan mewarna buat kanak-kanak, pertandingan pakaian beragam, pertandingan nyanyian karaoke, acara sukaneka dan sebagainya. Di samping itu, pentas ujibakat akan turut dibuka bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk rancangan Raja Lawak musim keempat.



SENARAI PROGRAM GEMPAK ASTRO RETRO 2009

Karnival Astro Bermula
9.30 - 10.30 pagi
Pertandingan mewarna Gempak Desa Astro (GDA) & Gempak Selebriti Astro (GSA)
Poco-poco Discovery
Persembahan Dr Freestyler
Aktiviti indoor bermula

10.30 - 11.30 pagi
Sukaneka bersama artis-artis terlibat
Sesi bertemu peminat

11.30 pagi – 12.30 tengah hari
Bengkel kaligrafi bersama Uztaz Dinie
Sesi interaktif Disney
Aktiviti bersama PDRM

12.00 -12.50 tengahari
Pertunjukan Modenas GDA
Pertandingan gusti lengan GSA
Pertunjukan memasak Discovery

12.00 tengah hari – 2.00 petang
Ujibakat Raja Lawak 4

2.00 – 2.30 petang
Sesi bertemu peminat bersama pelakon Kau & Aku

2.00 - 3.00 petang
Sesi interaktif Disney
Bengkel melukis kartun bersama Uztaz Dinie

3.00 - 4.00 petang
Karaoke Retro bersama orang kampung GSA
Kung Fu Panda face painting
Bengkel stompers

4.00 - 4.30 petang
REHAT
4.30 - 5.30 petang
Pertandingan pakaian beragam Retro
Persembahan Dr Freestyler

5.30  - 6.30 petang
Persembahan Stompers
Aktiviti bersama PDRM

6.30 pm - 7.00 pm
Persembahan Dr Freestyler

7.00 pm – 8.00 pm
REHAT untuk solat Maghrid

Playback Indahnya Iman oleh Saluran 106 Astro Oasis
8.00 pm - 8.45 pm
Playback MUSTIKA Live-feed
8.45 pm - 10.00 pm
KONSERT Retro @ Gempak Astro
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 10:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 30-10-2009 14:12

Nadia AF Akui Kena Kerja Keras
Credit: Gua.com.my           14 Oct 2009



Bukan mudah untuk terus berada dalam industri hiburan tanahair. Lebih-lebih lagi, setiap tahun ramai artis muncul daripada program realiti yang diterbitkan oleh stesen-stesen televisyen. Hanya mereka yang benar-benar berbakat dan ada pakej yang lengkap sahaja mampu bertahan. Hakikat ini turut diakui oleh Nadia Haswani binti Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Nadia AF.

Selepas berduet dengan band Indonesia, Red Peanut untuk lagu “Dia Aku dan Kamu”, penyanyi bersuara serak ini bagaikan tenggelam seketika. Malah, cerita-cerita tentang dirinya juga kurang menghiasi akhbar atau majalah hiburan tempatan. Cuma sesekali wajahnya boleh dilihat menerusi sitkom ‘Angguk-Angguk Geleng-Geleng’ yang bersiaran di TV2 pada setiap Isnin, jam 8.30 malam. Selain itu, tiada khabar berita tentang nyanyian mahupun tentang album.

Ditemui GUA ketika majlis pelancaran laman web
www.gundu.com baru-baru ini, Nadia mengakui bukan mudah untuk dia terus bertahan dalam industri hiburan. Menurutnya, banyak yang perlu dilakukan memandangkan industri hiburan sekarang ini sedang mengalami perubahan. Selain itu, dia juga perlu bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang sedia ada.

“Saya akui bukan mudah untuk terus berada di dalam industri. Banyak yang perlu diusahakan. Perjalanan saya dalam bidang ini masih panjang. Sebab itu saya perlu berkerja keras untuk memastikan karier saya teguh apabila usia mencapai 23 tahun.”

