CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
Post time 14-12-2011 10:15 PM | Show all posts
Akak immortallez..Macam-macam cara rawatan..Entahlah..Nak gelak pown ada..Mandi air tanah ...
7teen Post at 14-12-2011 22:09




orait...
tapi kalau kau rasa dgn bercerita tu akan memudharatkan diri....better put on hold dulu ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2011 10:56 PM | Show all posts
Reply 1503# parangskeper


    No lah parang.. Pelanduk dua serupa agaknya..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 08:14 AM | Show all posts
Assalammualaikum..
TT.. chefmizan.. saya nak bertanya dari pengalaman betul ke kalau kita mimpi susukan bayi maksudnya akan dapat saka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 08:25 AM | Show all posts
Makin best pulak thread ni kan.. sbb mcm2 ada.. pengalaman campur2 tak de la sorang jer yg bercerita.... keep it up guys... lau tanya saya... saya takde pengalaman... tak pernah jumpa and mintak jgn dijumpakan ... ada pengalaman pun sekali jer la... itu pun kena kacau jer... tapi uoollss punya citer mmg lain dr yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 08:27 AM | Show all posts
Assalammualaikum..
TT.. chefmizan.. saya nak bertanya dari pengalaman betul ke kalau kita mimpi sus ...
gedget81 Post at 15-12-2011 08:14


salam gedget81..

kalau ikut dari pembacaan sy,memang saka..
kalau dah susukan baby,maknanya saka tu dah serasi ngan kita..Wallahualam..
tu yang murni tau la..

kita tunggu orang yang arif menjawab soalan gedget81 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 08:59 AM | Show all posts
yg saya dengar macam tulah..
saya dah 2 kali mimpi benda yang sama.. last mimpi saya siap mintak izin suami nak susukan bayi tu. risau lah sbb saya memang tak suka benda-benda mcm nie.. saya perasan sejak seminggu nie macam ada benda mengikut je kemana saya pergi. macam ada orang memerhati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2011 09:19 AM | Show all posts
yg saya dengar macam tulah..
saya dah 2 kali mimpi benda yang sama.. last mimpi saya siap mintak iz ...
gedget81 Post at 15-12-2011 08:59


erkkk ,ye ke ada orang mengikut?
memang tak tenteramkan kalau rasa ada orang mengikut kita..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 09:56 AM | Show all posts
Selamat Pagie Semua,....

besst citer2 korang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2011 10:14 AM | Show all posts
ok xbest la cite guna saya2 ni. back to normal la ye. guna aku. br la rasa x formal sgt.

Cite ni penah post kat thread mana tah dulu, aku pun x ingat. cari2 x jumpa plak. so, mmg dulu pon taip kat words je. so copy paste balik la bg yg x pernah baca tu.

Cite ni jadi masa tahun 2003 dulu.
Masa ni tgh busy PMR, aku form 3 masa ni. bulan 9 ke 10 PMR ye?aku dah x ingat.
So, masa tahun tu PMR paling xbest dlm sejarah sbb musim hujan selebat2nya.
Sampailah hari ke 2 PMR kot kalo x salah aku, hujan lebat x berhenti2 masa tu dah sebabkan banjir. Ni sbb dorg terpaksa buka pintu empangan utk keluarkan air, kalo x empangan pecah kan. lokasi kat penang la. Rumah aku masa tu Alhamdulillah x kena banjir.
tp yg x bestnya, jalan nak ke rumah aku tu yg banjir. aku plak pegi sekolah naik bas.
So, ramai la yg terjejas masa tu, kampung aku, n ada lagi 2-3 kampung n taman perumahan lain. Yg x exam masa tu heaven la sbb xyah dtg sekolah. aku ni sbb nak amik PMR(cm gigih je kan padahal bukannya aku study pon, Khekhkehkehke).. So, masa tahun tu asrama pompuan sekolah aku baru je siap, mula2 ramai yg duduk, lepas 2 minggu dah tinggal separuh sbb x tahan macam2 gangguan dan juga teringatkan ketiak mak masing2 ye.


