|
kalo nk pi xtau jalan kol saya 013-6924876 tp call mlm yer coz yg tau jalan my hubby.hehehheh saya xberapa nak ingt sebab banyak kali sesat heheheheh tp jgn lupa call mak jah dulu (kena ckp kuat), ooooooooo lupa, lg 1 kalo nk p jumper mak jah tu seelok-elok hr kedua or tgh waktu kita period. |
|
|
|
|
|
|
|
xdapat erk emel saya..mungkin line saya prob kot masa send emel smlm..sori erk..
saya save taw no awak..
tapi saya x taw lagi nk pegi berubat dgn makcik tijah tu bila sbb saya kena balik kg dulu..
apa2 hal pun saya akan telefon awak dulu k sebelum pegi..
perkembangan awak berubat dgn makcik tuh update ye..
terima kasih... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hagemaru at 7-6-2010 21:30
wat masa ni xnmpk lg perubahan...kena tgu dulu..if anything happen to me, sy bg tau...k, tp kalo bg emel awak ok gak senang sikit nk update info selain kat forum ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Jauhnya thread ni kebelakang...
hagemaru,
tempat urut tu kat tmn paya, melaka.. area mana ye????
alor gajah, jasin @ masjid tanah????? |
|
|
|
|
|
|
|
dapat appoiment on 15-7-2010..(open file) sesapa yg ader experiance buat treatment kt gomen hosp. (HKL) blh share info ngan saya x...
slalunyer mcm 1st time nie..ape ujian yg dorg akan buat...? |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang saya tgh day 22 dlm cycle... tak sabar nak tunggu lagi 2 minggu....
harap2 menjadi kali ni..... ya allah ya tuhanku...murahkanlah rezekiku dan kawan2 lain kt sini untuk menimang cahaya mata...aminnn |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by momon10 at 16-6-2010 22:23
Reply 1526# azue79
saya xda pengalaman buat kat HKL..tapi saya punya aritu doc amek darah pada waktu kita period (antara hari pertama hingga ke-5),
doc amek darah lagi pada hari ke-21 kitaran haid kita (bergantung pada kitaran haid kita, nnti doc bg taw bila kena amek darah),
buat post coital test (dekat2 ovulation day, nnti doc bg taw cara nk detect ovulation day guna cervical mucus), pelvic examination (saya punya yg jenis scan internal, tengok kead rahim, ovari dan telur)
suami lak kena buat semen analysis dan check darah utk hepatitis dan thalassemia..
oh ya lupa plak..doc suro amik folic acid.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1527# berusjamban
aminnnn |
|
|
|
|
|
|
|
saya ni cuma silent reader, tp tergerak hati nak share la, sesapa nak zuriat leh la try jumper makci ...
hagemaru Post at 6/6/2010 08:25 PM
salam kawan2...
larr... org melaka rupanya yer... sy pun org melaka.. tp kerja kat KL...
tapi nak jumpa kena period pulak yer... klu tak period tak boleh yer...?
saya dah ada ank sorang... bulan 8/2010 nie 6 tahun dah... dah 3, 4 tahun mencuba... masalahnyer period hanya bila makan ubat hormon/pil perancang... or else, kem salam ajerla... yg tak larat bila makn pil hormon nie, berat badan masyaAllah.... the last i makan, bdn i mengembang... hahaha... giler nyer kembang...
last doc saya jumpa, datuk dr norashikin kat TTDI tue.... setiap kali dtg asyik suh loose weight... smpi saya naik buhsan... bukannyer takda org berbadan comel boleh preknen kan...
insyaAllah, 2.7 nie ada appt ngan dr hamid arshat... ada sesapa pernah pergii? bolehla share experience...
btw, dr norashikin diagnose sy ada PCOS... mmg tokleh baik ker nie..?