Apabila ditanya tentang pembikinan album, Nadia hanya memberitahu semuanya masih dalam perancangan dan dia masih menunggu masa yang sesuai memandangkan trend industri hiburan semakin berubah sekarang ini.

“Dulu orang memang berebut beli album kalau seseorang artis muncul dengan album terbaru, tapi sekarang ini sudah lain. Ramai yang lebih suka muat-turun lagu di internet. Sebab itu tidak banyak label muzik yang sanggup mengeluarkan modal untuk pembikinan album. Sebaliknya mereka lebih senang menerbitkan single. Atas sebab itulah sampai sekarang Nadia masih belum berkesempatan muncul dengan album.

“Tetapi dalam masa terdekat ini, Nadia akan muncul dengan single yang berjudul “Kita Sama”. Lagu yang digubah oleh Amir ini saya tulis sendiri dan ia berkonsepkan ‘pop rock’. Single ini sudah pun siap direkod dan sekarang ini saya sedang usahakan untuk ia diputarkan di stesen-stesen radio,” cerita Nadia yang sekarang ini memilih Dream Music sebagai syarikat rakaman.

Tak nak heret teman lelaki


Jika sesetengah artis memilih jalan pintas dengan mencipta kontroversi untuk meraih populariti, lain pula dengan Nadia. Gadis genit ini memberitahu dia lebih senang tidak dihimpit kontroversi kerana baginya kontroversi melampau hanya boleh membunuh karier seseorang.

“Saya suka dengan keadaan saya sekarang ini. Kalau hendak popular biarlah kerana karier bukan kerana gosip-gosip liar. Saya mahu imej yang bersih sepanjang masa. Kalau ada teman lelaki, saya tidak mahu heret dia ke sana sini.

“Biarlah hanya saya, dia dan keluarga yang tahu yang kami sedang bercinta. Tidak perlu dihebah-hebahkan kepada orang ramai. Tetapi jangan salah faham pula, sekarang ini saya masih belum ada sesiapa. Belum masanya saya bercinta. Sekarang ini saya hanya fokus kepada kerjaya.”
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 01:27 AM | Show all posts
Gempak Astro - Rehearsals!
Credit: Astro



Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 08:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 01:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 01:49 PM | Show all posts
cantik gambar2 ni... sukenye
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 01:52 PM | Show all posts
moga terus berjaya nadia....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 02:12 PM | Show all posts
macam kat akademi fantasia plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2009 09:08 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 11:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 17-10-2009 11:40

Rehearsal Gempak Astro...
Credit : fb Aku Disebalik






Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 11:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 11-11-2009 09:19

KOSMO          RABU  14/10/2009






Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 11:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 30-10-2009 14:26

Sheila, Nadia senasib

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
Credit: utusan.com.my                            13 Oktober 2009




SHEILA Abdul (kiri) dan Nadia

MENGATUR langkah sendiri mengharungi arus dunia hiburan, dua anak seni berwajah manis ini masih menaruh keyakinan positif akan nasib masa depan bidang nyanyian yang diceburi.

Biar populariti yang cuba diraih seakan kurang memihak, itu semua bukanlah alasan mudah untuk mereka menyerah kalah di peringkat awal.

Pernah diuji dengan hilangnya 'tempat bergantung' ekoran syarikat rakaman yang dinaungi sebelum ini 'tutup kedai', ujian itu dianggap mereka sebagai penguat semangat bagi meneruskan perjalanan seni masing-masing.

Begitulah ujian yang dilalui Nursheila Abdullah atau nama komersialnya, Sheila Abdul serta pemilik diri bernama
Nadia Haswani Hasnan
yang lebih dikenali sebagai Nadia.

Bagi mereka, memilih hidup sebagai penyanyi bukanlah sesuatu yang perlu disesalkan lantaran minat yang mendalam terhadap bidang tersebut.

