CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Buku] Saya sedang baca buku... [bah 2]

 Close [Copy link]
Post time 4-6-2017 12:49 AM | Show all posts
miss_audrey replied at 3-6-2017 04:06 AM
best tak buku ram ni
mcm nak try baca tapi buku dia mostly pasal apa ye

boleh kata semua best. hehe.

novel RAM ni more to thriller. Kalau baca banyak berfikir sbb plot dia berkait2. Dan biasanya ending tu nanti mesti ada plot twist. kalau minat genre thriller, sesuai baca buku RAM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2017 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
syitaeyqa replied at 4-6-2017 12:49 AM
boleh kata semua best. hehe.

novel RAM ni more to thriller. Kalau baca banyak berfikir sbb plot ...

minat la jugak genre thriller
tapi biasa baca buku omputih
kalau bm tak berapa sgt  

buku ram paling best ape ek
nak try la baca
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 09:07 AM | Show all posts
miss_audrey replied at 4-6-2017 03:21 AM
minat la jugak genre thriller
tapi biasa baca buku omputih
kalau bm tak berapa sgt   

hehe. Utk starting, myb boleh baca Aku bercerita, Satu janji, ungu Karmila, Hatiku di Harajuku. Kalau bolh go on, boleh try baca novel bersiri Sunan & Tombiruo. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 06:04 PM | Show all posts
syitaeyqa replied at 5-6-2017 09:07 AM
hehe. Utk starting, myb boleh baca Aku bercerita, Satu janji, ungu Karmila, Hatiku di Harajuku. Ka ...

Ok thankss
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 06:16 AM | Show all posts
ALEGORI RUMAH API

Buku ini memuatkan 38 buah tulisan multigenre – cerpen, artikel,alegori, esei dan coretan pengalaman.

Kebanyakannya ditulis sepanjang tahun 2016 dan selebihnya pada tahun 2017.

Lukisan-lukisan kebanyakannya adalah hasil tangan isteri dan mak aku. Adalah juga beberapa yang aku (cuba) lukis. Senang sahaja nak teka– yang mulus-mulus abstrak ala-ala Picasso itu akulah pelukisnya. Sebagai pelukis amatur, kami perlahan-lahan belajar melukis dengan memerhati dan merenung ilustrasi-ilustrasi dalam domain awam.

Harapnya buku ini pun dapat perlahan-lahan melukiskan senyuman di muka para pembacanya. Kalau laju lagi bagus!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 06:32 AM | Show all posts
Setiap warga Hospital Prima tahu sebaris nama ini. Kisahnya, sentiasa diceritakan dari satu mulut ke mulut lain. Kononnya Sutinah sudah menghantui Hospital Prima sejak 20 tahun dulu. Sehinggalah mereka semua dikejutkan dengan kejadian pelik. Seorang demi seorang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan. Lebih mencurigakan, apabila pihak pentadbiran menyembunyikan punca sebenar kejadian itu sehingga mencetuskan rasa takut di kalangan warga Hospital Prima. Nabila seorang jururawat di hospital itu mula merungkai kejadian ngeri di sebalik gangguan Sutinah.

Apa sebenarnya sedang berlaku? Benarkah ia ada kaitan dengan Sutinah? Ataupun, mungkin juga Hospital Prima sudah terkena sumpah sundal Sutinah.

"Kau beruntung, sebab tak perlu nampak benda tak sepatutnya." ~ Bunga

"Tapi... tetap nampak kerusi malas yang tiba-tiba sahaja bergerak sendiri. Saya rasa... itu lagi seram..." ~ Nabila

"Aku bukan apa Bella. Aku takut... aku takut! Kalau-kalau nanti aku pula yang akan menjadi mangsa seterusnya..." ~ Tina





dah lama simpan buku ni ... since bulan puasa
ok lah baca hehehe ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2017 05:03 AM | Show all posts
Tukcai bagai tak percaya Nekcai sudah mati. Dipatuk ular tedung barus di buku lali takkan boleh mati, hujah beliau. Tukcai tuduh anak-anaknya sengaja membiarkan ibu mereka mati, kononnya mereka sanggup membunuh semangat perjuangan ibu sendiri. Tukcai lalu protes, kurung diri sendiri dalam bilik, menghadap cermin hadiah pemberian isterinya. Sekurang-kurangnya di situ ia dapat seru kembali memori isterinya.


