|
140# qimi08
A'ah lah, entah2 Robin Hood tu mmg anak Dato' Hamzah. Keberangkalian tu mmg besar.![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Bahagian 8
********************************
Zafran meletakkan buku di atas meja lalu menoleh ke belakangnya. Fuad sudahpun terlena di dalam beg tidur manakala Rafiq, empunya rumah tempat mereka menumpang malam ini juga sudah pun terlentang di atas katil, dengan buku di atas dada. Tertidur rupanya pakcik ni, desis hatinya, dan dia tersenyum. Sebentar tadi suara Fuad dan Rafiq kuat memecah suasana, bercerita itu ini bermula dari petang tadi, tamam majlis usrah dan suai kenal dengan pelajar baru di London. Dia bangun, melangkah ke tingkap, merenung ke luar bilik. Malam agak suram di Eastbourne Park ini, dengan setiap rumah sudah lama menyepikan diri masing-masing. Sesekali kedengaran suara anjing liar menyalak sayup-sayup, menaikkan bulu romanya. Malam di London jauh berbeza dengan malam di Dunkirk, Nottingham. Dunkirk rasanya lebih aman dan menyegarkan, sunyi dan menenangkan. Mereka pelajar Malaysia bebas untuk keluar ke sana ke mari, memandangkan jarak kediaman antara pelajar Malaysia juga hampir dan menyebabkan kekerapan untuk berjumpa dan makan bersama sentiasa ada. Jika ada masa terluang, mereka mengadakan sukan antara kelab dan adakalanya jamuan makan serta aktiviti berkhemah juga dijalankan. Alangkah meriahnya keluarga di Notts!
Namun di London ini, segalanya dirasakan suram. Pelajar Malaysia duduk berjauhan dan agak sukar untuk berjumpa, malah kebanyakan pelajar di sini adalah pelajar post-grad dan mungkin ini menyebabkan jalinan ukhwah antara mereka berbeza dibandingkan dengan tempat lain. Malah, suasana di London ini juga jauh berbeza berbanding dengan Nottingham. Kesesakan jalan, kadar jenayah sosial yang agak tinggi serta gejala keruntuhan akhlak menyebabkan dia merasa tidak selesa berada di sini. Dia tiba di Paddington pagi tadi, setelah mengharung perjalanan 4 jam dari Notts, menaiki tube dan bertukar bas seterusnya menaiki keretapi. Dengan perjalanan yang agak memenatkan dan malam sebelumnya juga dia tidak dapat tidur dengan lena, membantu sekumpulan pelajar perempuan berpindah kediaman. Setibanya di Paddington, tatkala berjalan kaki ke MSD, dia dan Fuad dikejutkan dengan jeritan kuat meminta tolong.
Fikirannya melayang pada gadis itu. Gadis yang bertudung dan berbaju kurung, kelihatan sopan sekali. Seakan terngiang di telinganya, suara tangisan gadis itu. Kasihan dia!desis hatinya. Saidatul Wafiyyah, nama empunya diri. Pelajar tahun satu jurusan biologi di Imperial College. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi asing ini, namun agak berani untuk berjalan kaki seorang diri menuju ke MSD. Seingatnya, kejadian sebegitu tidak pernah melanda pelajar-pelajar Malaysia. Paling dasyat sekalipun, pelajar Malaysia diusik dan diganggu oleh warga asing tetapi tidaklah sehingga diseret dan dipukul. Begitu hebat ujian Allah untuk gadis itu.
"Tak tidur lagi?"
Dia menoleh. Fuad duduk, memandangnya dengan wajah mamai. Dia mengeleng, kembali ke meja. "Aku tak mengantuk,"
"Rindu kat Dunkirk ke?" pertanyaan itu dirasakan seperti mengusik tetapi wajah Fuad kelihatan serius. Mengigau ke pakcik nih.
"Tak ada la rindu. Tapi tempat baru, nak tidur tu kena biasakan diri dulu,"
"Hmm..."
Senyap. Fuad tidak berubah gerak gerinya, masih tetap kaku duduk di situ. Zafran kembali menguliti buku, dengan harapan rasa mengantuk akan tiba mengayuti diri.
