CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
 Author| Post time 15-12-2011 01:09 PM | Show all posts
Assalammualaikum..
TT.. chefmizan.. saya nak bertanya dari pengalaman betul ke kalau kita mimpi sus ...
gedget81 Post at 15-12-2011 08:14


Selamat Melayari gedget81 thread "Tetamu Tak Diundang", pengalaman dan pendapat anda amat dihargai dan ditagih disini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2011 01:14 PM | Show all posts
Reply 1539# midori_katana


   menakutkanla....niat nak berubat tapi makin bg masalah kat kiter...jahat betul guru silat 2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 01:16 PM | Show all posts
wah dh jadi mcm thread aku plak.. sori ye TT, syoq plak lepak sini.. tumpang cite..
Noyen Post at 15-12-2011 10:22



Terima kasih Noyen,sebab berkongsi cerita...saya pun tengah baca semula cerita2 tu...
insyallah saya akan bagi pendapat....jenuh gak nak baca ...tapi saya akan baca...
apa2 pun noyen sekarang separuh dari kami,saya,cheff,bunga321,ana_pricess,dan yang lainnya....
kita akan sama2 cuba memberi pendapat yang bernas..ilmu2 yang baik....
insyallahh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 01:19 PM | Show all posts
hai...  

aku bdak baru dkat cni...
best lepak dkat cni..
klu aku nk tumpang bercerita blh ...
RaqShah Post at 15-12-2011 12:49


Selamat Melayari RaqShah thread "Tetamu Tak Diundang", pengalaman dan pendapat anda amat dihargai dan ditagih disini..
kami disini mengalu-alukan penceritaan anda....kongsi lagi yeee...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 01:24 PM | Show all posts
Reply 1545# KAULAT


    terima kasih abg kaulat...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 01:26 PM | Show all posts
Reply 1543# imma2010


    Akak tak rasa lah guru silat tu jahat cuma dia berubat guna jin jugak... Kawan akak pesan cara kita nak tau org tu merawat guna jin ialah dia guna sireh pinang.. Wallahhualam... Akak ni penAkut orgnya slalu doa jgnla ternampak yg bukan 2 walaupun terdengar dan terasa tu dah pernah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2011 01:42 PM | Show all posts
Reply 1547# midori_katana


   maksud akak kalo diorang gune sireh pinang 2 memang diorang de gune jin r eh?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 01:59 PM | Show all posts
Reply  midori_katana


   maksud akak kalo diorang gune sireh pinang 2 memang diorang de gune ji ...
imma2010 Post at 15-12-2011 13:42



    Kawan akak yu kata... Semua yg guna jin pakai sireh pinang tapi bukan semua yg pakai  sireh pinang tu guna jin... Maksudnya kebarangkalian ada campur tangan jin bagi bomoh yg guna sireh pinang ni tinggi la...so akak prefer berubat dgn ustaz cthnya darul syifa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2011 02:28 PM | Show all posts
Terima kasih Noyen,sebab berkongsi cerita...saya pun tengah baca semula cerita2 tu...
insyall ...
KAULAT Post at 15-12-2011 13:16



   assalamualaikum...
hai TT...{:4_237:}

nick ana pun masuk sekali ye...hehehe...ana cuma tumpang lepak kat sini je sebab cerita kat sini best sambil dapat kutip ilmu...tak ada pun ana bantu apa2 macam TT, chef, bunga and kak sofiera...


p/s : penat..baru sekarang dapat masuk sebab dari pagi buat kerja luar...sekali masuk bayaknye cerita baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 02:52 PM | Show all posts
Assalam semua!
Terima kasih kaulat & chef yg sudi berkongsi cerita, petua dan ayat2 pendinding... A ...
midori_katana Post at 15-12-2011 11:37



Selamat Melayari midori_katana thread "Tetamu Tak Diundang", pengalaman dan pendapat anda amat dihargai dan ditagih disini..
kak selaku orang lama dalam berforum,mesti banyak pengalaman,kongsi2 laaa disini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 03:03 PM | Show all posts
Reply  midori_katana


   menakutkanla....niat nak berubat tapi makin bg masalah kat kiter...jah ...
imma2010 Post at 15-12-2011 13:14


Kesinambungan daripada apa yang berlaku terhadap midori_katana,saya akuinya dan memang pernah terjadi kes2 sebegini dimana perawat sebenarnya meletakkan belaannya ataupun khadamnya untuk menjaga,atau menangkis sihir2 yang sebelum ini,namun kita harus ingat apabila seseorang mempunyai perjanjian ataupun belaan,dan kita juga sedia maklum sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia,kebiasaanya apabila belaan guru silat bertemu dengan sihir sebelumnya

Hanya pada permulaan sahaja nampak seolah akan pulih,namun bila jin bertemu jin mereka akan berkawan,dan pesakit akan lebih menderita....kadang2 ada juga perawat menggunakan kaki gagak,kulit belangkas,lipan,sarang burung layang2,cincin,tangkal sama ada yang dipakaikan di tangan bayi,pinggang bayi,kaki bayi...dan berbagai lagi untuk merawat penyakit...dan kebiasaannya ini semua memang mempunyai khadam...tujuannya adalah bagi kita percaya yang mereka memang handal...namun ni semua biasanya sementara...