Utk membolehkan student2 form 3 ni amik PMR dgn selesa, maka cikgu pon setuju utk tempatkan kitorg kat asrama smpai la abes exam atau sampai keadaan pulih. So, aku yg tak suka dok asrama ni pon dgn tabah terpaksa la stay asrama. Nasib baik masa tu ada geng. Ok la. So pas abes je exam ptg tu, masing2 angkut la barang masuk dorm. Oleh sbb aku n geng2 aku ni masuk lambat, bilik2 lain dr tingkat 1 sampai tingkat 3 dah penuh sbb diorg penuhkan bilik2 senior dan bilik kosong di aras 1-3 tu.


Kitorg ni xde choice, so terpaksa la ambil 2 bilik kat tingkat 4 iaitu tingkat atas sekali. So, kiranya hari tu  dua bilik tu je la yg berpenghuni kat tingkat atas. bilik lain kat atas tu kosong. Tapi sebelum masuk bilik ni kitorg dah bagi salam dan baca apa yg patut utk elak gangguan. So, asrama tu, dua bilik@dorm akan share 1 bilik air kat tengah2. Bilik air besar tu ada plak banyak bilik2 air kecik dan juga toilet. So, bilik air ni kira penghubung antara 2 bilik ni. satu bilik muat 8 org. Tapi bilik aku ni bertujuh je. Bilik sebelah plak geng2 gedik dok 8 org. diorg dr taman lain so x join kitorg.


Malam tu disebabkan letih n esok nak exam, kitorg tido awal. Dalam pukul 11 kitorg dah tido n tutup lampu semua. Bilik sebelah plak tak tido lagi, sibuk kejutan budaya agaknya x penah dok asrama. Kemain bising diorg berlari2, bising2, ketawa2. Kitorg buat dek je la. Aku pon kejap tu dah lena. Tau2 dlm setengah jam or sejam pastu dengar bunyi bising gila dlm bilik aku. Aku bengang la sbb dah best2 tido org kacau. Siap pasang sume lampu lagi. Bila buka mata je, aku terkejut tengok budak2 bilik sebelah yg 8 org ni dah ada kat bilik aku. Siap ada yg menangis2 lagi. Kebetulan plak mlm tu kitorg rapat2kan katil 4 katil sebelah sini lagi 4 katil berhadapan kitorg. Aku tidor tengah2.


Siap budak bilik sebelah tu, aku x kenal sapa, tapi dia dah menangis menggigil2 badan die pejam mata baring sebelah aku siap menyotol dlm selimut aku lagi. Aku dah mcm heran la, apehal plak ni. Yg x menangis tu cite la diorg kena kacau. Masa tgh syoq berdisko tu, tiba2 lampu bilik diorg mcm dimain2kan. kejap on-off on-off sendiri. So, diorg lari la dtg bilik kitorg. So, kitorg marah la diorg ni, tu la masuk x bagi salam x baca doa, pastu bising2. Marah la 'benda' tu sbb kacau tempat dia.


Utk redakan keadaan, kitorg ajak dorg tido bilik kitorg je. Amik lagi 2 tilam dr bilik sebelah, tido la himpit2 ramai atas katil dgn tilam tu. Budak yg sebelah aku tu harus la x berganjak langsung. Pastu sorg budak bilik aku tenangkan dorg, tutup lampu dan terus naik katil. Elok je member tu naik katil, dengarla bunyi mengilai sekuat2nya dan sepanjang2nya. Aku yg selama ni x pernah dengar bunyi tu mmg terkejut la. Budak sebelah aku tu yg dah tenang sikit tadi terus menggigil n menangis balik. Kitorg pon apa lagi bangun la balik buka lampu sbb x tahan gila ngeri bunyi dia mengilai tu. Baru teringat kitorg x baca doa lepas diorg masuk ramai tu. So, aku pon baca ayatul kursi sambil dorg aminkan ramai2, kawan aku plak baca 4Qul.

Pastu kawan aku bangun tutup lampu dan naik atas katil balik. Alhamdulillah lepas tu dah x dengar lagi bunyi mengilai tapi dia still kacau la. Macam2 bunyi kitorg dengar dr blik sebelah yg dah kosong tu. Bunyi pintu locker besi tu dibuka tutup berulang2 kali, bunyi bola dimain2 kan kat sebelah, bunyi pintu dibuka tutup. Sah2 la dah xde sapa kat bilik tu. Mujur dia dah x kacau yg teruk2 lagi. Dapat la tido aman malam tu. Esoknya, banjir dah surut sikit. Jalan ke rumah aku dah x banjir, so aku pon angkat kain baju balik umah. X tahan betul. Aku cite kat mak aku, mak aku ketawa je.

