|
huh...dh leh agak..sure ter"accident" beatrice ngn edward tu...pastu ade anak..adoi laa....stereotype btol la...huahuahua... |
|
|
|
|
|
|
|
huh...tul ckp ko eskrem..betul2 stereotype drama..pastu dari bestfriend jadik musuh ketat..
mesti starting gan anak luar nikah..huh...
tapi smlm tergelak tgk cara edward mintak maaf kat diana...sian dia..siapa lak jadik bapa anak dia nanti..:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
da start ke??? adoiii kul bp nih aku x nengok la.... kul 5 ulangan ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eskremVanila at 22-12-2005 11:00 PM
huh...dh leh agak..sure ter"accident" beatrice ngn edward tu...pastu ade anak..adoi laa....stereotype btol la...huahuahua...
konpem jadik punya:lol
dah agak dah bila sorang mabuk ~ pompuan lak muncul ~ pastu time tu ler keta rosak ~ hujan plak tu ~ tetiba ada pondok plak :gila:
[ Last edited by rosabella at 23-12-2005 12:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
lupa nak tgk la semalam.... citer...citer... apa berlaku ep 2 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gergoz at 22-12-2005 02:52 PM
May isang umagang 'di mo hahagkan (Ada suatu pagi yang kau tak dapat kecapi)
Ang mata kong 'di ka magigisnan (sehingga mataku tak mampu ku buka lagi)
Turuan mong ako'y h'wag masaktan (Ajarlah aku ...
wahhh gergoz... tahnx... with malay translation... is that song?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ep. 2 synopsis...
credits to ate reez @ http://reezyblog.blogspot.com
Diana telah pulang ke rumah setelah akhirnya dia berjumpa dengan Edward di mansion. Dalam hatinya masih merajuk kerana Edward meninggalkannya begitu saja. Well! she still keeps the Sneakers wrapper..which means he still meant a lot to her. Dia agak sedih bila mengenangkan dirinya yang sentiasa didera oleh keluarga Pakcik Lando...kena basuh baju, masak and above all kena bagi duit sekali pada Pakcik nya yang kaki judi.
Edward was glad to be home...masuk kedalam bilik dia which was left as is by his grandfather. Dia ternampak loceng merah yang diberi oleh Diana masa Malam Krismas and he remembered the time when Diana told him not to be nervous...
Hari gaji diladang... Sophia cuba minta lebih sebab dia nak bayar Placement Fees supaya mereka bertiga boleh mencari kerja di Hong Kong. Tapi as usual, permintaan ditolak. Dalam masa perjalanan balik, Sophia terserempak dengan Edward yang sedang buang air kecil...not a good time to run into him but she looked excited though shocked.
Kemudian muncul pula Beatriz yang dikelilingi oleh beberapa orang lelaki who wanted to be her suitors. Beatriz wasn't interested at all and suddenly Edward drove by. Bila Edward mengajak Beatriz naik kereta, dia tidak menolak sama sekali and in fact, dia suka sekali dapat bersama dengan "Sir Edward". Dia bercerita hal itu pada Sophia and Diana. Sophia was vocal about it and she didn't want Beatriz to get involve with rich man like Edward. Diana pula macam rasa sedih and at the same time maybe jealous sebab dia tak secantik Beatriz.
Then came the day Sophia and Beatriz went to Manila untuk uruskan documents and fees so that they can leave for Hong Kong soon. Edward pula was given 2 weeks to be away from his father. Dia mengadu pada datuk dia yang dia tak tahan dengan kehidupan yang dikongkong oleh ayahnya. Kalau boleh dia nak ikut langkah abangnya yang mengikut cara sendiri dan menjadi bebas. Nasihat datuknya buatlah perkara yang dia fikir betul untuk dirinya, bukan perkara yang dia mahu lakukan saja.
Satu petang Edward terpandangkan layang-layang merah sedang terbang...begitu juga dengan Diana. Edward dengan segera pergi ke ladang dan berjumpa dengan Diana yang sedang berjalan pulang. Dia menyangkakan Diana yang melayangkannya...tetapi tidak..Diana sudah tidak percayakan dengan perkara itu lagi kerana dia tahu tidak ada Superman yang akan menyelamatkannya. Edward memang rasa bersalah dan dia cuba meminta maaf...in fact he did the "Butt Spelling" (it was horrible for a macho man to be doing that!) At last, mereka berdamai. Semasa Diana di mansion, mereka makan bersama... he would play his violin while Diana cleaned the house...they walked around the plantation and at that time they talked about their time away which was already 10 years. Edward juga mengaku yang dia amat merindui Diana kerana Diana..bring out the best of him and she made him very happy....walaupun kata-kata itu dilafazkan dalam French. Suddenly, they slipped...and he almost kissed her...
