CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: truesonic

kalau perempuan kahwin suami orang..apa pandangan anda

[Copy link]
Post time 27-9-2011 02:45 PM | Show all posts
bl da mik sUami org...
si sUami 100% mnyalahkn isteri..
nape ekkkk!!!!!!
pada hal si sUami yg mnggatal idOk plak d prsalahkn..
ishhhhh....x adil lah...
si pOmpUan plak akn mnjd mangsa keadaan...
nasib la kO perOsak umhtgga org.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2011 06:41 PM | Show all posts
kalau epal la.. memang x sanggup kecuali hsbnd epal tu kaya raya.. dan memang seorang
yang berpegang teguh pada islam . sbb kalau dah ada agama sure dia bleh
membimbing ke arah kebaikan.

epal ada satu cite.. ni pasal cikgu pompuan kat sekolah epal. Sebab dah lama sangat
nama dia pon epal x brape ingat.. citenya dia ni dah berkawin ngan org bujang gaks la..
dia ni memang baik dan zuhud. epal suka cara dia..  dia ada soang kawan baik yang x berkawin.. masa tu umo dia dah 40 rasanya..

Disebabkan dia kesiankan kawan dia yg x kawen tu.. dia izinkan hsbnd dia kawin ngan
kawan baik dia.. dan dia sendrik redha.. dia g meminang dan masa hsbnd dia kawin pon
dia datang.. epal memang respek kat cikgu ni walaupon ada gaks suara2 mengata dia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 07:11 AM | Show all posts
respek ngan cikgu epal..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 09:26 AM | Show all posts
kalau epal la.. memang x sanggup kecuali hsbnd epal tu kaya raya.. dan memang seorang
yang berpegan ...
epal^ijau Post at 28-9-2011 18:41



   
manusia tak penah puas...
buat salah, tak buat salah...
hanya Allah saja yg tau apa ganjaran utk cikgu epal tu...
biar je org luar yg dok mengata tu...depa tak dapat apa-apa pun....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 12:51 PM | Show all posts
kalau pompuan kawen suami org first impression mesti nk slahkan perempuan kan? pihak lelaki mcm ada  ...
truesonic Post at 6-4-2007 13:49



Pandangan saya berdasarkan pengalaman, macam mana saya tak salahkan perempuan....

(1) masa saya masih jadi isteri, perempuan tu dengan x tau malu call saya nak kawin dgn ex. Ganggu hidup saya dengan hantar email + sms yg menyakitkan hati. Ex dah mmg perangai nauzubillah..... saya ambil keputusan bercerai lantak ko la kemaruk sgt nak kawin dgn laki org. yang saya x faham, sanggup dia call saya sdgkan dia tau saya isteri dan dia langsung tak tau malu dan x bermaruah dgn berskandal dgn suami org.

(2) dkt pejabat saya skrg, ada satu staf ppuan nie engah berskandal dgn ketua jabatan sdgkan dia tau lelaki tu dah kawin + wife dan anak2 dia x duduk sama sbb lelaki ni baru je transfer ke syarikat ni. Kelakuan kedua2 makhluk ni mcm suami isteri asyik berkepit. Kesian kat wife = anak2 lelaki tu.

So....nak salahkan sapa?..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 12:05 PM | Show all posts
Kita tak sepatutnya memandang serong atau hina kepada perempuan yang memegang status sebagai 2nd wife..wo are we to judge? ALLAH yg Maha Adil dan yg layak menghakimi kita. Saya rasa, macam tak adil kalau 2nd wife ni dilabel sebagai 'perampas laki orang'..please don't be too stereotype..huhu..asal 2nd wife je suka2 je dia digelar perampas..padahal dia tak suh cerai pun yg 1st....malahan, rela hati kot menjadi 2nd..macam kesian tau kat 2nd wife yg berkongsi kasih ngn husband, tp dicop ngn macam2 perkataan hina dari orang sekeliling yg tak tau apa cite sebenaq..sabar ye..

"don't judge me until you've walked my path"

tak gitu? hahaha...langit tak selalunye cerah...we neva noe wat's gonna happen to us...2 tahun...3 tahun, 5 tahun akan datang....kesimpulannya, seperti post2 kat atas tu, kalau sudah tertulis begitu, maka begitu lah dia....ini semua kuasa ALLAH...rasa cam respek plak kat kakak2 sini yg jadi 2nd wife, but hubungan ngn madu baik....memanglah dalam hati sapa tau kan....yg penting, kita happy dan redha ngn kehidupan kita di dunia yg sementare ni...yg kekal di akhirat sana tu....payung emas..apa2 pun,,yakinlah dengan janji ALLAH...

just my 2 yen...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2011 02:49 PM | Show all posts
Reply 146# kitty_cat


    I agree with u kitty cat kita jgn mengata orang sangat
    kalau lah tiba tiba terkena dekat kita balik mcm mana
    dunia ni bulat lagi satu kita ni semua hak tuhan bukannnya
    hak individu......
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2011 03:00 PM | Show all posts
pandangan aku, ok je.. tak salahpun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2011 10:07 PM | Show all posts
Salam semua.

