|
Episod 5
Memang benar kata bapa Siu He pasal Tai Fung. Kalau adik-beradik pun, bila nak berjumpa kembali, patutnya pastikan dahulu telah berjaya (at least sikit) dalam hidup sebelum bertemu. Itulah juga sebenarnya yang diharapkan oleh Tai Fung, impiannya untuk berjaya sebagai pemain baseball yang terkenal supaya senang nak berjumpa kembali dengan adik-beradik.
Tapi nasibnya malang, dahlah cedera lepas tu dipecat pula dari pasukan. Tak cukup dengan itu, dia dihalau dari hostelnya. Tiba-tiba muncul pula, anak lelaki yang tak pernah diketahuinya sebelum ini. Kalau difikirkan, memang keadaan Tai Fung memang mengundang rasa curiga ahli keluarganya yang lain. Mereka takkan faham keinginannya yang hanya mahu bertemu semula dengan keluarganya, tak lebih dari itu. And of course, Chan Zhu & Zhi Suo tidak akan mengalu-alukan kedatangannya.
Tai Fung berusaha nak bertemu dan menyatukan keluarganya kembali but Zhi Suo pula menginginkan keadaan yang sebaliknya, dia mahu adik-beradiknya 'meninggalkan'nya sendirian seolah-olah mereka selalu memberikan tekanan kepadanya. Now, Zhi Suo bukanlah seorang yang tak berperasaan langsung. Masalahnya ialah dia terlalu banyak berfikir tentang kerja & perkara-perkara lain. He doesn't take time to relax. Cuma relax bila disuruh oleh Siu He. Asyik kerja, kerja & kerja. Dan segala urusan di rumah diserahkan kepada kakaknya seorang. IMO, Zhi Suo needs to loosen up and fikirkan pasal orang lain juga, for once.
Just my thoughts at the moment about the drama. Feel free to disagree or whateverlah...... |
|
|
|
|
|
|
|
happy Together (korean version)
tak sangka macam mana boleh terlepas cakap korea masa scene Tai Fung dengan Wen Chu. walaupun sekejap tapi ok lah. Cuma rasa sedih sedikit sebab tak dapat dengar suara diaorang ni.
rasanya ntv7 boleh try untuk tayangjan menggunakan suara asal dan bahasa asal tak perlulah nak dubbing2. |
|
|
|
|
|
|
|
episod semalam quite sedih jugak la...lama Tai Fung tunggu Wen Zhu kat luar night club tu...tengok dia tumbuk Pengurus Zao tu teringat pulak kat All In...katt tau kan kite dah tengok All In, hihihi....tapi Tai Fung akhirnya sanggup berlutut depan Pengurus Zao bila dapat tau adiknya banyak berhutang...dia siap bagi gaji last dia dgn baseball team utk jelaskan hutang Wen Zhu...
Chan Zhu pulak salah sangka lagi dgn Tai Fung...tapi kesian tengok Chan Zhu masa Zhi Suo suruh adik-beradiknya 'tinggalkan' dia...
memang terkejut bila tetiba ntv7 ter'switch' ke bahasa Korea dlm beberapa minit before iklan tu...rasa macam mimpi je...kalau ntv7 stick dgn original voices, alangkah bestnya!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by katt at 8-12-2003 09:20 AM:
Ada, ada vcd Beautiful Days versi Korea, edaran syarikat Alfa Equity. Cuma, dah lama habis stocknya di pasaran. Tak tahulah sama ada company ni akan keluarkannya lagi atau tidak. Rama ...
actually, dah lama nak bagitau ni, tapi terlupa...before raya hari tu masa beli VCD Romance, kite ternampak VCD Beautiful Days Korean version kat S&M...masa tu tengah promotion, so harganya RM45...cuba tengok kat S&M VCD ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove at 9-12-2003 11:01 AM:
actually, dah lama nak bagitau ni, tapi terlupa...before raya hari tu masa beli VCD Romance, kite ternampak VCD Beautiful Days Korean version kat S&M...masa tu tengah promotion, so harganya ...
whitedove,
saye beli VCD BD pon kat S&M..
tapi still Mandarin version.. so sad..:cry: |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang sat!
Originally posted by shanew3stgalz at 7-12-2003 08:24 PM:
Katt,
For ur information, cite Beautiful Days yg
i beli tuh versi Mandarin.. pergh! gram jugak laa..
x der ke versi Korea?..
sbab yg versi Mandarin bersubtit ...
korang ni dok cite psl vcd Beautiful Days ni.. erm.. mmg tak jumpa yg korean version ke? vcd tu kotak dia color pink gitu ke? sbb kat tpt saya, ada jumpa kat 2, 3 tpt lah jugak yg jual dlm korean version. tapi tak beli lagi, tgh kumpul duit nak beli skang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shanew3stgalz at 9-12-2003 01:29 PM:
whitedove,
saye beli VCD BD pon kat S&M..
