|
[Tempatan]
Sesat ketika mendaki Bukit Broga. DIJUMPAI #102
[Copy link]
|
|
Alhamdulillah dah jumpa dah.... terharu plak tgk gambo dia pelok mak dia tu... terkeluar dr trek la ni kiranya? |
|
|
|
|
|
|
|
Manjahati replied at 28-1-2017 05:11 PM
Ridhallah tu baru kluar gua ke apa? X kan x tau operasi SAR dah ditubuhkan utk cari si mukhriz man ...
ko jgn ingt smua org 24 jam hadap tv je. bkk fb, smua org ada urusan lain. aku hri2 bkk forum cri ni pon bru tau ada org ilang dkt bukit broga |
|
|
|
|
|
|
|
Itula kan.. kuat dia berjalan berdiri semua.. elok dah di bg makanla tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman manis sgt cikki dengan mamat london tu dtg hiking terus selamatlan org lokal |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin nak tahu dia makan minum apa dalam 7 hari tu masih nampak bertenaga. |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 28-1-2017 12:50 PM
laju nye dia jalan
dia naik pakai sliper kan. sliper pun hilang dah. kesian |
|
|
|
|
|
|
|
tanya sepupu dia tadi, katanya makan buah hutan dan minum air sungai.
|
|
|
|
|
|
|
|
MODE STAND DOWN
Kes: OH (1M)
Lokasi Bukit Broga
Tarikh Laporan: 22/2/17
LOKASI JUMPA : GR 345 /270 ( 250MTR dari Puncak Broga ke Puncak Tok Wan)
MANGSA : Mohammad Azarul Mukhriz bin Abd Rahman
WAKTU : 9.30 - 9.45 AM 28/01/2017
Dijumpai oleh :
1. Muhammad Ridhalleh B Ariffin ( Pendaki )
2. Nurfahanna Bt Mat Sedek (Pendaki)
3. Kurt Kirby ( Pendaki )
4. Elena Karvouni ( Pendaki )
Diselamatkan oleh : Team RQ 52 (Crew #10 : Shafiq bin Shamsudin )
KRONOLOGI :
9.30AM - Empat pendaki menuju ke arah Gunung Tokwan , dalam perjalanan 4 pendaki terdengar laungan meminta tolong dari arah kanan trail .Mereka berpatah balik dan mencari . Mangsa ditemui dilereng sejauh 100mtr kebawah dan dibawa naik oleh 2 pendaki lelaki tersebut.
Ketika ditemui oleh 4 pendaki tersebut mangsa ditemui dlm keadaan bertongkat dan memegang sebiji buah hutan berwarna kuning .Keadaan mangsa agak lemah tapi stabil dan positif . 4 pendaki memberikan makanan ( biskut) dan air minuman.
Dalam perjalanan turun mereka berselisih dengan team RQ52 dan menyerahkan mangsa.
11.00 AM -RQ52 menghubungi base comm dan memaklumkan penemuan mangsa
11.42 AM - Disahkan mangsa oleh Pegawai Operasi Mosars melalui gambar whatsapp salah seorang RQ52 , urusan mengeluarkan mangsa dibuat dan doktor dikalangan Resque team membuat rawatan awal . Bomba ( Tuan Aziz ) dimaklumkan .
12.00 PM - Bomba tiba dan naik ke atas untuk evakuasi lanjut . Ibu dan Ayah mangsa menunggu di pintu gerbang Broga.
13.00 PM - Mangsa tiba di base comm dan dimasukkan ke ambulan JPAM dan dibawa ke hospital Kajang bersama keluarga.
14.00 PM - Semua RQ team selamat keluar dari lokasi pencarian.
15.00 PM - Standown sepenuhnya dan team 4x4 Mylandy , Unit Amal Pas , Radio Amatur , Sukarelawan dan lain2 bergerak keluar dari broga.