Just nak berkongsi pengalaman saya sendiri sebagai isteri kedua.saya berkahwin pada disember 2010 dan kini sedang pregnant 8 bulan.due date hujung bulan 11 nie..

bagi sesiapa yang berhajat atau ingin mengetahui realiti berkahwin suami orang, renungilah kisah dan pengalaman saya ini.moga menjadi panduan kepada semua....

saya kenal suami tak sampai 4 bulan sebelum buat keputusan berkahwin.dia brusia 42 tahun pada masa tu n saya 25 tahun.masa tu saya dah ada keje yg bagus dan gaji yang bolehlah dikategorikan ok sbb saya mampu nak bayar kereta saya sendiri dan perbelanjaan bulan2 pun ok..

nak jadikan cerita dan dah takdir,saya kenal suami yg elok la saya gelar A, merubah 200% pegangan hidup saya ketika itu.pegangan yg selama nie saya berjanji dan bersumpah takkan kahwin dgn suami orang.tapi entah macamana,saya terperangkap jua dengan janji2 manis A.dia begitu baik pada ketika itu,mengajar saya soal agama,tidak lokek memberikan hadiah yg mahal (tak penah saya sangka saya boleh memiliki barang2 mewah tersebut walaupun dengan gaji saya),sangat2 sungguh2 romantik,lemah lembut,penyayang.pendek kata,A lah segala2nya bagi saya.dia terlalu sempurna,hinggakan saya tinggalkan bf yg saya cinta selama 4 tahun semata2 kerana A.bf saya ketika itu sangat kecewa dan kami putus serta merta setelah saya buat pengakuan yang saya lebih cintakan A.kesian dia..

saya bagitahu mak yang saya nak kawin dengan A.mak halang sekeras2nya.abang sulung menentang habis2an.ayah saudara saya datang dgn isteri ke rumah saya bagi nasihat supaya batalkan hasrat tersebut.campur tangan keluarga bermula dengan hebat.kerana trlalu mabuk cinta saya tolak dalam tong sampah semua nasihat diorang.terlalu asyik dengan cinta A yang saya anggap smpurna tadi,telah menjerumus kami ke dalam dunia maksiat.saya seronok dapat belaian A.dia lelaki hebat sedangkan saya tahu itu semua dosa...kerana tak tahan lagi berjumpa secara sembunyi2,saya cakap kat A saya nak kawin dgn dia.dia ok saja n happy sebab mmg dia pn nak saya jugak.tanpa mengetahui keikhlasan A,pada malam tersebut kami telah lari ke sempadan dan berkahwin.saya hilang dan lari dari rumah selama 4 hari..

slepas kawin saya balik rumah mak,ceritakan yg kami dah kawin.hancur luluh,kcewa hati ibu yg sangat saya sayangi.sampai sekarang saya rasa tak dapat tebus dosa saya walaupun mak kata dah maafkan saya..

pada awal perkahwinan,kami bahagia.tapi semua berubah selepas 2 bulan kami sebagai suami isteri.A ada perempuan lain!saya kecewa.mana janji2 dia dulu.saya hubungi madu saya dan ceritakan perkara tersebut (madu saya pada awalnya mmg marah tp bila dia tahu A berperangai begitu dia pun simpati dgn saya dan kami boleh jadi kawan baik selepas tu).rupa2nya madu saya(saya gelar kak I)dah lama tahu perangai buaya tembaga A.dia mmg kaki betina dan suka enjoy serta sukakan maksiat.dia akan tunjuk baik n alim utk pikat perempuan.oh alangkahkah bodohnya aku...

saya kira2 balik berapa duit yg telah dia laburkan utk saya dulu sblm kawen.dekat 20 ribu.mmg0 saya gelap mata ketika tu dan saya jadi bodoh.semua org kata saya kena sihir dengan A sbb saya tergila2 sangat kat dia.tapi saya tak percaya dan saya tahu saya gila kat A sebab saya jadi mata duitan masa tu.hinanya aku masa tu..

dalam pada kantoi A ada gf,saya disahkan mengandung.dalam keadaan yg perlukan perhatian dan kasih syg suami,saya sebaliknya.saya berendam airmata.derita dan emosi saya tak menentu.A tak penah mengaku silap dia walaupun saya ada banyak sgt bukti..