Justeru, hidup perlu diteruskan dan tidak perlu lagi untuk 'meratapi' kekalahan yang dilalui.

Berkongsi nasib yang sama, namun, kedua-dua mereka mampu menarik nafas lega apabila disunting sebuah syarikat rakaman untuk bernaung di bawahnya.

Dream Music Sdn. Bhd., meski masih baru, ia menjadi tapak baru untuk mereka memulakan segala-galanya.

Menurut Sheila, menandatangani tiga tahun kontrak bersama Dream Music, dirinya diberikan kebebasan untuk memilih konsep dan genre lagu bagi album atau single seterusnya nanti.

Jelasnya, ekoran kurang menyerlah selepas muncul dengan album terdahulu, album kedua nanti pasti memperlihatkan imejnya yang baru.

" Kalau dulu, saya suka konsep lagu-lagu yang diketengahkan tetapi agak kurang menarik perhatian pendengar.

" Saya tidak anggap ia satu kesilapan. Insyaallah, untuk konsep seterusnya, saya lebih suka kepada eksperimental pop.

" Sekarang ini sedang proses cari material untuk lagu. Mungkin selepas ini tidak akan hasilkan album tetapi lebih kepada single,'' katanya ketika ditemui pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri Dream Music di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ujar Sheila yang pernah popular dengan lagu Mungkinkah, walaupun bernaung di bawah Dream Music, tetapi segala urusan mengenai kariernya diuruskan sendiri melalui syarikat pengurusan miliknya, Purple Dot Agency.

Katanya, sebaik syarikat rakaman yang dinaungi sebelum ini ditutup, dirinya mengakui agak tertekan dan gentar untuk melalui hari mendatang.

" Waktu itu, album saya baru sahaja berada di pasaran. Nama pun masih baru dikenali.

" Tapi saya bersyukur kerana tidaklah tergantung lama sangat. September lalu saya menyertai Dream Music.

" Nasib baik saya sudah pelajari macam-macam sewaktu berada dengan syarikat rakaman sebelum ini mengenai selok-belok dunia hiburan,'' jelasnya.

Ditanya mengenai peluang-peluang di bidang lain yang mahu diterokainya, Sheila bagaimanapun berkata : "Buat masa ini, saya mahu tumpu kepada nyanyian terlebih dahulu. Mungkin, kalau ada tawaran, saya akan cuba berlakon atau bidang seni lain.''

Nadia selesa bergerak sendiri

Sementara itu, bagi bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ini pula, dia selesa bergerak dan menguruskan karier dengan sendiri melalui syarikat pengurusan miliknya, Nadia Cribs Entertainment.

Turut mengakui susah untuk dirinya lebih dikenali atau popular, Nadia berkata, dia tidak lupa berdoa dan berusaha demi masa depannya.

"Saya sudah bersama Dream Music beberapa bulan lalu. Tetapi, kontrak saya bersama syarikat rakaman itu hanyalah untuk satu single sahaja.

"Selepas itu, saya bebas untuk membuat keputusan. Single saya berjudul Kita Sama pun sudah siap dirakam.

"Kita Sama, lagunya ciptaan Amir dan lirik oleh saya sendiri. Ia mengisahkan tentang percintaan remaja,'' ujarnya.

Kata Nadia, bergerak secara sendiri, ia lebih memberinya kepuasan dan banyak yang dipelajarinya termasuk berkaitan mencari peluang-peluang undangan persembahan dan sebagainya.

" Segalanya kita kena ambil tahu. Walaupun risikonya amat tinggi, saya bersyukur kerana ahli keluarga banyak membantu,'' jelasnya yang berlakon dalam drama Angguk-Angguk Geleng-Geleng yang sudah memasuki ke musim ketiga.

Ujar si pemilik bertubuh genit ini, konsep yang diperjuangkan tetap rock kerana ia sudah sebati sebelum dirinya memasuki Akademi Fantasia lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.528970 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list