CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: shachihata33

TABARRUJ - PENYAKIT WANITA MASA KINI

[Copy link]
Post time 10-10-2008 09:05 PM | Show all posts
apa guna tuhan kasi akal kalu tak mau guna? apa quran tu ada magik ka?

quran tu turun untuk semua masyarakat dunia. bukan untuk orang arab je.


Mengucaplah banyak. Kalau tak boleh terima hukum hakam ayat2 Al-Quran ada lebih baiknya duduk diam2 dan janganlah sampai nak dipertikaikan kalam Allah ini. Kalau hadis kita nak pertikai atas sebab hadis daif atau hadis palsu boleh juga diterima hujah kamu ini. Tetapi ayat2 perintah yg datangnya dari Allah SWT jika dibantah akan boleh rosak akidah dlm diri kita.

Pada hampir tiap2 surah Allah SWT memperingatkan kita tentang keagungan dan kehebatan Al-Quran itu :

Alif Lam Mim Ro. Ini adalah ayat2 Al-Kitab ( Al-Quran ). Dan kitab yg diturunkan kepada kamu drp Tuhan mu itu adalah benar, akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman ( kepadanya )
( Surah Ar-Rad Ayat 1 )

Tohaa
Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepada kamu agar kamu menjadi susah
tetapi sebagai peringatan bagi orang2 yg takut ( kepada Allah )
( Surah Tohaa ayat 1-3 )

Bahkan tiap2 kali kita menghadap Allah SWT dlm solat sehari semalam kita memohon dariNya utk memelihara kita agar selamat serta mendapat rahmat dan balasan kebaikan di akhirat. Dan kita pohon agar kita dijauhkan dari termasuk di dlm golongan orang2 yg rugi dan ingkar. Mcm mana nak buat semua nih ? Tidak lain dgn menurut guideline yg ditetapkan Allah dlm Al-Quran.

Tunjukkan kepada kami jalan yg lurus
( Iaitu ) jalan orang2 yg telah engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan ( jalan ) mereka yang dimurkai dan bukan ( jalan ) mereka yg sesat.
( Surah Fatihah Ayat 6-7 )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2008 09:08 PM | Show all posts

Reply #141 noriabdullah's post

Dia tidak pertikaikan Al-Quran, dia cuma mempertikaikan kenapa kita tidak digalakkan menggunakan akal sebagai hujah(merujuk kepada posting saudari #135)
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 09:20 PM | Show all posts

Reply #140 Neraka Bulan's post

Jadi bukankah ini dilihat seperti tidak adil bagi kaum wanita Islam, di mana begitu kompleksnya peraturan pakaian untuk kaum In sedangkan kaum abang mudah pulak..


soalan yg baik, dr abg yg baik...

setuju tak In katakan wanita adalah perhiasan dunia yg paling cantik..? dan penjaganya yg paling agung ialah lelaki. kita tak dapat nak kata apa bang, Allah telah menetapkannya begitu dan sbagai makhluknya kita menerima kurnia Allah tanpa takwil. dan Allah telah menjadikan wanita ini lemah dan org yg lemah itu perlu perhatian dan perlindungan...

kaum lelaki tdklah mudah yg abg sangkakan.... lelaki besar dosanya jika dia tak melayani isteri dan ibunya dgn baik... syuga di bawah tapak kaki ibu, lelaki tdk bleh berkata 'ah' kpd ibu... bknkah ibu ini seorang wanita? kebanyakan hukuman2 di dlm quran adalah utk lelaki, sperti tdk berjihad, juga termasuk menganiaya wanita...


Dalam hadis pernah mengatakan bahawa wanita yang tak berbungkus kepalanya akan direbus kepalanya....


In pun tak pakai hadis yang tak sahih...

Dan banyak lagi hukuman akibat tak ikut perintah suamilah, mengumpatlah di mana ianya hanya khas untuk kaum wanita manakala lelaki seperti terlepas pulak.

