|
MB Dato Nik Aziz menghadap Sultan Kelantan malam esok untuk mohon perkenan bubar
03/04/2013 4:14pm
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini malam esok.
MB kelantan dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa lajnah politik Pas Kelantan hari ini berkata, beliau akan menghadap Sultan Muhammad V sejurus selepas majlis penutup tilawah al-Quran peringkat negeri ini malam esok.
Beliau berkata, tarikh pembubaran DUN kemudiannya terserah kepada Sultan Muhammad V untuk menentukannya.
|
|