CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RedDevils

Persoalan Zabur, Taurat dan Injil.

[Copy link]
Post time 1-8-2010 07:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by S.A.M at 1-8-2010 19:57

Reply 139# genot
Buddhism xda kaitan dengan nabi Ibrahim (as) tp antara 7 ajaran asas dr nabi Nuh (as) ada terkandung juga dalamnya.
Okay.....walaupun tiada kaitan tapi sumbernya tetap dari satu jugakan...Allah.

Jalan Ibrahim (as) adalah Hanif (lurus) dan nabi Ibrahim adalah orang Suryani. Blog paste ayat al-Quran tu menggunakan logik hampir sama sebutan.
Ibrahim kan tau sesuatu ttg "Hanif" yg tak dpt disampaikan kpd umatnya ketika itu...pd masa ketika lah Ibrahim diberitau ttg Muhd...kalau tak masakan dia berdoa kpd Allah supaya dtg dari kaumnya sendiri...yg dikatakan kaum Arab adakah Suryani itu kaum Arab...yg aku tau Suryani penyembah "matahari".

Brahman, perkataan Sankrit, maknanya:

1) hidup suci
2) asas kepada alam semesta
3) alam semesta yang sempurna  

Ada konotasi falsafah dari perkataan tersebut merujuk kepada terciptanya alam semesta.
Okay...no komen..

Buddha bermaksud Pencerahan. Penganut Buddha percayakan semula kelahiran semula. Jika seseorang mencapai nibbhana (lebih kurang ketenangan) makanya dia akan berhenti dengan sendiri daripada lingkungan sengsara. Orang yang mendapat pencerahan akan masuk ke alam yang baru, tidak lagi masuk Syurga, tidak lagi masuk Neraka, hanya alam baru, tiada lagi kelahiran semula. Buddha ada ramai, bukan seorang sahaja.
...Reincarnation..intersting.. Apa itu alam baru dan tidak masok Syurga/Neraka...tiada kelahiran baru... aku ingin tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2010 07:55 PM | Show all posts
Ni... ambik keterangan dari mana lak yang KAMI tu merujuk kepada malaikat? Dalam Quran tade sebu ...
bintang Post at 31-7-2010 21:40


LOL, rupanya perbincangan mengenai penggunaan perkataan na7nu (kami) n conjugation -na dalam al-Quran. Sheikh Hamzah Karamali, merujuk ahli perkamusan al-Quran yang menguasai bahasa Arab, Ragheb al-Asfahani (425 H) dalam mufradat faddhol-Qura'an menerangkan bahawa perkataan na7nu, merupakan kata ganti nama yang penutur tu sendiri guna untuk rujuk kepada dirinya apabila bercakap pasal dirinya kepada orang lain.

Tafsirannya, bila Allah 'Azza wa Jalla guna kata ganti diri na7nu merujuk Diri-Nya dalam al-Quran, yakni melalui lisan rasulullah (saw), maka Dia hanya gunakan perkataan tersebut hanya merujuk Dia seorang, atau bila Dia sebut mengenai tindakan-Nya menciptakan sesuatu, maka termasuk lah sekali dengan hamba-hamba Dia yang sejenis itu, yakni malaikat2.

Bila Allah Azza wa Jalla guna kata ganti diri, na7nu yang hanya merujuk Diri-Nya, kata ganti diri ni dekelaskan sebagai kata ganti diri bagi al-3aahel (Adiraja). Allah Azza wa Jalla merupakan Raja Yang Sebenar bagi seluruh alam. Hamba2 yang membaca ayat2 ini akan berasa rendah diri kepada-Nya dan rasa rendah diri ni asas kepada perhubungan Allah Azza wa Jalla dan hamba2Nya. Contohnya, ayat2 yang sebut mengenai kebangkitan semula di hari kiamat, tengok dalam surah Tha-Ha, ayat 104. Ayat tersebut dimulakan dengan perkataan Na7nu.