Jadi, di manakah keadilan dalam agama ini terhadap kaum wanita??


eh, mengumpat dosanya sama tau... bkn pompuan jek... tp sbb pompuan neh sinonim dgn mngumpat n bergossip maka lbh tertumpu kdp pompuan jek... tp kalo lelaki mngumpat pun sama gak bang,,... jgn ngumpat In taaww...:@

Islam sgt adil utk wanita, In bangga jd wanita Islam.... yg benarnya bang,,, kalo abg ada isteri kena sdiakan org gaji tau, jgn sruh isteri masak atau kemas2 tau... kalo abg paksa dia , dosa atas abg tau... so..? kalo isteri abg bantu urusan umah tuh, pahala yg blimpah ganda buat dia tau... n abg lak bdosa kalo marah2 dia tau ...:@
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 09:22 PM | Show all posts

Reply #143 indah1285's post

Abang nak gi keluar makan  nanti abang balas ok?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 09:25 PM | Show all posts

Reply #144 Neraka Bulan's post

jgn mamam banyak2 malam2 neh.... karang boroi....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 09:38 PM | Show all posts
* psl larangan tabarruj utk kaum perempuan

#
ini dah mencabul hak asasi wanita. islam tak ajar macam ni.


* saya minta kalau nak berhujah psl larangan tabarruj ini mencabul hak asasi wanita sila kemukakan dalil jangan setakat guna akal fikiran

#
tiada dalil atau nas diberi sebaliknya : apa guna tuhan kasi akal kalu tak mau guna? apa quran tu ada magik ka?

Dia tidak pertikaikan Al-Quran, dia cuma mempertikaikan kenapa kita tidak digalakkan menggunakan akal sebagai hujah


Ayat yg secara terang2an memberitahu mengenai larangan berhias ini kalau enggan diterima bukankah bermaksud mempertikaikan perintah Allah SWT. Larangan utk tabarruj disebut dgn jelas dlm ayat Al-Quran :

dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu kala
( Surah Al-Ahzab Ayat 33 )

Sambungan dari ayat di atas surah Al-Ahzab ini disebutkan :

Dirinkanlah solat, tunaikan zakat dan taatilah Allah dan RasulNya.
( Surah Al-Ahzab ayat 33 )

Mengapa jika pada bab solat dan zakat kita boleh dgn senang kerjakan tetapi pada ayat mengenai larang tabarruj ini kita cuba berdolak dalik dan memberi pelbagai alasan utk tidak mahu ikut perintah Allah SWT. Sama halnya dlm bab larangan makan babi dlm surah Al-Ma'idah ayat 3, rasa2nya tidak ada orang Islam yg nak guna akal atau cari alasan utk membolehkan ia makan haiwan yg diharamkan oleh Allah. Jadi bagaimana kita boleh senang nak terima sebahagian isi Al-Quran dan menolak sebahagian yg lain pulak ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2008 11:00 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 10-10-2008 21:20


soalan yg baik, dr abg yg baik...

setuju tak In katakan wanita adalah perhiasan dunia yg paling cantik..?dan penjaganya yg paling agung ialah lelaki. kita tak dapat nak kataapa bang, Allah telah menetapkannya begitu dan sbagai makhluknya kitamenerima kurnia Allah tanpa takwil. dan Allah telah menjadikan wanitaini lemah dan org yg lemah itu perlu perhatian dan perlindungan...

kaum lelaki tdklah mudah yg abg sangkakan.... lelaki besar dosanya jikadia tak melayani isteri dan ibunya dgn baik... syuga di bawah tapakkaki ibu, lelaki tdk bleh berkata 'ah' kpd ibu... bknkah ibu iniseorang wanita? kebanyakan hukuman2 di dlm quran adalah utk lelaki,sperti tdk berjihad, juga termasuk menganiaya wanita...


Wanita perhiasan dunia yang paling cantik?? Abang bersetuju dgn pendapat In itu tetapi tidak bersetuju dgn pendapat In yang mengatakan bahwa kaum wanita adalah kaum yang lemah dan perlu mendapatkan perlindungan dan perhatian daripada kaum lelaki. Wanita sekarang bukan lagi seperti di zaman feudal di mana kini wanita mampu duduk dan berdiri setanding dgn kaum lelaki. Jika lelaki mampu jadi pemimpin negara, ceo syarikat, ahli sukan terkemuka dll, mengapa pula wanita tidak? Bagi abang tiada bezanya antara  kaum lelaki dan wanita dan In tidak sepatutnya melemahkan taraf wanita......kalau In berdebat dgn para feminis teruk In kena bantai

Siapa lata mudah?? Kedua-dua kaum mempunyai tanggungjawb yang sama khususnya di era moden ini. Jika besar dosa lelaki kerana tidak melayan kaum ibunya dan isteri, kenapa pula tidak dgn kaum wanita? Tidak berjihad????Kenapa pula tugas berjihad khusus untuk kaum lelaki sahaja khasnya di zaman moden ini di mana takrifan jihad berbeda dari zaman dahulu kala

In pun tak pakai hadis yang tak sahih...


