|
Reply #1520 gambiaq's post
hang tengok jugak kaaa....? muahahahahahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
hat neh yg sebelom sampai feri tuh kot
Lebuh Raya Lingkaran Luar bernilai RM400 juta dibuka
Oleh: ABDUL MUIN SAPIDIN
BUTTERWORTH 15 Jan. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhh..brp byk toll lar depa nk boh kt BORR tue nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Haku stuju ngan pendapat lanang nie..:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Kaki meja lipat cengkam leher
Oleh Adnan Mohamad
PASIR PUTEH: Barangan terbuang boleh membahayakan kanak-kanak. Itulah terjadi kepada Norafah Amalina Azmi, 5, yang maut apabila lehernya tersepit pada besi kaki meja lipat yang dibuang keluarganya berdekatan rumah mereka.
Dia sebelum itu bermain 憄ondok-pondok |
|
|
|
|
|
|
|
[quote] Trauma seorang guru wanita yang berdedikasiOleh Alias Ismail
KUALA BERANG 28 Jan. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote] Bayar masuk KL -- Jika memandu seorang diri, kurangkan kesesakan lalu lintasOleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR 28 Jan. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Saman trafik empat agensi penguatkuasa diselarasOleh: HELMI MOHD FOAD
PUTRAJAYA 31 Jan. |
|
|
|
|
|
|
|
mstar.com.my
29 tahun tertukar bayi, rahsia pun terbongkar
02-02-2007 09:30:14 PM
Oleh MARSHA TAN
JOHOR BARU: Lapan tahun lalu Zulhaidi Omar perasan seseorang gadis keturunan Cina sering merenung mukanya di sebuah pasar raya di Batu Pahat, tempatnya bekerja.
Gadis ini kemudian muncul bersama sepasang suami isteri dan ketiga-tiga bertemunya.
Tanpa disangka mereka rupa-rupanya mempunyai pertalian darah!
"Mereka datang berjumpa saya tiga kali dan daripada perbualan kami, mereka yakin saya ini anak mereka. Jadi saya pun bersetuju menjalankan ujian DNA dan keputusannya mengesahkan bahawa orang tua itu ibu bapa saya yang sebenarnya.
"Gadis yang sering merenung saya itu rupa-rupanya kakak saya yang mengesyaki bahawa saya memang adiknya kerana iras wajah saya seakan-akan muka bapa," kata Zulhaidi, 29, dalam sidang media hari ini.
Keluarga ini mendedahkan rahsia mereka demi mengganti nama Zulhaidi kepada nama Cina, selain menukar status agamanya di kad pengenalan daripada Islam kepada Buddha.
"Sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami," kata Teo, di sisinya Zulhaidi (kanan), sewaktu sidang akhbar. (foto The Star)
Sewaktu masih kecil, kata Zulhaidi, dia selalu berasa ganjil apabila dipermain-mainkan kerana wajahnya yang kelihatan seperti seorang anak Cina dan tidak kelihatan seperti pasangan Melayu yang membesarkannya.
Apabila umurnya 13 tahun, Zulhaidi mengambil keputusan meninggalkan keluarga tersebut.
"Bapa saya yang berbangsa Melayu itu meninggalkan kami sewaktu saya berumur tiga tahun. Ibu saya kemudian bernikah lagi tetapi saya sukar menyesuaikand diri dengan bapa tiri, jadi saya tinggalkan rumah.
"Bermacam-macam kerja kasar saya lakukan untuk menyara hidup dan persekolahan, sebagai pelayan kedai dan pencuci kereta," katanya lagi, kini sebagai seorang eksekutif jualan dengan Diploma Pentadbiran Perniagaan.
Bapa asalnya Teo Ma Leong, 66, berkata dia mengesyaki anak kelimanya, lelaki daripada enam beradik, telah tertukar dengan bayi keturunan Melayu kerana sewaktu Zulhaidi dibesarkan, Teo pula membesarkan seorang anak lelaki dengan usia yang sama.
Bayi itu dinamakan Teo Tian Fa, kini 29, yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis Cina baru-baru ini tidak pula keberatan menerima Zulhaidi dalam keluarganya dan dia sendiri tidak berminat mencari ibu bapa asalnya.
