CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

BADI / Kenan / 'Ain mata

[Copy link]
 Author| Post time 29-5-2009 10:51 AM | Show all posts

Reply #137 ctaz's post

dorang dah kena BADI la tu

kan dah kena cekup dgn pegawai hutan tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2009 10:51 AM | Show all posts

Balas #139 Syd\ catat

mekasih..............
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 29-5-2009 10:51
dorang dah kena BADI la tu

kan dah kena cekup dgn pegawai hutan tu



yer tak yer jugak kan...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2009 10:53 AM | Show all posts

Reply #140 ctaz's post

hmm..
sejak kebun2 jiran kat kg mak aku ni ditebang kan
mcm gondol la tempat tu
tapi kebun belakang umah aku ada lagi
kami takkan tebang
biarlah dia mcm tu
ori hutan / kebun buah

so, selalu nampak binatang liar kat belakang umah

best tauu..wpun kami takut...
tapi rasa mcm excited sangat

tgk memacam binatang...(selalu kami nyorok dalam umah laaa)




sekali tu, aku dapat tgk ayam hutan...

yang jantan ngan betina...
dorang main2 tepi semak kat ngan umah

aku tak tahu..mana tahu beza
tapi mak aku yang pencinta ayam-ayam nih..dia tahu
dia ckp, tgk tu...ayam hutan nak berkawan dgn ayam kita

tak tahu laa
mungkin ada ayam kami yang bertelur baka ayam hutan

mmg live depan mata aku
tgk dorang terbang mcm mana

gerammmmmmnyaaaa
comeyy

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 10:58 AM | Show all posts

Balas #144 Syd\ catat

wahhh....
pecinta2 ayam..memang suka kalu ayam kg kawin ngan ayam utan nih...
sebab baka yg kuar nanti...dia orang slalu nyer wat ayam laga...ayam laga dari baka ayam hutan nih harga leh cecah ratus2 hingga ribu...kalu aku tak silap ler

tapi kalau tak silap aku ler...kalau nak kenal ayam hutan ni...ayam tu slim jer...mcm ayam laga
tapi kalau tgk kat kaki ayam tu..kaler dia mcm lumut2 ckit..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 11:01 AM | Show all posts


baru jer google...kalu google tak salah ler....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-5-2009 11:11 AM | Show all posts

Reply #146 ctaz's post

mmg beza

saiz, kaler happening, aksi dia tak mcm ayam ponen..hehehe

mmg menarik..


mak aku mmg bela ayam kampung.., kitaorang kat umah tu diharamkan makan ayam inject
korang nak makan ayam 5x seminggu pung takper


'ayam kacukan' mak aku

rasanya, dgn ayam hutan tu ada
pastu ngan ayam katik jiran aku...yang tak reti2 nak balik umah
ayam dia nih jantan tauu...
so dah berumah tangga kat umah mak aku plak

tu blom lagi ayam nih langgar perintah mak aku
jgn lintas jalan...membohsia ke umah orang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2009 11:35 AM | Show all posts
Batang balak jadi ular

Terlalu banyak rahsia hutan dan ilmu berburu disimpan dalam ingatan lelaki yang digelar Tok Yaman ini. Ia termasuklah kisah seekor rusa yang kembali bangun dan berlari, sedangkan ia sudah pun ditembak dan hampir disembelih.




Tok Yaman seakan-akan segan pada mulanya untuk ditemu ramah. Dalam nada merendah diri, berulang kali dia mengatakan bahawa dirinya tiada pengalaman menarik mengenai ilmu berburu.

Begitupun, dia masih peramah mempelawa EKSTRA bertamu ke kediamannya yang terletak di pinggir bandar Mersing, Johor itu.

"Saya ini pencen pegawai kerani sahaja. Lihat itu, 36 tahun, enam bulan dan dua hari dalam tugas. Itulah saja yang dapat dibanggakan,"katanya tersenyum sambil menunjukkan sijil penghargaan perkhidmatan oleh kerajaan negeri Johor yang dibingkaikan di dinding ruang tamunya.

Sebenarnya, bagi pemilik nama sebenar Mohd. Yaman Hassan Basri, 76,sepanjang tempoh itu jugalah dia 'dipancing' teman-teman sekerja untuk berjinak-jinak dengan dunia perburuan.

Fitrah tugas yang berpindah lokasi dan profil jabatan daripadapejabat daerah, pejabat tanah dan pernah bersama pasukan Mergastua(kini Perhilitan) sudah menjadi suatu yang biasa. Tok Yaman akhirnya mendapat kelulusan dalam permohonan pemilikan senjata api pada tahun1957.

"Pistol Steven, itulah senjata api pertama saya. Itu pun saya dapat atas bantuan Pegawai Daerah Kluang ketika itu, Datuk Suleiman Mohd.Noor yang membelikannya pada harga RM85.