berbulan2 saya menderita sampai la skrg.kak I cakap saya silap sebab termakan pujuk rayu A.dia tak dapat tolong apa2 sbb dia pn gagal nak kawal perangai A smpai la skrg(kak I dah ada 5 org anak).

tentang makan minum,pakaian dan lain2 mmg A takde masalah,dia org brduit.tapi saya tak perlu tu semua.saya perlukan kejujuran dia.tapi dia tak dapat bagi semua tu.spnjg pregnant,tak penah sekalipun dia ambik berat ttg saya,picit bdn saya bila saya mengadu sakit badan,tlg kemas rumah dan memasak walaupun saya cakap saya tak larat..dia asyik dengan kerja dan melayan perempuan.dalam laptop dia penuh dengan searching website porno dan kenalan2 wanita..

sejujurnya saya menyesal dgn perkahwinan ini.dan saya banyak kali mintak dia lepaskan saya.tapi biasalah lelaki hidung belang,dia akan buat saya menderita dulu.saya pasarah.lagipun saya tgh pregnant takkan jatuh talak.

sekarang saya tak tahu nak buat apa lagi.wahai2 wanita2 semua,jadikanlah iktibar cerita saya ini.jangan,jangan da jangan terperangkap seperti saya.saya bodoh dan saya percaya inilah balasan Allah kerana saya dah mengecewakan ibu,adik beradik,saudara mara dan kak I serta 5 org anak2nya..

A macam biasa hanya jadikan saya bahan pemuas nafsu dia dan hanya nak pergunakan saya bila diperlukan.kerana saya mahir kerja pejabat,dia perlukan saya bila2 masa je.saya tak dapat mengelak.saya penah 2 kali lari dari rumah tapi dia cari sampai dapat dan pujuk saya dengan seks.seperti biasa saya akan jadi bodoh dan kembali semula pada dia.dan dia akan terus trusan dgn sikap lama,buat seperti takde apa2 berlaku dan menggauli saya bila dia perlu.bagi duit,dan dia tak mahu tahu apa2 masalah selepas itu.saya perlu selesai sendiri dalam semua hal dalam rumahtangga.janji dia kata dia dah tunai tjwb dia,bagi duit.oh mudahnya..

kini saya perlu tabah.lagi sebulan saya nak bersalin dan saya tak mahu emosi saya terganggu gara2 A.saya tak tahu apa perancangan selepas nie.saya bercadang nak buka perniagaan sendiri dan harap2 ianya dapat meluputkan ingatan saya terhadap semua sikapnya.saya janji akan jaga anak saya baik2.anak yg bakal lahir ini perempuan,saya sangat bimbang dia juga tersilap langkah spt saya.saya menyesal...

kepada anda semua,saya doakan semoga anda semua tidak jadi seperti saya.saya percaya masih ada lelaki yg benar2 layak berpoligami di luar sana,tetapi tidak suami saya.harapan saya agar anda semua fikir sejuta kali sebelum buat keputusan bodoh sperti saya..

akhirnya,kita jua perlu percaya setiap apa yang terjadi pada kita,tentu ada hkmah dan muslihat dari Allah.saya redha dan saya mohon agar Allah kuatkan jiwa dan iman saya selama2nya..amin..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 10:44 PM | Show all posts
Reply 149# keju6888

harap keju tabah hadapi dugaan....mungkin nie dugaan Allah tuk keju....

ada org kawen ngan lelaki bujang, hidup bahagia....ada jugak yg tak...ada org kawen ngan suami org, hidup bahagia....ada jugak yg sebaliknyer...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 12:22 AM | Show all posts
Reply 150# midori888


    time kasih..
iye.nasib kita semua mungkin tak sama.tak dinafikan ada jgk yg jd 2nd wife hidup aman bahagia hingga ke akhirnya..ada jugak yg kawen bujang sama bujang tak bahagia..bergantung pada nasib dan qada' dan qadar Allah..Dia lebih tahu yang terbaik utk hambaNya.mungkin ari nie saya menderita tapi mungkin satu hari nnt suami berubah.siapa kita nak tentukan apa yg akan berlaku esok hari?Dia aje yg berkuasa..amin..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 12:17 AM | Show all posts
1st impression dua2 gatal kemaluan...tapi after dengar cite dua2 pihak mayb boleh dterima...yg penting jgn jump in conclusion
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 09:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by faraway1 at 25-10-2011 19:03
Reply  kitty_cat


    I agree with u kitty cat kita jgn mengata orang sangat
    kalau lah tib ...
kaseh80 Post at 3-10-2011 12:49 AM


kalau camtu dari mengata orang yang kahwin dengan laki org,
baik ngata orang kaya kayakan,
mana tau terkena dekat kita balik mcm mana
dunia ni bulat lagi satu kita ni semua hak tuhan bukannnya
hak individu...... fuh best gila, kaya terus..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.230859 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list