"Kesian Wafiyyah tu kan,"suara Fuad memecah kesepian. Zafran mengangkat muka, memandang Fuad. Temannya itu kini berubah espresi wajah, kelihatan seperti memikirkan sesuatu yang berat.
"Ujian untuk dia, Fuad," Zafran bersuara mendatar, namun hatinya juga agak tersentuh.
"Mujur Allah gerakkan hati kita untuk ke situ kan," Fuad berkalih, menghadapnya. Rafiq di atas katil bergerak-gerak, namun tidur masih melekat padanya.
"Dia serumah dengan Kak Dhila dan Kak Fidah kan?"
"Erm..."
"Habis tu, takkan diaorang serumah tak tahu macam mana nak contact family Wafiyyah kat Malaysia," persoalan yang melanda mereka semua petang tadi kembali dibangkitkan. Fuad mengeleng. "Aku pun pelik jugak. Kak Dhila kata si Wafiyyah tu macam misteri. Kelakar juga aku jadinya," dia tersenyum tipis, menyerlahkan lesung pipit di pipi kanannya. Lesung pipit yang menyebabkan Fuad digelar Fuad Jambu oleh teman sekelasnya yang lain.
"Agaknya Wafiyyah tu tak nak family dia risau kot,"
"Maybe," Zafran mengaru kepalanya yang tidak gatal. "Macam kita dulu, masa memula sampai kat Notts, kena halau dari rumah sewa. Takde perasaan pun nak mention family kat Malaysia,"
"Haha...aku ingat sangat kenangan tu. Si Azri sampaikan trauma nak bergaduh dengan mat salleh mental tu, asal nampak kelibat pakcik tua tu datang, dia lari masuk bilik," ketawa pecah memenuhi ruang bilik. Serasanya agak kelakar bila mengingat semula kisah lampau mereka tatkala baru menjejak kaki di tempat orang. Baru menyewa seminggu di rumah bersebelahan universiti, tuan rumah datang dan menghalau mereka dengan alasan ada penyewa lain ingin menyewa dengan harga yang lebih tinggi. Akibatnya, mereka bertiga terpaksa berpindah dan menumpang di rumah senior sehinggalah mereka mendapat rumah sekarang, lebih hampir dengan universiti dan juga pelajar Malaysia yang lain. Segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
"Esok nak balik pukul berapa?" Fuad mengubah tajuk perbualan.
"Tengahari. Aku plan nak singgah MSD lagi. Nak settlekan something," Zafran memandang jam di atas meja. Pukul 2 pagi. Perasaan mengantuk masih belum singgah lagi nampaknya. Dia bingkas, menuju ke bilik air. Dia perlu munajat. Itu yang akan mendatangkan lebih ketenangan padanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila free sambung lagi yer!! terasa macam nak balik Liverpool pulakk |
|
|
|
|
|
|
|
yeay... tuan rumah is backkkk
sambung lagi... nak tau siapa anak Datuk Hamzah di London |
|
|
|
|
|
|
|
harus diakui Noor Suraya is one of the best writer in malaysia. beli buku dia setiap kali ada keluaran baru, tapi tetap suka Biru Ungu Cinta dan Tanah Andriyana. Rasanya takde citer Noor Suraya ...
sakura_ungu Post at 8-4-2010 12:59 ![](http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif) Sakura ni mmg pencinta novel, patutlah pandai menulis, teratur aja ... |
|
|
|
|
|
|
|
yeay... tuan rumah is backkkk
sambung lagi... nak tau siapa anak Datuk Hamzah di London
sang_arjuna Post at 8-4-2010 12:59 ![](http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
rasanya dah ada clue dah kat sambungan atas neh![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Antara Fuad n Zaffran ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
Sakura akak tgh baca Cinta sufi novel terbaru RAM ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
145# sakura_ungu
akak pun suka sgt karya Noor Suraya
favourite akak Nyanyian Tanjung Sepi pastu Jaja & Din |
|
|
|
|
|
|
|
145# sakura_ungu
akak pun suka sgt karya Noor Suraya
favourite akak Nyanyian Tanjung Sepi pastu Jaja & Din
sang_arjuna Post at 8-4-2010 13:46 ![](http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Smiley kita serupa........... |
|
|
|
|
|
|
|
**************************************
Wafiyyah terjaga dari tidur tatkala mendengar pintu hadapan diketuk. Dia terpisat bangun, mengosok mata. Rasa mengantuk masih mengayuti diri. Semalaman dia tidak dapat tidur memikirkan apa yang berlaku semalam. Sudahnya, dia membaca Quran dan solat sehingga Subuh menjelang, barulah rasa mengantuk datang bertubi-tubi.
