CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akakmonaBN

[Jenayah] seorang perempuan dilanggar lari semalam sudah meninggal

[Copy link]
Post time 19-10-2018 10:15 AM | Show all posts
Dah kena tangkap. Suspek 3 orang pak arab, seorang wanita tempatan (sabahan).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 10:17 AM | Show all posts
cik_sssara replied at 19-10-2018 10:15 AM
Dah kena tangkap. Suspek 3 orang pak arab, seorang wanita tempatan (sabahan).

Perempuan malaysian? hmmm.. paham2 jer laa
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:17 AM | Show all posts
sinalegna replied at 18-10-2018 10:35 PM
OT jap.. nyampah pulak nama tempat lokal acah2 urban omputih, kupikirkan jadi kat diobersi tadi.

...

Shaftsbury tu nama property company sis, under Ikhasas Group. Mall tu dia punya, ada lagi yang lain - Shaftsbury Suites, Pre-school, Resort, etc. Macam Berjaya, Sunway, Sime Darby gitu la.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:23 AM | Show all posts
Edited by cik_sssara at 19-10-2018 10:27 AM

Suspek langgar Wan Amirah ditahan
Oleh Siti A'isyah Sukaimi (Berita Harian online)

PUTRAJAYA: Polis menahan tiga lelaki Arab dan seorang wanita warga Malaysia tengah malam tadi susulan kejadian langgar lari sehingga menyebabkan kematian di Shaftsbury Square, Cyberjaya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata penahanan dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor jam 12 tengah malam tadi membabitkan seorang lelaki Yaman berusia 22 tahun di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan. "Seterusnya tangkapan lanjut dibuat di Verdi Residence, Symphony Hills Cyberjaya, membabitkan dua warga Libya berusia 24 dan 20 tahun dan seorang wanita berusia 32 tahun berasal dari Sabah. "Sebuah kereta jenis Hyundai berwarna perak yang terbabit dengan kes berkenaan turut dirampas," katanya ketika dihubungi, hari ini. Abdul Aziz berkata, semua tangkapan membabitkan pelajar di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya."Salah seorang lelaki yang ditangkap mengaku memandu kenderaan Hyundai itu semasa kemalangan," katanya.

Kelmarin, Wan Amirah Wan Alias, 31, cedera parah dirempuh dan diseret sebuah kereta di hadapan bangunan Shaftbury Cyberjaya pada jam 7.34 petang dan disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya jam 4 pagi semalam. Mangsa dirempuh kereta model Hyundai dengan nombor pendaftaran BHS 7999 yang pemandunya bertindak melarikan diri. Video kejadian itu menjadi tular di media sosial yang mendapat kecaman netizen berikutan suspek memandu dalam keadaan berbahaya dan sengaja melanggar mangsa.

Kereta suspek turut merempuh sebuah kereta Proton, Toyota Avanza, Perodua Myvi dan Honda City di lokasi sama sebelum melarikan diri.

Susulan itu pihak polis berusaha mengesan pemilik dan pemandu kereta dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Semua suspek terbabit akan di bawa ke Mahkamah Sepang hari ini untuk mendapatkan perintah reman.

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:25 AM | Show all posts
Moga rohnya dicucuri rahmat..

Suspek Kes Langgar Wan Amirah Berjaya Ditahan, Salah Seorangnya Warga Tempatan

Sejak semalam, kita dikejutkan dengan penularan rakaman kemalangan maut membabitkan seorang wanita, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta yang dipandu oleh warga asing.

Netizen-netizen yang berang melihat video berkenaan kemudian mendesak pihak berkuasa menhana segera pemandu tersebut yang dipercayai melarikan diri daripada lokasi kejadian.

Hari ini, melalui laporan sebuah portal berita berbahasa Melayu tempatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan tiga lelaki warga Arab dan seorang wanita tempatan berasal daripada Sabah yang dipercayai terlibat dalam jenayah langgar lari berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata penahanan yang dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) pada awalnya menahan seorang pemuda berasal daripada Yamen yang berusia 22 tahun tengah malam tadi di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan.

Susulan penahanan terbabit, polis kemudian menahan dua orang lelaki warga Libya yang berusia 20 dan 24 tahun serta wanita tempatan berusia 32 tahun di Verdi Residence, Symphony Hills, Cyberjaya. Kesemua suspek yang ditahan merupakan pelajar di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya. Salah seorang daripada mereka turut membuat pengakuan bahawa dia adalah pemandu kereta ketika kejadian tersebut berlaku.

Pihak berkuasa juga memaklumkan sebuah kereta jenis Hyundai yang dipercayai digunakan ketika kemalangan tersebut berlaku turut dirampas.

Selain melanggar Allahyarhamah Wan Amirah, suspek sebelum itu turut merempuh beberapa buah kenderaan yang diletakkan dipakir. Antara kereta yang turut rosak adalah Proton, Perodua Myvi, Toyota Avanza dan Honda City.

Kesemua suspek dijangkan akan dibawah ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:47 AM | Show all posts
zameyla replied at 19-10-2018 09:37 AM
Kerajaan nie lembut sangat. Ambil mudah..
Tak bertegas langsung dengan warga asing..


bila imig kita tak tegas, kita bising..
bila imig kita tegas, pun kita bising..
habis cam mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2018 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
nipskacang replied at 19-10-2018 08:02 AM
X jumpe lagi kan lahanat ni? Harap once dh jumpe,  tibai dlu ckp2.  Babi sial dtg negara org nk prot ...

