CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jas93

Mama si Queen Control

[Copy link]
Post time 20-9-2019 05:03 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 19-9-2019 11:40 PM
ramai ye keluarga broken dalam ni, kalau ada gam uhu nak je kaka bantu baiki relationship family kaw ...

vokuru mana? sudah beralih arah ke kaka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2019 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Huishhh.. semoga aku tak jadi macam Mama Jas... atau Mamazura.. seram gila perangai.

Bertabahlah Dek Jas.. semoga dipermudahkan dapat kerja bagus dan gaji besar. Janganlah paksa diri jadi cikgu tadika kalau tak minat. Kesian budak2 tu nanti dapat cikgu yang tak nak jadi cikgu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum jas, harap jiwa dan raga awak tenang sikit hari ni.

Mak segalanya buat awak buat semua org, memang susah apa2 keputusan awak nak buat. Kalau slow talk pun mungkin kejap je dia dengar atau jadi gaduh

Ada tak siapa2 yg mak awak hormat? Yang dia dengar cakap, saudara mara? cuba fikirkan. Mintak tolong org tu cakap kat mak awak, kalau tak cakap direct pun secara berbual kisah2 kerjaya zaman sekarang yg dah berbeza berbanding suatu masa dulu kerjaya guru dihormati dan dipandang mulia. Lagipun nak jadi cikgu/keje gomen sekarang dah makin susah... kontrak dulu la macam2 bukan macam dulu. Mak awak tak blh campur urusan kerja awak,sebab yg kerja awak... ugut boleh tak? kalau mak dtg, jas pindah obesi

Teruskan bersabar ye jas walaupun terseksa boleh? sebab mak sorang je kan. Awak kena buat keputusan, duduk jauh sikit yg mak awak tak blh kacau kerjaya awak ataupun awak duduk sekali dan hadapilah kerenah mak awak.

Mak awak ada sakit ke Jas? mudah marah2. Taknak dia marah2 bagi dia makan kenyang2 tido cukup
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah 1 :  TT lemah dlm mpertahan hak TT
Masalah 2 :  TT  bagi kuasa penuh pada mak TT
Masalah 3 :  TT gagal plan cantik2 hidup TT jadinya mudah mak TT patahkan plan TT
Masalah 4 : Otak TT dah lepu dan tindakan TT pun dah tumpul, dah lama tak asah,

Cari kertas list masalah di atas, cari jalan penyelesaian yang sesuai dengan kehendak dan cita2 TT sebab cuma TT tau kehendak TT

Yg tak berubah : Mak TT  ( Winner dari dulu )
Yang tak berubah  : TT ( Loser dari dulu )
Sejak dulu tak ada yang berubah, dua2 sama ja,

Dalam situasi ni kalau TT nak jadi winner, pertaruhan TT besar untuk letak kan mak TT dalam situasi loser,  kalau kau tak ada keberanian nak ubah diri TT sampai AJM masalah TT tak selesai,

Mula kan dengan benda kecil2 dulu, cth : time shopping Mak TT nak beli besen merah, TT cakap beli besen biru, biar Mak TT nangis air mata darah sekali pun, TT kena tegas dengan pendirian TT tetap nakbesen biru, mula2 TT akan rasa bersalah, lama2 TT akan didik diri jadi tegas dan bakalan pandai bezakan logik dengan emosi, soal Mak TT,  TT jangan risau, Allah SWT tahu niat TT baik,

Allah dah pesan TT, jika kita tak ubah diri kita sendiri Allah tak akan bantu kita, so ini cabaran untuk TT, semoga TT lulus ujian ini, saya yakin TT boleh, harap konsisten ya TT,

Suka untuk saya ingatkan makpak kita ni semua tak kisah lah yang lahir tahun 50an ka, 60an ka, 70an ka, mereka ini semua produk lama, pemikiran lama, hidup cara orang lama, di didik oleh atukmoyang kita yang juga orang lama, nak ubah mereka memang payah sebab dia dah comfort zone dgn cara dia yang dah berpuluh tahun itu, dia hidup tak sama zaman dengan kita, jadi sukar untuk dia faham kita, kita pun sukar untuk faham mereka, akan sentiasa ada perbalahan dalaman disitu,

Insecure makpak kita tak sama kita, kita insecure pasal masa depan, kerjaya, kahwin, Makpak punya insecure lagi tinggi, takut anak2 tinggalkan dia bila anak dah berjaya dan ada duit banyak, bakalan hantar dia masuk rumah org tua2, mostly makpak yang tak ada pendapatan/pencen sendiri, tak berdikari sendiri, tak pandai drive sendiri, tak bercampur dunia luar,  dia hanya bergantung 100% pada anak, suka tak suka dia terpaksa control anak dia bilamana dia rasa ada bau2 anak dia bakal berjaya kaya raya, automatik dia fikir negatif anak dia bakal tinggal dia, dia jadi takut yang amat.

