watachiwa posted on 11-10-2013 03:19 PM
saham tinggi la en azmi kalo ckp pegawai kerajaan.
cume satu je yg aku x berape berkenan dgn statem ...
maaf la, mungkin pemikiran saya tersangat 'urban', lagipun mana2 budaya dan adat yang menyusahkan saya, saya akan elakkan, maksud 3 hari 3 malam itu, kemeriahan dan kemewahan majlis perkahwinan tersebut. Dan selalunya mereka ini mengharapkan keredhaan manusia, jiran, makcik2, sedara mara berbanding keredhaan Allah, jadi saya cuba untuk mengubah pemikiran rakan2 sekeliling saya bahawa jika adat atau budaya yang menyusahkan diri jangan diikuti, jika saya tidak bermula, bilakah lagi?
saya masih bujang bukan suami orang, saya mempunya kerjaya dan tidak sama sekali membuat masalah yang boleh menjejaskan karier saya.
malaysia ni kena buat SPEED DATING style mat saleh..
siapa nak organize ?
dapat pahala besau kalau ada ahli2 yg bertemu jodoh..
sebab kita bantu mereka mendirikan mesjid..
sikit sebanyak masalah andartu dan antertu konfem dapat di kurangkan..
sepupu aku diplomat yg dah based kat byk tempat.. dari negara Arab sampai la ke US..
belum pun umur 40 tahun. isteri dia takde lah cantik sgt... tp pandai bawak diri, pandai masak utk ramai org.. PR bagus.. boleh ckp bahasa Arab selain bahasa inggeris.. sebab antara tugas isteri diplomat mesti rajin meraikan tetamu.. lain la kalau bini duta..
masa mula kawen, sedara mara isteri dia selalu marah, belajar tinggi tp tak kerja sebab ikut suami based ke byk negara. tp depa ok je.. lagi pun semua gomen tanggung.. elaun anak bini & maid, tiket bussiness class, semua gomen bayar.. anak2 pun dah sekolah kat sana sebab nanti bila balik malaysia, boleh masuk sekolah antarbangsa.
dan sepupu aku ni takde lah hensem. kalau berselisih bahu kat Boston, ko mmg tau dia jawa batu pahat..
camrey posted on 11-10-2013 09:09 PM
Klau bakal wifey ko kena masuk kursus protokol sbelom keluar negara tu aku mcm tau mana jah ko kej ...
hehe..iols x suka protokol2 ni..makan pun bersepah lgpun iols x cun..isteri diplomat/ptd ni kena lah cun
lgpun x terfikir nak imigrate / stay lama2 kat luar negara..kalau utk stdy ok lah juga..kalau melancong sangat2 lah ok
kalau dak dah lama iols terima jer kwan laki yg keja kat arab saudi..tp sebab contract heols 7 thun dekat sna..
aku pendiam dan pemalu sgt orgnya.. susah nk kenal org, susah nk mesra.. tp aku cam xleh nak ubah diri aku yg mcm ni.. so aku harap ada yg sudi terima aku seadanya aku...
bila bicara pasal jodoh, kdg2 sy rase nk give up je... rase mcm dh buat yg terbaik tp still hati disakiti..
skang ni rase nk kawin je tp xde calon.. sbb sy jeles tgk org lain happy je ade ank2, ade husband..sy pn nk bahagia jugak.. moga Allah makbulkn doa sy..
saya mendo'akan forumer cari yang masih mencari jodoh bertemu dengan jodoh yang soleh/solehah secepat mungkin dan dikurniakan anak yang soleh/solehah yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara..Amin...
Dan juga untuk en.Sham.Azmi semoga bertemu jodoh yang dicari...Amin..