Jadi In tidak bersetuju lah mengenai hadis yang mengisahkan perjalanan Nabi ketika peristiwa Israk & Mikraj itu??Baguslah kerana abang semenjak-dua menjak ini sering mempertikaikan hadis itu di mana ianya seoalah-olah bertujuan merendahkan kaum wanita serta kemampuan Allah itu sendiri di mana Nabi dipaksa bertolak ansur dgn Allah mengenai perintah solat. Abang secara rasmi telah menolak hadith itu jadi tiada lagi perdebatan mengenainya

eh, mengumpat dosanya sama tau... bkn pompuan jek... tp sbb pompuan nehsinonim dgn mngumpat n bergossip maka lbh tertumpu kdp pompuan jek...tp kalo lelaki mngumpat pun sama gak bang,,... jgn ngumpat In taaww...:@

Islam sgt adil utk wanita, In bangga jd wanita Islam....yg benarnya bang,,, kalo abg ada isteri kena sdiakan org gaji tau, jgnsruh isteri masak atau kemas2 tau... kalo abg paksa dia , dosa atas abgtau... so..? kalo isteri abg bantu urusan umah tuh, pahala yg blimpahganda buat dia tau... n abg lak bdosa kalo marah2 dia tau ...:@


Mengumpat tu memanglah dosa tetapi abang tidak berpendapat ianya senonim dgn kaum wanita sahaja. Tujuan abang bercerita mengenainya adalah untuk menghubung kait hukumsn mengumpat bagi kaum wanita sepertimana yang diceritakan di dalam hadith israk mikraj itu. Disebebkan In pun tidak percaya akan hadis itu, maka tidak perlulah kita berbincang lagi..

Yup Islam memang adil bagi kaum wanita dan lelaki sepertimana yang difirmankan di dalam Al-Quran. Tetapi gaya hidup tipikal sejak dari zaman dahulu yakni lelaki mencari rezeki manakala wanita hanya menguruskan hal rumah bagi abang harus diperhalusi lagi di zaman ini. Dengan gaya hidup yang semakin kompleks dan mencabar, abang tidak fikir konsep tipikal itu boleh lagi diguna pakai di mana kaum suami dan isteri masing2 perlu mencari rezeki dan menguruskan hal ehwal rumah/anak2 secara bersama. Kos hidup meningkat maaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:03 PM | Show all posts

Reply #146 noriabdullah's post

dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu kala
( Surah Al-Ahzab Ayat 33 )

Kerana ayat di atas masih lagi boleh diperdebatkan. Macamana gaya berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliyah itu?Kenapa ianya dituju buat kaum wanita sahaja seperti yang diperbincangkan di sini?

Anda harus ingat, ada juga fahaman Islam yang mengatakan tudung/penutup kepala bagi kaum wanita adalah tidak wajib berdasarkan hujah2 yang mereka berikan...jadi kita harus menghormati pendapat mereka itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2008 11:04 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 10-10-2008 21:25
jgn mamam banyak2 malam2 neh.... karang boroi....


Mamam kat krabby patty je
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:05 PM | Show all posts
sampai mana sangat la akal manusia mampu mentafsir hukum tuhan......
manusia ciptaan tuhan.....
so, tuhan tahu what's the best for his creation.....
jangan la banyak cengkadak plak.....
tuhan suruh ikut...ikut la....
apa????
ALLAH LAGI BESAR KE KO LAGI BESAR?????????
ini la akibatnya kalau iman tidak disemai dari kecil...
celik-celik mata terus diajar syariah.....
iman x disemai.....
itu pasal la banyak argue.....
tengok dalam kubur nanti....
sempat lagi x nak argue.....
patutla hanya sahabat-sahabta nabi ada beberapa kerat je yang dijamin masuk syurga.......


