CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adila39

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 37

 Close [Copy link]
Post time 21-6-2021 06:44 PM | Show all posts
yg atas tu utk @Scheherazade
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 06:45 PM | Show all posts
ye betul tuh @keypochino
hehe takpe.. niat nak berubah pun dah dapat pahala..
senang je berurusan dgn Allah
Dia tk complicate-kan issues, manusia je
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 06:47 PM | Show all posts
memang rasanya orang pompuan yang selalu berkawan ramai2
org laki tak sgt @keypochino
mana la nak tukar2 resepi ke, tanya baju apa cantik utk anak2 ke

hehe biasa lah perempuan kan kena ada geng masak2,geng makan2, geng kopi2 ,geng shopping2..


Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 06:49 PM | Show all posts
mudah je @sarah82
ni pon tgh mkn roti kelapa parut, pix sy letak dlm mod ws group takdi
Hahaha.. Kat uk susah juga ka nak cari kelapa parut?
kelapa yg bersabut yg sebijik2 dan kelapa yg belum kupas byk la
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 06:50 PM | Show all posts
ohhh @seribulan  gitu
pancake = peknga koh koh
Sana pangge penkek
dah, break sy dah habis.. nk wat keje jap
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 06:51 PM | Show all posts
ishh riasu dgn nama2 programmes tu @adila39
nanti suh tgk Penthouse I, II and III tauuu...
ada negative connotations dalam titles tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2021 07:02 PM | Show all posts
ipes2 replied at 21-6-2021 05:50 PM
ohhh @seribulan  gitu
pancake = peknga koh koh
dah, break sy dah habis.. nk wat keje jap

Ni pelam beso...hari ni rajin beli buah- limau bali, oren beso,.semangka dan nenas


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:03 PM | Show all posts
ipes2 replied at 21-6-2021 05:47 PM
memang rasanya orang pompuan yang selalu berkawan ramai2
org laki tak sgt @keypochino
mana la nak ...

Betul3x saya ada 3 WA group bffs...masih on
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 07:05 PM | Show all posts
ipes2 replied at 21-6-2021 05:37 PM
sini dah tenagn sikit covid nya
ada 7-8k je sehari (sini kan dulu2 tu 50k-60k sehari)
so boleh l ...

Korea Selatan dah x de penjarakkan sosial mulai 1 Julai ni...untung lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 21-6-2021 06:49 PM
mudah je @sarah82
ni pon tgh mkn roti kelapa parut, pix sy letak dlm mod ws group takdi
kelapa yg ...

Inti manis ka Dr? Sy suka roti inti kelapa juga.. Baru ni sy belajar buat inti kelapa manis.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:11 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:14 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:15 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 21-6-2021 06:45 PM
ye betul tuh @keypochino
senang je berurusan dgn Allah
Dia tk complicate-kan issues, manusia je

Ye betul.. niat nak buat baik dan diberi pahala, sedangkan niat nak buat jahat tidak dikira sebagai dosa selagi kita tak berbuat jahat.. Allah Maha Pengasih lagi Penyayang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 21-6-2021 06:47 PM
memang rasanya orang pompuan yang selalu berkawan ramai2
org laki tak sgt @keypochino
mana la nak ...

Haha perempuan ada different sets of friends. Utk mengopi geng lain, utk jogging geng lain, utk diet geng lain. Geng diet xleh tau aktiviti geng mengopi.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 21-6-2021 02:11 PM
Dah balik dari panic buying  beli bantu penjaja- nasi putih. gulai lemak tongkol, soto & ayo nyo ...

Banyak sgt ke brg di beli tu sampai panggil panic buying.. ce cite
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalan2 tadi kat lazada.. Biasa la benda wajib setiap hari kena buat terjumpa la benda alah ni.. Cc kepada

@greentea
@dudaberhias
@Acikgomen
@Kak-Leen
@Adila39




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.

1) Infografik 1
Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 21 Jun 2021, 12.00 tengahari)

2) Infografik 2
Taburan Kes COVID-19 Mengikut Mukim di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 21 Jun 2021, 12.00 tengahari)

3) Infografik 3
Kes COVID-19 Mengikut Mukim Tanpa Kes Baharu COVID-19 Selepas 14 Hari dan 28 Hari
(dikemaskini sehingga 21 Jun 2021, 12.00 tengahari)

Data yang dipaparkan adalah data yang telah dikemaskini dan penyelarasan data dilakukan dari semasa ke semasa.

