CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sultanmuzaffar

Siti Nurhaliza @ P.Ramlee The Musical

[Copy link]
Post time 21-10-2007 11:40 PM | Show all posts

Reply #140 calmille's post

saper dier???:re: :re: :re: :re: :re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2007 11:46 PM | Show all posts

Reply #140 calmille's post

lempang jer budak tu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 11:51 PM | Show all posts

Reply #142 harisbee's post

sampai ati koooo
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 11:52 PM | Show all posts
jgnlah marah dia.. dia ada masalah peribadi besar tue.. nak pegi tusyen ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 11:52 PM | Show all posts
dah lah nak tidur esok skolah

semua

jumpa esok petang

meh nak bagih adiah cikit:bd:
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 11:53 PM | Show all posts

Reply #141 ahmad_dhani91's post

pendekar laut
wira tunggal
dragon ball
naruto
sailormoon
doraemon
pokemon
digimon
shin chan
sakura
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2007 11:53 PM | Show all posts

Reply #144 eddysheddy's post

:@
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 11:57 PM | Show all posts
takder komen dari paper lagi ker????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2007 01:24 PM | Show all posts

Reply #148 adie82's post

paper kata watak ajijah takder pun tak per
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 03:18 PM | Show all posts
Originally posted by kate_lost at 22-10-2007 01:24 PM
paper kata watak ajijah takder pun tak per

paper mana tu?
paper yg aku baca plak.. walaupun kemunculan siti yg jelita persis bidadari hanya seketika, tetapi meninggalkan kesan yang amat mendalam dan audiens bagai dirasuk ketika mendengar siti mengalunkan Mulanya Cinta   ...

gitulah lebey kurang bunyiknye
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 03:40 PM | Show all posts

Reply #150 eddysheddy's post

paper berita harian...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 03:46 PM | Show all posts
page ni! menci! menci!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 03:51 PM | Show all posts
mencilah page ni!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 03:54 PM | Show all posts
teringinnye nak dgr lagu mulanya cinta..

ruffly citerlah sikit ttg lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 04:28 PM | Show all posts
Usah harapkan magis seperti dalam Puteri Gunung Ledang
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Kupasan hidup P Ramlee yang panjang sekadar dicuit dalam masa tiga jam belum sempat dijamah 1,000 kepuasan

USAH bandingkan P Ramlee The Musical dengan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) yang ditonton hampir 60,000 penonton sepanjang dua musim pementasannya, tahun lalu. Paksi pergerakan kedua-dua teater ini berbeza meskipun menunjangi genre muzikal dan berkongsi tenaga produksi sama.

Justeru, jangan menggantung harapan terlalu tinggi untuk melihat magis yang sama kembali dalam pementasan itu. Ini kerana P Ramlee The Musical cuba mengutarakan riwayat hidup Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang panjang namun dipadatkan dalam pementasan hampir tiga jam.

Maka kupasan perjalanan hidup seniman luar biasa itu juga insan yang pernah dicintai dan menjadi inspirasi kepada kejayaan Allahyarham sekadar dicuit sedikit, tanpa sempat dijamah sepuasnya. Realiti ini berlaku kepada watak Azizah yang menyaksikan kemunculan sulung penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di pentas lakonan.

Jujurnya kehadiran watak Azizah langsung tidak memberikan impak, malah jika peranan itu ditiadakan juga tidak mencacatkan perjalanan cerita itu andai sejarah awal pembabitan P Ramlee di dunia seni dipadamkan penulis skrip.

Barangkali kerana ia lakonan pertama, Siti dilihat masih dalam proses untuk 'meresapkan' nyawa Azizah dalam lakonannya hingga sesekali dia seperti sedang membuat persembahan nyanyian.

Dibuka meyakinkan mengimbas detik akhir P Ramlee (lakonan Sean Ghazi) dan Saloma (Liza Hanim) berbicara sebelum maut datang menjemputnya, perjalanan babak pertama pementasan itu bergerak agak perlahan.