Selepas apa yang berlaku semalam, Kak Husna sukarela menghantarnya balik ke rumah bersama Fadhila dan Rafidah. Meskipun dia tidak dapat menghadiri usrah namun Kak Husna berjanji akan menghantar cetakan dan rakaman video usrah untuknya nanti. Hampa rasanya tidak dapat bersama yang lain dalam majlis ilmu. Badannya masih terasa sakit dan bibirnya membengkak. Peritnya usah dikata. Mujurlah ada dua hamba Allah menyelamatkannya...mujurlah....
Pintu biliknya diketuk perlahan diikuti suara Rafidah memanggilnya. "Assalamualaikum. Fiyah...."
Wafiyyah bingkas, menjawab salam dan membuka pintu. Rafidah berdiri diluar, lengkap berpakaian seperti hendak keluar lagaknya. "Akak nak ke mana?"tanyanya hairan.
"Tak ke mana," Rafidah melempar senyuman tipis. "Ada muslimin kat luar, nak jumpa Fiyah,"
Berderau darahnya seketika. Muslimin? Siapa pula tu?
"Yang tolong Fiyah semalam," Rafidah seakan tahu apa yang bergolak di fikirannya. Dia mengerut dahi. Lelaki yang membantunya semalam. Ya...dia sendiri tak sempat mengucapkan terima kasih. "Fiyah nak jumpa ke? Akak cakap Fiyah tak sihat lagi,"
"Erm.,..." Wafiyyah menyentuh bibirnya yang membengkak. Malu rasanya mahu keluar dengan keadaan wajahnya begitu. "Boleh juga. Fiyah tak ucapkan terima kasih lagi,"
Rafidah mengangguk. "Akak minta diaorang tunggu kat ruang tamu ye,"ujarnya sebelum berlalu. Wafiyyah termangu sejenak. Lelaki itu mahu berjumpa denganku? Dia segera ke bilik air, membasuh muka dan mengosok gigi sebelum bersiap seadanya dengan tudung menutup kepala lalu turun ke bawah, menuju ke ruang tamu rumah yang agak kecil, biasanya digunakan sebagai tempat perbincangan mereka.
Seorang lelaki duduk di situ, bercermin mata, berkulit kuning langsat dan mengenakan baju sejuk berwarnak kelabu dipadankan dengan T-shirt hitam dan seluar juga hitam. Lelaki itu bingkas tatkala terpandang dirinya. "Assalamualaikum,"
Wafiyyah berhenti melangkah. Malu rasanya dengan keadaan dirinya begitu dan dia mengundur beberapa tapak ke belakang. "Wa..waalaikumsalam," tergagap dia jadinya seraya tunduk. Kedengaran suara Rafidah dan Fadhila di belakang, sedang bercakap sesuatu di dapur.
Untuk seketika mereka berdua terdiam, membiarkan kesepian menghuni suasana. Lelaki itu kelihatan serba-salah, juga tunduk merenung lantai. Wafiyyah menelan air liur. "Err...duduklah,"
"Ha..duduk Zafran. Jangan tercegat begitu je," Rafidah muncul, menyelamat suasana sambil menatang air dan cawan. Fadhila mengekori rapat di belakang, dan memberi isyarat agar dia menyertai mereka berdua. Wafiyyah segera melangkah, mengambil tempat di sisi Fadhila. Hilang seketika rasa malunya memandangkan adanya dua kakak senior bersama.