Sbbnye aku memang dah biasa diganggu dgn bunyi2an kat rumah aku ni, cuma aku lucky sbb dia cuma kacau aku dan x pernah tunjuk rupa 'handsome' dia tu. kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:17 AM | Show all posts
erkkk  ,ye ke ada orang mengikut?
memang tak tenteramkan kalau rasa ada orang mengikut ki ...
murninurani Post at 15-12-2011 09:19


mmg x tenteram.. skrg kalau husband xde, saya duduk dalam bilik dengan anak.. kunci pintu bilik. pasang bacaan al-quran kat handset. tak kuar bilik sampai dia balik.

dulu mak pernah dapat saka tanpa pengetahuan dia.. arwah moyoang bagi senyap2. dapat tahu bila kakak saya dan suami dia pergi jumpa seorang uztaz mintak 'pagarkan' rumah dia. sambil2 tu cuba tanya pasal arwah nenek (masa tu arwah masih hidup dan sakit terbaring) sapa yang sihirkan dia. so ustaz tu buatlah then dia suruh kakak tengok sbb kakak kan macam dari susur galur nenek. tapi kakak tak nampak. terus ustaz tu cakap "macam mana awak tak leh nampak? kan mak awak ada saka?" terus kakak terkejut.

balik rumah, dia bagi tahu mak.. lagi lah orang tua tu terkejut sebab dia tak tahu apa2. mak menagis sambil marahkan nenek dia. kami tahu saka moyang pun sbb ustaz tu bagi tahu. mak memang rapat dengan moyang dan moyang selalu duduk dengan mak. Bila mak ingat2 balik macam mana boleh dapat baru dia tahu.. masa dulu2 masa mak nak balik kl (blk kg cuti minggu, moyang dah duduk kat kg sbb dia dah tak sihat) ada sekali dia cakap dengan nenek 'ati nak balik dah' pastu nenek saya cakap "aku nak ikut" mak saya balas lah "jom lah" terus nenek senyum. lepas kejadian tu dia terus sakit terbaring.

mmg cuak lh kami sekeluarga.. kami mmg tak suka benda2 macam nie. kelam kabut cari perawat nak buang benda nie. Sibuk cari pelepah pinang. dapat sekali tapi sampai rumah pecah. last2 pakcu tolong carikan. Alhamdullilah dapat. so pergi lah mak dengan along, pakcu dengan abang ipar. dah berubat, ustaz tu suruh hanyutkan dekat mana tah tapi mesti along yang bawak sebab along waris terdekat mak. masa bawak tu along cakap pelepah tu memang berat sangat2. lepas hanyutkan kene balik terus dan jgn toleh ke belakang. sampai kat umah ustaz tu diaorg kene marah dgn ustaz sbb ustaz kata masa diorg dalam kete diaorg boleh bergurau senda lagi pasal hal2 nie. rupanya sepanjng2 kejadian, ustaz tu dok memantau diaorg.

Saya nak percaya tak percaya susah jugak. sebab saya memang dari keturunan minang yg kuat. arwah nenek dangan atuk memang ada saka tapi sebelum diaorg meninggal anak2 dia dah tolong buangkan. sekarang status saka harimau yang kami tak tahu macam mana sebab yg uruskan benda tu pak long saya. katanya dah di hantar kat gunung jerai tapi tak tahulah betul ke tak.

saya tak mahu benda-benda macam nie. saya dh lh penakut. nie nak fikir anak pulak. Malam tadi dia terbangun cepat-cepat saya buka lampu. saya paksa dia pandang saya masa menyusu. sebab teringat cerita-cerita dalam 'benang' nie. Semalam husband bawak balik air suruh minum dan mandi. mak mertua yang bagi. mak mertua saya pun seorang yang istimewa. Insya Allah minggu nie saya nak minta mak mertua scan. harap-harap takdelah dan semua ini hanya mimpi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:19 AM | Show all posts
ni pon aku taip dlm words dulu. hamik la baca ye..