Tambah bapa itu lagi, "kami tidak perasan sebarang perbezaan pada hari bayi itu dilahirkan tetapi sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami.
"Sewaktu kami memeriksa dengan pihak hospital, kami tidak mendapat apa-apa jawapan atau penjelasan, jadi kami buat seperti biasa, membesarkannya seperti anak kami sendiri walau di dalam hati terdetik bahawa anak kami yang sebenarnya pasti ada di mana-mana," kata Teo, dulu pernah bekerja sebagai mekanik.
Teo menceritakan bagaimana isterinya Lim Sik Hai, 62, terpaksa melalui fitnah dan gosip liar masyarakat sekeliling yang menuduhnya melahirkan seorang anak daripada perhubungan haram tetapi Teo lebih mengenali pasangannya dan yakin penuh padanya.
"Apabila anak perempuan kami menemui Zulhaidi, saya tahu itulah anak lelaki kami yang dicari selama ini. Tiga bulan selepas ujian DNA, Zulhaidi bersetuju tinggal bersama kami," cerita Teo lagi, sambil menambah anaknya itu mengambil masa enam bulan kemudian untuk memanggil mereka "ibu" dan "bapa".
Ditanya kenapa keluarga ini mengambil masa lapan tahun sebelum mendedahkan perkara ini, Zulhaidi berkata mereka telah cuba mendapatkan khidmat guaman tetapi tidak diendahkan dengan dakwaan "ini kes yang mustahil".
"Apabila kami membaca di akhbar tentang sidang media Michael Tay, kami pun meminta bantuannya," tambahnya.
Tay, pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi, berkata beliau akan menolong keluarga ini menukar identiti Zulhaidi dan membawa kes ini kepada kerajaan negeri. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1532 kubus's post
senang2 ja zulhaidi tu nak tukar agama balik ke buddha...sebab parents mmg tak jaga dia dr kecik, 13 thn dia dah lari dr umah..sian dia..rugi je la idup sebagai muslim.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1533 kubus's post
sian jugak yg anak melayu tu...
apasai fmly melayu tak tampil pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1534 que_sha's post
famili yg melayu tu, mengikut cerita tuh, masa budak tu umur3, bapak dah tinggal kan depa..pastu mak kawen lain..agaknya ni jenis famili yg dah bergolak kutt..budak ni pun lari dr umah famili melayu tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Angkara siapa?
Oleh Ainol Amriz Ismail
SEREMBAN 5 Feb. |
|
|
|
|
|
|
ian_hamzah This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by <i>kubus</i> at 5-2-2007 04:14 PM<br />
famili yg melayu tu, mengikut cerita tuh, masa budak tu umur3, bapak dah tinggal kan depa..pastu mak kawen lain..agaknya ni jenis famili yg dah bergolak kutt..budak ni pun lari dr umah famili mel ... <br />
Mungkin jugak keluarga dia jadik porak peranda sbb bapak dia depressed sgt kata mak Melayu dia ada hubungan sulit dgn lelaki Cina sbb anak yang dibawa balik tu mukanya macam Cina. Maybe sbb tu la mak bapak dia sampai cerai berai. Ini semua hospital la yang punya salah. Kan dah musnah hidup orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Khalwat
KANGAR 8 Feb. - Mufti Perlis, Dr. Mohamed Asri Zainul Abidin hari ini menggariskan enam panduan umum yang perlu diberi perhatian oleh penguat kuasa ketika menjalankan operasi khalwat membabitkan umat Islam.
Pertama, katanya, sesuatu operasi itu hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (intipan mencari kesalahan), berkembang dalam masyarakat Islam.
Maka pemberi maklumat hendaklah dipastikan tidak diperoleh berdasarkan perbuatan tajassusnya, sebaliknya berasaskan zahirnya kemungkaran itu, seperti nampak dari luar rumah atau bunyi yang meyakinkan maksiat sedang berlaku.
揓ika dia melakukan tajassus tanpa keperluan, maka dia fasik dan pemberitahuan orang fasik adalah ditolak, |
|
|
|
|
|
|
|
Laluan bebas tol elak BORR dibina tahun depan
Oleh ROKIAH ABDULLAH
PULAU PINANG 11 Feb. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|