Hanya perawat2 yang menggunakan ayat al quran sahaja yang boleh merawat pesakit..

Wallahuallam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 03:18 PM | Show all posts
Assalammualaikum..
TT.. chefmizan.. saya nak bertanya dari pengalaman betul ke kalau kita mimpi sus ...
gedget81 Post at 15-12-2011 08:14



Emmmm....memang ada gak yang cakap benda yang sama,bila kita kerap bermimpi menyusukan bayi,sedangkan kita tak tau bayi siapa....namun kebiasaanya saka...akan diperolehi bila kita bersetuju dengan syarat dan ada mentera perjanjiannya,namun ada juga saka yang tidak memerlukan perjanjian,tetapi saka jenis ini lebih kepada belaan keturunan seperti harimau,singa dan sebagainya dengan tujuan untuk keselamatan,

Saka yang dimaksudkan dengan perjanjian seperti hantu raya,dimana ia memerlukan tuan untuk dibela...
ada juga sesetengah yang bermimpi menyusukan bayi ni adalah bayi bunian,dimana sesetengah bayi bunian disusukan manusia biasa....

Namun sekiranya ia adalah benar saka keturunan kebiasaanya ia akan cuba memberi tahu samaada melalui bayangan,penampakan,jelmaan ataupun secara terus,dan kebiasanya ia kerap berlaku...
Jadi inisiatif terbaik adalah pertama, selidik adakah benar keturunan kita mempunyai saka yang tidak diceritakan,orang2 tua mesti tau,sikit sebanyak mesti ada cerita semua tu,sekurang-kurangnya sikit sebanyak kita bole ikhtiar untuk mencari jalan penyelesaian,

Lagi pun pada zaman sekarang sukar untuk mencari perawat yang pandai membuang saka...

Insyallah ada caranya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 03:37 PM | Show all posts
setelah ana mencari, jumpa jugak cerita ana kat thread nick name antu gigi...nak taip balik malas...ni dah jumpa ana paste je kat sini ye...antu gigi mesti ingat cerita ni kan...


waktu ana form 4, ana dilantik dalam satu persatuan kat sekolah...persatuan ape ana rahsiakan ye...so, cikgu plan nak buat kursus kat batang kali...ana lupa nama tempat tu...2 hari satu malam je...

kat situ ada chalet 2 tingkat...ana dapat bilik tingkat paling atas dengan kakak2 senior...berkongsi katil la...tak silap ana dalam lapan orang satu bilik kat chalet tu...

malam pertama tu, ada buat satu aktiviti kat tempat makan....tempat makan tu boleh nampak la bilik2 kat tingkat atas chalet tu...

masa aktiviti tu, ana terlupa bawak kamera...so, ana ajak kawan ana teman ana naik bilik ambik kamera...ana tengok jam dalam pukul 8.15 masa tu...masa lalu bilik-bilik lain nak ke tingkat atas tu memang agak seram...bila sampai kat pintu bilik ana, pintu tak boleh bukak...ana pulas-pulas tombol pintu tetap tak boleh bukak...ana dah rasa seram...bulu roma ana meremang...tapi ana anggap tu perasaan ana je...ana buat tak tahu...ana baca bismillah baru boleh bukak....ana cepat2 ambik kamera ana...lepas tu lari2 turun kat tempat makan tu...

tapi ana memang rasa semacam...ana pandang bilik ana...ana rasa macam ada something...tapi ana malas nak layan...

lepas balik sekolah, kecoh ada budak dapat tangkap gambar perempuan pakai selendang putih...muka tak nampak(blur)...'benda' tu tengah tengok kat kawasan kami buat aktiviti malam tu...ana tengok waktu kat gambar tu...8.20 macam tu...ana terkejut...ana tengok bilik tempat perempuan tu berdiri...memang bilik ana...dan paling ana terkejut, masa tu lampu bilik terbukak...maknanya, gambar tu diambil masa ana masuk bilik tu nak ambik kamera...ana rasa macam nak menangis je...nasib baik dia tak tunjukkan diri dia masa tu...kalau tak, mesti ana dah pengsan kat situ jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 04:29 PM | Show all posts
waaaaaaaaaaaahh.. makin ramai yg memriahkan threa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 05:14 PM | Show all posts
Salam
En kaulat nak numpang cerita jugak ye, sakan semua cerita rasa seronok plak share2 cerita

Cerita ni masa aku kat matrikulasi. Itu pertama kali aku duduk asrama. Aku bagi intro panjang lebar sikit.