nih ada satu cite..
uncle aku cite
baru je jadi kat N9..
satu ptg tu uncle aku balik la kampung dia jenguk parent dia..
uncle aku ni 40an..
pastu da nak dekat maghrib tu, dia mintak izin ka parent dia nak g seremban amik wife dia, then terus nak balik umah dia kat area lain plak(dirahsiakan)..ngeh3..
masa tu bapak dia x kasi..
bapak dia kata tggu la pas maghrib, x elok jalan senja2 ni..
tp since dia nak amik wife dia yg baru abes keje, dia pon gerak jg walaupon parent dia x kasi..
umah parent dia nak ke semban tu jauh la jg.. kena lalu satu pekan kecik dulu..
masa kat pekan tu ada la sorg pompuan ni dlm 30an tahan kete dia..
uncle aku ni plak mmg spesis baik hati n suka tolong org since dia pon ada jawatan dlm politik, so slalu la tlg2 orang ni..
dia pon berenti la. bila uncle aku benti n tanya pompuan tu kenapa, pompuan tu pon jawab dia nak tumpang jap smpai satu tempat tp bukan semban la..
so, since tempat yg dia nak pegi tu pon satu jalan nak ke semban, n time tu dah maghrib xde bas, dia pon dgn niat baik tumpangkan la pompuan ni.
bila dah satu keta tu, uncle aku ni pon buka la mulut ajak berbual..
tanya dia tinggal mana, nak pegi mana..
semua dia jawab nak x nak je buat2 x layan..uncle aku ni pon biar je la..

pastu dah nak dekat2 smpai tempat yg pompuan tu nak pegi tu,
pompuan tu kata x jadi.. dia nak terus tumpang sampai semban plak..
uncle aku pon ye kan je la..
drpd pekan tu nak ke semban kena la lau satu jalan yg sunyi n berhutan..
biasa la jalan kat N9 kan..
bila lalu je kat situ pompuan tu kata
"tolong berenti jap, saya nak buang air la"
uncle aku ni pon xde la syak ape2 lagi, dia pon berenti la..
pompuan ni pon keluar pegi belakang satu pokok besar..
kejap je lepas dia keluar, baru uncle aku ni terdetik dlm hati..
"eh, kenapa pompuan ni mintak berenti kat sini.. nk kencing plak tu.. x malu ke dia"
bila terdetik je dlm hati dia mcm tuh, terus pompuan tadi tu terbang keluar dr belakang pokok tu smbil menjerit mengilai..
uncle aku masa tu apa lagi, terus pecut keta x hengat..
nasib baik la pompuan tu x ikut dia dah..
pastu baru la menyesal x ikut cakap bapak dia suruh tunggu pas maghrib baru kuar rumah..
ngeeee...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:22 AM | Show all posts
wah dh jadi mcm thread aku plak.. sori ye TT, syoq plak lepak sini.. tumpang cite..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:30 AM | Show all posts
ok ni cerita masa aku form 1-form 2.
aku pun xtau kenapa tapi masa aku sekolah menengah dulu, aku selalu diganggu.
maksud aku bukan diganggu teruk2 tu. api aku selalu dengar or nampak bayangan yg buatkan aku rasa x selesa duduk rumah aku tu.
tp x la plak aku takut masa tu. dulu siap tgh2 malam boleh jalan sorg2 g blkg rumah yg gelap gelita tuh. tah ape aku buat tah. skang tobat la aku nak pegi sensorang.
dulu siap kol 3 pagi sakit perut, steady je aku kuar sorg2 g memerut kat jamban.
pdhal jamban aku kt luar, beakang rumah.
sampai kena marah dgn mak aku sebab x kejut sape2 suruh teman.
sekarang dah xde lagi, dah maju. jamban bapak aku dah angkut masuk rumah. 2 bijik lagi, xyah berebut.

ok tutup cite jamban, sambung cite tadi. masa mula2 aku cite yg mak aku kena gangguan tu kan aku cakap kawasan rumah nenek aku tu cuma ada rumah ayah aku dgn dua org adik laki dia. so, masa aku darjah 3, arwah pak andak aku yg juga abang kpd ayah aku pencen, so dia pindah balik penang dan buat rumah belakang rumah aku tu. kira kalau ikut susunan, rumah nenek aku paling depan sekali. pastu rumah pakcik aku yg dua org tu sebelah umah nenek aku. rumah ayah aku kat blkg umah nenek. kira rumah arwah pak andak aku ni yg paling hujung sekali la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:47 AM | Show all posts
so, masa aku baru masuk form 1, ditakdirkan pak andak aku tu (ni cite masa arwah masih hidup) jatuh sakit. dia kena barah otak, dah stage 4 kot masa tu. lambat dapat detect.
dapat detect benda ni pun masa dia pengsan waktu ke kedai nak beli barang sbb pak andak aku ni dulu tolong2 maksu aku kat kedai makan depan umah nenek aku tu.
teringat lagi aku selalu minum teh tarik pak andak aku ni. teh tarik plg sedap aku pernah minum. rindu!