tapi still Mandarin version.. so sad..:cry:
betul shane...jumpa kat S&M masa bulan pose hari tu...masa tu tengah promotion...awak beli kat kedai lain kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kEk_KeL@d| at 9-12-2003 03:28 PM:
korang ni dok cite psl vcd Beautiful Days ni.. erm.. mmg tak jumpa yg korean version ke? vcd tu kotak dia color pink gitu ke? sbb kat tpt saya, ada jumpa kat 2, 3 tpt lah jugak yg jual dlm korean v ...
awak dok kat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Raya All In ^_^
Originally posted by whitedove at 2003-12-9 10:13 AM:
episod semalam quite sedih jugak la...lama Tai Fung tunggu Wen Zhu kat luar night club tu...tengok dia tumbuk Pengurus Zao tu teringat pulak kat All In...katt tau kan kite dah tengok All In, hihihi....
Tau, tau sangat .....whitedove beraya dengan All In . Huh, jeles, jeles.....
The Attic Cat tu pulak, saya tengok sampai episod 2 je. Entah macamana tak terasa nak sambung tengok. Hmm, just not into romantic-comedies these days.....
tapi Tai Fung akhirnya sanggup berlutut depan Pengurus Zao bila dapat tau adiknya banyak berhutang...dia siap bagi gaji last dia dgn baseball team utk jelaskan hutang Wen Zhu...
Itulah, sayangnya seorang abang kepada adiknya tapi tak boleh tolong jugak sebab hutang Wen Zhu banyak sangat. Walaupun tak rela, terpaksa juga Tai Fung biarkan Wen Zhu terus bekerja di kelab malam tu demi adik-beradik yang lain. |
|
|
|
|
|
|
janghyuk This user has been deleted
|
bole join tak thread ni???
i mmg minat citer2 korea ni...first time tgk LBH belakon best gak...nak tanyer sikit...korang ni mmg peminat setia LBH ker??? |
|
|
|
|
|
|
|
The elusive Beautiful Days vcd
Hmm.....
Susah betul nak cari boxset vcd yang Korean version Beautiful Days ni. Merujuk kepada posting kEk_KeL@d|.....the one yang saya beli tu, kotaknya putih (edaran Alfa Equity). Tapi tulisan di luarnya semua in Chinese, boleh tersilap the first time tengok. Kalau tak kerana ada orang yang beritahu, saya sendiri pun tak tahu yang itulah dia the Korean version.
Tak tahulah kalau these days, dah ada vcd BD yang dual-sound keluaran company lain pula. The best thing to do, mintalah the salesperson to test dulu. Make sure betul ke tidak Korean version atau mungkin juga dual-sound. Macam whitedove kata, harga boxset BD Korean version ni agak murah juga, saya beli pun RM 50 saja tapi dengarnya di KL masa tu around RM 70. Err, inipun dah lama dulu....around 8-9 months ago. |
|
|
|
|
|
|
|
HAPPY TOGETHER - Episod 6
Wahhh.....Happy Together ni dah semakin menarik-narik ceritanya. From the coming episodes punya preview, nampaknya macam akan "hujan" nanti especially with Tai Fung & Lun Zhu :cry:. Baru tengok preview pun dah nampak scene yang mengharukan antara abang & adik ni. Sabar, sabar....
Episod 6 tadi, awal-awal lagi dah sedih dan berapi-api at the same time. Sedih masa part Tai Fung tengok anaknya jadi bahan "tarik tali" antara Siu He & Zhi Suo. Sebagai bapa, dia tak boleh buat apa-apa langsung, cuma dapat tengok anaknya dibawa pergi oleh Zhi Suo. Dahlah sebelum tu, Zhi Suo pandang dia macamlah dia orang jahat sangat, alasan Tai Fung langsung tak diendahkannya. Tensionnya...
Mula-mula memang geram dengan Zhi Suo, bermati-matian dia tak bagi Tai Chi tidur di rumah Siu He. Kalau marahkan bapanya pun, janganlah anaknya pula dijadikan mangsa. Dengan budak kecil pun dia nak berkira. Nak dikirakan melampau sungguh perangai Zhi Suo, even dengan bakal bapa mertua pun dia tak mahu kalah. Tapi bila difikirkan kembali, sebenarnya (I think) Zhi Suo malu dengan bapa Siu He & Siu He sendiri sebab biarkan Tai Chi tidur di rumah mereka. Walaupun Zhi Suo berkali-kali kata dia bencikan Tai Fung dan mereka tiada hubungan langsung, tapi deep down, dia mesti rasa "something" juga. Dan tak eloklah kalau dia biarkan Tai Chi tidur di rumah orang. Seolah-olahnya Tai Chi tiada keluarganya sendiri. Mungkin Zhi Suo tak menyedarinya sebab pridenya tinggi sangat tapi itulah cara dia. With Zhi Suo, everything becomes so complicated. Mungkin dia tak tahu bagaimana nak luahkan perasaannya yang lama terpendam lalu mempengaruhi emosinya. Perkara yang kecil pun boleh jadi begitu besar & susah pada pandangannya.
