|
hahahaha...artis kategori lain jangan tersentap :lol
Muzik Fusion konsep Juara Lagu
TAHUN ini, Anugerah Juara Lagu (AJL) sudah pun masuk tahun ke-21. Sejak mula diperkenalkan pada 1986, sebanyak 20 buah lagu dari pelbagai genre telah dinobatkan sebagai juara.
Bermula dengan lagu Sekadar Di Pinggiran dan tahun lepas menyaksikan lagu Gemilang menjulang trofi berprestij itu, AJL dilihat sebagai platform untuk memberi ruang kepada komposer tempatan mencalonkan karya mereka untuk dinilai dan diiktiraf sebagai yang terbaik.
Saban tahun, AJL menampilkan tema yang berbeza seiring dengan arus kemodenan muzik yang menjadi ikutan zaman ini. Dengan tema tahun ini, Rentak Kita Rentak Dunia, penerbitnya Tengku Sahilawati Tengku Johari mahu menonjolkan, muzik tempatan mampu dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.
揟ema Rentak Kita Rentak Dunia dipilih kerana kami mahukan, sesuatu yang baru ditonjolkan dalam AJL kali ini. Muzik gabungan atau fusion adalah sesuatu yang menarik untuk ditonjolkan. Apatah lagi, muzik sebegini membawa satu lembaran baru dalam industri muzik tempatan dan ia sesuatu yang segar dan menarik,擺/b] jelasnya ketika ditemui di Sri Pentas, TV3, baru-baru ini.
Sahilawati menambah, keunikan muzik fusion juga boleh menyumbang sesuatu yang positif untuk industri hiburan dan secara tidak langsung dapat mengubah senario muzik tempatan.
揗alaysia kaya dengan muzik yang indah dan kita mampu membawa muzik kita ke luar jika kita berani mencuba sesuatu yang baru,擺/b] ujarnya lagi.
Persembahan pembukaan
Menurut Sahilawati, karya Manan Ngah dan Lukhman S iaitu lagu Sekadar Di Pinggiran yang menjadi juara pada Juara Lagu pertama telah dipilih sebagai persembahan pembukaan. Menariknya, lagu itu akan dipersembahkan oleh penyanyi asalnya Francissca Peter dengan susunan muzik yang baru oleh komposer terkenal, Helen Yap.
Sudah pasti ia akan mengembalikan nostalgia kepada peminat muzik tempatan.
揗eskipun lagu itu diberi susunan muzik yang baru, namun keaslian lagu itu tetap dikekalkan. Saya percaya penonton akan terhibur dan tertarik dengan persembahan itu nanti, |
|