so. once dia jatuh sakit tu, dia terus terlantar sbb dah tua dan barah tu pon dah tahap 4. terus pak andak aku dibawak anak dia yg duduk kat area ayer itam, penang tu tinggal kat sana. senang sbb pak andak aku diadmit ke hosp. P.Pinang.
Bila pak andak aku kat sana, anak2 dia dan cucu2 dia semua berkampung kat ayer itam utk jaga dia, dan rumah pak andak aku di kampung tu pun dibiarkan kosong. cuma sekali-sekala mak andak aku balik utk kemaskan rumah tu.

kat sini la mulanya misteri tu. Utk pengetahuan semua, pak andak aku ni dulu bongkok orgnya. Umur dia 60-an masa tu, plus dia mmg jenis duduk x jaga postur, so memang membongkok teruk jugak la. Masa tu aku form 1-form 2, sekolah petang, so mlm2 mmg aku selalu stay up utk tgk TV. sampai kol 1-2 pg. hehe.. dan TV umah aku plak betul2 letaknya kat tingkap yg mengadap jalan nak ke rumah pak andak aku tu. Tingkap tu plak mak aku x letak langsir sbb payah nak kemas.

so, family aku tidur awal kan.. jadi mlm2 mcm biasa aku tgk tv sorg2. time tgh best tgk tv tu lah, aku nampak dgn jelasnya, satu bayang hitam yg membongkok menyerupai pak andak aku melintas kat tingkap tu menghala dr dpn rumah aku ke arah rumah pak andak aku tu. tersentak aku dibuatnya. sebabnya pak andak aku sah2 la terlantar x boleh bangun kat rumah anak dia, mmg mustahil itu pak andak aku. dan lagi satu, bayang2 tu melintas sgt laju dan pergerakan dia smooth je, mcm x jejak tanah. sbb kalau jejak tanah, mesti nampak bahu terlenggok-lenggok kan.
ini tak, straight je. dan x pulak dengar bunyi tapak kaki.

puas aku pikir apa benda yg aku nampak tu. tp aku xde la takut sgt masa tu. tgh2 pikir tu, tiba2 bayang tu melintas lg sekali, kali ni dr arah rumah pak andak aku ke arah dpn rumah aku plak. Itulah laluan yg pak andak aku selalu guna dan bayang itu jugalah yg aku selalu nampak waktu pak andak aku masih sihat dulu.

xnak pikir banyak lagi, aku pun tutup TV dan terus masuk tidur. dan semenjak hari tu, tiap kali aku stay up tgk tv sorg2, aku akan nampak bayang yg melintas menyerupai pak andak aku tu. mcm biasa, bayang tu akan melintas menghala ke rumah pak andak aku, dan kemudian bayang tu akan berpatah balik. aku pun macam dah biasa dgn benda tu. setiap kali nampak aku xde plak baca ayat apa2 ke. cuma aku akan diam memandang sampai la benda tu berlalu melepasi tingkap tu sbb tingkap kat bhgn tu ada 4 buah tingkap jenis nako tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:53 AM | Show all posts
Reply 1532# Noyen


    Noyen,

Insaallah Kaulat n Cheff tak kesahh.....teruskan laa yer memriahkan kat thread...ewah2 mcm aka pulak jadi TT...hehhee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2011 11:06 AM | Show all posts
jadi dah agak lama lbh kurg sebulan jg la aku nampak bayang melintas tu, aku pun cerita pada abang, kakak dan mak aku. mcm biasa la, mak aku cuma nasihatkan biarkan je selagi benda tu tak kacau kita. abang aku plak mcm biasa la excited lebih nak tau sbb dia mmg minat benda2 ni tapi dia jarang jumpa. Sampai pernah dua-tiga kali dia stay up dgn aku nak tgk benda tu melintas. time abg aku ada tu, xde la plak benda tu melintas.