Bagi tafsiran kata nama yang merujuk tindakan Allah Azza wa Jalla, contoh ayat dari surah al-Hijr, ayat nombor 9. Kalu sapa2 hafaz Quran, maka dia memang baca ayat ni sekurang2nya tujuh kali setiap kali bukak kitab suci al-Quran. Ada dua tafsiran bagi rujukan kata nama na7nu dalam ayat tersebut. Pertamanya, Allah Azza wa Jalla hanya merujuk diri-Nya sniri, dan yang keduanya, Allah Azza wa Jalla merujuk kepada Nya sendiri dan malaikat Jibril (as). Tafsiran yang majoriti, mereka tafsirkan dengan pandangan yang pertama, iaitu Allah SWT merujuk Nya sendiri dengan kata ganti nama al-3aahel (adiraja).

Ahli bahasa Arab yang dok mengarang sya'ir pada zaman purba boleh lihat sendiri kelancaran dan kefasihan bahasa dalam al-Quran dan mereka sendiri tahu ada Kuasa lain yang punya itu kata2, bukan manusia. Itu sebab banyak tuduhan kata benda itu sihir, tapi mereka tidak boleh kasi bukti sebab takkan sihir suruh orang berbuat kebajikan seperti surah al-Bayyinah (keterangan). Kegagalan untuk fahami sebab kejahilan kita sendiri boleh saja terjadi sebab gaya perlambangan dalam bahasa Arab purba sudah tidak sama dengan bahasa Arab moden hari ini. Benda ni juga terjadi dalam bahasa2 lain.

harap sedikit sebanyak membantu....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 08:16 PM | Show all posts
Okay.....walaupun tiada kaitan tapi sumbernya tetap dari satu jugakan...Allah.


Siddhartha Gautama tak pernah sebut pasal Allah (Tuhan). Yang sebut pasal Kuasa menggerakkan alam semesta tu adalah ajaran dalam kultus Brahmanism (Orthodox Hinduism). Kadang2 ada penganut Buddhism yang mengamalkan kedua2 sekali ajaran.

Tapi yang sebetulnya Siddhartha Gautama x pernah sebut pasal Tuhan. Beliau hanya diam sahaja bila ditanya (ikut Sutta), dan beritahu tak perlu kita buat sebarang ulasan atas perkara di luar batasan kita, kita cuma cuba nak elakkan penderitaan dalam dunia saja. Tapi macam anda katakan, memang semuanya datang dari Allah Azza wa Jalla.

yg dikatakan kaum Arab adakah Suryani itu kaum Arab...yg aku tau Suryani penyembah "matahari".


Suryani bukan Arab, bahasa Suryani tu lah bahasa nabi Isa (as) guna walaupun dia keturunan Israel. Penyembahan matahari ada di Selatan Arab, ada juga di Babilon (Iraq). Bukan itu sahaja, ada juga penyembahan kepada bintang2 dan planet.

Apa itu alam baru?


Perkara ni bukan disampaikan orang Buddha biasa. Tapi seorang tuk guru Buddha dari Thailand. Merujuk kepada kosmik baru.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 08:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by S.A.M at 1-8-2010 20:38

Reply 143# genot
Siddhartha Gautama tak pernah sebut pasal Allah (Tuhan)
Oh ya!.... Siddhartha Gautama memang takda sebut pasal Allah (Tuhan)....sebab yg aku tau dia ajar TAUHID....
Yang sebut pasal Kuasa menggerakkan alam semesta tu adalah ajaran dalam kultus Brahmanism (Orthodox Hinduism). Kadang2 ada penganut Buddhism yang mengamalkan kedua2 sekali ajaran.
Setuju ...itu pasal byk disabitkan bermcm2 Ruh.. sebab mereka rasa dan percaya yg KUASA itu ...tapi tak tau apa dia..

Tapi yang sebetulnya Siddhartha Gautama x pernah sebut pasal Tuhan. Beliau hanya diam sahaja bila ditanya (ikut Sutta), dan beritahu tak perlu kita buat sebarang ulasan atas perkara di luar batasan kita, kita cuma cuba nak elakkan penderitaan dalam dunia saja. Tapi macam anda katakan, memang semuanya datang dari Allah Azza wa Jalla.
Ini ada betul...tetapi perkara2 ghaib yg tertentukan bolek kita ketahui...

Suryani bukan Arab, bahasa Suryani tu lah bahasa nabi Isa (as) guna walaupun dia keturunan Israel.
Setahu aku bahasa Isa Ibrani...atau mingkin Ibrani dgn Suryani ada link
Penyembahan matahari ada di Selatan Arab, ada juga di Babilon (Iraq). Bukan itu sahaja, ada juga penyembahan kepada bintang2 dan planet.
Alright...no komen...