Walau aku ni jenis independent, tapi first time jauh dengan bonda tercinta menggugat keimanan la jugak.

Aku selalu ingat pada mak aku sampai 2 bulan aku boleh homesick, tapi aku rasa itu bukan homesick dah, itu mengada namanya huahuahua. Sebabkan kesedihan melanda aku isi masa aku dengan baca buku je. Setiap saat aku belajar. (aku bukan ulat buku malah pemalas, mungkin sebab culture shock aku jadi macam tu)Aku tak campur orang. Macam kera sumbang kan, ye memang kera sumbang.

Aku pengecut, tapi kesedihan terlampau membuat kan hati aku kering. Malam2, kebanyakan budak2 belajar di bilik, ada yang discussion di kelas2, kira meriah la. Tapi aku tak suka suasana bising, jadi aku pilih untuk belajar di tangga tingkat atas sekali dalam blok asrama aku. Blok asrama aku atas bukit. Port yang damai sebab tangga aku duduk tu menghadap hutan yang bercahaya samar2 dari lampu rumah2 yang ada di celahan hutan di bawah bukit. Tingkat tu, banyak bilik kosong, ada dalam 3 bilik je berpenghuni. Cool kan aku, boleh pulak menelaah kat tempat yang sepatutnya creepy tu. Entah aku rasa pemandangan dari port aku tu mendamaikan. Setiap hari itulah rutin aku, straight lepas masuk azan isyak aku solat, terus aku ke situ sampai pukul 12 baru aku balik bilik sambung belajar di bilik. Kalau tabah, pukul 2 baru tido, kalau tak tabah pukul 12 tu dah terus tido.

Satu malam tu, tiba2 aku terjaga. Tidur aku tadi dah habis lena dah, tapi sebab tersentak dengan bunyi selipar shrett shrett shrett aku terjaga. Bunyi selipar tu biasa la kan, memang budak2 bilik kat wing aku jenis berjalan tak angkat kaki, tapi sebab pagi buta kan sapa plak yang jalan lenggang kangkung, pulak tu bilik aku gelap gelita time tu, pitch black. Shrett shrett, sambil aku dengar mata aku terpejam lagi tak tau asal aku tetiba nak rasa seram berpeluh bagai. Bunyi selipar yang jauh, makin lama makin dekat makin lama makin dekat ,bila bunyi tu dah hampir betul2 depan pintu bilik aku, Shrett. Senyap.

Fuhh berpeluh aku dibuatnya. Apahal bunyi tu mati kat situ. Bila hadapi situasi macam tu sorang2, ada dilema dalam diri aku. AKU ILUSI?KE BENDA TU BETUL AKU DENGAR?KE ILUSI JE? KE AKU DENGAR?ILUSI?AH ILUSI JE, sambil berdoa dapat terus lena tido.  Puas pujuk otak ajak tidor, tak boleh jugak tido. Berpeluh ajak diri sendiri tidor, tapi tak maunya dia.

Aku ingat yang tadi tu mainan otak aku je. Tengah aku paksa tidur, HMMHH HMHHHH HMMHHH. Bunyi mendengus. Betul-betul atas muka aku. Satu badan zap! tegak bulu roma dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bunyi tu dengus lagi.  Ini bukan orang yang mendengus ni. Macam kucing yang mendengus tapi lagi kasar dengusan dia tu, aku dah terbayang harimau yang mendengus. Aku pikir apahal la aku boleh terpikirkan harimau buat haru emosi sendiri je. Ya Allah tuhan je tahu punya geletar satu badan tapi aku static tak bergerak dalam hati baca segala apa yang tau. Lepas beberapa saat badan aku relaks tak keras kejung macam tadi dah, dan bunyi tu pun hilang.

Bila dah penah kena yang paling ekstrem punya tegak bulu roma, lepas tu kalau aku stay up malam sorang2, radio aku kena kacau aku boleh cool la, tune balik cari frequency yang betul. Tapi kalau 2 kali kacau radio aku, aku dah tak berapa nak cool dah. Aku tutup buku tarik selimut daa.

Al-kisahnya, bila aku tamat matrik. Aku sembang ngan member aku, (note:first semester aku kera sumbang, second semester baru aku mixed dengan orang sekeliling) baru la aku tahu blok asrama aku paling keras dan selalu orang serempak cik pon or cik lang berterbangan dari blok asrama aku ke hutan. Siap member aku ni, dipesan oleh mak angkat dia a.k.a mak guard kat situ kalau keluar ke toilet lepas kul 12 bawak teman masa first semester member aku kat situ. Mohtip dia baru pesan kat aku yang dah nak keluar dah?? Tapi takpe lah walau apa pun, syukur juga tahu masa dah habis. Aku kalau tang rohani agak tak kental.