Novel yang telah diperbaharui edisinya oleh Alaf21 Sdn Bhd dan ayat-ayatnya telah dipermudahkan. Manakala endingnya pula telah ditulis kembali dan jauh berbeza dengan edisi asal terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. (1991).


nipis jer ... 224 pages
kalau baca laju memang cepat lah tapi rugi lah
baca tapi tak faham ...
kalau novel dari azizi hj abdullah ni
penerangannya memang panjang .. teliti ...
sebab mengapa nya ada ...
bukan seperti novel sekarang yang terus terang
memang dah tahu benci suka bagai
tapi yang ni ... penjelasannya .. kena difahami
terpulang jenis pembaca ...

beli buku ni masa karangkraf buat sales ... beli online
and takde kos delivery .. rembat lah .. sebab buku ni takde jual kat local book store
cuma yang fly beli ni under alaf 21 .. terbitan asal .. fajar bakti memang tak jumpa lah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2017 07:27 AM | Show all posts
Pejuang ganja selalu menggunakan hujah bahawa ganja adalah tumbuhan organik dan telah banyak digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit. Membeku dan menghalang sel-sel kanser daripada merebak, malah, ganja dianggap sebagai ubatan, bukan dadah.

Hakikatnya, para penagih ganja cuma memainkan sentimen lapuk semata-mata untuk menghalalkan penggunaan ganja di Malaysia dan melakukan penipuan demi penipuan atas nama Medical Merijuana.

Kami rungkaikan satu persatu mitos berkenaan ganja dan patahkan kesemua hujah penagih ganja yang ingin menghalalkan tanaman haram ini di Malaysia.

............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2017 01:21 AM | Show all posts

Apa perasaan anda kalau satu pagi anda bangun dan terasa tubuh badan anda sudah berubah?
---
Novel ini menceritakan tentang Gregor Samsa, seorang lelaki biasa yang pada satu hari, apabila bangun daripada tidur, dia terasa berlaku satu perubahan pada dirinya. Tetapi pada mulanya, Gregor hanya menganggap ia perkara biasa dan mula merenung tentang nasib dirinya, tentang kerjanya sebagai seorang salesman sehinggalah dia terlihat jam di dinding dan sedar bahawa dia sudah lewat untuk ke tempat kerja. IBu Gregor datang mengetuk pintu biliknya kerana risau kenapa Gregor masih belum keluar bekerja dan kemudian datang pula Bos Gregor yang ingin check sambil komplen tentang prestasi kerja Gregor.
Gregor ingin membuka pintu biliknya tapi dia berasa sangat susah untuk mengawal badannya sendiri dan setiap benda yang diucapkannya seperti tidak difahami oleh orang lain. SEtelah bersusah payah, Gregor akhirnya berjaya membuka pintu bilik dan bertemu dengan ibu dan Bos nya. Tetapi melihatkan Gregor, ibunya terus pengsan sementara Bosnya terus lari meninggalkan Gregor. Rupanya Gregor sudahpun berubah menjadi seekor lipas!
----
Cerita ini memang menarik sebab lain daripada yang lain. Bayangkan seorang manusia boleh tiba-tiba bertukar menjadi seekor lipas giant! Kalau ikutkan, cerita dongeng memang apa pun boleh terjadi kan..tapi dalam novel nie, Gregor masih lagi mempunyai daya fikiran seorang manusia jadi walaupun dia sudah bertukar menjadi lipas, dia still boleh berfikir dan bermonolog sebagai seorang manusia. Apa yg lebih menarik adalah bagaimana keluarga Gregor melayan Gregor setelah perubahan dia itu. pada mulanya, mereka takut tetapi kemudian mula mengambil berat dan masih lagi menganggap Gregor sebagai ahli keluarga tetapi setelah Gregor berubah, dia tidak dapat bekerja lagi jadi keluarga ini hilang punca pendapatan, maka kasih-sayang terhadap Gregor pun semakin pudar malah akhirnya mereka menganggap Gregor sebagai satu beban. Cerita ini bagus sebab ia akan membuatkan kita berfikir tentang hubungan kita dengan ahli keluarga - adakah kita sanggup utk berkorban demi menjaga keluarga kita dan adakah mereka sanggup utk berbuat benda yang sama untuk kita? A recommended read for everyone.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 02:48 PM | Show all posts
wah, boleh buat rujukan nij..lama dah tak beli novel, teringin plak rasa
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 09:03 PM | Show all posts
Pada tahun 2050, Malaysia telah dilanda wabak yang disebabkan oleh virus Rhyto F99. Wabak ini membunuh hampir kesemua rakyat negara ini dan melumpuhkan sistem ekonomi dan pertahanan negara.

