|
Dulu saya ada dengar tazkirah di surau tentang at-tawassur iaitu perantaraan.......ustaz ini menerangkan yang at-tawsur ini usaha manusia untuk membuatkan qada dan qadar itu terjadi....contohnye mamat menggunakan beruk untuk memetik kelapa.Kelapa yang dipetik itu diminum airnya oleh mamat ......beruk yang digunakan itu ialah perantaraan(at-tawasur) dan kelapa itu diminum oleh mamat ialah qada dan qadar......
Dipendekkan cerita, ustaz ini cakap bertawassur dengan menggunakan sifat Allah adalah dibolehkan...contohnya
"ya Allah ya tuhanku berikanlah aku sifat pemurahmu Ar-Rahman".......saya ingin bertanya adakah ini dibolehkan? sbab tak mungkin manusia akan mempunyai sifat MAHA pemurah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
1. Berdosa kah isteri kalau taknak bersama si suami kerana telah terbukti suami berzina ?
2. Berdosakah isteri kalau mintak cerai kerana suami telah berzina ?
3. Suami boleh memukul isteri untuk mengajar , asingkan tempat tidur untuk mengajar- apa pula yang boleh dilakukan oleh si isteri untuk mengajar suami? Nasihat dan Doa je ? adil ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum....
sy nak tanya, sheep placenta tu halal ke haram? |
|
|
|
|
|
|
|
saya ada satu pertanyaan...
1) bagaimana kita nak khuysuk dalam solat ? ,, sekarang ni saya cuba memahami bacaan dalam solat dan juga saya memandang ke tempat sujud .. minta pandangan kawan2 , abg2 and kakak2
2) macam mana kita nak pastikan niat solat kita betul , sebab niat adalah sesuatu yg tak lisan kan , so macamana nak pastikan kita niat kita betul . buat masa sekarang ni saya hanya memikirkan perkataan2 yg di sebut cthnya bila saya niat , saya akan memikirkan saya tgh membaca ayat niat tu ... dgn automatik kita akan memikirkannya dalam hati ..
tu padangan saya .. terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
xpe simpan gambar arwah2 yg dah meninggal dlm cpu utk tatapan??............ |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum....
~sy nak tya,mcm mn kalau dah beli sesuatu brg tp kita tak thu pon yg barang tersebut adalah brg curi....
~mcm mn dengan barang tersebut???perlu disimpan?dibuang atau boleh terus dipkai lgi?? |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu saya ada dengar tazkirah di surau tentang at-tawassur iaitu perantaraan.......ustaz ini menerangkan yang at-tawsur ini usaha manusia untuk membuatkan qada dan qadar itu terjadi....contohnye mamat menggunakan beruk untuk memetik kelapa.Kelapa yang dipetik itu diminum airnya oleh mamat ......beruk yang digunakan itu ialah perantaraan(at-tawasur) dan kelapa itu diminum oleh mamat ialah qada dan qadar......
Dipendekkan cerita, ustaz ini cakap bertawassur dengan menggunakan sifat Allah adalah dibolehkan...contohnya
"ya Allah ya tuhanku berikanlah aku sifat pemurahmu Ar-Rahman".......saya ingin bertanya adakah ini dibolehkan? sbab tak mungkin manusia akan mempunyai sifat MAHA pemurah.....
shahaizat Post at 16-10-2010 23:54
Salam...
Mungkin yang anda maksudkan adalah tawassul (perantaraan). Tawassul ni ada kaedah dan batasannya, penjelasan jadi panjang kalau dibentangkan hujjah-hujjah. Pendek kata, pohon sesuatu HANYA dari ALLAH, ikhtiar guna perantaraan selagi dalam landasan syarak dan tidak mensyirikkan Allah, adalah dibolehkan.