Perjalanan ceritanya sedikit mendatar, biarpun ditemani beberapa lagu menarik seperti Mulanya Cinta (nyanyian Siti) dan Janji Yang Hilang (nyanyian Atilia membawakan watak Junaidah) namun ia belum mampu menyentuh jiwa.

Watak Junaidah yang sering dihantui rasa cemburu dan terpinggir dengan populariti P Ramlee juga tidak dikembangkan dengan baik menyebabkan lakonan Atilia tenggelam dan tiada klimaks.

Lakonan Sean juga tidak konsisten, momentum persembahannya tenggelam timbul. Mungkin pelakon berpengalaman itu belum dapat mencipta keserasian memandangkan Siti dan Atilia masih terlalu mentah dalam dunia pementasan.

Peralihan watak daripada Junaidah kepada Norizan direalisasikan pelakon berwibawa, Melissa Saila dengan berkesan. Jika tidak kerana kehebatan lakonannya terutama ketika babak pertengkarannya dengan P Ramlee, perjalanan muzikal ini agak hambar.

Tidak keterlaluan jika dikatakan watak Norizan yang sarat dengan pergolakan dalam dirinya ketika mencari erti kebahagiaan di hati lelaki yang dicintainya menjadi tunjang kekuatan kepada P Ramlee The Musical.

Luahan marah yang meluap kerana diabaikan P Ramlee yang mengejar nama sebagai seniman dilampiaskan anak seniwati Mariani ini dengan penuh tenaga.

Getar kemarahan itu dapat dirasai ketika babak Norizan membawakan lagu Sudah Tidak Bermakna, meskipun mutu nyanyian Melissa tidak sehebat Siti mahu pun Liza Hanim.

Sedari awal kemunculannya lagi, biarpun hanya suara yang lantang berkumandang sebelum sesi pementasan berhenti rehat, Melissa sudah berjaya membuat tetamu meremang menanti lakonannya.

Sebagai Saloma, Liza berjaya menterjemahkan watak Seniwati Negara itu dengan berjaya sekali. Lenggok tubuhnya, gaya percakapannya malah nyanyiannya yang merdu membuktikan Adlin dan Zahim Albakri yang bertindak sebagai pengarah bersama tidak salah memilih pelakon itu untuk memegang watak utama itu.

Dia tidak cuba menjadi Saloma, sebaliknya interpretasi yang disampaikan penyanyi bersuara lunak itu berjaya menyentuh hati penonton.

Barangkali dari segi koreografi P Ramlee The Musical kurang berkesan berbanding PGLM, namun dari segi rekaan set dan props pujian wajar diberikan Raja Maliq yang berjaya membangkitkan emosi untuk mengheret penonton untuk sama merentasi era yang dilalui Seniman Agung itu.

Sehingga akhir pementasan, masih ada pertanyaan ke mana hilangnya loghat Pulau Pinang yang dituturkan P Ramlee kerana ia langsung tidak kedengaran sepanjang lebih dua jam pementasan?

Tiara lega tiket Remy laris

NAFAS lega dihela Penerbit Eksekutif teater muzikal, P Ramlee The Musical... The Life, The Loves & The Inspiration, Datin Seri Tiara Jacquelina apabila tiket untuk pementasan selama tiga minggu habis ditempah sebaik persembahan pertama bermula, Khamis lalu.

Gugur segala resah dan pada malam pembukaan, debaran selama tiga setengah bulan menanti detik pementasan teater muzikal kedua terbitan Enfiniti Productions Sdn Bhd beransur hilang sebaik tirai persembahan diselak.

Di wajah Tiara tergaris riak kepuasan, malah baginya kesemua pelakon yang terbabit memberikan persembahan mengagumkan walaupun pementasan sulung berdepan beberapa masalah teknikal yang sememangnya diduga.