"Sejak itu, saya sering mengikutnya menembak di hutan sekitar Kluang," imbas bapa kepada tiga orang anak itu.

'Bertatih' dengan pengalaman awal membawa pulang ayam atau burunghutan, Tok Yaman bersama teman-teman Mergastua mula meredah jauh kedalam perut rimba.


DARI KIRI: Penekut burung dan pemipit rusa; racik yang sudah diharamkan penggunaannya; serta pemipit kijang.



TOK YAMAN membuat demonstrasi cara menekut yang dikhuatiri mengundang kehadiran  'sesuatu' yang lain daripada burung wak-wak.

Awalnya hanya dengan melihat-lihat, Tok Yaman kemudian mendapat kepuasan melalui lepasan das pertamanya.

Teruja setiap kali menyertai kumpulan pemburu berpengalaman, genggaman pistol kecil Tok Yaman adakalanya berganti laras senapang.Pada musim tertentu, hasil buruan pun semakin besar jadinya. Napuh,kijang dan rusa antara yang pernah ditundukkan dan dilapah bersama.

Sehingga Tok Yaman berhenti berburu pada tahun 1985, dia mengakui sudah menembak kira-kira 300 ekor kijang di beberapa lokasi berburu.

"Menghadiri jemputan istana menemukan saya dengan adinda Sultan Johor iaitu Almarhum Tengku Abdul Rahman. Ada yang memberitahu beliau tentang pengalaman saya. Almarhum sudi mengajak saya menemaninya berburu.

"Almarhum sangat baik hati dan pemurah. Kalau membawa saya dan teman-teman lain bersama, tidak pernah kami pulang tanpa diberi wang sagu hati. Setiap seorang akan dihulur RM100," katanya yang pernah menjadi rakan sekolah bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Ghazali Mohd. Seth.



MENURUT Tok Yaman, ada  banyak cerita mistik yang dikaitkan dengan burung wak-wak.





Bertanya tentang peralatan lain yang pernah digunakan Tok Yaman ketika aktif berburu dahulu, dia tidak lokek membuka simpanan lamanya yang terdiri daripada pemipit rusa, pemipit kijang dan penekut burung.Sekali ditiup mengikut caranya, alat-alat pemanggil haiwan dan unggas itu masih berbunyi nyaring.

"Pemipit rusa yang dibuat daripada daun nyalas ini kalau ditiup,rusa sejauh lima rantai pun boleh mendengar. Ia akan berlari deras mengejar bunyi ini. Selalunya yang datang ialah rusa betina. Tunggu apalagi, kami tembaklah!" terangnya.

Bagi menunjukkan cara menangkap burung wak-wak, alat penekut itu ditiup oleh Tok Yaman. Alunan bunyi yang lunak itu boleh 'memukau' burung-burung berdada putih untuk mendekati jerat seumpama menyerah diri.

"Ada yang guna burung pemikat ataupun memasang racik. Tetapi alat-alat itu sudah diharamkan penggunaannya oleh pihak Perhilitan.Tentang penekut buluh ini pula, saya sudah tidak berani meniupnya,"kata Tok Yaman sambil menggeleng kepala.


CERITA rusa tidak lut peluru bukan lagi dongengan pemburu.

Apabila diajukan pertanyaan tentang reaksinya itu, suami kepadaRusmah Mohamad, 55, ini memberitahu bahawa ramai yang sudah takut hendak menggunakannya.

"Macam-macam boleh jadi. Orang yang biasa menggunakannya pun tahu.Panggilan bunyinya 'berhantu'. Kalau nasib tidak baik, bukan burung yang datang, tetapi kita diganggu jin dan syaitan."

Tok Yaman sempat membuka sebuah cerita lama, iaitu tentang dirinya yang pernah jatuh pengsan selepas 'berdendam' dengan seekor ayam hutanyang berkali-kali ditembak namun tidak mengena.

"Ketika itu waktu Maghrib. Saya mahu pulang tetapi tetap inginkan seekor ayam hutan jantan yang masih belum dapat ditumpaskan. Saya terdengar ia berkokok tiga kali lalu menembaknya buat kali terakhir," ujarnya yang bergegas mahu menyembelih ayam seraya itu yang diyakini terkena peluru.


AYAM hutan pernah menyebabkan Tok Yaman jatuh  'pengsan' ketika hendak menyembelihnya.





Tatkala mata pisau hampir menumpahkan darah ayam itu, Tok Yaman jatuh pengsan. Dia cuma sedar kemudian apabila abu bakaran bulu ayam hutan disapu ke mukanya oleh seorang pemburu lain. Dia mendapati dirinya sudah terbaring di dalam rumah. Ayam hutan itu pula tiada khabar tentangnya.

