|
Reply 1560# sang_arjuna
akak.. sorry to hear that...
cancer apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1561# midar
breast... tp early stage jadi minta mintalah ok
ramai betul org yg smiley knl kena cancer
tahun lepas classmate smiley & officemate meninggal sbb cancer |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1562# sang_arjuna
bahaya sungguh penyakit ni..
senyap2 ajer datangnya...
tp ader jugak some p'puan ni malu nk g check...
tu yg x dpt detect awal2...
like my aunty.. dia bukan malu..
tp dia x ready nk terima result tu..
15 years back dia ader buang ketumbuhan kt breast dia..
tu yg buat dia jd lagi takut nk jumpa doktor..
puas dh nasihat.. x tau la smpai bl dia nk berdegil... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Jaza2008 at 18-5-2010 14:54
Reply midar
breast... tp early stage jadi minta mintalah ok
ramai betul org yg smiley knl kena ...
sang_arjuna Post at 18-5-2010 14:28 
early stage masih boleh dirawat walau kena berkali2 rawatan susulan...
takut akar dia merebak je... sbb my ex-schoolmate... dpt kesan early stage gak...
bertahun2 dia melawan dan semangat dia tggi... smpai satu masa tu doc ckp dah covered semua
3 tahun dia hidup happy dgn anak2 n husband.... tahun berikutnya cancer tu kembali balik dgn
aktifnya dan sudah tertulis di Loh Mahfuz yg ajal dia dgn cancer...sebelum smpat operation lagi...
dia pergi dgn tenang dan diredhai oleh semua kaum keluarga... bertahun2 dia bergelut tuk hidup lama demi
anak2 yg masih kecik.... family n anak2 dia kuat sgt2 smpaikan mereka tak sedih sgt melepaskan dia pergi....
semoga smiley n family biras tu tabah menghadapinya.... kita kena kuat supaya dia lebih kuat tuk melawannya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by qimi08 at 18-5-2010 14:48
Reply midar
breast... tp early stage jadi minta mintalah ok
ramai betul org yg smiley knl kena ...
sang_arjuna Post at 18-5-2010 14:28 
cancer ni racun paling besar klu menyerang cepat je
kawan baik/ sepupu/jiran kena breast cancer
Kawan baik & sepupu alhamdullilah dah buang sebelah
tapi masih gi rawatan susulan masih
belum merebak so x payah kimo
Jiran tu meninggal last year...sbb dia x mo operate..
Terbaru kakak angkat kat Melaka cancer usus
dah 2 x operate kat UK/ Msia...last2 doc dpt kesan cancer
kimo 30 x tapi body dia x tahan baru buat 9 x
tetapi semangat juang dia kuat ..suami anak menantu cucu
adalah kekuatan dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1565# qimi08
yg pting org2 disekeliling kita yg kena tabah dan kuat bagi semangat tuk dia...
cam jaza... arwah MIL - luekimia a.k.a barah darah.... n stage..sbb dpt kesan saat2 akhir
dia sihat tak de sakit2 berangkai pun.... tiba2 je dia demam dan after 1 month later she gone....
cpt tul... my auntie adik mak... keja misi... cancer tulang sendi... dpt kesan awal...tapi semgat juang dia tggi
sbb keja dia nurse kan mmg dgn hospital dia tak jauh... smpai kaki kena potong, rambut gugur (kimo) smpai mata sebelah kena buang cancer tu merebak dari satu sendi ke satu anggota lain.... dia suffer teruk tapi tetap tak nak mengalah..
hospital rumah kedua dia sbb dia perlukan doc tuk membantu dia selain dari family... bertahun2 gak dia lawan...
akhirnya after jaza bersalinkan fatin baru dia pergi tuk selamanya selepas 5 tahun bergelut dgn cancer... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply qimi08
yg pting org2 disekeliling kita yg kena tabah dan kuat bagi semangat tuk dia ...
Jaza2008 Post at 18-5-2010 15:13 
takot nyer...cancer nie kalau menyerang takder bg hint2..tengok2 dah n stage..kawan sut cancel pangkal rahim, dapat detect dah teruk dah..beberapa bulan je meninggal..al fatihah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1567# nsutra
Yele penyakit alaf baru.....
mudah sgt kita dgr "cancer" tu...klu menyerang
terus je......Tiada maaf bagi mu |
|
|
|
|
|
|
|
ampunnnnn semua
smiley tgh sedey
biras smiley kena cancer
sebab tu mcm takde mood nak sambung dua ...