Saya akhiri komen saya dengan harapan TT mulakan project ini dengan mencuci otak mak TT, cari tau ketakutan dia, cari tau apa yang dia suka dan apa yang dia mahu, contoh dia takut kena tinggal, dia suka emas, dia mahu jaminan, maka boleh lah cakap dengan dia ayat contoh dibawa hari2, sampai dia terbasuh otak nya :

"Mak kalau adik dah berjaya kaya raya adik belikan mak emas penuh satu badan macam mami jarum, nanti adik kahwin mak duduk dgn adik sekali tau, adik akan jaga mak sampai akhir nafas mak, mak jangan risau, mak doakan adik berjaya tau mak"

Semoga berjaya ya TT, kami selalu ada dibelakang TT, jangan lupa tulis segala perkembangan TT dalam buku, supaya TT tahu ini benda serius, semoga TT kembali mendunia seperti dulu, ini doa saya di hari Jumaat, Aamin kan lah,

P/s : Ayat yang TT nak cuci otak mak TT guna ayat betul dan benar, jangan ayat bohong nanti Allah SWT murka, satu hal pun tak selesai, good luck TT






Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tt masalah boleh selesai kalau tt jadi responsible. yup bertanggungjawab atas semua terjadi pada tt. sebab tt ada pilihan.bila tt biarkan pilihan dibuat oleh mak tt juga tt sebenarnya sedang buat pilihan untuk biarkan mak tt.

tt yang biarkan mak tt jadi queen control ke atas tt. jadi kalau tt sekadar nak meluahkan perasaan je dapat mak cam ni tapi tt tak buat apa, so tt sendiri pilih jalantu. ni semua salah tt bukan salah mak tt.

apa2 pon, kalau tetiba tt tersedar yang tt selama ni buat pilihan yang salah, sila make an action now dengan nasihat forumer di sini yahh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergilah keluar tinggalkan Batu penghalang itu. Sorokkan Nama majikan Dan rumah.  Kamu masih muda Dan ada potensi. Jgn buatkan diri dikuasai org  lain.
Family Aku pun sebegitu buatkan I  resign kerja jadi tukang2 kerja percuma dikampung sehingga loan rumah bising keta nak tarik Baru padan muka famili
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2019 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 19-9-2019 08:50 PM
Kalau makin ang dok tanya.. Kenapa mama mcm tu.. Kenapa mcm ni.. Tak faham mama sendiri. Lagi ang ak ...

Sama lah kita
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2019 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
jas93 replied at 19-9-2019 10:05 PM
Mama tak kata pon Jas anak derhaka. Mama cuma nak semua benda ikut cakap dia. Queen Control. Semua ...

Buat je perangai. Biar kena halau. Pastu u keluar terus dari rumah. Pegi cari keje kat tempat lain.

Alahai jaz. Umo dah 26, tapi cara cerita kena kongkong mcm baru 17 tahun. Ini semua sbb u biar diri u di kongkong. Gaji berapa pun nak bgtau mak. Dah tau mak perangai camtu, simpan sorang2 sudah la. Ada benda bole cerita, ada benda rahsia kan. Tak pasal2 sume gaji kena bg kat mak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2019 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mama jas ni ada attachment disorder.. Sebab terlalu sayang dan bimbang kat jas..dia risau jas travel jauh2 takut Apa2 jadi.. Dan mungkin juga dia lonely...Kena ada seseorang yg dia hormat utk nasihatkan dia.. Jas ada pakcik ke sedara mara belah mama ke yg boleh nasihatkan dia..? Supaya dia sedar dia tk boleh control jas mcm ni.. Elok la jas mintak kerja gomen.. Kalau dapat senang nak mintak post jauh dari mama.. Lama2 slow2 mama akan belajar terima yg jas dah boleh berdikari..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2019 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Naatasha replied at 21-9-2019 01:43 AM
Sama lah kita

Sabar tau.. Ujian kita.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2019 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mcm ni punya kontrol freak..macam mana org laki nk lekat..sebaik2nya..Jas carik kje cpt2 kat luar daerah..jgn bgtau kje kat mana..or kalau X, tipu sunat je ckp kje kerajaan tp lower rank..susah jg dpt mak yg kontrol freak nih...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 21-9-2019 06:46 AM
Sabar tau.. Ujian kita.


Iye kak. Sabar byk2. Teringat sgt raya sorang2 kat perantauan. Mlm raya dlm kul 12 blackout smpai kul 4pg. Ketakutan sbb kat kawasan rumah tu ramai balik kg raya. Esok tgok fb, org upload gmbar dgn family. Pastu buat caption, dah muak ketupat n rendang. Sedangkan kita masa tu teringin sgt nk makan.

