CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akak89

Merged : All about PASU

[Copy link]
Post time 10-9-2008 09:07 AM | Show all posts

Reply #63 cikna99's post

he..he..he......alamak, malu pulak, lamanku tak seindah laman korang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2008 09:09 AM | Show all posts

Balas #64 alifinara\ catat

ehhh...cutting2 pkk aritu sume idop tak aliff..kot2 kalu nak lg, pkk ati2 tu cikna nak cantas lerr.. nak tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 10:29 AM | Show all posts

Reply #65 cikna99's post

Cutting haritu, alhamdulillah, semuanya idop. Berkat niat Cikna memberi dengan ikhlas.

Ati
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 07:34 AM | Show all posts
saya banyak beli pasu..kecik besar sumer cukup.....dah pindah ni bagi le kat member n kakak..sayang rasanya...hubby tak bagi bawak dia kata kang penuh satu kontena..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 07:40 AM | Show all posts

Reply #62 alifinara's post

sini dh tk dpt 4 biji RM10....kalau nk rega tu terpaksa ke SP. semua dh naik rega , 3 bijik rm 10...kalau 4 dia bg yg kecik sket...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 08:00 AM | Show all posts

Reply #68 Mas916's post

Yelah Mas, nursery lain memang saya tak jumpa even RM10 utk 3. Nursery ni murahlah pasu dia tapi harga pokok mahal...xpelah, pokok beli kat nursery lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2008 12:21 PM | Show all posts
Tip memilih pasu



Pasu sesuai untuk laman dengan ruang atau kawasan terhad.


Pasu mudah dialihkan atau diubah suai terutama bagi anda yang cepat berubah cita rasa.


Elak memilih pasu yang mempunyai permukaan sempit dan kecil menyukarkan

aktiviti menanam, membaja serta menyiram.


Untuk menyerlahkan keadaan tanaman yang lebih subur dan cantik, pasu seramik polos antara pilihan terbaik.


Tanam pokok yang mempunyai akar serabut dalam pasu yang besar dan tinggi.


Boleh juga gunakan koleksi pasu pelbagai warna untuk mengindahkan suasana laman


Gunakan kreativiti dan kebijaksanaan anda menggunakan produk kitar semula sebagai bekas tanaman menggantikan pasu mewujudkan suasana berbeza.


Penggunaan pasu untuk setiap pokok mestilah bersesuaian supaya tidak mengganggu tumbesaran dan pandangan taman berkenaan.


Saiz pasu yang kecil mengehadkan kadar pertumbuhan dan sebaran akar seterusnya menyebabkan pokok tidak tahan lama.


Bagi pokok yang tahan cahaya matahari, gunakan pasu yang berwarna cerah bagi mengurangkan serapan haba dan pertumbuhan yang berlebihan.


Berhati-hati menggunakan pasu kayu atau rotan kerana cepat reput dan kurang tahan lasak. Jika berminat menggunakan pasu kayu, pilih jenis kalis air dan tahan cahaya matahari serta tidak perlu kaedah varnis kerana kandungan kimia boleh merosakkan pokok.


Kelebihan menggunakan pasu kayu kerana ia boleh dibentuk dalam pelbagai saiz berdasarkan keadaan ruang.


Amalan meletak tanaman dalam pasu di atas kayu atau pelapik batu bagi ruang laluan air digalakkan kerana membantu pertumbuhan akar yang lebih selesa.


Kepingan pasu terracotta atau cebisan helaian surat khabar boleh dijadikan sebagai asas dasar pasu sebelum memasukkan tanah bagi mengelakkan aliran tanah keluar melalui celah lubang pasu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 03:11 PM | Show all posts
On the way back to KL yesterday, singgah Ipoh, niat dihati nak beli pasu ... murah beno reganya, design/warna pun macam-macam.

Since balik ke KL dgn kereta kosong, kuambil peluang ini untuk beli pasu-pasu ...

Set ini RM10, dapat 5 biji, pasu yg lebarnya 10 inci


Set ni, RM10, dapat 6 biji, lebarnya pun 10 inci


Ini sebiji RM8. Pasu leper dan pasu tinggi


Ini pula, RM2 untuk 3 biji, lebarnya 6-7 inci ... macam-macam kaler dan bentuk


Puas hati beli. Kalau kat KL tak dapat rega ni. Pasu ni pasu reject.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2008 04:29 PM | Show all posts
waahhh bro...chantek2 nyeh pasu..saya pon kalu balik kedah rajin menyinggah beli pasu kat ipoh
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 11:42 AM | Show all posts

Balas #71 mhatta1\ catat

wahhhhhh mhatta... memborong sakan dia.. murah2 plak tu.kat area mana ipoh tu yea???.... akak beli kat manjung ni mahal.. padahal tak le jauh sangat dr ipoh.4/5 tahun dulu pun rega dah rm 10 = 4 biji yg kaler kosong.saiz sama ngan yg 1st gambo.sekarang ni memang tak bleh nye ngan rega tu.

apa apa pun akak dah tak bleh beli pasu.dah kena warning kat my hubby.susah nak pindah nanti katanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 10:08 PM | Show all posts
Originally posted by ayasofiya at 6-10-2008 11:42 AM
wahhhhhh mhatta... memborong sakan dia.. murah2 plak tu.kat area mana ipoh tu yea???.... akak beli kat manjung ni mahal.. padahal tak le jauh sangat dr ipoh.4/5 tahun dulu pun rega dah rm 10 = 4  ...