sang_arjuna Post at 18-5-2010 14:12 
so sorry dear, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, boleh dirawat lagi tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1569# cmf_blingblings
insyaallah boleh kot
tp kena operate cepat & buat chemo
ramai docs kata penyebab cancer ialah makanan kita skrg bnyk preservative, pollution, dan secondary smoke
tapi kena makan makanan yang kita tanam sendiri, bela ayam, ikan , lembu sendiri , duduk dalam gua kot baru boleh escape semua tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_blingblings
insyaallah boleh kot
tp kena operate cepat & buat chemo
ramai docs kata ...
sang_arjuna Post at 18-5-2010 17:21 
agaknya lah, kalau duduk apartment tu nak ternak apa nya??? |
|
|
|
|
|
|
|
so sorry to hear that....
time ni close relatives kena give strong support.....siannya
anyway Smiley take care too... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1566# Jaza2008
bila dah sampai ajal... kita berserah sajalah
mcm arwah mak smiley dulu pun kena breast cancer juga
tp dia takut pergi hospital jadi dia pergi jumpa org yg berubat kampung... padahal mak smiley tu dulu cikgu, tapi still takut juga dengan doktor
tiga tahun dia ok jer
pastu tumor dia makin besar... kita org paksa gi sepital
bla buat scan, dah merebak ke tulang & liver
doktor buat mastectomy then chemo
tp sbb dah tua mmg susah nak recover
tp smiley selalu think positive - kalau kena cancer sekurangnya ada warning sign, sempatlah nak tambah amal apa yg patut. Macam ada sorang kawan smiley tu... kena cancer stage 3. Tapi lepas chemo dia recover, terus pergi haji. Sekurangnya sempat tunaikan rukun islam ke 5. Dia sendiri kata kalau tak pasal kena kanser mungkin dia tak terfikir pun nak pergi. Itulah hikmah yg Allah beri. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1571# cmf_blingblings
ikan dalam aquarium boleh kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1573# sang_arjuna
http://rahayu-roslan.blogspot.com/
Penulis ni kena cancer adik ipar kepada prof dr. muhd kamil
penulis buku travalog haji....
Ayu tgh menjalani rawatan kimo
sedih gak dia merayu nak gi Haji tahun baru ni
tapi masih belum ada rezeki lagi...... |
|
|
|
|
|
|
|
smiley sambung sket
.............................................................................
Dahi Najlah berkerut membelek dua helai kemeja di tangan kanan dan kiri. Yang biru denagn belang putih atau yang putih belang kelabu? Atau keduanya sekali? Harganya Aussie dollar 65 sehelai. Lebih kurang RM200. Mahal juga kalau di bandingkan dengan kemeja berkualiti sama di Malaysia. Tapi ini hadiah kenangan bulan madu. Setiap kali Adham pakai baju ni dia akan mengingatkan kembali saat indah mereka bersama. Harap harap begitulah. Jangan dia ingat minah minah Aussie berbikini di pantai pula. Najlah terus ke kaunter untuk membayar. Puas hati dapat membeli semua barang yang di pesan dan juga cenderahati untuk kawan kawan. Betul kata Adham , barang barang di Melbourne lebih murah berbanding Gold Coast.
Dengan mengendong beberapa beg berlogo kedai kedai sekitar Melbourne, Najlah mencari tempat duduk untuk berehat sementara menunggu Adham. Adham ada temujanji dengan bekas professornya di Melbourne University. Jam tangan menunjukkan pukul 2.30. Masih ada setengah jam lagi sebelum Adham selesai. Baik aku lepak di sini dari balik ke bilik. Kakinya yang tegang di lunjurkan.
“ Excuse me. Hi… hello!” Suara lelaki mengejutkan Najlah. Dia terpinga pinga melihat seorang lelaki di sebelah menggoncang bahunya . Ya Allah! Aku terlelap rupanya. Malunya… orang ramai lalu lalang di sini tapi aku tidur sampai tak sedar langsung.
“Are you okay? You were asleep for quite a while. I thought you passed out” Najlah membeliakkan mata. Lelaki berkaca mata itu nampak macam orang Asia. Gaya pertuturan nya tidak seperti orang Australia. Melbourne macam bandar di Asia, orang Melayu, Cina, India sama banyak dengan matsalih.
“ I’m okay. I was just tired” Najlah memastikan semua kandungan beg tangan dan beg shoppingnya ada. Fuh.. nasib baik tak ada yang kena sapu. Meraung aku kalau barang barang penting macam paspot dan credit card hilang. Dia membalas senyuman lelaki yang berpakaian kemas itu. Dari gayanya tak nampak macam pelajar maupun pelancong. Tak juga macam penyangak.
“ I… think…. I...have ..met you before” Sepatah sepatah perkataan di sebutnya sambil mengerut dahi. Tiba tiba dia memetik jari.“ Najlah! You are Najlah kan?”