Dalam keadaan yang semakin genting akibat ancaman daripada puak pemberontak No-Mondus yang cuba mengambil alih negara, Julia, seorang pelajar jurusan Farmakognosi telah berjanji kepada sahabat baiknya, Mimi untuk menghantarnya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Di Lebuh Raya Utara-Selatan, kereta mereka diserang hendap oleh pasukan No-Mondus. Lebuh raya bertukar menjadi sungai darah dan Julia telah membawa Mimi lari ke dalam ladang kelapa sawit.

Mampukah Julia dan Mimi mencari jalan pulang? Mampukah sebuah janji ditunaikan walau bayarannya adalah nyawa?





dah habis baca Tukcai .. ada persoalan tapi .. biarlah ia berkubur sahaj
then sambung balik baca Sherlock Holmes Vol 1 ...
stop then baca Janji Julia - Maria Kajiwa ...
Sherlock Holmes ni menarik tapi .. fikir kena lebih sikit
kita tak nampak mana clue nya ... tapi dia dah nampak
even Mr Watson pun kekadang terlepas pandang ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 08:46 PM | Show all posts
Menghimpunkan 11 kisah cinta tidak kesampaian daripada sepuluh orang penulis lelaki dan seorang penulis wanita.

Kesemua cerpen yang terkandung dalam buku ini terdiri daripada pelbagai genre. Ada yang berunsur thriller, jenayah, jiwang dan beberapa cerpen yang mengajak kita berfikir.

-Benarkah cinta perlu mempunyai penamat yang baik?
-Bagaimana pula jika cinta yang tidak mempunyai penamat seperti yang kita inginkan? Pastinya cinta adalah perkara besar dan agung bagi manusia yang sangat diperlukan.
-Cinta, adalah pengisi kekosongan. Tetapi, ia juga boleh menjadi sesuatu yang sangat menyakitkan.
-Cinta itu indah. Cinta itu juga sakit.
-Apabila cinta tidak kesampaian, apakah yang kita perlukan?

Kisah cinta yang tidak kesampaian pastinya memberikan kita ruang berfikir akan realiti hidup. Ada yang kita mahukan tetapi sukar dicapai. Ada pula yang sudah menjadi milik kita, terlepas. Ada yang hampir pasti milik kita, namun masih terawang-awangan.

