CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: silent_kid

::Novel Muzikal Kaulah Segalanya:: ~episod 15 last part~ TAMMAT

 Close [Copy link]
 Author| Post time 6-10-2008 05:34 PM | Show all posts

Balas #139 amandaatika\ catat

selamat ptg.....

@ rin & nor_hh
mlm neh asy upload erk...
shelamat mmbc....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2008 09:16 PM | Show all posts
kaulah segalanya....
yang menyinar hidupku kaseh.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2008 09:24 PM | Show all posts
kaulah segalanya episod 9


Hari itu, Asyrani berjanji dengan Anis untuk membawanya berjalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lumpur. Dia ingin Anis gembira. Dia masih berasa serba salah kerna menjadi punca perpisahan Anis dengan Hafiz. Asyrani benar-benar tidak sampai hati untuk melukakan hati kawannya itu. Macam-macam yang dibelinya. Anis nampak gembira ketika keluar bersamanya. Sedang dia berjalan-jalan dia terserempak seorang lelaki yang memang dikenalinya. "Badrul!"jerit hatinya. Kali ini dia tidak keseorangan. Badrul bersama keluarganya membeli belah. Asyrani dapat melihat satu persatu wajah saudara maranya itu. Nasib baiklah mereka tidak perasaan. Asyrani menarik Anis yang terpinga-pinga ke tempat lain supaya tidak dilihat oleh mereka sekeluarga namun Badrul telah melihatnya namun begitu, Badrul tidak bergerak menuju ketempat gadis itu berdiri. Badrul faham masalah yang berlaku di antara keluarganya. "Papa, Bad nak pergi kat kedai Guess jap."pinta Badrul kepadanya ayahnya Dato Khalil. Ayahnya mengangguk kepala. Selepas Asyrani sudah tidak melihat keluarga Badrul lagi, dia mengajak Anis ke kedai buku. Tiba di kedai buku, dia mencari-cari keluaran novel PTS Publication terbaru. Anis pula mencari kaset album yang ingin dibelinya. Sedang asyik Asyrani membelek DARI KEPALA BATAS KE NEW HAVEN, bahunya ditepuk lembut.

"assalamualaikum Asyrani,"sapa lelaki itu. Lelaki itu menguntumkan senyuman
hingga kelihatan barisan gigi yang tersusun putih. "waalaikumsalam er
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2008 09:25 PM | Show all posts
selamat membaca.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 09:54 PM | Show all posts
ok..ma kasih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2008 09:55 PM | Show all posts

Balas #145 amandaatika\ catat

sheshame.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2008 10:13 PM | Show all posts
mmm badrul ade hati dkt asy ker?
ish2 xpaham laaa.....asy ni anak angkat ker?
mcm terconfuse je plak

papepon, sambung lagi...
jgn biarkan diriku diselubungi pertanyaan....hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2008 10:42 PM | Show all posts

Balas #147 nor_hh\ catat

heheeh.....
badrul tu kazen si asy....
asy tu mne de ank angkat....hikxxx
hmmmm hakikatnye mmg ade....
hihih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2008 10:43 PM | Show all posts
strusnye?....
tggu ptg sok....
kls ku udah bermule.....esok....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 07:05 AM | Show all posts
pagi..sikitnya hehe..nak lagi boleh ke hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 08:38 AM | Show all posts
siannya asy...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2008 09:27 AM | Show all posts

Balas #151 aein\ catat

pe leh bwat....naseb badaan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2008 09:31 AM | Show all posts
smbgn kaulah segalanya episod 9 part2



Sudah beberapa hari dia tidak menerima panggilan dari Shawal. Anis hairan dengan sikap Asyrani yang agak berubah. Dia juga hairan yang Shawal tidak lagi menghubungi temannya itu. "Asy, kau ni kenapa? ada masalah dengan Shawal ke?"tanya Anis. "aku ok je."jawab Asyrani ringkas. Dia melontarkan pandangannya ke luar jendela. Dilihatnya banyak camar beterbangan. "yakah?"tanya Anis lagi. "aku ok kau jangan risau."jawabnya lagi. Tiba-tiba telefon tangannya berbunyi dilihat nombor yang tertera di skrin tidak pernah dilihatnya lantas Asyrani segera menjawabnya. "hello assalamualaikum "sapa Asyrani dahulu. "waalaikumsalam, Asyrani ni Bad. "jawab lelaki itu. "oh, Bad apa khabar? Mana awak dapat nombor saya? "tanya Asyrani. Anih juga Badrul mengetahui nombornya kerana sebelum dia memastikan tiada sesiapa saudara-maranya tahu nombornya. "khabar baik, kan hari tu kat kedai buku, saya ada mintak nombor kat awak." jelas Badrul. Anis memalingkan wajahnya ke Asyrani. Dia nampak Asyrani agak gembira berbual dengan lelaki yang dijumpainya dahulu. "oh ya kah? Saya tak ingat lah."jawab Asyrani sambil cuba mengimbas kembali pada hari dia bertemu Badrul tempoh hari. "awak apa khabar? Malam ni awak free tak?" tanya Badrul. "saya ok, malam ni? Saya tak da apa-apa rasanya kenapa?" tanya Asyrani. "saya ingat nak ajak awak keluar makan malam sama-sama jomlah."pujuk Badrul. Asyrani teragak-agak untuk menerima ajakan Badrul. Setelah berfikir lama Asyrani bersetuju. Badrul akan mengambilnya di hostel pada pukul 8 malam.