Najlah mengangguk. Siapa dia ni? Aku bukan ada kawan di Melbourne ni. Tapi muka mamat ni macam pernah ku lihat. Tapi di mana ya?
“ Tak ingat saya? ” Senyuman lelaki itu makin lebar membuat matanya jadi sepet. Lesung pipit terukir di kedua belah pipinya.
“ You look familiar tapi I tak ingat di mana kita jumpa”
“ Norman lah. Cousin Tasha. Remember me?”
Hailaaa.. Norman rupanya. Cinta monyet aku masa sekolah dulu. Cuma sekali keluar dating pastu dia surrender sebab Mak ikut sekali. Najlah tergelak bila terkenang kembali cerita lama.
“Tak sangka jumpa you di sini. What a small world! You bercuti kah?”
“ Sort of. I dah habis belajar. Tak lama lagi nak balik Malaysia for good. What are you doing here?”
“ Er… holiday. “ Macam poyo pula kalau cakap honeymoon. Tapi kalau dia nampak jari aku yang masih ada sisa inai mungkin dia boleh agak.
Norman merenung tepat pada Najlah. Masa remaja Najlah ramai peminat tapi tak siapa berjaya mendekati gadis pingitan Datuk Fuad itu. Dia sendiri pun angkat bendera putih walaupun sepupunya sahabat baik Najlah dan banyak menolong proses masuk line. Tapi line tak pernah clear macam nama kedai Nasi Kandar yang terkenal di Penang. Sekarang Najlah makin cantik. Mata bundar dan hidung kecil tapi tak terlalu mancung. Bibir mungil Najlah yang berona pink walaupun tanpa gincu. Dia terpana.
Najlah berdehem. Risau juga bila di tenung begitu. “ You belajar apa di sini?”
“ Medicine. I kat Monash for 5 years”
“ Patutlah tak dengar khabar. Tasha kata you pergi overseas tapi tak cakap kat mana”
“ You still rapat dengan cousin I yang sewel tu?”
“ Of course. Dia housemate I dan office mate juga. Macam kembar Siam. Tak boleh get rid of her” Najlah buat muka kelakar
Ah.. dia belum kahwin, rumus Norman. “ Berapa lama you di sini?”
“ Seminggu saja. Tiga hari kat Gold Coast , pastu datang Melbourne. Besok dah nak balik KL. “
“ You dah tengok semua attractions di Melbourne? Kalau you nak I boleh bring you around” Tinggi harapan Norman untuk menyambung hubungan yang terputus.
“ So far, I dah pergi Philips Island, St Kilda, Victoria Market, jalan jalan kat the parks. Melbourne is very beautiful. Mesti you rindu tempat ni nanti bila dah balik sana”
Norman tersenyum. “ You know what they say…Hujan emas di negeri orang, hujan ribut di negeri sendiri…”
“ Suka suki saja tukar peribahasa. 5 tahun kat sini dah rindu kat hujan ribut? ” Tawa Najlah membuat dada Norman bergetar hebat.
“ Mestilah rindu. I miss everything about Malaysia. Bukan murah nak balik selalu. I bukan anak orang kaya”
Nada suara Norman membuat Najlah rasa serba salah. Masa mereka berkawan dulu Norman menyangka yang hubungan mereka tak di restui sebab perbezaan status. Padahal Mak dan Abah tidak langsung pilih bulu, mereka cuma terlalu over protective. Apapun cerita lama itu semua dah tutup buku. Dah masuk arkib negara pun
“ Alamak… Norman! I have to go” Najlah baru tersedar sudah hampir sejam dia di situ. Adham mesti sudah lama menunggu di hotel. Kelamkabut dia mencapai beg beg. Norman turut membantu.
“ You tinggal kat mana? Boleh I teman you? Banyak barang you nak bawa ni”
“ Its okay. Hotel I dekat saja, kat Bourke Street. Nice meeting you Norman” Senyuman lebar di hadiahkan sebelum melintas jalan macam peserta Big Walk.
“ Nice meeting you too. Nanti kita jumpa lagi di KL ya” laung Norman. Senang lah nak jumpa nanti. Tasha masih lagi kawan baik Najlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Jaza2008
bila dah sampai ajal... kita berserah sajalah
mcm arwah mak smiley dulu pun ke ...
sang_arjuna Post at 18-5-2010 17:35 
tapi factor lagi satu yang menjurus ke arah penyakit ni adalah keturunan, 30% tu besar sumbangannya. Sama juga macam kencing manis...hati-hatilah untuk semua |
|
|
|
|
|
|
|
“ Who was that guy?” Muka Adham mencuka
“ Who was that woman?” balas Najlah dengan mata mencerun. Aku sampai berjogging balik sebab takut dia tunggu lama tapi rupanya dia seronok berdating dengan mem matsalih di lobby hotel. Sungguh kusyuk sampai tak sedar aku memerhatinya.