Begitulah realiti kehidupan. Setiap yang hidup pastinya melalui kisah-kisah begini. Jadi, kami berikan realiti kepada anda dan juga ruang untuk anda berfikir mengenainya.



dapat buku ni free sebab beli 2 buah buku under SO Publishing
SO rupanya Shah Othman ..
fly beli buku Fugitif - Maya Iris dan Bisa : Pertarungan Melawan Ajal - Khairul Zaman Khobin
so far baca buku ni 1 wanita : 10 lelaki ... rasa .. semua nya ending sedih gila ..
takde la tahap nak nangis tapi memang ending down lah ..
ada 11 cerpen .. ni dah masuk cerpen ke 4 kot ..
tak tebal pun .. 200+ pages jer


buku Janji Julia - Maria Kajiwa memang best
rupanya ada sambungan .. Kak Maria Kajiwa beritahu dalam Maria Kajiwa FC
hahaha seronoknya ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 11:19 PM | Show all posts
Aidan dan Ariana... pemuda desa dan puteri raja. Dipertemukan menerusi mimpi aneh yang datang saban malam. Mereka berkasih walaupun tidak pernah bersua muka. Demi rindu, mereka harus berjumpa di alam nyata walau berapa pun harga yang harus dibayar. Tanpa disedari, mereka memiliki keistimewaan yang tidak pernah wujud di dunia itu. Kelebihan yang akan menentukan masa depan dunia. Sesuatu yang sangat dikehendaki oleh kuasa kebaikan juga kejahatan pada zaman itu. Bermulalah dua pengembaraan yang jauh berbeza dan sangat mencabar. Kasih sayang, persahabatan dan percintaan; segala-galanya dipertaruhkan. Namun matlamatnya cuma satu. Untuk memenuhi firasat mimpi yang datang kepada mereka. Setiap langkah menjadikan mereka lebih dewasa dan mula menerima takdir yang bakal menunggu. Sejauh manakah mereka sanggup menghadapinya?




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2017 05:02 AM | Show all posts
"Kalau rumah buruk ini menjadi alasan kau, Fikri, menjadi ejekan anak-anak kau, tak apalah. Aku rela kau tak pulang pun."

Novel Seorang Tua di Kaki Gunung ini, telah mendapat tempat kedua dalam Sayembara Hadiah Novel GAPENA - Yayasan Sabah II (1981), memaparkan persoalan jurang generasi. Melalui watak Tukya, pengarang cuba memperlihatkan sikap golongan tua yang tetap keras dalam usahanya mempertahankan pendiriannya terhadap corak kehidupan tradisi, yang amat rapat dengan alam semula jadi di kaki Gunung Bongsu, dan penuh pantang larang dalam membuat sesuatu kerja kerana dia menganggap kerja itu sangat mulia dan patut dihormati. Kekuatan utama novel ini terserlah pada aspek perwatakan dan latarnya. Pengarang telah memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam melukiskan gambaran alam hutan untuk menimbulkan perhubungan erat dan selari antara usia Tukya dengan kehidupan tradisi yang dianggap murni. Tukya adalah lambang seorang manusia yang gigih dalam usaha mempertahankan pendiriannya hingga ke akhir hayat.


Legenda Elfarren dah habis baca
ambil masa 5 hari ...
novel yang amat menarik ...
elemen persahabatan menjadi tunjang utama ........


so bertukar ke novel lama ... Seorang Tua di Kaki Gunung
buku ni dah tak jual .. kebetulan fly ada join group Koleksi Buku kat facebook
fly beli buku ni .. dengan harga RM 60 ..
yep RM 60 .. condition buku ni masih boleh diterima
so fly balut .. untuk elak lagi rosak ...
yang fly beli ni under Creative Enterprise Sdn Bhd


semalam perasan ada orang jual tapi under DBP
price RM 38
jangan terkejut kalau ada setengah buku lama dijual berharga ratusan
tengok jenis lah
even majalah lama pun ..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2017 05:24 PM | Show all posts
From the author of the acclaimed The Girl with a Clock for a Heart—hailed by the Washington Post as crime fiction’s best first novel of 2014”—a devious tale of psychological suspense involving sex, deception, and an accidental encounter that leads to murder that is a modern reimagining of Patricia Highsmith’s classic Strangers on a Train.