Selain ayam hutan, rusa juga menurut Tok Yaman bukan buruan yang mudah diimpi untuk dikongsi nikmat dagingnya di meja hidangan.

Pada satu malam, dia bersama rakannya pernah menembak jatuh seekor rusa besar. Saat mahu disudahkan dengan syarat sembelihan, rusa itu bingkas bangun dan kembali berlari ke dalam hutan. Tok Yaman hanya terkebil-kebil tidak percaya.

"Pernah juga satu masa dulu saya menembak seekor rusa yang langsung tidak berganjak dari tempatnya. Tujuh das semuanya dilepaskan namun ia langsung tidak lari. Setiap kali ditembak, badan rusa itu mengeluarkan asap," imbasnya bersungguh.

Rusa yang sama diburu pada malam berikutnya. Seorang rakan yang tidak berpuas hati ingin menduga kemahirannya. Saat kelibat rusa itu dilihat di sekitar kawasan yang sama, rakan Tok Yaman bersedia untuk menjatuhkannya.

"Namun, setiap kali hendak menarik picu senapang, teman saya itu terasa seperti hendak sangat membuang air besar. Perkara yang melengahkan niat pemburu itu terjadi berulang kali sementara rusa itu sekadar memandang dari kedudukannya," kata Tok Yaman sedikit ketawa.

Akhirnya niat mereka hendak memburu dilupakan tatkala melihat seekor ayam hutan datang bertenggek di badan rusa itu. Ia berkokok seolah-olah memberi amaran.

"Itu petanda kurang baik. Kami pulang sahaja malam itu tanpa meneruskan hajat berburu," ceritanya.

Tok Yaman tidak berhenti membuatkan krew EKSTRA meremang bulu roma apabila bercakap tentang kisah selanjutnya.

"Saya bersama dua rakan sedang duduk di atas sebatang balak yang tumbang pada malam hari sambil menunggu kelibat haiwan buruan. Kamitiba-tiba merasakan suatu keanehan apabila mendapati batang balak itu bergerak perlahan ke samping.

"Apabila meraba tempat duduk kami, terasa seperti ia bersisik, lembut dan sejuk," ujarnya yang tidak dapat membayangkan betapa besarnya 'makhluk' itu, kalau benar ia menyerupai seekor ular.

Bagai hendak gugur jantung dibuatnya, mereka lari lintang pukangmeninggalkan tempat itu. Peliknya, pada keesokan siang apabila tempatitu dituju semula, yang kelihatan hanyalah sebatang batang balak danbarang-barang milik mereka yang berselerakan.

"Sebenarnya setiap yang ada di hutan ada penjaganya. Kita perlu berwaspada dan tidak boleh lupa tujuan kita berburu. Bukan untuk berseronok atau bermegah, cukuplah untuk sekadar mencuba pengalaman,"pesannya.

Meskipun semua cerita itu sudah berlalu dan peralatan seperti penekut, pemipit dan racik itu sudah tidak digunakan, Tok Yaman masih menjaga rapi dan menyimpan peralatan itu sebagai kenang-kenangan.

Semua itu akan selalu menjadi topik cerita yang merapatkan hubungan antara isteri dan anak cucu, saudara-mara atau kenalan Tok Yaman.

Pastinya mereka tidak jemu mendengar kembali kisah kerabat istana yang pemurah, rusa yang tidak lut peluru, serta batang balak yang bertukar menjadi ular besar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2009 11:36 AM | Show all posts
mmg cantik happening giler kaler ayam hutan ni..
mana orang tak geram...

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 11:37 AM | Show all posts
Aku penah baca kat board parenting ttg badi mayat yg terkena kat baby....tp td cari dah x jmpe.

ni aku cerita blik ape yg aku ingt.

ada suami isteri br blik dr melawat org meninggal. lpas blik trus main ngan baby dia.
x lame tu dia perasan muka ank dia pucat mcm mayat. x silap aku baby tu diam je x nangis lgsg. diorg risau x tau nak wt pe.
tanye org tua pun x tau nak wat ape.

x lame tu ada seorg pak aji bg salam dtg umah diorg. bila jmput masuk pak aji tu nak tgk ank tu dan pak aji tu terkejut sbb dia nampak rupe baby tu dah mcm mayat.
pak aji tu kate baby tu kne badi mayat yg mak dia melawat aritu.

dia ckp dia bleh tolong tp kne cari getah paip yg org gne untuk mandi mayat. yg baru digunakan. kalu x cari cepat mungkin baby tu akan mati.
mak ayh baby ni pg la semua masjid tanye ada mayat yg dimandikan atau tidak.
diorg hmpir putus asa gak sbb x dpt cari getah paip tu.

dengan izin allah diorg dpt panggilan yg ada org br meniggal. diorg pg sane ambil la getah tu.
dengan mengguna kan getah tu pak aji sruh mak baby  mandikan baby tu.

alhamdullilah x lame lpas tu baby tu kembali mcm biasa. badi tu dah hilang.

x silap aku pak aji tu pun misteri gak.. dorg cari blik tp sebenarnya dia dah lame xde rasenya...

ni je yg aku ingt.. mungkin sape yg penah bc atau dpt emel cter ni bleh baiki blik ape yg aku tulis ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 10:17 AM | Show all posts
salam...kenan ayam pn ad gk ek...kepala baby tu cm berkuping-kuping...tebal lak...
time pregnant xleh potong ayam rupanya...(baru tau pregnant x leh ptong ayam).....