"Saya gembira kerana semuanya bermula dengan baik. Berdepan masalah teknikal adalah sesuatu yang biasa apatah lagi pada malam pertama pementasan. Namun, saya bersyukur kerana segala-galanya berjalan seperti yang dirancang.

"Apa yang mengagumkan kesemua pelakon memberikan persembahan yang luar biasa, lebih daripada apa yang saya pernah visualkan," kata Tiara, jelas puas meskipun sesi latihan pementasan itu berjalan singkat sekitar tiga bulan.

Di sebalik berita gembira itu, Tiara dilimpahi perasaan teruja dan akuinya, andai ada lamaran untuk pementasan semula pada musim akan datang, pastinya tawaran itu tidak akan dilepaskan.

Namun Tiara akur, jadual siri persembahan di pentas eksklusif itu begitu padat dan kerana itu, dia sanggup memperjudikan nasib muzikal berkenaan untuk dipentaskan kurang seminggu umat Islam meraikan 1 Syawal.

"Hanya ini satu-satunya slot kosong dan panjang untuk diisi. Mahu atau tidak saya memberanikan diri untuk mengisi kekosongan itu dan jujurnya, saya sendiri tidak menyangka P Ramlee The Musical juga mendapat sambutan hebat," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan P Ramlee The Musical dibayangi kejayaan PGLM yang mencetus fenomena baru kepada pementasan teater tempatan, Tiara berkata, perbandingan tidak sewajarnya ada kerana kedua-dua teater itu bergerak atas paksi berbeza.

Persamaan hanya pada tenaga di balik tabir tetapi dari segi cabaran, P Ramlee The Musical menuntut kekuatan yang luar biasa kerana keperluan produksinya yang lebih besar dan menguji.

Juga sebagai kesinambungan kepada promosi awal yang ternyata berjaya membuka mata peminat teater muzikal, Enfiniti bakal menerbitkan sebuah mini album yang memuatkan rakaman beberapa lagu yang dipersembahkan dalam pementasan itu.

"Mini album itu akan dipasarkan dalam masa terdekat ini, memuatkan beberapa single terpilih yang dinyanyikan pelakon utama dalam pementasan ini," kata Tiara yang mendapatkan khidmat maestro muzik Indonesia, Erwin Gutawa sebagai pengarah muzik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 05:58 PM | Show all posts
eddy tak tgk, so tak pandai nak komen..

cumanye kalau watak azizah takde, mesti mcm tak lengkap sebab ia cinta pertama p.ramlee..tajuknye pun, PRamlee The Musical.. The Life, The Loves & The Inspirations.. malah citer ni dgrnye dimulakan dgn pramlee kecik dan azizah kecik kan?

sekadar my pandangan.. mungkin org yg tgk lebih ariff..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2007 06:08 PM | Show all posts

Reply #156 eddysheddy's post

sajalah tu paper tu nak hentam CT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2007 06:29 PM | Show all posts
ala. normallah tuh.
kalau tengok show tu as a whole, mmg ler siti tenggelam.
nak-nak kalau banding dgn lakonan melissa saila, liza hanim.

kita kena ingat, teater tu ambik latarbelakang dari tahun 30an ke 70an. kena habiskan cerita dlm masa 3 jam. mmg lah tak cukup dan watak2 yg ada susah nak dikembangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 07:00 PM | Show all posts
yup, sudah menonton semalam..lagaknya macam bagusss jer watak si azizah tuh...xsemenggah mana pun..

watak norizan mmg hebat nyanyian norizan pun mengalahkan nyanyian azizah

berbaloi tgk bukan sebab azizah punn
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 07:09 PM | Show all posts
Originally posted by JAY-Z at 22-10-2007 07:00 PM
yup, sudah menonton semalam..lagaknya macam bagusss jer watak si azizah tuh...xsemenggah mana pun..

watak norizan mmg hebat nyanyian norizan pun mengalahkan nyany ...

yelah tue bukan kerana ajijah :re:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.446781 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list