Then... bila Diana pulang semula kerumah, dia sekali lagi dipukul oleh Pakcik Lando kerana enggan bagi duit gajinya. Mujur Sophia dan Beatriz datang selamat kan dia dan akhirnya Diana tinggal bersama Sophia. Sophia cuba memujuk Diana supaya melawan balik. Sementara Beatriz pula sibuk menunjukkan gincu yang dibelinya di Manila. Kerana itu Sophia naik angin kerana dia terpaksa meminjamkan duitnya untuk documents mereka ke Hong Kong...sedangkan Beatriz hanya menghabiskan duitnya dengan membeli barang-barang yang tidak diperlukan.
At this time, Beatriz memang dah fall in love dengan Edward and dia cuba sedaya upaya nak memikat. Edward pula dah dipaksa kahwin dengan gadis pilihan ayahnya dan dia memberitahu Diana mengenai itu. Kerana begitu sedih, Diana dengan nada yang merajuk berkata yang dia akan meninggalkan tempat itu untuk menuju ke Hong Kong. She likes him too tapi tak berani nak cakap and besides Beatriz already told her and asked Diana so that she could be closed to Edward. Apa yang boleh Diana buat masa tu...try to avoid Edward. Dia tak masuk kerja dan Beatriz mengambil peluang itu untuk mengambil tempat Diana... so that she could be close to Edward.
Then satu petang, Edward did not pay any attention while driving and secara tak sengaja dia terlanggar Sophia. Feeling guilty, he took her home and biarkan Sophia tidur dalam biliknya and lepas tu dia inform Diana and Beatriz. Sophia terjaga dalam bilik Edward dan mula melihat keadaan sekeliling bilik itu dan dia tersenyum...maybe she started falling for him too.
Waktu untuk mereka bertolak ke Hong Kong sudah hampir. Semua documents sudah disiapkan dan Sophia lah yang paling seronok sekali. Dia berkata yang satu hari dia akan memiliki kesemua tanah disitu...dan mahu mencari wang sebanyak mungkin. But then Beatriz wanted to back out from this deal. Dia tak mahu pergi and Sophia was really mad at her. She wanted Beatriz to give good reason why she changed her mind... dia bertambah marah sebabnya adalah Edward...
Tapi for the first time Beatriz melawan kerana baginya dia tidak ambitious seperti Sophia. Dan lagi Sophia tak pernah tanya samada dia bersetuju atau tidak untuk pergi. Lagi pun dia cuma berharap dapat hidup secara sederhana dan kalau boleh dapat menerima cinta Edward. Beatriz juga mencabar Sophia untuk mengaku yang dia masih menyayangi ibunya walaupun ditinggalkan dan masih berharap ibunya kembali...dan juga Beatriz juga berkata yang Sophia memang ada hati jika diberi peluang oleh Edward setelah dapat tidur dikatil Edward tempoh hari...
Bagi Sophia, setelah kehilangan keluarganya, dia telah menganggap Diana dan Beatriz sebagai saudara kandung nya sendiri dan dia berjanji tidak akan meninggalkan mereka dan sanggup membunuh demi mereka berdua. Diana cuba meleraikan pergaduhan itu dan memujuk Sophia untuk bersabar.
Sophia telah meluahkan isi hatinya didalam diary dan benar dia mengaku yang dia juga telah jatuh hati pada Edward...