Klu memancing mmg biasa dengar....sbb dulu pernah tgk baby sumbing n bentuk muka cam ikan..
Sekarang xtau la baby tu dh 0k o x.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2009 06:59 PM | Show all posts
[quote]Peniru suara hidupan liar
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
[email protected]



Silap 'panggil' boleh undang padah kerana haiwan buas sangka 'makanan' ada berhampiran

KAMI terpaku mendengar dengusan rusa dari jarak kurang lima meter. Cuak juga jika sekumpulan rusa muncul di depan mata. Selepas menoleh bagi mencari punca bunyinya, barulah sedar bunyinya datang dari ketua jurupandu arah kembara meredah belantara di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Stephen Etin Sahya.

Bertugas sejak setahun lalu, Stephen, 55, boleh meniru lebih 20 suara hidupan liar seperti rusa, pelanduk, burung dan pelbagai unggas menggunakan mulut, tangan diletak pada mulut dan meniup daun pokok.

Beliau yang pernah bertugas dengan sebuah pusat peranginan hidupan liar di Lahad Datu, dikatakan satu-satunya jurupandu arah pelancong yang mampu meniru suara hidupan liar di Sabah.

Biarpun sepanjang dua hari kembara tiada hidupan liar yang menghampiri, namun ada yang memberi maklum balas menerusi suara, sekali gus membuktikan suara tiruan itu mampu mengelirukan hidupan liar.

Menceritakan detik awal mempelajari 慴ahasa
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 11:34 AM | Show all posts

Balas #151 tokma\ catat

Tokma,

Selalunya org tua2 pesan, bila kita buat apa2 pekerjaan, kita mulakan dgn bismillah, selawat & seumpamanya dan mohon perlindungan Allah..

setakat ni saya memang masak utk keluarga & memangla kena siang ikan, ayam..tapi alhamdulillah anak2 saya tiada penyakit seperti itu...

Yang penting niat & mohon perlindungan dari Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 03:13 PM | Show all posts

Balas #153 yenil95\ catat

salam...00..yela,tu sebab org2 tua biasa pesan nk wt sesuatu niat mohon perlindungan dr Allah SWT..tp kenan tu masa kecik je kn...dh besar pulih je ek...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 05:42 PM | Show all posts
banyaknya info..bagus syd...ilah suka tul baca umah kamu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2009 09:55 PM | Show all posts

Reply #155 ilahkhatibrani's post

ilah lagi laa hebat
banyak pengalaman
cerita nak share..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2009 09:38 AM | Show all posts

Balas #154 tokma\ catat

insyaAllah pulih dgn izin Allah..

yg berkuping kat kepala baby tu org panggil kerak kepala..
nak buang pun senang aje..lumur kepala baby dgn mineral oil atau miyak kelapa atau miyak makan..lepas kerak tu dah lembut dalam 5 minit lepas sapu tu, gunakan sikat yg gigi dia rapat2 and sikat kerak tu..pelan2 sbb takut baby sakit..

yenil rasa ni ikut keturunan sbb kilang minyak kat kepala baby tu terlebih aktif..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 09:46 AM | Show all posts

Balas #157 yenil95\ catat

dh sapu minyak..sikat pelan2...yela,tkut baby sakit kn...insyaallah lama2 baik la tu...00..sebab keturunan gak k....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 09:54 AM | Show all posts

Balas #157 yenil95\ catat

yenil cuba guna sabun SABERMAID....mahal ckit sabun nih....
dulu adik aku...kepala dia bersisik....bau ya amat.....masa gi pakar....doktor suggest kan sabun nih..
anak aku pon pakai sabun nih...kalau ruam2 tu...cpt jer ilang kalau pakai sabun nih....try ler...
kat tesco pon ada jual.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2009 10:00 AM | Show all posts

Reply #159 ctaz's post

sebamed mmg bagus...
terutama kat bayi/kanak-kanak
sabun kanak-kanak, warna putih...
belas ringgit harganya...
shampoo dia dari harga 18+ tak silap




laa nih
banyak barangan sebamed orang-orang tua pakai gak
shampoo
losyen
mandian badan etc





sabun ijau tau..
mmg aku spare kat umah aku
at least 2 ketul sebulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.303931 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list