"Hanya dua baris saja mampu dinyanyikan."
Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza tidak dapat menahan kesedihannya ketika perlu menyanyikan lagu "Aku Bidadari Syurgamu"
bagi rakaman persembahan korporat semalam.
Walaupun pada mula Tokti sudah memaklumkan mungkin tidak mampu membawakan lagu tersebut dengan baik kerana teringatkan pemergian sahabat baiknya, Allayarham Siti Sarah Raisudin pada hari sama, namun Tokti tetap mencubanya.
Bagaimanapun, hanya dua baris yang mampu dialunkan, kemudiannya Tokti berhenti bagi mengelap air matanya sebelum meminta untuk menukar lagu lain.
Perkara itu diceritakan kembali oleh pengurusnya, Rozi lalu meminta penganjur tersebut membuat penukaran lagu untuk menjayakannya.
Mujurlah juga mereka memahaminya lalu mereka meneruskan rakaman tersebut.
Foto : IG
Ternyata lagu "Aku Bidadari Syurgamu" begitu dekat dengan pemergian Allayarham. - CARI
|