Dah jumpa dah kat Seri Kembangan, sekali dengan Hyundai tu. Student Yemen
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:03 AM | Show all posts
lepas nih,  kerajaan PH harus bertegas dgn pendatang2 nih...diaorg nih mcm tak takut langsung dgn undang2 negara kita...kita pulak yg mcm takut dgn diaorg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon polis kasi tibai si celaka Yemeni ni cukup-cukup sebelum heret ke court. Nyawa untuk nyawa please arrogant bastards!

Geram sangat sebab aku pernah ada experience student Arab Cyberjaya ni langgar kereta aku kat traffic light, lepas tu lari macam tu je. Before that langgar 2 kereta lain (apparently langgar kereta aku sebab takut dah langgar 2 kereta ni). Kitorang kejar sampai dpt, siap terajang cermin kereta dia pecah berderai sebab degil tak nak keluar kereta. Tau takut kena tibai kan. Bila tanya kenapa lari lepas langgar? "I don't know I have to stop". Babiiiiiiiii sampai sekarang aku ingat muka lahanat itu, thanks to abam-abam polis yg escort kitorang ke balai and siap kasi maki itu lahanat
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Matilah, tak pernah aku mencarut kat Cari ni. Pagi Jumaat yg mulia pulak aku mencarut pertama kali khas untuk lahanat Ereb ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 19-10-2018 06:57 AM
Inilah manfaat daripada Oktoberfest, harap kaki arak kapir laknatullah pupus di muka bumi ini.

Momod pon mabuk mcm kak tom/ kak mona/ laba gak ke? koh3
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 19-10-2018 09:41 AM
Puak2 dorang ni bawak kereta memang mcm sielll...banyak dah tengok depan mata..dekat kawasan sekolah ...

Kawasan sekolah tu kalau pagi pagi ibubapa pun bawa macam pelesit sebab nak rush ke tempat kerja kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
nini_azmi replied at 19-10-2018 09:51 AM
Ermm aku pun sll seram nk kuar mlm2. Kalu boleh elak,elakkn kluar mlm2 or pepagi buta. Bnyk buruk dr ...

Apa kena mengena doh?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:19 AM | Show all posts
akubest replied at 18-10-2018 06:16 PM
kan?? ko pikir sama cam akak
final destination sangat
of all the times kan....time pompuan tu la ...

haah kak..
mula2 saya ingat driver tu mmg dah aim nak bunuh perempuan tu..mana tau kan..

rupanya mmg kes terlanggar..


Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:20 AM | Show all posts
takkan erebb mabok2
bukan kah mabok2 nih budaya kokesen
erebb idola lindungan kaabah kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 18-10-2018 11:35 PM
Takziah, Scorpionkiki.
Ada baca artikel yang ditepek kat atas, arwah seorang yang taat pada ayahn ...

Sedih spidey...muka dia pecah dan dibalut dgn plastik...kepala pecah berdarah keluar sampai sblm kebumi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi momod pun bodoh...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:22 AM | Show all posts
kucingitam replied at 19-10-2018 11:19 AM
haah kak..
mula2 saya ingat driver tu mmg dah aim nak bunuh perempuan tu..mana tau kan..

TERLENGGAR KE APA.. KATANYA MMG AIM NAK LANGGAR ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:25 AM | Show all posts
Empat pelajar suspek kes langgar lari di Cyberjaya ditahan
Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2018 9:26 AM


PETALING JAYA: Empat suspek kes langgar lari yang membawa kepada kematian seorang wanita di Cyberjaya telah ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata suspek pertama, seorang lelaki Yaman berusia 22 tahun ditahan kira-kira jam 12 tengah malam Khamis di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.


"Seterusnya tangkapan lanjut telah dibuat di Verdi Residence, Symphony Hills, Cyberjaya, Sepang yang mana dua lelaki Libya berumur 24 dan 20 tahun serta seorang wanita berumur 32 tahun berasal dari Sabah telah ditahan.

"Sebuah kereta jenis Hyundai berwarna silver yang terlibat dengan kes turut dirampas," menurut kenyataan tersebut.

Kesemua mereka adalah pelajar di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya.

"Salah seorang lelaki yang ditangkap mengaku memandu kenderaan Hyundai tersebut semasa kemalangan," katanya.

mStar Online pada Khamis melaporkan seorang kakitangan wanita Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi maut setelah dirempuh dan diseret sebuah kereta dalam satu kejadian langgar lari di kawasan Shaftsbury Square di Cyberjaya Rabu malam.

Abdul Aziz berkata mangsa, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales, dilanggar sebuah kereta model Hyundai ketika sedang melintas jalan di kawasan tersebut.

Pemandu dalam kenderaan dengan nombor pendaftaran BHS 7999 bertindak melarikan diri dalam kejadian kira-kira 7.34 malam.

Mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun meninggal dunia kira-kita 4 pagi, Khamis.

Abdul Aziz berkata kereta suspek turut merempuh empat lagi buah kenderaan yang diletakkan di kawasan itu iaitu sebuah kereta Toyota Avanza, Perodua Myvi, Honda City dan Proton.

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 11:28 AM | Show all posts
want2bhappy replied at 19-10-2018 11:22 AM
TERLENGGAR KE APA.. KATANYA MMG AIM NAK LANGGAR ?

ereb2 tu kenal mangsa lah, gitu?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.059025 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list