Mohammad Bin Mohammad Salleh
Pegawai Operasi |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah sukarelawan2 yg lain.....bagus yea korang |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah
masih ramai yang prihatin...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak tau cmna dia bleh tersasar dari trail... ikut kupu2 kah, kencing dlm semak kah, dgr sora kwn dr arah lain kah...ke tiba2 xnmpk trail mata terhijab?
Klu terhilang dr pndgn kwn2 lain pun, laluan tu masih ada..ada dpn mata.. tggal ikut je...kcuali klu suka2 xnak ikut laluan biasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
siputsedut replied at 28-1-2017 06:16 PM
Pengalaman manis sgt cikki dengan mamat london tu dtg hiking terus selamatlan org lokal
Hantu tak dapat katup hijab kokesen kah sis? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Syd at 28-1-2017 10:07 PM
Azarul hanya calar di kaki [METROTV]
Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan dan merakam percakapan Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman kerana ingin tahu bagaimana dia hilang dan sesat di Bukit Broga.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata ketika ini Mohd Azarul, 20, masih di Hopital Kajang untuk diperiksa dan dipantau tahap kesihatannya.
Othman berkata, Mohd Azarul perlu diberikan rehat secukupnya sebelum diambil keterangan. "Ketika ini ahli keluarga termasuk ibu dan bapanya berada di hospital menemani mangsa.
"Mangsa tidak mengalami kecederaan serius cuma sedikit calar di bahagian kaki," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pasukan menyelamat termasuk Tiger Platoon Bn4 Pasukan Gerakan Am (PGA), bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) menjalankan menjalankan operasi mencari tanpa henti sejak 22 Januari lalu.
"Mangsa ditemui pada 11.13 pagi, di puncak tiga, Bukit Broga dalam keadaan lemah. "Polis yang mengetuai operasi pencarian mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan komitmen sepanjang operasi dijalankan," katanya.
#HMetro |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, Ibu mangsa, Rohana Saad, 49, ketika dihubungi, berkata perasaannya ketika ini sukar untuk digambarkan.
“Di saat saya hampir berhenti berharap, Allah SWT makbulkan doa saya. Syukur Alhamdulillah, saya lega sangat-sangat,” katanya.
Alhamdulillah dah ditemui dgn selamat berkat doa ibu
statement atas jadi peringatan buat ku akan keajaiban doa dan dalam apa jua situasi, jgn sesekali berputus asa dgn rahmat Allah dan teruskan berdoa |
|
|
|
|
|
|
|
buah hutan apa yek yg dia makan? hat warna kuning yg dia pegang masa dijumpai tu ker?
7 hari makan buah tu je & boleh bertahan serta memberi tenaga
pasni bolehlah para pengkaji tumbuhan tropika di upm ka, mardi ka buat kajian tentang buah tu & mungkin boleh dikomersilkan jadi makanan atau minuman penambah tenaga |
|
|
|
|
|
|
|
Changa replied at 28-1-2017 10:06 PM
Hantu tak dapat katup hijab kokesen kah sis?
Hantu kopek x sempat nak selak kopeknya sis... |
|
|
|
|
|
|
|
Disorok oleh kak ponti ke |
|
|
|
|
|
|
|
matamata replied at 28-1-2017 01:54 PM
jalan byk sgt tunduk kot, last2 terpisah dgn team,
aku pernah kena benda ni kat puncak korbu, tp ce ...
kenapa pakai cap pn blh sebabkan sesat? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-1-2017 11:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Hrp wartawan Mastika follow up isu ni. Kisah makhluk halus |
|
|
|
|
|
|
|
cap mampu limitkan kita punya pandangan dan alert masa treking, kita cenderung tak dapat tgk jauh ke depan sbb pada masa yg sama kita kena selalu pandang bawah takut tersandung akar atau terpijak lumut licin, bila asyik berjalan dan dlm keadaan penat, alert level makin kurang, asal ada lorong atau denai je kita redah....sedar2 dah jauh menyimpang, kalau kawan2 tak sedar, sesatlah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|