Saya beli kat Jalan Kuala Kangsar, kak. Kalau ikut PLUS, ambil exit Ipoh Utara ke arah bandar Ipoh. Sepanjang jalan tu, belah kanan, memang berderet kedai jual pasu-pasu ni. Saya gi kedai harga kilang kat Taman Melee, sebelum stesen minyak Shell dan Esso. Banyak pasu 'export quality' reject kat situ. Kalau yg tak reject pun ada, reganya pun lagi murah kalau nak banding dgn KL ni. Contohnya, kalau kat KL RM5 sebiji, kat situ RM10 untuk 3 biji ...

Best  dan puas hati betoi beli pasu kali ni . Bila dah angkut keluar dari kereta, dibilang, kesemuanya berjumlah 101 biji pasu, duit RM155  melayang .... tah macam-mana toke tu sumbat pasu-pasu ni dalam kereta ni, tak tau lah ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 02:28 PM | Show all posts


Tempayan ni.. I dapat ditempat buangan. My sis kata tempayan untuk buat taucu.. kalau nak beli memang mahal.. so I ambil dan biarkan dengan rupa antiknya... I letakkan di salur turun air hujan.



Pasu ni I beli kat mantin.. kadang kala I letakkan pelita (tapi nampak malap lah).. dan selalunya I letak ubat nyamuk kalau I nak duduk2 diwaktu malam di pondok ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 02:30 PM | Show all posts

Reply #75 maizana's post

tempayan tuh nampak byk d jual kat kedai bundle, tp tak berani beli....sebab nampak antik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 05:17 PM | Show all posts

Balas #74 mhatta1\ catat

uiksss... camner leh sumbat dalam keta sampai beratus2 biji pasu yea??? (tak leh nak bayangkan!!) kalau ven tu kira space luas gak le tuk di isi.hemm...takdapek nak ku bayangkan.. camner saratnye keta hatta nih.. terjongket bhg belakang kott....

ke encik hatta kita ni pakai pajero eak?/ or yg sewaktu dgnnya...?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 05:27 PM | Show all posts

Balas #75 maizana\ catat

tempayan antik yg dalam gambar tu.. kalau kat kg akak dulu2 guna untuk jeruk buah pinang (orang2 tua yg suka makan sireh pinang cam india tu.. lidah bibir merah kalu.. kalo makan ni ).kat rumah akak pun ada 2-3 biji dulu guna tuk buat jeruk buah pinang.last2 takde sape guna.. dok tergolek merata2.datang sepupu akak dr bandar.... dia mintak tempayan2 tu.mak akak terus kasik jerk.masa tu akak masih taktau nilai eksotik tempayan tersebut.. maklum lee org kg.. tengok pun sebelah mata jer
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 05:36 PM | Show all posts
kalu kat kg saya lak, tempayan tu utk wat peram ikan perkasam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 06:34 PM | Show all posts

Reply #78 ayasofiya's & #78 pakupayung post

He he he.. orang bandar ni pelik sikit...

Kat rumah mak I ada batu giling.. terletak jer kat ceruk dapur.. dah bersawang-sawang.. I tanya kat mak.. 'bagi jer lah kat saya batu lagan mak tu'.. mak kata 'ambik lah'... hmmm tunggu masa dan ketika nak ambil jer...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 07:57 PM | Show all posts
Originally posted by ayasofiya at 22-10-2008 05:17 PM
uiksss... camner leh sumbat dalam keta sampai beratus2 biji pasu yea??? (tak leh nak bayangkan!!) kalau ven tu kira space luas gak le tuk di isi.hemm...takdapek nak ku bayangkan.. camner saratnye ...


Kak, kebanyakan pasu tu saiz yg kecik, lebarnya 6". Toke kedai tu susun dan sumbat dalam boot dan tempat duduk belakang. Saya pakai kereta sebesar saiz Waja je ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 07:59 PM | Show all posts
Originally posted by ayasofiya at 22-10-2008 05:27 PM
tempayan antik yg dalam gambar tu.. kalau kat kg akak dulu2 guna untuk jeruk buah pinang (orang2 tua yg suka makan sireh pinang cam india tu.. lidah bibir merah kalu.. kalo makan ni ).kat ruma ...


Masa kecil-kecil dulu, rumah mak pun ada tempayan ni untuk jeruk buah pinang. Biasanya mak makan buah pinang ni kalau dia terasa loya atau nak muntah.  Sekarang ni, 30 tahun kemudian,  hehehe ... pokok-pokok pinang tu dah pupus.

Tempayan tu, nanti bila balik kg, nak tanya mak ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 08:57 AM | Show all posts

Reply #80 maizana's post

batu giling kat umah masih guna...habuan giling inai..
tp saya dh guna batu pengisar jadi pelapik pasu....ada kat depan..umah..nanti ada masa..saya tempek sini....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.097250 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list