CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: R2D2

[Tempatan] Kes kekejaman bilik tahanan TLDM: 2 meninggal, 2 lagi cedera UPDATE #351

[Copy link]
Post time 1-10-2017 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
jiran aku cite anaknya kat PD call ada budak dr sarawak meninggal waktu training. anaknya xle cakap lama sbb masih lagi training. katanya budak tu mati sbb heatstroke. better check la baik2 heatstroke ke "belasah stroke"..now training masuk bulan ke 2 la kot.. mak aih dorg ni suma xserik kan. better jd polis kot dr jd askar ni..

aku dulu dok pahang, satu pagi dlm jam 10 tetiba ada budak laki mcm umo 20tahun camtu berlari pakai spender je depan aku..aku igt flasher or org gila tp muka bengkak mcm br lepas bergado. badan luka2..aku perati je dr dlm kete (mujur tak kuar dr kete time tu) dia lari pegi umah yg ada kain bersidai amik baju suar pastu dia nyorok kejap kat tepi umah tu. xlama ada moto askar 2 biji lalu. aku agak moto tu mesti cari budak tu. aku xkoser nk amik tau aku blah dr situ. ptg tu aku cite kat laki aku, dia bgtau aku bertuah sbb dpt tgk budak lari dari kem pastu MP ke apa cari.. betul2 mcm dlm movie.. harap2 budak tu selamat n berjaya lari.. jgn mati sia2. ni cite 15 tahun lepas. aku dok pahang pun xlama. 2 weeks je.

moga keadilan buat arwah 2 askar ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2017 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pelik 2org skali
Kenapa 2??????
Belasah sama2?
Eh geram pulak aku....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada sorang cikgu skolah ex navy. Tak tahan masuk navy, dia claim sakit mental. Dpt lah kluar dari navy. Dpt pencen lg.
Lps tu dia apply masuk jd cikgu.. tk tau le mcm mana dpt sbb bapak dia org ppd.
Posting jd cikgu.. tk jugek sah jawatan. Pd hal org nya mmg komited dan rajin. Alkisahnya dia tk boleh jd cikgu sbb dia dah ada rekod perkhidmatan dan ada dpt pencen. Dgr2 skrg jd cikgu di skolah swasta. Tp itu lbh baik dari mati kena tindakan disiplin bila tk nak bertugas.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang tengah tonton berita ringkas di TV3
Di sahkan ada aktiviti penderaan, pendarahan dlm paru2 akibat trauma alat tumpul
3 org di sah kan di tahan
Aku akan follow kes ni mcm kes arwah Haji Farhan
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 07:45 AM | Show all posts
macam kes anak sedara i, dia jadi ketua platun dia.. semasa training bulan ke 4, ada someone tolak dia dari belakang dan dia cedera. almost one week mc. bila mc, point latihan xcukup.. dia terkeluar.

since umur dia baru 20 tahun dan kecedaraan dia bukan patah riuk, dia ada chance lagi untuk apply lagi.

kes buli ni ada di mana sahaja. tambahan pula bila sesetengah orang tu suka mengambil kesempatan dan tidak boleh ada orang yang lebih dari mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 07:55 AM | Show all posts

tahun bila arwah meninggal tu?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2017 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Electromagnet at 1-10-2017 08:10 AM

@R2D2 update

kematian dua anggota TLDM
Sayed Hesham Idris
01 Oktober 2017 6:42 AM

IPOH 30 Sept. - Tiga lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika di dalam bilik tahanan di Sungai Wangi, Sitiawan semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, ketiga-tiga mereka masing-masing berumur 37, 29 dan 44 tahun.


Beliau berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan bertugas bagi syif bertarikh 29 September pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Menurutnya, mereka ditahan setelah bedah siasat terhadap mayat mangsa dipercayai ada berlakunya kes penderaan yang mendatangkan kecederaan.

"Suspek ditahan pada pukul 9.30 malam tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah.

"Kesemua tangkapan akan direman untuk membantu siasatan di Mahkamah Seri Manjung dan siasatan diklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tian Kee, bedah siasat terhadap mayat Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat,28, mendapati punca

kematian adalah pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

Katanya, manakala bedah siasat terhadap mayat Laskar Kelas 1 Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26, mendapati punca

kematian adalah pendarahan paru-paru serta trauma pada tisu lembut.

"Polis merakam lapan percakapan tahanan yang ada dilokasi serta rakaman percakapan 11 pengawal bilik tahanan yang bertugas di tempat kejadian

.