Bukan semua lahir dpt family yg best. Yg dtg dgn ujian kena kuat, mcm sy. Sy buat keputusan unt lari masa umo 16tahun balik kg nenek. Sy tak tahan sgt kena dera mental dan fizikal. So lepas nenek dah xde, sy raya sorang. Sedangkan family sendiri bergumbira. Tak pe rezeki mereka, rezeki sy juga Allah sentiasa jaga dan letakkan sy dlm lindungan Dia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2019 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Naatasha replied at 21-9-2019 12:24 PM
Iye kak. Sabar byk2. Teringat sgt raya sorang2 kat perantauan. Mlm raya dlm kul 12 blackout smpa ...

Kak faham rasa raya seorg diri.. Yap.. Sbb tu time raya kak pi staycation.. Lepak tido makan kat hotel.. No medsoc.. Just me.. Me.. Me.. Kiranya all about me saja.. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2019 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 21-9-2019 12:38 PM
Kak faham rasa raya seorg diri.. Yap.. Sbb tu time raya kak pi staycation.. Lepak tido makan kat h ...

Best juga mcm yg kak buat tu. Tapi sy x leh cmtu sbb masa tu baru ja reja. Lom mampu nak pi mana2 lagi. Harap2 hidup kak bertambah2 baik di kelilingi org yg sayang kan kak nah.... Aminnnnn.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2019 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Naatasha replied at 21-9-2019 01:20 PM
Best juga mcm yg kak buat tu. Tapi sy x leh cmtu sbb masa tu baru ja reja. Lom mampu nak pi mana2  ...

Kak pi hotel murah saja.. Makan tido makan tido.. Bila bgn.. Eh raya kedua.. Dah x rasa sedih tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2019 06:08 AM | Show all posts
Jas baca dan cuba hadam kn nasihat semua dkt sini. Hari ni pagi-pagi Mama tanya bila nak dapat kerja baru? Dia risau duit tak ada. Dia tak tahu nak buat lagi macamana. Jas marah. Jas kata Jas dah usaha, dah buat macam2, tp yang Jas dpt cuma jawatan cikgu tadika gaji RM 1k lebih. Yg mana tak lepas pon nak bayar committment hutang bulanan.

Jas google bkaitan narcissist dan ciri-ciri tu semua ada dekat Mama. Mama selalu nak balas dendam kat Jas tanpa fikir. Yang paling penting Mama kata hati dia puas. Jadi puas ke Mama sabotaj anak sendiri?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2019 06:11 AM | Show all posts
tanak-balik replied at 21-9-2019 11:55 AM
Kalau mcm ni punya kontrol freak..macam mana org laki nk lekat..sebaik2nya..Jas carik kje cpt2 kat l ...

Mama selongkar segala barang Jas, check segala surat Jas, semua benda Mama check sebab Mama tak percayakan Jas. Jas ingat lagi waktu sekolah menengah Mama tuduh Jas ambil dadah dan check ubat Jas. Sedangkn ubat tu dari doctor. Tapi Mama tak percaya.

Perempuan pon tak berani. Jas ada kawan tapi tak ramai. Tu pon semua yg tinggal tak pernah jumpa Mama. Yg dah jumpa semua lesap kecuali sorang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2019 06:13 AM | Show all posts
Levespa replied at 21-9-2019 02:23 AM
Mama jas ni ada attachment disorder.. Sebab terlalu sayang dan bimbang kat jas..dia risau jas travel ...

Jas ada bgtahu Mama Jas minta kerja dekat negeri lain. Mama diam. Lpas tu dia ckp dia nak ikut Jas pindah sama. Mama dah berangan nak sewakan rumah ni RM 3000 sebulan sedangkan market value baru RM 1000 lebih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2019 06:14 AM | Show all posts
ninja boy replied at 20-9-2019 06:51 PM
Pergilah keluar tinggalkan Batu penghalang itu. Sorokkan Nama majikan Dan rumah.  Kamu masih muda Da ...

Boleh cerita apa jadi? Mama ada Jas sorang je. Tak ada sesiapa lagi. Dengan adik beradik pon bermusuh. Sedara sendiri meninggal pon dia boleh kecam. Sedangkan sedara tu pangkat makcik bagi Mama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2019 06:16 AM | Show all posts
airmineral replied at 20-9-2019 02:58 PM
sian awak Jas
move out dan hidup sendiri je Jas, support mak dari luar rumah je
slow talk dgn mak  ...

Gaji Jas lagi banyak dari Mama. Tp Mama ada ciri-ciri narcissist. Dan salah satunya ialah expectation tinggi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.066848 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list