"Asyrani ni tak apa-apa ke? Saya nampak macam ada masalah aja."tanya Badrul ketika memandu kereta ke destinasinya. Mereka sampai di satu restoran makanan barat yang agak mewah yang terletak di Plaza Alam Sentral Semasa makan, hp Asyrani menjerit. Dilihatnya nama yang tertera di skrin telefon itu. "Shawal!"jerit hatinya. Lantas dia menekan butang merah dan menutup telefonnya. "siapa tu awak? "tanya Badrul ketika menyuap makanan. "entah, saya tak kenal nombor ni."jawab Asyrani selamba. "ya kah, ke pakwe call?"usik Badrul. "er..taklah."jawab Asyrani ringkas. "kenapa awak nak jumpa saya? " tanya Asyrani. "hari tu, saya balik jumpa atok. " kata Badrul. Asyrani yang sedang menyuapkan sudu dalam makanan itu tidak jadi. "apa khabar dengan atok? " tanya Asyrani tersekat-sekat dengan wanita tua itu. "atok sihat, cuma dia kurus sikit."kata Badrul lagi. "ya kah Bad, awak jagalah dia untuk saya. Susah saya nak kembali ke sana. Saya tak dihargai oleh semua orang. Walhal saya tak buat apa-apa pun."terang Asyrani. Badrul amat memahami masalah sepupunya. Dia juga serba salah kepada keluarga kerana merahsiakan perjumpaan dia dengan Asyrani. "sabarlah awak, sama-samalah kita doakan agar family kita ni bersatu kembali."ujar Badrul lembut. Selepas selesai makan, mereka keluar dari restoran. Tiba-tiba dia terserempak dengan seorang lelaki yang dikenalinya. "eh Asy, awak buat apa kat sini?"tanya lelaki itu. "oh. Ebi, saya saja-saja jalan-jalan kat sini. Ebi er..ni sepupu saya Badrul."ujar Asyrani. Ebi dan Badrul bersalaman. Kebetulan bertemu Ebi yang baru pulang dari pusat boling. Shawal memang ada menceritakan tentang hubungannya dengan Asyrani yang agak retak sejak kebelakangan
ni. Ebi meminta diri meninggalkan pasangan itu. Selepas keluar dari restoran itu, Badrul dan Asyrani pulang. Sebaik sahaja sampai di hostelnya, Anis sudah menunggunya. "kau ke mana Asy?"soal Anis. "aku pergi makan dengan Bad."jelas Asyrani. "buat apa?"tanya Anis. "kami bincang pasal keluarga."jelas Asyrani lagi. Anis diam. Dia tidak mahu mencari gaduh dengan Asyrani.

"assalamualaikum Mak cik."sapa Ebi di muka pintu rumahnya. "waalaikumsalam Ebi masuklah. Shawal ada dalam bilik. Dia bad mood."kata Puan Aishah. Memang mood Shawal agak terganggu baru-baru ni. Ebi tahu apa sebabnya. Asyik berkurung dalam biliknya. "tak apalah mak cik saya masuk bilik dia."ujar Ebi. Ibu Shawal mengangguk kepalanya tanda beri
keizinan kepada Ebi. Ebi mengetuk daun pintu bilik Shawal. "assalamualaikum Wal, ni aku Ebi."ujar Ebi sambil mengetuk pintu bilik. "masuklah pintu tak berkunci."kata Shawal. Ebi masuk dalam bilik Shawal. Shawal hanya baring di katil dengan berbantalkan lengan. "kau kenapa ni Shawal? Aku tengok kau ni tak bersemangat je."tanya Ebi. "aku ada masalah sikit dengan Asy la."ujar Shawal. Dia tidak mahu berselindung dengan rakan baiknya sejak di bangku sekolah lagi. "aku tahu, tadi aku nampak Asy kat Alam Sentral."ujar Ebi. Shawal yang sedang baring lantas bangun. "kau jumpa dia?"tanya Shawal. "Err...aku jumpa dia dengan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2008 09:31 AM | Show all posts
tmbh cikit lgk....


             Shawal memberhentikan mereka di taman yang biasa mereka singgah. Kebetulan pada waktu itu, tidak ramai kanak-kanak yang bermain. Shawal mengajak Asyrani duduk di bangku di bawah pokok yang agak rimbun. Masing-masing mendiamkan diri. Asyrani nekad untuk memberitahu kepada Shawal apa yang tersirat di hatinya. "Asy, sebenarnya Shawal nak mintak maaf . Shawal tak sepatut berbuat kasar hari tu. Shawal rasa macam tak berguna aja sebab Asy tak nak luahkan masalah Asy. Ego Shawal tercabar."ujar Shawal. "sepatutnya Asy percaya pada Shawal. Tu yang buat Shawal rasa macam Asy tak anggap Shawal ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2008 09:35 AM | Show all posts
selamat mmbaca.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2008 09:35 AM | Show all posts
lpe nk ucap Selamat pAGI.....


psstttt....mao ke klas biochem neh....
mlsnyer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2008 10:22 AM | Show all posts
suspen tue...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 11:26 AM | Show all posts
salam semua.. makasih untuk n3 baru
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 01:00 PM | Show all posts
nak lagi boleh ke hehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2008 01:50 PM | Show all posts

Balas #159 rindacapri\ catat

hikxxxx.....
akan dtg..................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.101212 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list