"Susahkan akak je," lelaki yang dipanggil Zafran itu tersenyum mesra tatkala Rafidah menghulurkan air teh. "Takde susahnya Zaf. Air orang bujang,"
"Bila balik Notts?" Fadhila menghulurkan pertanyaan.
"Insya Allah, tengahari nanti. Kalau tak ada aral melintang, kami naik tube kat Bayswater,"
"Kalau Azri ada, boleh tumpang kereta dia kan,"
"Dia ada hal minggu ni. Dah kene masuk hospital,"
"Busy sungguh bakal-bakal doktor kat Notts ni,"
"Fuad mana? Tak ikut sekali?"
"Fuad follow Rafiq ke Westbourne. Nak ambil barang kat rumah Sham katanya tadi,"
Wafiyyah sekadar mendengar. Tak tahu hendak menyampuk atau bersuara. Dia tidak pernah mengenali lelaki ini. Tapi kakak-kakak senior semuanya nampak ramah dengan Zafran ini. Siapakah insan ini sebenarnya?
"Fiyah...kalau nak tahu, ni la Zafran, bakal doktor. Student Nottingham Univ.," Rafidah sekali lagi menjawab pertanyaan yang berlegar di mindanya. Dia mengangguk perlahan, memandang Zafran dan pandangan mereka bertembung. Pantas dia mengalihkan pandangan, malu.
"Awak...dah ok ke?" Pertanyaan pertama dari lelaki itu untuknya. Bagaimana nak jawab? Saya okey tapi tak okey...errr....
"Alhamdulillah. Dah rasa ok sikit,"terpacul jawapan lain dari bibirnya. Malu datang berkilo-kilo.
"Alhamdulillah," Zafran terangguk-angguk. Hilang kata-kata.
"Erm..."Wafiyyah cuba menyusun ayat. Bagaimana harus dia berterima kasih padanya? "Saya..err..terima kasih sebab tolong saya semalam,"
"Kita bersaudara, mesti saling membantu," Zafran sekadar tersenyum nipis. Dia tunduk, tidak tahu apa lagi yang harus diperkatakan.
"Akak pun nak berterima kasihlah pada Zaf sebab tolong Fiyah," Rafidah menyampuk, sekali lagi menyelamat keadaan. Entah berapa kali dia menjadi penyelamat keadaan antaranya dan Zafran.
"Sama-samalah kak. Jangan berkira dengan saya ye,"
"Lain kali kalau kitaorang datang Notts, boleh la buat majlis kesyukuran ya,"ayat bernada mengusik dari Fadhila.
"Insya Allah," Zafran tersipu. Memandang ke arah Wafiyyah sekali lagi. Ada sesuatu yang datang bermain di hatinya tatkala menatap wajah gadis itu. Sesuatu yang sama pernah menyentuh hatinya 5 tahun lalu tatkala bertemu Ainul Mardhiah. |
|
|
|
|
|
|
|
rasa2 robin hood=zafran... |
|
|
|
|
|
|
|
153# mijot
Fuad pn boleh juga, sbb ank dato tu ada lesung pipit. |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 spekulasi....nak teka gakla...anak dato tu Zafran kot...and dato tu bekenan kat Wardah...so wardah-zafran...sbb sakura kata wardah bkn ngan haikal.... |
|
|
|
|
|
|
|
tungo.....tetap tungo walaupun dah byk speku ha ha ha ha |
|
|
|
|
|
|
|
**************************************
Wafiyyah terjaga dari tidur tatkala mendengar pintu hadapan diketuk. Dia terpisat bangun, mengosok mata. Rasa mengantuk masih mengayuti diri. Semalaman dia ti ...
sakura_ungu Post at 8-4-2010 19:26 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Ooo...dah sambung... Tahniah..ceria makin menarik..TK |
|
|
|
|
|
|
|
jatuh cinta ngan watak zhafran..![](static/image/smiley/grapeman/19.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Sakura......rajin update ye... |
|
|
|
|
|
|
|
wafiyyah dgn zfran..best
wardah dgn haikal ke |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|