Edward telah berjumpa dengan abangnya William dan marah kerana dipaksa kahwin. William mengatakan yang adiknya mempunyai pilihan samada hidup secara bebas atau terus-terusan dikongkong oleh ayah mereka. Dalam keadaan mabuk Edward telah memberanikan diri menelefon ayahnya dan mengatakan perkahwinan akan dibatalkan. Kemudian dia telah memandu kereta dalam hujan dan terserempak dengan Beatriz yang sedang berjalan pulang. Dia bertanya tentang Diana tetapi Diana tiada dirumah dan mempelawa Beatriz naik keretanya. Undangan diterima dengan senang hati. Tetapi kereta Edward pula rosak dan dia cuba membaikinya dalam keadaan mabuk dan dalam hujan lebat. Edward terjatuh dan Beatriz cuba membantu and carried him to a nearby hut. Well one thing led to another...and the story continues... |
|
|
|
|
|
|
|
Ep. 1 summary
credits to ate reez @ http://reezyblog.blogspot.com
Cerita dimulakan dengan seorang gadis kecil bernama Diana Benipayo, seorang anak yatim piatu yang terpaksa menumpang tinggal dengan pakciknya, Lando dan anak-anaknya. Lando adalah seorang kaki judi, kaki minum dan seorang pemalas dan suka mendera Diana walaupun kerana kesalahan yang kecil. Sehinggakan Diana diikat semalaman pada pokok yang penuh dengan semut api. Namun itu tidak mematahkan semangatnya....
Diana juga merupakan anak kecil yang agak berisi dan tidak mempunyai paras rupa yang cantik sehingga dia digelar oleh orang ramai sebagai 'HOPIA' (dumplings). Satu sifat yang diwarisi oleh Diana daripada ibunya adalah pandai memasak dan dia juga menjual 'Bukayo' (candy kelapa) di sekolah. Kawan baiknya disekolah adalah Beatriz yang merupakan gadis yang cantik sekali dan tinggal bersama nenek Amelia nya.
Pada satu pagi mereka terserempak dengan seorang lagi pelajar perempuan yang bergaduh dengan pelajar lain. Kerana takut terlibat sama, Diana dan Beatriz hanya memerhatikan saja. Selepas itu Diana dengan sikap baik hatinya cuba memujuk pelajar tersebut yang bernama Sophia dengan memberikannya satu Bukayo.
Sophia merupakan seorang kanak-kanak malang yang ditinggalkan oleh ibunya kerana marah dengan sikap ayah Sophia yang meninggalkan mereka. Ibunya telah pergi ke bandar dan bekerja sebagai pelayan. Dengan hati terluka, Sophia cuba membunuh diri diatas rel keretapi. Mujur ketika itu, Diana dan Beatriz lalu dikawasan rel dan sempat menyelamatkan Sophia. Dalam masa yang sama Diana tercedera. Sophia rasa bersalah melibatkan mereka dan dia masih kecewa kerana diselamatkan. Namun akhirnya dia beralah dan mula dari saat itu, dia dipanggil 'Ate' kerana dialah paling tua dalam kumpulan mereka.
Mereka bertiga sudah mula rapat dan pada satu malam mereka menaiki bumbung rumah untuk melihat bintang-bintang di langit yang mereka panggil 'TRES MARIAS' (Tiga Maria). Sophia memilih bintang teratas kerana dia sudah mula mempunyai semangat baru dan mahu bekerja keras untuk mencapai cita-citanya. Beatriz memilih bintang yang bawah kerana dia mahu berada dekat dengan kawan-kawan dan keluarganya...sementara Diana memilih bintang yang tengah kerana jika dia memandang keatas, Sophia akan ada disana dan jika dia memandang kebawah, Beatriz pula yang menantinya...jadi dia dikelilingi oleh sahabat baiknya.
Diana juga bekerja sebagai pembantu di mansion keluarga Verdadero. Pada mulanya dia diganggu oleh anak-anak keluarga itu iaitu William dan Edward dan mengadu hal itu kepada Sophia. Sophia dengan lantang mengatakan jangan sekali-kali dia dipandang rendah oleh orang-orang kaya dan mesti pandai membela diri. Jadi satu hari dia membalas dendam dengan menunjukkan dimana Edward berada kepada ayahnya Don Felipe.
Rupa-rupanya Don Felipe adalah seorang yang amat tegas dan memukul Edward kerana enggan belajar bermain violin. Kerana itu, Diana berasa amat bersalah dan cuba memohon maaf.