tak lama lepas ku bgtau family pasal apa yg aku nampak tu, pak andak aku dibawak balik ke kampung oleh anak2 dia. sebabnya nak cari org yg blh mengubat pak andak aku ni sbb kata anak2 dia, ada benda yg menumpang pak andak aku sepanjang dia sakit ni. Satu mlm tu, bertempat kat rumah nenek aku, sorg utaz dipanggil utk mengubat pak andak aku. jadi ramailah saudara mara yg datang mlm tu, termasuk lah yg x sempat melawat pak andak aku di hospital. jadi, budak2 yg dtg time tu berkumpul kat rumah aku.
mmg biasanya rumah aku jadi port berkumpul malam2 utk berborak sbb kitorg sepupu2 semua rapat2. Jd masa sesi rawatan tu mmg dr rumah aku dapat dengar suara garau org mengamuk2 di rumah nenek aku tu.
punya la seram masa tu.

Lepas habis rawatan, abang sulung aku, Pak Ali(kawan ayah aku yg tlg carikan ustaz tu) dan sorg sepupu lelaki aku ditugaskan utk buang botol yg dah diisi benda alah yg dah dikeluarkan drpd badan pak andak aku ni.
Pesan ustaz tu, apa pun jadi, apa pun yg dengar, jgn pandang belakang! ni betul ye, masa tu cite jgn pandang belakang pun belum keluar lagi ye..

so pergilah dia org bertiga ni ke suatu kawasan hutan kat suatu kawasan yg agak pedalaman sikit. abg aku drive. sampai ke kawasan tu, keta kancil abg aku tu dah xleh masuk. so, abg aku disuruh tunggu kat kereta je. Pak Ali dgn sepupu aku yg sorg lagi tu plak turun utk buang botol tu sbb ustaz tu suruh buang jauh takut dikutip org. Abg aku yg sulung ni dah menggigil dah time tu sbb teroaksa tunggu sorg2 kat tempat gelap tu. masuk la Pak Ali ni dgn sepupu aku ke dlm hutan tu. Waktu nilah abg aku kata, mcm2 bunyi yg dia dengar. Time tulah pelepah kelapa jatuhla, ape la, macam menarik2 dia utk tengok ke belakang. tp dikuatkan hati utk tahan. sampai la Pak Ali dan sepupu aku selesai tu, bila diorg masuk je kereta, macam2 bunyi didengar dr balakang. masing2 buat xtahu je. nasib baik la Pak Ali ada, dia kuat semangat.

Kata ustaz tu, benda tu menumpang sbb badan pak andak aku lemah. Yelah, org sakit kan. Bukan belaan, bukan buatan org, cuma benda tu nak menumpang badan pak andak aku. tu je. lepas dah dibuang tu, barulah aku x nampak lagi bayang2 menyerupai pak andak aku tu melintas time aku tgk tv..

p/s: Pak andak aku tu meninggal hujung tahun, time kitorg tgh sibuk2 exam hujung tahun akibat barah tu. Arwah ni pak sedara yg lain rapat dgn aku dan sepupu2 yg lain sbb dia rajin melayan kepala gila2 kitorg ni.  Al-Fatihah utk allahyarham pak andak aku.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 11:31 AM | Show all posts
Reply  Noyen


    Noyen,

Insaallah Kaulat n Cheff tak kesahh.....teruskan laa yer memriahkan ...
sofiera Post at 15-12-2011 10:53



   baik!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 11:37 AM | Show all posts
Assalam semua!
Terima kasih kaulat & chef yg sudi berkongsi cerita, petua dan ayat2 pendinding... Akak baru jer 2 hari baca tread ni & skrg baru sampai page 22... 

Akak ni mmg percaya dgn kewujudan jin dan makhluk2 di sekitar kita cuma, akak tak percaya bila org bila sakit cikit jer mula la kata sbb perbuatan makhluk halus. Nak dijadikan cerita  awal thn haritu suami akak sakit... Dia tak lalu makan .. Asyik muntah saja...kadang2 waktu pagi atau lepas asar badan dia kaku tak boleh berjalan... Merata hospital kami pergi ... Jawapan doktor semua sama ; suami akak sihat cuma kena gastrik... Tapi walaupun dah makan ubat gastrik pedih perut tu ttp tak hilang...Akhirnya kami cuba pulak rawatan tradisional... Akak pulak serahkan hal berubat ni kepada adik beradik sebelah suami sePenuhnya... 