4) Infografik 4
Laporan Kluster COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 21 Jun 2021, 12.00 tengahari)

PERINCIAN KES

453 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini ( 21 Jun 2021) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 451 kes adalah jangkitan tempatan dan 2 kes jangkitan dari luar Perak.

a) Daerah Kinta (14 kes)

5 kes dari saringan kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Jelapang Dua.   Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Jelapang Dua di Perak ialah 294 kes.

7 kes dari saringan kontak rapat. Kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan  bergejala. Kes adalah jangkitan tempatan.

b) Daerah Manjung (213 kes)

210 kes dari saringan kluster sedia ada iaitu Kluster Taman Industri Pelabuhan. Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Taman Industri Pelabuhan di Perak ialah 419 kes.

1 kes dari saringan bersasar di tempat kerja. Kes adalah jangkitan dari luar Perak.

1 kes dari saringan pra penerbangan ke Sabah. Kes adalah jangkitan dari luar Perak.

1 kes dari saringan  Orang Kena Tahan (OKT). Kes adalah jangkitan tempatan.

c) Daerah Larut Matang Selama (173 kes)

143 kes dari saringan kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok Taiping 2. Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok Taiping 2 di Perak ialah 567 kes.

10 kes dari saringan  kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan IKA.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan IKA di Perak ialah 418 kes.

18 kes dari saringan kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Tembaga Kuning.   Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Tembaga Kuning di Perak ialah 381 kes.

1 kes dari saringan kontak rapat. Kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan bergejala. Kes adalah jangkitan tempatan.

d) Daerah Batang Padang (42 kes)

16 kes dari saringan kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Bidor. Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Bidor di Perak ialah 83 kes.

25 kes dari saringan  kontak rapat. Kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan  Orang Kena Tahan (OKT). Kes adalah jangkitan tempatan.

e) Daerah Kerian (8 kes)

1 kes dari saringan kluster sedia ada iaitu Kluster Tingkat Perusahaan 4. Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tingkat Perusahaan 4 di Perak ialah 12 kes.

7 kes dari saringan kontak rapat. Kes adalah jangkitan tempatan.

f) Daerah Hilir Perak (1 kes)

1 kes dari saringan Orang Kena Tahan (OKT). Kes adalah jangkitan tempatan.

g) Daerah Hulu Perak (1 kes)

1 kes dari saringan  kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Intan. Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Intan di Perak ialah 28 kes.

h) Daerah Perak Tengah (1 kes)

1 kes dari saringan  kluster sedia ada iaitu Kluster Taman Industri Pelabuhan. Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Taman Industri Pelabuhan di Perak ialah 420 kes.

#penjarakanfizikal
#amalkannormabaharu
#KitaJagaKita
#attackredprotectgreen

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 21-6-2021 06:24 PM
Banyak sgt ke brg di beli tu sampai panggil panic buying.. ce cite

Ok tak vx tu? Balik pi 2 mart- borong brg pompuan, kerepek bawang, limo bali, tembikai, nenas, sunquick mangga...sotong & udang...tu yg ingat...telur lupa beli
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 5,439 kes (633,624 kes kumulatif, 90.4%);
Kes baharu : 4,611 kes (701,019 kes kumulatif);
Kes import : 8 kes (4 warganegara, 4 bukan warganegara);
Kes tempatan : 4,603 kes [3,683 warganegara (80.0%); 920 bukan warganegara (20.0%)];
Kes aktif : 62,918 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :880 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 452 kes;
Kes kematian : 69 kes (4,477 kes kumulatif, 0.64%; 66 warganegara, 3 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 2,645 kluster;
Jumlah kluster baharu : 22 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat :1,801 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 844 kluster.
Sebanyak 69 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 24 kes di Selangor, 11 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan (9) kes di Negeri Sembilan, tujuh (7) kes di Johor,masing-masing empat (4) kes di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan, tiga (3) kes di Kedah, masing-masing dua (2) kes di Terengganu, Sabah, dan Sarawak, serta satu (1) kes di Melaka.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KES SPORADIK DAN KES TIDAK BERGEJALA COVID-19 TERUS MENINGKAT  DI LEMBAH KLANG

Perintah Kawalan Pergerakan (Lockdown) mulai 1 Jun 2021 kini telah memasuki minggu ke tiga (3) di mana jumlah kes harian COVID-19 dilihat masih berada pada paras yang tinggi melebihi empat (4) ribu kes sehari. Kes sporadik juga masih berada pada peratusan yang agak tinggi.

Dari 1 Januari 2021 [Minggu Epidemiologi (ME) ke-53/2020] hingga 19 Jun 2021 (ME ke-24/2021), Malaysia telah merekodkan sebanyak 578,105 kes COVID-19. Daripada jumlah tersebut sebanyak 398,846 kes (69.0 peratus) adalah kes sporadik di mana negeri tertinggi yang melaporkan kes sporadik adalah negeri Selangor dengan 151,725 kes (38.0 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 44,517 kes (11.2 peratus) dan diikuti oleh negeri Sarawak sebanyak 40,889 kes (10.3 peratus).

