Hayah posted on 9-7-2013 07:44 AM ![](static/image/common/back.gif)
Ooo ye ke ... nape ada AM ngan AH ...
Dlm Oh My English episod akan dtg ada juga diselitkan padal ...
Hayah... sbb uols tak pernah baca Novel "Uda & Dara" ni ai taipkan utk bacaan u...
Dari novel “Uda & Dara”…. Abang Man dan lelaki itu saling berpelukan. Tawa merekanukan sekadar menarik perhatian aku dan isterinya tetapi juga mereka yang duduk di meja berdekatan. “This is my wife.” Giliran Abang Man memperkenalkan aku kepada temannya itu. “Your wife? Akhirnya… ingatkan tak mahu kahwin,” guraunyapada Abang Man. Aku tergelak kecil. Kalaulah kawannya tahu betapamenggilanya teman dia yang seorang ini terhadapku, mahu tergelak besar dia. “Mar…. ini kawan lama abang, Adam Mukhriz. Kami sama-sama kenal masa belajar di US dulu. Ini isteri dia,Ain Hawani dab si comel, Arissa. Hello, beautiful!” Abang Man seraya mencubitpipi gebu anak kecil yang kemerahan-merahan itu dengan manja sekali. “Yak e kita kenal masa kat US?” seloroh Adam Mukhriz. Dua orang kenalan lama yang sangat rapat dan saling merinduicukup terserlah di mata sesiapa sahaja yang melihat. Aku dan isterinya saling berpandangan. Saling tersenyum dansaling bersalaman. “Diaorang ni kalau dah jumpa, lupa kita di sebelah,” ujar Ain Hawani kepadaku. Dia sungguh saratmengandung dan bila-bila sahaja akan melahirkan. “Bila due date ni? Rasa macam dan sarat nampaknya. Betul ke?”tanyaku sambil ketawa kecil. “Tunggu hari je ni. Dah tak larat dah nak bawa budak ni. Kalauboleh bersalin hari ni, lagi bagus.” Aku terus ketawa. Ya, aku kenal sangat dengan perasaan itu. “Disaat-saat akhir, memang dah tak larat nak bawa badan pun” “Adam outstation minggu depan.” Wajahnya sedikit pun tidakberasa bimbang. Tetapi aku pula yang risau. “Tak boleh ke minta tangguh?” “Arissa lahir pun, Adam tak ada”. Dia membelai anakgadisnya. Tersentak aku memandang Arissa. Dan kemudian kembalimemandang wajahnya. “Serius?” “Dia ada sebenarnya, tapi itu pun hanya sepuluh minit lepasArissa lahir. Dia sibuk sangat masa I mengandungkan Arissa. Bila masuk aje kelabour room dan tengok anak dia dah ada sebelah I, menyesal tak sudah,” ceritaAin Hawani dengan nada selorohnya. “Memang orang lelakipatut rasa kesal kalau tak temankan isterinya tengah sakit nak bersalin katlabour room,” ujarku sambil ketawa nakal. Ain Hawani ketawa sambil terangguk-angguk. Kemudian diamenjeling ke arah suaminya di sisi yang sedang asyik berbual dengan Abang Man. “Tengoklahnanti kalau dia nak sejarah lama berulang kembali” Adam Mukhriz lantas memandang wajah isterinya. Tangannya serta-mertamerangkul pinggang isterinya dengan penuh kasih saying. “Berulang kembali apa?”tanyanya sambil bertukar pandangan di antara aku dan isterinya. Kehairanan. Ain Hawani memandang wajah suaminya dgn selamba. “Ainberitahu Mar, kalau sakit melahirkan anak abang ni, sama sakitnya masa Ainlahirkan anak dara abang tu. Tengoklah nanti kalau sakit lama berulanggkembali.” Lantas tanpa pengetahuan suaminya, Ain Hawani mengenyitkan matanyapadaku. …………..petikan dari ms541- ms543
|