Betul kata bapa Siu He, walaupun Tai Fung jenis yang muka tembok serta banyak kekurangan diri dan nak jaga anak pun tak tahu tapi sekurang-kurangnya perangainya taklah membuatkan orang benci. Tapi Zhi Suo, he has everything (almost) seperti kerja yang bagus, pangkat tinggi & tunang yang menyayangi dirinya tapi dia tak pandai mengawal emosi dan jarang memikirkan perasaan orang lain.
Mungkinkah Zhi Suo merasa "tergugat" dengan Tai Fung? Could it be?
Minta maaflah, panjang lebar pulak posting ni. Lama-lama tengok tertarik pula dengan watak Zhi Suo ni. Now, don't get me wrong , my favourite character is still Tai Fung for various reasons tapi Zhi Suo pun interesting juga. Sekali pandang nampak macam watak yang one-dimensional tapi sebenarnya very complicated. Not bad SSH, not bad at all.....
What do you all think? |
|
|
|
|
|
|
|
Join the thread? Sila, sila.....
Originally posted by janghyuk at 2003-12-9 08:25 PM:
i mmg minat citer2 korea ni...first time tgk LBH belakon best gak...nak tanyer sikit...korang ni mmg peminat setia LBH ker???
Hi janghyuk! Welcome, welcome to the thread.
Hmm, nak kata peminat setia LBH tu, rasanya not everybody here but ramai yang familiar dengan lakonannya sejak Beautiful Days di TV2 dulu dan juga All In (from vcd). So, we know what to expect from him :2cool:.
Personally, saya suka dengan lakonan LBH in Happy Together sebab dia versatile. Walaupun comot, selamba dan tak glamour langsung tapi berkesan. Kelakar pulak tu. Kalau janghyuk nak tengok LBH extra smart & cool & excellent, try watching Beautiful Days especially and All In. Get the Korean version kalau boleh, you have to hear his voice.
For more info and images of Lee Byung Hun, silalah ke thread Beautiful Days & LBH. You are most welcome there ^_^.
Kalau refer balik pages 58 - 61 dalam thread ni pun ada banyak gambar dan info semua pelakon Happy Together.
* Image from Chasecult Winter Catalogue 2002 *
[ Last edited by katt on 10-12-2003 at 03:31 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Beautiful Days
Originally posted by whitedove at 9-12-2003 11:01 AM:
actually, dah lama nak bagitau ni, tapi terlupa...before raya hari tu masa beli VCD Romance, kite ternampak VCD Beautiful Days Korean version kat S&M...masa tu tengah promotion, so harganya ...
eh betul ke ni..macam tak percaya je.. ni S&M yang kat kotaraya tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove at 9-12-2003 04:47 PM:
awak dok kat mana?
kat tpt yg tgh naik air skang ni.. tapi umah kita tak laaa
kat KB ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by katt at 9-12-2003 11:46 PM:
Hmm.....
Susah betul nak cari boxset vcd yang Korean version Beautiful Days ni. Merujuk kepada posting kEk_KeL@d|.....the one yang saya beli tu, kotaknya putih (edaran Alfa Equity) ...
tak tgk betol2 lah plak apa company yg keluarkan boxset yg saya tgk tu, tapi, kt kotak dia tu mmg tulis in bm, pastu ada tulis subtitle in chinese/malay, so, in korean lah kan? lgpon kalo yg chinese version mmg dia tulis chinese version kat situ kan..?:stp: tapi harga dia pon biasalah kalo kat sini, rm69.70. mmg ingat nak beli, tp duit tak cukup lagi ni. kat sini tak bimbang sgt takut vcd tu habis |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tgk episod ari ni.. nak tgk Tai Fung finally kenal adik dia.. makin terharu2 dibuatnye dek cite nih.. Tai Fung ni plak, even ada org yg sayang kat dia, dia plak yg tak kenal.. isk.. |
|
|
|
|
|
|
|
a'kum...you all..hi..nih first time saya posting kat thread nih..selalu baca jek posting korang nih...almaklumlah tx ntv7 kat tempat saya ni hampeh...so jarang jarang dapat tengok...happy together dah episod 6 ek....makin lama makin best kan citer tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berposting ^_^
Originally posted by peridot_79 at 10-12-2003 11:37 AM:
a'kum...you all..hi..nih first time saya posting kat thread nih..selalu baca jek posting korang nih...almaklumlah tx ntv7 kat tempat saya ni hampeh...so jarang jarang dapat tengok...happy together dah episod 6 ek....makin lama makin best kan citer tuh...
Wa'alaikumsalam wbr
Hi peridot_79
Sila, sila....teruskan berposting. It's open to everybody . Tak kisahlah nak komen ke, tanya soalan ke atau apa-apa pun, semuanya dialu-alukan. Memang tujuan we all di sini nak memeriahkan sub-board ni lagi......:2cool:. |
|
|
|
|
|
|
| |
|