Aku teringat cerita ni bila chefmizan ada sebut tak elok sorang2 masa kat asrama.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 06:00 PM | Show all posts
Reply 1551# KAULAT


    Akak ni mmg dah lama di forum ni.. Sejak tahun 2004 lagi cuma akak lebih selesa jadi SR jer... Skali skala kalau angin rajin atau berkobar2 nak cerita sesuatu tu barulah akak posting... Akak suka tread ni.. Suka baca kisah kaulat, chef , pnlina dan yg lain2 sbb cerita korang disampaikan dgn bahasa yg mudah dan menarik...chef misalnya mengupas hal2 paranormal ni berdasarkan prinsip islam.. Jadi kita boleh ambik banyakmmanfaat untuk dijadikan panduan dan sempadan... Teruskan menulis ya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2011 07:35 PM | Show all posts
Salam
En kaulat nak numpang cerita jugak ye, sakan semua cerita rasa seronok  plak share2 cerita ...
esbok Post at 15-12-2011 17:14



Selamat Melayari ESBOK thread "Tetamu Tak Diundang", pengalaman dan pendapat anda amat dihargai dan ditagih disini..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 08:27 PM | Show all posts
betula kata kaulat memang ada gak pengamal perubatan yang menggunakan jin.. mak pejan pun penah kena.. masa tu orang tu nak anta kat ayah pejan tapi  tak boleh jadi banda tu pegi pada mak pejan.. kemudian ada orangbagitau pegi berubat dengan sorang ketua silat.. masa ni pejan belum ade... mak pejan n arwah ayah yang cite.. teruk gak la.. ayah pejan cakap orang tu siap makan lilin yang menyala...dia cuba masukkan jin belaan dia dalam badan ayah pejan tapi tak boleh coz ayah pejan amal ayat nabi sulaiman.. pejan dah tak ingat rahsia disebalik ayat suarah nabi sulaiman ni.. kalau ada sesiapa yang tau boleh kongsi.. pejan pun tak bape pasti surah tu ape yang ingat ada sebut nabi sulaiman la.. jadi tok guru tu masuk kan jin dia dalam badan mak pejan lagi teruk la mak pejan lepas tu... n than ayah pejan bawak mak pegi berubat dengan ustaz lain baru la ok.. tapi masih lagi lemah semangat.. mak pejan selalu mengigau.. ada tak sape2 nak kongsi ayat2 atau surah yang boleh buat mak pejan  tak ngigau lagi ? lagi satu boleh tak sape sape tolong explain tentang amalan badar and surah sulaiman tu tak?? tingin nak tau khasiat amalan2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 11:06 AM | Show all posts
tak kan takat sini jew?!... citer arr lg.. huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 11:20 AM | Show all posts
fuh... bnyak tips / amalan yang boleh dimanfaatkan kat sini.. terus salin letak dlm buku kecik ..

Macam saya nak kongsikan dekat sini pasal arwah emak saudara yang meninggal disebabkan  kanser.. Dulu arwah pernah bercerita selalu mimpi yang mengerikan. Selalu dalam mimpinya selalu ade benda yang membaling kearahnya.. tapi arwah dapat mengelak. dan ade satu hari tuh ade tangan yang memegang gunting tapi arwah tak sempat mengelak dan terkena pada tubuhnya..

Kemudian suatu hari  tu arwah disahkan mengidap kanser. Sehari sebelum pembedahan arwah bermimpi melihat ular hitam yang banyak mengejarnya.. lupa kejadian tu dalam masjid or arwah berlari ke dalam masjid.. Sape-sape leh tafsir ape maknanye nih..
Doktor ada mengatakan kanser arwah ni pelik. Pelik yang macam mana waallahuallam..

Mak pula ade bermimpi dua kali ade satu makhluk botak ni nak masuk dalam rumah. Mak tak bagi pastu diorang bergaduh or bertumbuk ke ape tak taulah. Sampai mengigau-ngigau mak. Terkejut adik-adik semua dengar suara mak. Sampai diorang takut nak pegi kejutkan mak..  Tapi diorang kejutkan jugak sebab kesian kat mak.. Adakah rumah kat kampung tu ada benda yang nak menumpang?

Pastu adik pompuan ade bermimpi sorang makcik bersanggul bagai datang dalam mimpi Nak bagi sumthin ke ape tapi dia tak ambik .. dan adik pompuan ni selalu jugak kena tindih.. tak tau kenapa benda tu suka sangat kacau dia..  Yang pasti kalo saya tidur menelentang konpem kena tindih.. sebab tu skang salu tido mengiring.. Kalo dah kena tindih tuh konpem maki balik benda tuh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.344379 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list