thanks.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun ada PCOS... last buat checkup(2007) doc Mahesh(hosp.Damai) ckp PCOS ni kalau kite dh buat ovarlian drilling pun akan berulang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1531# azue79
owh yer ker...? hmmm.... saya tak wat ovarian drilling lagi... doc tak advise...
tgkla dr hamid advise apa nnt...
azue dah ada anak?
sy pelik, sebenarnya mcmmana PCOS nie boleh jadik kan...? |
|
|
|
|
|
|
|
hi sume..
ade x kat cni yg kna PCOS tp brjaya preggy secara natural..tnpa ape2 rawatan?? ...
jela_jolie Post at 18-6-2010 13:42
saya ase awak betui2 pregnant la...so jaga kandungan elok... |
|
|
|
|
|
|
|
kt sini saya tepek kan infor
Polycystic Ovary' (PCO) Mengancam Kesuburan Wanita Malaysia
Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH
´olycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.
Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.
Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.
TANDA-TANDA PENYAKIT PCO
1. Tidak Subur atau Mandul
Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin - masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.
2. Haid Tidak Teratur
Tanda yang biasa bagi pesakit PCO ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.
3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.
4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan
Wanita yang mengidap penyakit POC akan mengalami haid yang sangat sedikit - hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan
keluar dengan sederhana selama seminggu.
5. Tumbuh Rambut
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut - juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit POC ini.
PUNCA PENYAKIT POC
Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH - tinggi, hormon estrongen - tinggi, hormon progesterone - rendah, hormon progesterone - rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon
testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.
Penyakit PCO juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat
dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCO. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCO.
TUJUAN RAWATAN
Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.
ANTARA RAWATAN PCO
1. Mengawal Kegemukan (Obesity)
Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang 'obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik.
2. Meningkatkan Kesuburan Wanita
Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti:
a. Ubat subur Clomiphene
Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5
hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan
sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan
kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh
membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.
b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin
Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur
yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.
c. Ubat Metformine
Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat
metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan.
3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan
kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1535# azue79
owh... takpa... insyaAllah... mesti ada punyer...
saya yg 1st tue bunting pelamin... itu yg bila doc ckp sy ada pcos sy cam pelik... huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1534# azue79
tu la..rsa mmg pregnant..cma tkut nak hepy2 sangat selagi x jmpe Doc yg cek sy ade PCOS tu..
5x sy dh buat test.. 2x dgn doc yg berlainan n 3x buat sndiri cna upt stick yg berlainan..sume +ve..
alhamdulillah..akhirnya pregnant gak saya..
ade sorg makcik ni, mmg sy berubat dgn die la..utk ilangkan pcos..
die suh amalkan camni.. 1kg pegaga + 1kg buah epal hijau n blend..pastu tapis air die..
rebus air tu bg masak..pastu sejukkn..n msukkan dlm fridge, bile2 nk minum amik jek n cmpur sikit jek gula melaka..
sy buat dpt 2 jug sbb pki 2 btl air mineral..satu jug stengah sy minum...pastu wat upt last week upt +ve..
agaknye berhasil kot buat mende ni..rezeki Allah nak bagi, klo nak dapat mmg dapat la jg akhirnya..
aminnn |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1538# jela_jolie
tahniah wak...saya nak cuba lah amalkan petua awak tue..mane tau rezeki kann..sy kalau blh nak pregnant naturally..malas nak wat treatment nie...yea la kan leceh nak buat test tu ini... |
|
|
|
|
|
|
|
1kg pegaga yea wak..byk tue..pastu mineral water tu yg besa ker....? |
|
|
|
|
|
|
|
pegaga ikg (mmg byk) pastu basuh bersih2..dgn epal hijau 1kg..pn basuh brsih2..
pastu blend..cuma lah..
mineral botol besar 2btl..jgn lebih n jgn kurang..rasa ok, boleh telan pnye..rase cam kelat2 skit..
amalkan la...manatau berjaya..insyaAllah..
kte buat ni pon tujuannye nk baikkan PCOS je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|