Kes-kes sporadik bermaksud kes-kes yang dikesan di dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada. Kes-kes sporadik ini dikesan melalui saringan di tempat kerja, saringan dalam komuniti, ataupun dari saringan kes bergejala. Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan SOP dengan betul. Graf di bawah menunjukkan taburan kes sporadik dan kluster di Malaysia

Lembah Klang adalah sebuah kawasan yang terdiri daripada WP Kuala Lumpur dan pinggir bandarnya, serta meliputi kawasan bandar dan bandaraya di negeri Selangor. Pada ME ke-24, Lembah Klang mencatatkan jumlah kes sporadik tertinggi di Malaysia. Tiga (3) daerah tertinggi melaporkan Daerah Petaling dengan 3,905 kes, Daerah Hulu Langat dengan 2,783 kes, dan Daerah Klang dengan 2,482 kes.




Rajah-rajah di atas menunjukkan taburan pemetaan kes sporadik dan kes kluster di kawasan Lembah Klang bagi ME ke-13 sehingga ME ke-24. Dapat dilihat dengan jelas pertambahan kes sporadik dan taburannya yang makin meluas dan ketara apabila dibandingkan dengan pemetaan sebelumnya. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang diumumkan pada 12 Mei 2021 (ME ke-19) dilihat telah berjaya mengawal peningkatan kes-kes kluster pada ME ke-24, namun kes-kes sporadik masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara (lihat graf 1).

PATUHI SARANAN “TINDAKAN KESIHATAN AWAM KENDIRI”

Implikasi kepada perkara di atas, kawasan Lembah Klang yang sememangnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, bukan sahaja terdedah kepada bahaya banyak kes sporadik di dalam komuniti, malahan kebanyakan dari kes-kes COVID-19 ini tidak mempunyai gejala. Dengan erti kata lain, sukar bagi kita untuk mengetahui siapa yang mempunyai COVID-19 di kalangan kita. Oleh itu adalah sangat penting bagi semua pihak mengambil maklum perkara ini dan melindungi diri serta keluarga masing-masing daripada bahaya COVID-19.

Sehubungan itu, KKM ingin menyeru masyarakat untuk terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mengamalkan Tindakan Kesihatan Awam Kendiri sebagai salah satu langkah mendepani peningkatan kes-kes sporadik dan kes COVID-19 tidak bergejala khususnya di kawasan sesak dan berisiko tinggi.

Antara Tindakan Kesihatan Awam Kendiri yang boleh diambil oleh masyarakat adalah seperti berikut;