“ I tanya dulu.”
Najlah memaling tubuh dan terus ke kitchenette di sudut junior suite. Dia meneguk air untuk menenangkan perasaan. Masuk bilik saja dah kena sergah. Macamlah besar sangat dosa aku.
“ Norman, cousin Tasha. Dia study kat sini.” Najlah menjawab dengan muka tak bersalah. Memang aku tak buat salah pun. Aku berbual saja, tak ada pun sampai laga laga pipi.
“ I nampak you dengan dia mesra semacam saja” Hati Adham menggelegak. Ingatkan lepas temujanji dengan Professor Whiting nak cari Najlah di Myers supaya boleh shopping bersama. Bila nampak Najlah berbual mesra dengan mamat tu, dia terus tersentap dan pulang ke hotel. Tak sangka pula terserempak dengan Miriam. Ingatkan dia dah pulang ke Turkey.
“ Mesra? Excuse me… I tak laga laga pipi, peluk peluk. Kalau itu girlfriend you pun, ingatlah sikit. Kalau pun you dah terlupa yang you ada isteri, takkan lupa yang you orang Islam.” Sakitnya hati aku. Patutlah beria ria sangat nak datang ke Melbourne. Ada lobster di sebalik pasta rupanya.
“ Lala… sayang. Look at me” Adham memegang kedua belah pipi Najlah. Najlah menepiskan tangan Adham dengan kasar dan memalingkan muka. Matanya sudah bergenang. Bila bila masa saja airmatanya boleh tumpah. Aku tak nak menangis di depannya. Menangis = Lemah. Aku kena kuat.
“ Sayang, I’m sorry. Bagi peluang untuk I explain. She was someone that needed my help…”
“ Explainlah kat dinding.” Najlah melepaskan diri dan terus ke bilik air. Pintu berdentum kuat. Adham meraup wajahnya dan melemparkan tubuh di sofa. Silap aku juga sebab tak berterus terang dengan Najlah. Telefon bimbitnya yang berdering di capai. Dada Adham sesak mendengar berita yang di sampaikan.
Najlah membersihkan diri kemudian duduk menopang dagu dibirai bathtub. Imej wanita cantik bertubuh sexy macam penari gelek tak dapat di lenyapkan. Mustahil kalau mereka cuma kawan biasa. Kalau aku tak balik tadi , entah entah Adham membawanya naik ke bilik.
“ Kalau tak percaya, tanyalah Adham siapa Miriam Ashrawi? Bakal laki kau tu dah pernah kawin. Baik kau check, entah entah kau tu isteri nombor dua” suara Liza terngiang ngiang di telinga. Ketika itu dia tidak percaya. Itu cuma fitnah yang entah keberapa puluh oleh Liza yang cemburu. Bodohnya aku. Lelaki pilihan aku kategori haprak belaka. Keluar mulut lelaki songsang, masuk mulut laki orang. Setan punya Adham! Airmatanya tak dapat di bendung lagi.
Pintu bilik air di ketuk bertalu talu. Najlah membatukan diri.
“ Sayang…. buka pintu please. Ada emergency.”
Ha ha… padan muka. Gasaklah kalau rasa nak terkucil ke , tercirit ke.
“ Sayang… please. Kita kena balik hari ni. Papa kena heart attack. ” |
|
|
|
|
|
|
|
oh no.... ada kontroversi lagi kah????
Lala + Norman, Yem + Miriam....
Yem duda ke?
smiley kena jwb tu....
masalah norman tak ketara sgt sbb Tasha tau Lala dah kawin ...
tak akan rekomen bini org kat sepupu dia...
tapi maslah Miriam...pasti ada sekelumit sesuatu dihati Yem sbb tak pernah berterus terang
ttg masa lampau....walau kekadang kena simpan tapi bila kebetulan yg tak terduga cam ni timbul...
laut yg dalam kena dgn kail yg pjng berdepa2 gak.... nak terokanya...
balik umah gerenti bermasam muka sbb masing2 simpan amarah yg tak terungkai lagi...
heiii Lala..Lala...Yem..Yem....
smiley brake tmpt suspen ni... papa Lala ke yg sakit? |
|
|
|
|
|
|
|
sudah...sapa plak miriam ni...nape liza ckp yem n miriam de kaitan???? ni la bila 22 penuh dgn rahsia nti jd la peperangan sbb xde sikap b'terus terang....yg lain akan take advantage nti...yem salah lala pun de salah...k.juna cpt la ungkai kan...tidakkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|