lelaki dan perempuan berbeza.....
tidak ada masalah keadilan disini...
kalau nak adil sangat....
kenapa x argue dan persoalkan hukum tuhan yang menjadikan wanita mengandung...nape lelaki x mengandung...????
adil itu meletakkan sesuatu perkara pada tempat dan haknya...
bukan kira fifty-fifty......


wanita itu hisan dunia yang tercantik....
boleh dilihat hanya pada yang hak....
so benda-benda berharga kena la jaga elok-elok....
bukan main tayang aje.....
ko suka ke barang ko yang berharga jadi jajaan mata-mata mereka yang tidak berhak???
kalo ko suka ko memang lelaki bacul.....serious beb.........

dan aku tidak melihat perkara-perkara ini membataskan wanita.....
hanya mereka yang jumud sahaja melihat bahawa wanita yang berpurdah itu banyak halangan dari melakukan banyak perkara......

itulah bebanan tanggungjawab  yang harus dipikul oleh lelaki...
iaitu menjaga dan mendidik wanita...
dosa seorang isteri akan ditanggung oleh suami...
dosa anak perempuan akan ditanggung oleh bapanya (selagi belum kahwin)..
ada tak seorang wanita itu menanggung dosa seorang lelaki???? adilkah itu????

sebab tu nabi sebelum wafat adaberpesan supaya melindungi wanita.......
kalau lelaki redha wanita itu bertayang-tayangan aset-asetnya.....
adakah lelaki-lelaki ini berjya menyempurnakan pesanan nabi?????
x malu ke bila jumpa nabi di akhirat esok???
itupun kalo sempat sebelum dicampak ke neraka...(na'uzubillah....)

p/s: sori....aku x letak nas-nas yang berkaitan sebagai dokongan...sebab aku rasa dah banyak diletakkan dalam pos-pos sebelumnya...itupun masih ada yang argue.....kalau golongan kafir yang argue...mungkin sebab meraka x dapat hidayah...
kalau orang ialam sendiri yang argue....hm...hanya Allah yang mampu bagi hidayah.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:19 PM | Show all posts
apa tujuannya perintah tuhan tu? itu yang lebih penting. bukannya sebab tuhan suruh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:27 PM | Show all posts

Balas #151 adi_iskandar\ catat

hello brother.....

bumi ini medan ujian, hakikat itu sudah diterima ke belum.....jikalau kita mengharapkan sesuatu ujian itu memudahkan kita, menyenangkan kita, memberi kebaikan kepada kita, maka apalah ujiannnya sangat.....

saya dahulu seperti inilah.....mengaharapkan alasan2 yg baik untuk setiap perintah Tuhan.....

namun menyedari hakikat ujian, tidaklah sesuatu itu dipanggil ujian jika ia memberi keuntungan kepada kita....

Tuhan sudah kata kita di sini untuk diuji ketaatan kita atsa perintahnya......nafsu sebagai batu pengahalang dan akal sebagai pengingat tentang siapa Tuhan , siapa kita.........apa tujuan kita.....

maka sejak dari itu, jikalau ada alasan kebaikan , saya anggap itu bonus dari Tuhan....
tetapi kalau ia tidak memberi kebaikan pada kita, maka saya anggap itu lumrah bumi ujian.....

saudara bagaimana? mahu setiap perintah Tuhan itu ada kebaikan untuk kita.....mahu semuanya yg baik2 berlaku di dunia ini.....

kalau mahu, ambillah dunia.......ambillah.....nikmatilah puas2....lupakanlah hakikat penciptaan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:29 PM | Show all posts

Reply #150 anti_israel's post

Senag ceritanya, orang Islam yang lain pun ikut perintah Tuhan tetapi ada di antara mereka mempunyai pemahaman berbeza tentang ayat-ayatNya, titik noktah!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:40 PM | Show all posts

Balas #153 Neraka Bulan\ catat

anda fikir perempuan duduk rumah lemah ke....?

apabila perempuan keluar sana sini, meraung macam lelaki maka dikira kuat ?

adakah   kuat  atau  lemah bergantung kepada kerja2 lelaki ke?

siapa dapat buat kerja lelaki kira kuat ke?

adakah dapat menyerupai lelaki kira kuat?

