|
Reply #24 azz_azza's post
Assalamualaikum...
Orang baru nak mintak tumpang sekaki.
Banyak orang ingat "awak" itu maknanya saya. Masa Pak Abu muda-muda dulu, di sekolah, ada le sorang kawan ni, memang cakap Perak pekat... Suatu hari dia terlambat masuk meeting dengan pengawas. Bila abang pengawas tu tanya, dia udoh cakap menggunakan "awak" ("Awak ingat tak ade meeting, awak pergi le makan dulu" ) Pening le kepala abang pengawas tu. Sekolah Pak Abu tu sekolah asrama, berapa kerat je orang Perak. Yang kami budak Perak ni, nyerongin je le...
Tapi sebenornya... (panjang pulok le cerita orang tue ni ye?) Pak Abu rasa, "awak" tu bukan maknanya "saya". Itu cuma teknik bercakap saja. Kalau orang puteh dia guna perkataan "one" (One has to work hard to provide for one's family). Kadang-kadang ada yang menggunakan "you" menggantikan "one" (You have to work hard to provide for your family). Biasanya untuk ayat umum le... tapi kadang-kadang ia digunakan sebagai "distancing technique" dalam merujuk kepada diri sendiri.
Biasanya yang Pak Abu tengok le, kalau orang cakap guna "awak" ni, dia nak cerita benda yang tak berapa elok, macam lucu ke, buat silap ke apa ke. Kalau cerita yang elok-elok je, dia gunakan teman. Tapi agaknya budak-budak sekarang tak berapa gheti kut.
Jadi bila cakap guna "awak" tu, kurang le sikit rasa malunya. Contoh: Tadi seluor teman koyak nak tau! Yang awak ni, tak sedor, jalan saden je le. Habih orang pakat gelak. Awak ingat kan ape? Tak nak dah teman pakei seluor ni.
Sori le ye... panjang berjela le pulok... maklum le orang baru yang lame...
- Pak Abu |
|