Perkara ni bukan disampaikan orang Buddha biasa. Tapi seorang tuk guru Buddha dari Thailand. Merujuk kepada kosmik baru.
Yg aku tau KOSMIK itu lah dikatakan PENCERAHAN bukan alam baru...kau belum beritau ttg Syurga/Nerka n tiada kelahiran semula..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 08:55 PM | Show all posts
Yg aku tau KOSMIK itu lah dikatakan PENCERAHAN bukan alam baru...kau belum beritau ttg Syurga/Nerka n tiada kelahiran semula..


Ada istilah2 dia dalam ajaran Buddha....
1) Buddha = orang yang dapat pencerahan bahasa Inggeris anda terjemahkan jadi enlightment

2) Sargga, Narok = bahasa Melayu anda, Surga n Neraka. Benda ni dalam ajaran Buddha x kekal dinikmati oleh roh dan jasad manusia tak menerima nikmat macam dalam ajaran Islam. Dalam Buddhism tak ada ajaran tentang alam barzakh (masa sela ke hari kebangkitan) juga x da hari kebangkitan. Sesuatu perbuatan makhluk ada balasan pada setiap kelahiran dan kelahiran tak akan berhenti2 selagi tidak mencapai Nibbhana.

3) Nibbhana = Ini boleh dicapai dengan mengikut ajaran dan seseorang yang mencapai Nibbhana tidak ada keinginan kepada sebarang perkara yang menarik mereka kepada keduniaan. Selepas itu, akan jadi Pari-Nibbhana.

4) Pari-Nibbhana = hilang terus, kosong............ masuk alam baru, tak lahir dalam dunia lagi sebagai manusia, haiwan, perempuan, lelaki, serangga, sebagainya.

Tapi ada tuk guru beritahu kelahiran2 akan berterusan dalam lingkaran masa dalam alam. Sehingga satu saat akan ada perang besar. Dalam perang besar, darah manusia akan jadi setinggi sebelas jengkal sebab tiada diserap oleh bumi lagi kerana banyaknya darah. alam pun akan terhancur ke kosmik baru. Orang2 yang mencapai Pari-Nibbhana sebelum sampai lingkaran masa waktu itu, terus masuk ke Dunia Baru. Tak perlu lalui penderitaan lagi. Dunia baru yang mana dengar perkara baik, cakap perkara baik, pikir baik, segala yang baik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 09:02 PM | Show all posts
Setahu aku bahasa Isa Ibrani...atau mingkin Ibrani dgn Suryani ada link


Suryani tu orang2 Samiah. Orang Arab adalah bawah keturunan Samiah, begitu juga Ibrani. Kawasan Samiah (anak cucu Saam b. Nuh) adalah dari kawasan Mesopotamia sampai ke kawasan Mediteranea, meliputi Semenanjung Tanah Arab dan Syria. Tapi Arab dan Suryani (Syria) lain. Ibrani lain. Kawasan Palestin pernah dijajah Babylon, maka orang2 Israel kena bertutur bahasa Aramia (Syria).

Siddhartha Gautama memang takda sebut pasal Allah (Tuhan)....sebab yg aku tau dia ajar TAUHID....


Tauhid dalam akidah Islamiah merujuk semata2 kepada Allah Azza wa Jall. Gautama Siddhartha tak pernah sebut mengenai sebarang ketuhanan. Anak muridnya tanya pun, dia hanya jawab hapuskan penderitaan lebih penting dari perkara itu. Ada orang Buddha yang percaya Tuhan, ada yang tidak. Yang percaya Tuhan apabila ada persenyawaan dengan kultus Brahmanism. Yang hanya ikut Margga (Jalan) sahaja, tak percaya siapa2. Hanya percaya balasan baik dibalas baik, balasan jahat dibalas jahat di kelahiran akan datang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2010 09:18 PM | Show all posts
LOL, rupanya perbincangan mengenai penggunaan perkataan na7nu (kami) n conjugation -na dalam al- ...
genot Post at 1-8-2010 19:55



    Salam genot, best la pulak genot masuk tred neh... doc red pun da pening lalat, haluan da bertukar

Bintang tanyakan kepada pak sirri tuh, nak suruh dia jawab jek persoalan tu sebab dia kan tak caya dengan ulama tafsir neh, tetiba boleh pulak dia kata nahnu (KAMI) dirujukkan kepada malaikat. Kalo tak kerana keterangan ulama tafsir, keterangan sapa dia ambik? Amna wadud? NEHI..!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2010 09:21 PM | Show all posts
Salam genot, best la pulak genot masuk tred neh... doc red pun da pening lalat, haluan da  ...
bintang Post at 1-8-2010 21:18



    Memang I dah pening lalat ni Bintang...