"Polis turut merampas set CCTV, tujuh T-baton, satu buku log bertugas SOP iaitu perintah tetap bilik tahanan Unit Sungai Wangi dan tiga telefon bimbit jenama Asus, Samsung dan Huawei," katanya. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:12 AM | Show all posts
banyak lah ikut prosedur. Salah satu tu ada masaalah disiplin. Datang lewat. Tak kan lah kena punish sampai rabak paru paru orang. ada anak binik lagi. Memang sial lah si pemukul tu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2017 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
dgr brite tv3 td dah sahkan ade penderaan dlm blik tahanan. semoga keadilan diberikan kpd kluarga msg2
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
menatang paling jahat dlm dunia ni apa eh?

iblis ke?

tp iblis buat keja dia,

yang ni lbh teruk dari iblis sbb dah ambil nyawa org,bkn keja kau kot...

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:19 AM | Show all posts
b_n_c replied at 1-10-2017 08:18 AM
menatang paling jahat dlm dunia ni apa eh?

iblis ke?

yang sebenarnya manusia tu sendirilah iblisnya.

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
org2 kejam zalim x guna mcm ni nk samakan dengan apa pun x tahu.
babi?-binatang ja pun.
hitler?-perangai kejam tp bunyi x kejam  ka maki pn x sedap didengar.

semoga pelaku yang kejam ni akan mampus dalam keadaan yang lebih dahsyat dari apa yg mereka telah lakukan
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:28 AM | Show all posts
b_n_c replied at 1-10-2017 08:21 AM
org2 kejam zalim x guna mcm ni nk samakan dengan apa pun x tahu.
babi?-binatang ja pun.
hitler?-pe ...

aminnnn.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by OmJualGas at 1-10-2017 09:03 AM

Ayaaaaa...ini askar aaaa   buli dan dera tak dapat dipisahkan.    Ini semua salah british ni....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:41 AM | Show all posts
Edited by edee_91 at 1-10-2017 08:43 AM



Kematian Anggota Tldm Diklasifikasikan Mati Mengejut

Polis dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan siasatan awal kematian dua anggota TLDM  itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak Datuk Gan Tian Kee, siasatan awal mendapati kematian Laskar Kelas Satu Allahyarham Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat 28 dan Laskar Kelas Satu Muhammad Lailatuiman Mohd Shukri 26 tahun diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Bagaimanapun proses bedah siasat masih dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh bagi mendapatkan punca sebenar kematian kedua dua mangsa.

Allahyarham Laskar Kelas Satu Nik Muhammad Baihaqy dan Laskar Kelas Satu Muhammad Lailatuiman disahkan meninggal dunia petang semalam selepas mengadu kepenatan menjalani latihan di bilik tahanan Sungai Wangi Sitiawan.

sumber: facebook Buletin TV3



Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE replied at 1-10-2017 01:37 AM
panjang citer dia.. but make it short..

masa dia trainning kat PD dulu, dia lari sebab tak taha ...

Takziah Mimie
I'm truly sorry to hear of the loss of your  beloved brother
InsyaAllah I'll closely follow arwah Haji Farhan, 2 Navies & Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah case
Walaupun depa tiada pertalian darah dgn aku tapi kes mereka sememangnya memberi kesan yg amat mendalam kpd aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2017 08:45 AM | Show all posts
Nur Liya Asmira Yahya, 24, dipapah keluar selepas melihat kali terakhir jenazah suaminya, Allahyarham Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd Sukri di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.





Foto : BBXpress
sumber: facebook Buletin TV3
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
mamarock replied at 30-9-2017 03:43 PM
Berdasarkan kenyataan itu, kedua-dua mereka menjalani latihan fizikal mengikut prosedur.

Juru ...

Mmm...latihan fizikal kalo kene lari 100 round bagai musti org buat kt luar....bilik tahanan depa ni mcm penjara ka apa?bau hekan ja...uols ni denda pakai prosedur ka pakai emosi neh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:50 AM | Show all posts
Dulu masa buat diploma kat Alor Gajah, ada sorang ex-army ambik diploma yg sama dan duduk sebilik yg sama. Dlm kami junior kena ragging....yg pelik dia je yg senior tak sentuh,,mungkin sebab factor fizikal yang tinggi dan sado..lps tu tau pulak keja askar, sape nak cuit.
Dah lama baru dia mengaku yg dia AWOL...lari gitu je ambik diploma...sbb bos dia taknak sign surat nak berhenti.
Harap polis dapat ambil tindakan dan ketiga mangkuk ayun tu dibicarakan dengan seadilnya. Menteri pun ambik tau la sikit, pegi kem, sembang santai dengan anggota..jgn percaya sgt ckp org atas ni. Kata NBOS.....Zaman ATM  dgn slogan 'tak diundang, jika ragu sila pulang' bukan lesen besar untuk pijak anak org.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:50 AM | Show all posts

NUR Liya Asmira Yahya, 24, (kiri) dipapah keluar selepas melihat kali terakhir jenazah suaminya, Allahyarham Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd Sukri di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. - Foto Muhaizan Yahya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.581125 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list