Suami akak ni selain dr muntah dan lemah badan sampai tak boleh bangun, dia juga jadi penakut tiba2. Nak solat & nak mandi pun suruh akak temankAn.. Akak ada jugak tanya kenapa dia takut sangat tapi dia taknak bagitau ... Skrg ni bila dia dah sihat baru dia cerita... Dia kata bila dia nak solat jer mesti dia nampak benda rambut panjang merenung dia di sudut bilik...masa suami akak sakit dulu akak pun tak boleh nak tidur dlm bilik kami... Tidur asyik terkejut jer... Last2 bentang toto tidur kat depan tv ramai2 dgn anak2....

Berbalik pada kisah suami, walaupun dah lama berubat tapi tak juga sembuh2... Dia jadi macam org malas.... Tidur jer sepanjang hari....  Akak pun susah hati tgk dia.. Ya lah... Kita seorang uruskan anak-anak kemudian setiap minggu drive dari penang ke alor setar untuk menjenguk suami di kampung... Mmg letih...dlm berubat merata2 tu, anak saudara suami cadangkan kami berubat dgn seorang guru silat di batu gajah perak.. Menurut kata ank saudara, guru silat ni agak bagus dan pernah memagar rumah dia... Akak dan suami sbb dah terdesak sangat, setuju sajalah dgn saranan anak
Saudara tsbt. 

Untuk berubat kali ini, pihak kami tak perlu sediakan apa2 bahan cuma keluarkan duit jer untuk perjalanan guru silat dan 4 org sahabatnya ker penang ( mereka nak berubat di rumah kami sendiri sbb menurut guru silat tersebut, ada beberapa ekor jin yg menghuni rumah akak).. Dipendekkan cerita, tibanya hari berubat, guru silat bertolak petang dari batu gajah dan sampai ke penang pukul 8 mlm... Mereka tak terus ker rumah akak sebab syarat berubat ialah selepas 12 malam... Akak sebenarnya rasa tak sedap hati tapi cuba redha dan bersangka baik... Lepas 12 malam, mereka pun sampailah ke rumah akak.. Mereka pagar rumah dgn duit syiling 1 sen... Duit syiling tu dilekatkan di penjuru rumah...

Esoknya dan hari2 selepas itu, sakit suami akak masih tak berubah... Atas nasihat abang ipar dan kawan2 kami nak cuba pula rawatan islam ( yakni yg hanya menggunakan air dan ayat alquran sahaja)... Seorang kenalan kenalkan kami dgn pensyarah usm yang mengubat menggunakan kaedah ruqyah... Akak terkejut bila ustaz tu kata suami terkena santau.. Katanya lagi di rumah akak ada jin kafir yg tak tau dari mana datangnya. Yg sadis lagi dia juga maklumkan ada khadam yang ditinggalkan menjaga rumah akak.. Khadam2 ini duduk di duit syiling satu sen yang digunakan guru silat tu untuk pagar rumah sblum ni.. Ustaz ni ingatkan kami supaya berhati2 bila berubat, takut org tinggalkan jin dia dgn kita pulak nanti...

Berbalik pada cara ruqyah, ustaz halau jin dgn cara menyembelih kain... Akak pun tak faham sangat perubatan ni so diam sajalah... Dia kemudian suruh suami akak minum air penawar ... Kemudian dia suruh suami akak buka mulut.. Masa ni kita boleh nampak ustaz ni macam menarik sesuatu ( seolah2 tarik tali) dari mulut suami... Menurut ustaz dia menarik tali pengikat kain kapan yang berada dlm perut suami... Suami akak pulak bagitau, masa ustaz  tu menarik dia rasa sakit sangat dlm perut walaupun kami tak nampak apa 2 yg keluar... MasyaAllah ... Baru la akak percaya org kita masih amalkan sihir2 ni lepas terkena kat batang hidung sendiri...

Suami akak skrg dah makin sihat cuma kadang2 dia rasa lemah badan ataupun rasa tak sedap hati... Menurut ustaz yg merawat tu, org yg biasa disihir walaupun tlh sembuh mmg mudah diganggu ... Jadi diri sendiri perlulah kuat dan kena dekatkan diri dgn Allah... Sekian... Maaf yer kalau tulisan akak ni panjang atau bosan sbb mmg tak pandai nak karang mengarang ni... Cuma nak berkongsi cerita jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 01:07 PM | Show all posts
Assalammualaikum....
selamat Tengahari,hmmmm baru berkelapangan sikit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.639177 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list