   Tak apa lah..at least tu semua ilmu..boleh baca...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2010 09:24 PM | Show all posts
Reply 145# genot
Ada istilah2 dia dalam ajaran Buddha....
1) Buddha = orang yang dapat pencerahan bahasa Inggeris anda terjemahkan jadi enlightment
Setuju...

2) Sargga, Narok = bahasa Melayu anda, Surga n Neraka. Benda ni dalam ajaran Buddha x kekal dinikmati oleh roh dan jasad manusia tak menerima nikmat macam dalam ajaran Islam.
Ada dlm ajaran Islam..."Sufi"

Dalam Buddhism tak ada ajaran tentang alam barzakh (masa sela ke hari kebangkitan) juga x da hari kebangkitan. Sesuatu perbuatan makhluk ada balasan pada setiap kelahiran dan kelahiran tak akan berhenti2 selagi tidak mencapai Nibbhana.
Dlm Islam dipanggil " zauk Wujud"

3) Nibbhana = Ini boleh dicapai dengan mengikut ajaran dan seseorang yang mencapai Nibbhana tidak ada keinginan kepada sebarang perkara yang menarik mereka kepada keduniaan. Selepas itu, akan jadi Pari-Nibbhana.
Dlm ajaran Islam Allah perintahkan melaluiRasul-Nya, “Pisahkan diri kamu dari segala perkaradan carilah keesaan”. bererti jauhkan keduniaan...

4) Pari-Nibbhana = hilang terus, kosong............ masuk alam baru, tak lahir dalam dunia lagi sebagai manusia, haiwan, perempuan, lelaki, serangga, sebagainya.
Kosong dlm Islam dikatakan menyongsongkan diri (matikan diri) setelah itu baru boleh masok lagi satu alam atas keizinan Allah dan kemudian dikembalikan dlm dunia sebagai manusia yg berlainan dari yg lain..

Tapi ada tuk guru beritahu kelahiran2 akan berterusan dalam lingkaran masa dalam alam. Sehingga satu saat akan ada perang besar. Dalam perang besar, darah manusia akan jadi setinggi sebelas jengkal sebab tiada diserap oleh bumi lagi kerana banyaknya darah. alam pun akan terhancur ke kosmik baru.
Adakah yg dimaksudkan itu.. ketika sesaorg itu dlm "meditasi"
Orang2 yang mencapai Pari-Nibbhana sebelum sampai lingkaran masa waktu itu, terus masuk ke Dunia Baru. Tak perlu lalui penderitaan lagi. Dunia baru yang mana dengar perkara baik, cakap perkara baik, pikir baik, segala yang baik.
Adakah ini dikatakan "reincarnation atau reborn"
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 09:28 PM | Show all posts
Biasanya mereka ada pegangan seperti Arqam, Muhammadiyah, Qadiani, Tarekat, Wahabi dan sebagainya... ...
S.A.M Post at 1-8-2010 17:48



Setahu saya mereka tidak berpegang dengan mana2 tarekat ataupun kumpulan.
Mereka juga tidak bepegang kepada mana2 mazahab.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 09:34 PM | Show all posts
kitab zabur, taurat,injin tidak ada yang asli lagi sekarang. kalau ada yang asli pun mungkin kita ta ...
hjrayle Post at 27-7-2010 21:28



    ada tak dalil atau hadith pasal ini ye?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 09:41 PM | Show all posts
bukan Amish bukan Sikh tp cabang Christian juga. x ingt nama it's a very very long time ago time study in US. si perempuan pakai long skirt, long sleeve, she was interviews by TV. she said  kaum mrk x benarkn perempuan pakai seluar!
no hiburan no arak. injil barnaba sy pernah bc di library awam seremban. time cuti sek xde kerja pi library. ni zaman sek dulu, reading is a habit sejak dulu smpi kini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 09:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by S.A.M at 1-8-2010 22:28