On a night flight from London to Boston, Ted Severson meets the stunning and mysterious Lily Kintner. Sharing one too many martinis, the strangers begin to play a game of truth, revealing very intimate details about themselves. Ted talks about his marriage that’s going stale and his wife, Miranda, who he’s sure is cheating on him. Ted and his wife were a mismatch from the start—he the rich businessman, she the artistic free spirit—a contrast that once inflamed their passion, but has now become a cliché.

But their game turns a little darker when Ted jokes that he could kill Miranda for what she’s done. Lily, without missing a beat, says calmly, “I’d like to help.” After all, some people are the kind worth killing, like a lying, stinking, cheating spouse. . . .

Back in Boston, Ted and Lily’s twisted bond grows stronger as they begin to plot Miranda's demise. But there are a few things about Lily’s past that she hasn’t shared with Ted, namely her experience in the art and craft of murder, a journey that began in her very precocious youth.

Suddenly these co-conspirators are embroiled in a chilling game of cat-and-mouse, one they both cannot survive . . . with a shrewd and very determined detective on their tail.



ini adalah buku yang ke-40 bagi Jun 2017


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 08:35 AM | Show all posts
Tengah baca novel I love You Stupid- Melur jelita
Best gila saya rate 10/10
Haaa fullmark gituuu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 11:25 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 18-6-2017 05:02 AM
"Kalau rumah buruk ini menjadi alasan kau, Fikri, menjadi ejekan anak-anak kau, tak apalah. Aku rela ...

best novel ni. sedih.

cover CESB ni memang rare.

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 05:05 AM | Show all posts
bianglala replied at 21-6-2017 11:25 PM
best novel ni. sedih.

cover CESB ni memang rare.

memang sedih and terkedu juga ler ending nya


sabar jer lah dengan anak, menantu dan cuci
anti betul dengan rumah Tukiya ...
cuma Lamin je lain ..


tapi makanan diorang macam sedap
pulut lah, ikan gelama lah
makanan simple ...



Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2017 09:37 PM | Show all posts
Satu tragedi tidak disangka-sangka telah berlaku, menyebabkan Airi lari dari istana, meninggalkan kezaliman ayahandanya. Takdir menemukannya dengan Aifer, puteri kepada Kabeer yang telah bersetuju melindunginya dengan beberapa syarat aneh. Tanpa Ariki tahu, lembaran pengembaraan yang panjang lagi mencabar sedang terbentang di hadapannya. Pertembungan antara kegelapan dan cahaya mula mengambil tempat.


habiskan dalam masa kurang 24 jam ...
memang menarik ...
macam baca komik ... aksi lawan panjang gila ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2017 09:42 PM | Show all posts
The first installment of an adventure featuring stolen books, secret agents and forbidden societies - think Doctor Who with librarian spies!

Irene must be at the top of her game or she'll be off the case - permanently...

Irene is a professional spy for the mysterious Library, which harvests fiction from different realities. And along with her enigmatic assistant Kai, she's posted to an alternative London. Their mission - to retrieve a dangerous book. But when they arrive, it's already been stolen. London's underground factions seem prepared to fight to the very death to find her book.

Adding to the jeopardy, this world is chaos-infested - the laws of nature bent to allow supernatural creatures and unpredictable magic. Irene's new assistant is also hiding secrets of his own.

Soon, she's up to her eyebrows in a heady mix of danger, clues and secret societies. Yet failure is not an option - the nature of reality itself is at stake.



novel ni lain sikit ... genre steampunk .. fantasy .. YA .. mystery ..
terasa macam Sherlock Holmes and Mr Watson ..
kalau Dr Who pun mungkin juga lah
dah 58% .. misi mencari buku hilang
membuka pintu rahsia mengguna The Language .. hanya Librarian jer boleh buka
and ada magic ..
background UK .. nak baca tapi tab meragam .. aiyaaa

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 1.213689 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list