Boleh minta diberikan sifat pemurah, atau sebahagian dari sifat Pemurah Allah. Sifat Pemurah Ar-Rahman Hanya milik Allah.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
1. Berdosa kah isteri kalau taknak bersama si suami kerana telah terbukti suami berzina ?
2. Berdosakah isteri kalau mintak cerai kerana suami telah berzina ?
3. Suami boleh memukul isteri untuk mengajar , asingkan tempat tidur untuk mengajar- apa pula yang boleh dilakukan oleh si isteri untuk mengajar suami? Nasihat dan Doa je ? adil ke ?
UMMI_MAI Post at 20-10-2010 11:49
Salam...
Pada pendapat saya:
1. Tidak berdosa jika dah terbukti, untuk kebaikan diri sendiri dan anak-anak
2. Cerai adalah perkara halal yang paling tidak disukai Allah. Perempuan yang minta cerai atas dasar yang kukuh tidak jatuh dalam kategori perempuan yang bersalah.
3. Dilebihkan lelaki ke atas wanita dalam perkara-perkara tertentu. Adil itu kena pada tempatnya, bukan semestinya sama rata. Ada cara dan kaedah bagi isteri untuk mengajar suaminya jika itu satu keperluan yang mendesak. Jika suami boleh mendengar dan belajar dari isteri, itu lebih mudah. Jika yang demikian itu sukar, carilah pihak ketiga yang dihormati suami untuk tujuan tersebut.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum....
sy nak tanya, sheep placenta tu halal ke haram?
mizz_aurora Post at 28-10-2010 12:06
Salam...
Nak makan ke? Atau nak buat apa? |
|
|
|
|
|
|
|
saya ada satu pertanyaan...
1) bagaimana kita nak khuysuk dalam solat ? ,, sekarang ni saya cuba memahami bacaan dalam solat dan juga saya memandang ke tempat sujud .. minta pandangan kawan2 , abg2 and kakak2
2) macam mana kita nak pastikan niat solat kita betul , sebab niat adalah sesuatu yg tak lisan kan , so macamana nak pastikan kita niat kita betul . buat masa sekarang ni saya hanya memikirkan perkataan2 yg di sebut cthnya bila saya niat , saya akan memikirkan saya tgh membaca ayat niat tu ... dgn automatik kita akan memikirkannya dalam hati ..
tu padangan saya .. terima kasih
nizamkatosan Post at 3-11-2010 13:19
Salam...
1. Ya ada beberapa kaedah yang disarankan untuk memudahkan khusyu', antaranya cuba memahami bacaan dan pandang ke tempat sujud ketika qiyam (berdiri). Untuk bacaan lanjut boleh cari kitab Fadhaail Amal atau Fadhaail Solat (Shaikhul Hadith Muhammad Zakariyya Khandahlawi), diterangkan di dalamnya dengan lebih terperinci.
2. Niat itu yang terlintas dalam hati. Nak pastikan betul, hanya perlu periksa adakah niat kita tu semata-mata kerana Allah. Bacaan niat samada secara lisan atau dalam hati itu sekadar bacaan untuk memperkukuhkan niat. Yang sebenarnya niat kita adalah 'lintasan' di hati tentang apa yang kita hendak buat atau apa yang kita sedang buat.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
xpe simpan gambar arwah2 yg dah meninggal dlm cpu utk tatapan??............
musliadiadnan Post at 7-11-2010 11:11
Pada pandangan dan apa yang saya tahu, tidak mengapa, selagi tidak dipertontonkan umum secara terbuka.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum....
~sy nak tya,mcm mn kalau dah beli sesuatu brg tp kita tak thu pon yg barang tersebut adalah brg curi....
~mcm mn dengan barang tersebut???perlu disimpan?dibuang atau boleh terus dipkai lgi??
are_you Post at 10-12-2010 00:43
Kalau kita tak tahu barang itu barang yang dicuri, kenapa jadi risau? Syak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1549# mnm77
nak makan... halal ke haram?