Lama kelamaan Edward dan Diana menjadi rapat. Mereka banyak berkongsi cerita...Edward hanya mahu menjadi kanak-kanak biasa yang mahu bermain dan tidak dikongkong oleh ayahnya. Diana menghadiahkan sebuah loceng kecil kepadanya dan mahu Edward menggunakannya semasa dia merasa gementar. Sementara itu, Edward memberikannya satu Sneakers Bar sebagai hadiah Christmas. Hanya Edward yang mampu melihat dan menerimanya sebagai seorang kawan yang baik. Dia juga tidak mahu memanggil nama gelaran Hopia tetapi memanggilnya dengan nama nya sebenar, Diana. Edward telah menasihati Diana supaya melayangkan layang-layang sekiranya dia didera atau dipukul oleh Pakcik Lando nya. Dengan itu Edward akan tahu yang dia memerlukan pertolongan dan akan datang seperti "Superman" untuk menyelamatkannya....tetapi bila waktu itu tiba, Edward tidak dapat berbuat apa-apa pun kerana dia dan keluarganya terpaksa ke Manila.
Sekarang mereka sudah dewasa dan sekali lagi mereka semua akan ditemukan semula. Beatriz masih merupakan gadis yang tercantik antara mereka bertiga dan sungguh ramai sekali yang mahu memikatnya. Sophia masih seperti dulu...degil, tegas dan akan berkata benar walaupun menyakitkan hati orang lain. Sementara Diana...dia sudah jadi pendiam berbanding dulu dan masih bekerja di mansion dan melayan kerenah pakcik dan anak-anaknya.
Edward kini kembali ke kampung halamannya dan dia menjadi impian setiap gadis disitu kerana orangnya tampan. Dia juga masih mengingati Diana dan merasa lega yang Diana masih bekerja di mansion. Namun Diana masih menyimpan rasa merajuknya terhadap Edward kerana pergi begitu saja tanpa sebarang pesanan mahupun surat... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by isabel at 23-12-2005 09:16 AM
huh...tul ckp ko eskrem..betul2 stereotype drama..pastu dari bestfriend jadik musuh ketat..
mesti starting gan anak luar nikah..huh...
tapi smlm tergelak tgk cara edward mintak maaf kat diana...s ...
tu laa....marilahh bergoyaanggg...hahahahaha....sweet gilos..aku leh nangih ngk ep smlm...adoi la...tp diana tu lawa kan wpon hopia2 sket..hehehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
jom teka..wut will happen next..
kompem ade anak nye...pastu hopia n beatrice dpt tau...drang bawak diri gi hong kong...maybe beatrice nye misi nk dptkan edward bjaye..pastu drang terpakse kawen,wpon edward tak rela..pas2 terpisah...then bbrp tahun kendian...balek fpina balek...sbb cter ni mmg ade shooting kt hong kong kalo tak silap..pastu terjumpe...pastu..sambung aa korang..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
eehhhh...akum nak mintak tlg korang leh nanti korang uploadkan vc hiram kat thread ni?sbb umah aku x de tv dan astro...lagipun aku still study lagi...so harap2 sapa2 yg rajin tlg uploakan utk sume kat forum ni ye...dpt pahala heheheheh...kiter kene saling tlg menolong......salamat pok.... |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang baru part pelakon tua |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kinijee at 25-12-2005 03:48 AM
eehhhh...akum nak mintak tlg korang leh nanti korang uploadkan vc hiram kat thread ni?sbb umah aku x de tv dan astro...lagipun aku still study lagi...so harap2 sapa2 yg rajin tlg uploakan utk sume ...
tu aa..sesape yg rec cter ni..share2 aa...sian kinijee takpat ngk...(ayat tersirat:aku pon nk dolod gaks...akakaka)..:bgrin::bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eskremVanila at 25/12/05 07:24 PM
tu aa..sesape yg rec cter ni..share2 aa...sian kinijee takpat ngk...(ayat tersirat:aku pon nk dolod gaks...akakaka)..:bgrin::bgrin:
kuang3... :kerek: |
|
|
|
|
|
|
loveheart This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
loveheart This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
loveheart This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
loveheart This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Edward encem arg! ske part dia buat 'Sorry Diana' tu... huhu.. klako... nice butt,, ahahahakaka :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
apalah nasib dorang yek ~ ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
kureng ajor betui anak cina tu ~ nf:
tokei restoran tu mcm berkenan aje kat Diana ~
sib baik pompuan tua tu dah sayangkan Beatrice ~ sian gak kat dia ni ~ terpaksa buat camtu kat kengkawan ~ Sophia tu panas baran & keras hati skit ~ susah2 sgt bolayan ajelah ~ tak mcm Diana ~ lembut hati
[ Last edited by rosabella at 27-12-2005 04:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|