[ Last edited by  ussopp at 11-10-2008 01:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:58 PM | Show all posts

Reply #154 ussopp's post

Perkara ini subjektif bukan??Saya melihat wanita dan lelaki harus sama-sama mengembeling tenaga dalam hampir setiap bidang di zaman ini. Jika contohnya seseorang wanita itu layak itu memerintah negara seperti raja atau perdana menteri, maka naiklah dia dan masyarakat harus memberi peluang serta galakan terhadap mereka..

Saua tidak fikir wanita duduk di rumah itu lemah, tetapi jika mereka(khususnya kaum isteri) ingin keluar mencari rezeki, bersukan,bersosiol,berpolitik dll maka kaum suami harus membenarkan para isterinya berdasarkan perbincangan  bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 12:05 AM | Show all posts
Originally posted by Neraka Bulan at 10-10-2008 11:58 PM
Perkara ini subjektif bukan??Saya melihat wanita dan lelaki harus sama-sama mengembeling tenaga dalam hampir setiap bidang di zaman ini. Jika contohnya seseorang wanita itu layak itu memerintah n ...


suami mempunyai kuasa mutlak utk membuat keputusan...
perbincangan boleh dibuat antara suami dan isteri tetapi jika si suami tidak membenarkan maka isteri haram sama sekali keluar utk membuat kerja such berpolitik dan sebagainyer...
perlu diingat si suami menanggung semua dosa yang dibuat oleh isterinyer....jd jika si isteri membuat dosa kerana bertabarruj maka otomatiknyer si suami akan menanggungnyer....jd menjadi lelaki tidak la semudah yang disangkakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2008 12:15 AM | Show all posts

Reply #156 baroque's post

Hmmm jika anda berpandangan semua dosa isteri ditanggung oleh suami, maka saya hormati pandangan anda..

Tetapi minta maaf, saya kurang bersetuju dgn konsep dosa isteri ditanggung oleh para suami. Bagi saya masing2 buat dosa, masing2 tanggung sendiri.

Suami mempunyai kuasa mutlak? Saya hormati pandangan anda tetapi bagi saya di zaman ini kuasa mutlak adalah tidak sesuai lagi digunakan oleh para suami ke atas isteri2 mereka. Isteri mereka juga mempunyai hak untuk menikmati hidup di dunia ini sepertimana yang dimiliki oleh para suami mereka. Tapi iya, perbincangan sihat harus dilakukan dahulu tetapi bagi saya kuasa mutlak tidak harus ada bagi mana-mana pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 12:19 AM | Show all posts

Balas #155 Neraka Bulan\ catat

ya , subjektif tetapi perlujugak pada satu panduan mutlak tetapi dinamik....

kita sudah ada bukti negara2 yg maju pada masa yg sama akhlak runtuh...institusi keluarga runtuh.....

civilisation etika runtuh.....

dunia mana yg begitu?

amerika.....

teknology ada.....lcd ada....skrin bukan main kecil....nano teknology ada.....macam2 ada.....

tapi bila sampai pada hal2 keluarga....mereka bingung.....

perkahwinan tidak lagi penting....

sebenarnya macam mana kita cuba ubah pun lelaki dan perempuan tetap akan mencari peranan masing2 (fitrah)utk mencapai kebahagiaan.....

ya benar, Islam boleh dinamik....tetapi, panduan asas tetap kekal....

ASAS itu umum, dan yang asas boleh berubah dengan syarat.....

bukannnya yg asas dibubarkan untuk memenuhi setengah2 kes.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 12:59 AM | Show all posts

Reply #158 ussopp's post

Hmmm, nampaknya kita berdua mempunyai pandangan yang berbeda mengenai isu ini. Anda cenderung kepada konsevatif manakala saya menyokong konsep liberal...agaknya macamana kita hendak mencapai equilibrium dalam hal ini?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 01:31 AM | Show all posts

Balas #159 Neraka Bulan\ catat

equilibrium.............equalbrium......eliquibrium....saje je...

bersimpul lidah nak sebut.........

saya percaya pasti ada kata jawapan.....rileks dululah....

haa...... sila lawat thread ni jugak....

http://malay.cari.com.my/viewthread.php?tid=257775&extra=page%3D1

[ Last edited by  ussopp at 11-10-2008 01:33 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.649105 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list