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
nak tanya kalau kita baca surah mcm Al Ikhlas 11x kena tak baca Bismillah setiap kali nak mulakan baca or just continue baca 11x dgn satu kali Bismillah jek?? |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum...
adakah halal duit yg masuk dalam akaun bank saya secara tiba2( tak tahu dari mana duit tu, maybe ada org bank-in utk saya, maybe jugak ada org TERSILAP bank-in)...
dlm situasi ini apa yg perlu saya buat?? TQ |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum...
adakah halal duit yg masuk dalam akaun bank saya secara tiba2( tak tahu dari m ...
pinKy180 Post at 18-12-2010 20:40
Waalaikumsalam,
Memula kena rujuk kepada bank untuk maklumat pendeposit. Sekiranya ada kesilapan, hendaklah dipulangkan balik wang berkenaan. Wang yang dibankin ke dalam akaun hanya ada dua jenis, iaitu, pertama yang tak silap dan kedua yang silap. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
apa hukumnya jika kita enggan membayar saman atau kompaun krn tdk berpuas hati dgn cara saman/kompaun itu dikeluarkan? cthnya mcm sy ditmpt kerja dulu tak pernah ada saman tp sejak DBKL takde duit, setiap hari kena saman. satu saman jek dah rm100, kalau 10 dah rm1000.. mahal sgt! so disebabkan rasa tidak puas hati kita pun enggan bayar saman tu tp berharap agar ada penyelesaian dlm perkara ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum....
sy nak tanya, sheep placenta tu halal ke haram?
nak makan... halal ke haram?
mizz_aurora Post at 11-12-2010 19:21
Salam...
Saya tidak berani nak sampaikan/keluarkan hukum Haram atau Halal bila ia kurang jelas pada saya. Ada yang kata Uri tu adalah sebahagian dari kategori najis. Jika ia memang najis, maka hukum umumnya Haram. Namun ada juga pendapat yang menyatakan sesuatu bahan yang asalnya najis/haram, jika berubah morfologi (keadaan/bentuk/rupa/sifat) kepada keadaan yang tidak lagi najis atau memudaratkan, maka hukumnya menjadi harus (boleh).
Pandangan peribadi saya, saya cenderung untuk jauhi kerana saya tidak pasti. Banyak lagi makanan/ubatan Halal lain yang dikurniakan Allah.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
apa hukumnya jika kita enggan membayar saman atau kompaun krn tdk berpuas hati dgn cara saman/kompaun itu dikeluarkan? cthnya mcm sy ditmpt kerja dulu tak pernah ada saman tp sejak DBKL takde duit, setiap hari kena saman. satu saman jek dah rm100, kalau 10 dah rm1000.. mahal sgt! so disebabkan rasa tidak puas hati kita pun enggan bayar saman tu tp berharap agar ada penyelesaian dlm perkara ini..
zamnie Post at 20-12-2010 17:08
Salam...
Saya rasa ada baiknya jika dipanjangkan kepada pihak/saluran tertentu. Kalau tidak berpuas hati, rasanya ada cara untuk berbincang secara baik ataupun bawa kes masuk mahkamah. Boleh jelaskan kenapa kena saman?
Kes sebegini adalah kes yang tidak perlu dikeluarkan hukum untuk mendapat kelepasan daripada peraturan-peraturan awam yang ditetapkan. Ia adalah termasuk dalam kategori etika kita dan juga masalah kesesuaian peraturan pihak berkuasa, yang mana peraturan semasa boleh digubal oleh pihak tertentu.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1559# mnm77
ini sbb kerajaan dah takde duit so sbb itu dia paksa org byr kompaun tmpt parking kereta... dulu kat ofis sy nih tak payah byr parking (dah 12thn keje kat sini) tp skrg ni kena byr parking walaupun parking kat depan rumah org jek.. mmg ramai x puas hati tp still x boleh buat apa2 pun sbb kerajaan kan always rite, so kita ni sbg kuli terpaksa kena ikut kan jek.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|