tiberium war dan red alert 3 tak seronok, lagi seronok main red alert 2 yg lama tu
-aku syorkan rome" total war dan medieval 2: total war, antara game strategi terbaik
pada aku bnyk... dan aku masih lg mencari game-2 yg ala-2 red alert ni bagai... tp, yg paling best dulu aku main adalah soldiers heroes of world war.
best nye sebab bila kita da abis ammo apa semua.. kita leh amik barang - kat musuh then masukkan dalam inventory kita... pastu truck plak kalau kita curik ke apa.. kena check sama ada ada minyak ke takde.. kalau x der kantoi laa x leh bawak.. so, cari la tin kosong ke apa.. siyesss.. mmg best laa.. tp, x der plak sinambungan dia...
hehehe... itu la cara untuk promo... meh aku bg snapshot....
nampak tak ada fuel tu... kat bahagian tu la inventory dia.. kalau kita search kat enemy nye combat..dapat laa transfer apa ada kat enemy tu by drag and drop..
Stronghold Crusader tetap d hati....sambil2 main Pokemon kat Gameboy yg dah berkurun...anak aku tukang reset game pokemon yg aku main....sakit ati...lama2 dah biasa...2 bulan nak abiskan sampai elite 4 n tangkap lagendary pokemon...huhuhu...
err...pokemon bukan RTS ek?...heheheh...
Aku suka Stronghold Crusader sebab gameplay layan...layan tanam gandum, tebang balak, pastu wat castle...kalo vs computer senang la jugak kecuali kalo lawan The P*g sebab suka pakai catapult....hehehe..
CoH mmg terbaik masa mula2 aku main rts game genre WW2 nih. Tapi lama2 aku nakkkan satu kelainan sehinggalah aku jumpa War Leaders-Clash Of Nation. Lebih tactical malah hampir menyerupai mana2 siri Total War (Shogun & Shogun 2, Meidival, Rom, Nopolien) tapi lama2 aku rasa hilang thrill.
Jadi aku sedang menanti mana2 genre WW2 rts yang boleh bagi action-rts. Sbb kenapa aku cakap action? Sbbnya selain kita boleh atur kedudukan pasukan kita, boleh zoom secara dekat mcm mana action tembak menembak, bom jatuh dan jika di hutan ranting pokok hancur dan jika di dalam bandar, dinding2 bangunan jatuh berkecai bila di bedil dengan tembakan artileri pasukan musuh. Medan petempuran bukan sahaja di darat dan udara malah di lautan dimana kesemua aksi boleh dilhat/dizoom secara rpg. Secara totalnya ianya akan melibatkan map yang mungkin agak besar dan luas. Seperti mana Total War series, aku mengharapkan world map di mana kita boleh mengarahkan mana2 pasukan ke destinasi yang kita kehendaki. Selain jumlah unit dgn bilangan individu yan sebenarnya. spt contoh kekuatan satu kompeni semasa ww2 adalah seramai seratus lebih. satu platoon dengan kekuatan 20 ke 30 orang anggota.
Sedang menanti dan mengharap.
(Kalau ada local developer yg boleh buat game nie spt mana yg aku nak bolehlah merasa kekuatan askar melayu masa zaman2 tu kan.)