Kekal duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar;
Sekiranya perlu keluar, patuhilah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN);
Optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan sahabat-sahabat dan sanak-saudara;
Gunakan perkhidmatan atas talian sekiranya perlu membuat sebarang pembelian;
Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah/negeri anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline ;
Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera; dan
Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dalam membentuk imuniti kelompok.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 21 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI        BILANGAN KES BAHARU *(    )        BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR        1,346        229,481
WP KUALA LUMPUR        310        71,478
JOHOR        314 (6)        68,307
SABAH        166        67,707
SARAWAK        682 (2)        60,482
NEGERI SEMBILAN        437        38,964
KELANTAN        219        33,705
PULAU PINANG        84        33,131
PERAK        453        25,206
KEDAH        182        23,462
MELAKA        205        16,205
PAHANG        50        12,080
TERENGGANU        18        10,953
WP LABUAN        130        7,114
WP PUTRAJAYA        15        2,172
PERLIS        0        572
JUMLAH KESELURUHAN        4,611 (8)        701,019
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 69 kes kematian pada 21 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian        Negeri        Jantina (warganegara)          Umur (Tahun)        Hospital / Tempat Kematian        Latar Belakang Penyakit
4409        Sabah        Perempuan (WN)        63        Hospital Tawau        Kencing manis
4410        Kelantan        Perempuan (WN)        79        Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu        Darah tinggi
4411        Selangor        Perempuan (WN)        62        Pusat Perubatan Subang Jaya        –
4412        Selangor        Lelaki (WN)        42        Hospital Sungai Buloh        Darah tinggi
4413        Sabah        Lelaki (WN)        31        Hospital Tawau        Darah tinggi dan obesiti
4414        Selangor        Perempuan (WN)        56        Hospital Sungai Buloh        Darah tinggi dan kencing manis
4415        Sarawak        Perempuan (WN)        86        Hospital Bintulu        –
4416        Selangor        Perempuan (WN)        72        Hospital Serdang        Darah tinggi, kencing manis, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik
4417        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        59        Hospital Kuala Lumpur        Darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
4418        Terengganu        Perempuan (WN)        63        Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu        Darah tinggi, kencing manis, buah pinggang kronik, dan kanser
4419        WP Labuan        Perempuan (WN)        78        Hospital Labuan        Darah tinggi, kencing manis, jantung, dan kanser
4420        Terengganu        Lelaki (WN)        53        Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu        –
4421        Selangor        Perempuan (WN)        93        Hospital Serdang        Kencing manis, jantung, dan buah pinggang kronik
4422        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        73        Hospital Rehabilitasi Cheras        –
4423        Johor        Lelaki (WN)        75        Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru        Darah tinggi dan dislipidemia
4424        Sarawak        Lelaki (WN)        78        Hospital Sibu        –
4425        Johor        Lelaki (WN)        81        Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru        –
4426        Johor        Lelaki (WN)        55        Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru        Darah tinggi, kencing manis, jantung, dan buah pinggang kronik
4427        Kedah        Lelaki (WN)        31        Hospital Kulim        Obesiti
4428        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        63        Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras        Darah tinggi, kencing manis, dan dislipidemia
4429        Selangor        Lelaki (WN)        77        Hospital Banting        –
4430        Selangor        Lelaki (WN)        67        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4431        Selangor        Perempuan (WN)        55        Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4432        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        59        Hospital Kuala Lumpur        Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4433        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        74        Hospital Rehabilitasi Cheras        Darah tinggi dan dislipidemia
4434        Johor        Perempuan (WN)        92        Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru        Darah tinggi
4435        Johor        Perempuan (WN)        80        Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru        –
4436        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        72        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Darah tinggi dan kencing manis
4437        Kelantan        Perempuan (WN)        65        Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu        Darah tinggi, kencing manis, jantung, buah pinggang kronik, dan hati
4438        Kedah        Lelaki (WN)        61        Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani        Kencing manis
4439        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        74        Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras        Darah tinggi, kencing manis, jantung, dan strok
4440        Kelantan        Lelaki (WN)        92        Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai        Darah tinggi
4441        WP Labuan        Lelaki (WN)        59        Hospital Labuan        Darah tinggi
4442        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        60        Hospital Tampin        Darah tinggi dan kencing manis
4443        Selangor        Lelaki (WN)        80        Hospital Kuala Lumpur        Darah tinggi dan strok
4444        Negeri Sembilan        Perempuan (WN)        38        Hospital Jempol        Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4445        Negeri Sembilan        Perempuan (WN)        69        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Darah tinggi, kencing manis, dan dislipidemia
4446        Selangor        Lelaki (WN)        70        Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4447        Johor        Lelaki (WN)        63        Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar        Darah tinggi, kencing manis, dan strok
4448        Johor        Lelaki (WN)        56        Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru        Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4449        Kelantan        Perempuan (WN)        68        Jenazah dibawa ke Hospital Pasir Mas        Buah pinggang dan obesiti
4450        Selangor        Lelaki (WN)        65        Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Darah tinggi, kencing manis, dan dislipidemia
4451        Selangor        Lelaki (WN)        62        Hospital Sungai Buloh        Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4452        Selangor        Lelaki (WN)        63        Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        –
4453        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        68        Hospital Sungai Buloh        Darah tinggi, kencing manis, dan jantung
4454        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        89        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        –
4455        Negeri Sembilan        Perempuan (WN)        52        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4456        Kedah        Perempuan (WN)        54        Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani        Kencing manis
4457        Selangor        Perempuan (WN)        82        Hospital Sungai Buloh        Kencing manis, dislipidemia, dan jantung
4458        Selangor        Perempuan (WN)        69        Hospital Sungai Buloh        Kencing manis, dan buah pinggang kronik
4459        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        61        Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah        Darah tinggi, kencing manis, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik
4460        Selangor        Perempuan (WN)        59        Hospital Kajang        Darah tinggi, kencing manis, dan dislipidemia
4461        Selangor        Perempuan (WN)        78        Hospital Selayang        Darah tinggi, kencing manis, dislipidemia, dan strok
4462        Selangor        Lelaki (WN)        68        Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4463        Selangor        Perempuan (WN)        61        Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras        Darah tinggi, kencing manis, strok, dan buah pinggang kronik
4464        Selangor        Lelaki (WN)        51        Hospital Selayang        Kencing manis, buah pinggang kronik, strok, dan kanser
4465        Selangor        Perempuan (WN)        46        Hospital Selayang        Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4466        Selangor        Lelaki (WN)        34        Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras        Obesiti
4467        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        73        Hospital Ampang        Darah tinggi, kencing manis, hati, jantung, dan buah pinggang kronik
4468        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        72        Hospital Ampang        Darah tinggi, kencing manis, strok, dan buah pinggang kronik
4469        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        70        Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras        Darah tinggi dan dislipidemia
4470        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        56        Hospital Kuala Lumpur        Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
4471        Negeri Sembilan        Perempuan (WN)        28        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Obesiti
4472        Negeri Sembilan        Perempuan (WN)        76        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Darah tinggi dan kencing manis
4473        Melaka        Perempuan (WN)        45        Jenazah dibawa ke Hospital Melaka        Obesiti
4474        WP Labuan        Lelaki (WN)        72        Hospital Labuan        Darah tinggi dan kencing manis
4475        WP Labuan        Perempuan (BWN)        52        Hospital Labuan        Obesiti
4476        Selangor        Lelaki (BWN)        36        Jenazah dibawa ke Hospital Banting        –
4477        Selangor        Lelaki (BWN)        61        Hospital Selayang        Darah tinggi, kencing manis, dan dislipidemia
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 4,611 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:

NEGERI        JUMLAH KES        KLUSTER        KONTAK RAPAT        IMPORT A*        LAIN-LAIN
SELANGOR        1,346        199        719        –        428
SARAWAK        682        191        408        2        81
PERAK        453        405        40        –        8
NEGERI SEMBILAN        437        82        254        –        101
JOHOR        314        130        143        6        35
WP KUALA LUMPUR        310        36        146        –        128
KELANTAN        219        110        78        –        31
MELAKA        205        112        75        –        18
KEDAH        182        59        90        –        33
SABAH        166        56        76        –        34
WP LABUAN        130        6        77        –        47
PULAU PINANG        84        55        6        –        23
PAHANG        50        25        20        –        5
TERENGGANU        18        4        13        –        1
WP PUTRAJAYA        15        –        12        –        3
PERLIS        –        –        –        –        –
JUMLAH KESELURUHAN        4,611        1,470        2,157        8        976
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara


LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 21 JUN 2021

No.        Nama Kluster        Kategori Kluster        Negeri        Daerah        Jumlah Kes        Jumlah Disaring
1        Industri Jalan Bebas Tiga        Tempat Kerja        Selangor        Klang dan Petaling        24        240
2        Industri Jalan Enggang Ampang        Tempat Kerja        Selangor        Gombak        8        54
3        Industri Jati Kiri        Tempat Kerja        Selangor        Klang dan Petaling        184        404
4        Industri Batu Besar        Tempat Kerja        Selangor        Klang        130        229
5        Tapak Bina Gunung Satu        Tempat Kerja        Johor        Johor Bahru        15        106
6        Perindustrian Sri Plentong        Tempat Kerja        Johor        Johor Bahru        14        53
7        Jalan Pekeliling Industri        Tempat Kerja        Johor        Johor Bahru        26        421
8        Jalan Bioteknologi Dua        Tempat Kerja        Johor        Johor Bahru        9        233
9        Industri Bukit Tengah        Tempat Kerja        Pulau Pinang        Seberang Perai Tengah        24        94
10        Lebuh Kurau Tiga        Tempat Kerja        Pulau Pinang        Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan        12        12
11        Jalan Jelai – Rompin        Tempat Kerja        Negeri Sembilan        Jempol        42        334
12        Samedra        Tempat Kerja        Sabah        Kota Kinabalu        25        82
13        Jalan Merbok Ayer Keroh        Tempat Kerja        Melaka        Melaka Tengah dan Jasin        21        117
14        Jalan Baru Tatau – Bintulu        Tempat Kerja        Sarawak        Tatau        22        66
15        Kampung Muara Tebas        Komuniti        Sarawak        Kuching        19        332
16        Kevok        Komuniti        Sarawak        Telang Usan        58        280
17        Quadruplex Lapan Enam        Komuniti        Sarawak        Miri        20        61
18        Kampung Tiong        Komuniti        Kelantan        Kota Bharu        13        24
19        Jalan Jeram Pasu        Komuniti        Kelantan        Pasir Puteh        29        39
20        Taman Rantau Mas        Komuniti        Kelantan        Pasir Mas        10        21
21        Serudung Baru        Komuniti        Sabah        Tawau        19        56
22        Jalan Tok Jangggut        Kumpulan Berisiko Tinggi        Kelantan        Bachok, Kota Bharu, Machang, dan Pasir Puteh        16        72
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.780716 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list