Reply 146# genot
Suryani tu orang2 Samiah. Orang Arab adalah bawah keturunan Samiah, begitu juga Ibrani. Kawasan Samiah (anak cucu Saam b. Nuh) adalah dari kawasan Mesopotamia sampai ke kawasan Mediteranea, meliputi Semenanjung Tanah Arab dan Syria. Tapi Arab dan Suryani (Syria) lain. Ibrani lain. Kawasan Palestin pernah dijajah Babylon, maka orang2 Israel kena bertutur bahasa Aramia (Syria).
Okay...no komen

Tauhid dalam akidah Islamiah merujuk semata2 kepada Allah Azza wa Jall. Gautama Siddhartha tak pernah sebut mengenai sebarang ketuhanan. Anak muridnya tanya pun, dia hanya jawab hapuskan penderitaan lebih penting dari perkara itu.
Dlm Islam pun begitu juga ...yg dipanggil penyerahan ... bukan mudah mau dilakukan melainkan sesaorg punyai keteguhan hati..disini Tauhid nya teruji... bukan semata2nya utk Tuhan..utk diri sendiri
Ada orang Buddha yang percaya Tuhan, ada yang tidak. Yang percaya Tuhan apabila ada persenyawaan dengan kultus Brahmanism. Yang hanya ikut Margga (Jalan) sahaja, tak percaya siapa2.
Dlm Islam percaya Tuhan atau tidak terletak kpd individu dlm mencari kebenaran yg sebenar2nya...setelah mencapainya baru Kalimah nya jadi jelas ia-itu "Tiada Tuhan Yg disembah melainkan Allah"
Hanya percaya balasan baik dibalas baik, balasan jahat dibalas jahat di kelahiran akan datang.
Ada dlm Rukun Iman 6 perkara juga...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 09:47 PM | Show all posts
pesal lak orang mcm sirri digelar quranist?sume orang islam pun ambil quran sebagai panduan pe...sirri ni nampak mcm penge'paste' terjemahan quran je (ntah betul ntah tak terjemahan tu)..jadi apa yg quranistnyer?
penyapu Post at 1-8-2010 18:07



    Salam abang penyapu...

Quranist diberi gelaran kerana geng depa ni ambik quran semata mata tanpa rujukan hadis, apatah lagi ulama. Depa terjemah seketul ayat tu secara harfiah tidak maknawi. Jadi depa pun terjemahlah ikut kepala otak depa sewenang wenangnya. Jadi jangan heran kalo depa ni solatnya takde waktu atau tak solat langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 09:53 PM | Show all posts
Memang I dah pening lalat ni Bintang...

   Tak apa lah..at least tu semua ilmu..b ...
RedDevils Post at 1-8-2010 21:21



Itu la.. leh gak kenal quranist tu camne ek... lum maideen datang bertenggek lagi neh
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 10:01 PM | Show all posts
bukan amish?abeh jehovah witness ka kak sun?atau letter day saint?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2010 11:42 PM | Show all posts
baru habis baca thread ni,  tak boleh ke, setiap org yg buat hujah kat sini buat note, masing2 ni dari school of thought yg mana?   mazhab mana?  etc..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 01:06 AM | Show all posts
Adakah yg dimaksudkan itu.. ketika sesaorg itu dlm "meditasi"


Tak, ni dari perbincangan dari rujukan bahagian dalam Abhidhamma Pitaka walaupon x da Sutta yang sebut betul2 tentang struktur alam smasta. Saya sudah bakar banyak dari nota2, katha2, montra brahma yg saya salin dr ceramah ajaran Buddha bersama dengan imej2 Buddha dalam bentuk poster selepas kembali semula kepada ajaran Islam. Sejak saya cuba memperbaiki akidah segalanya, saya akan kembali kepada yang asas, baru saya pergi ke yg tinggi sedikit ikut peringkat. Tidak mahu jadi ajaran sesat, na'uzubillah.

Dia maksudkan dengan kosmik kita huni ni akan hancur. Tiap2 kosmik dan ruangan ada permulaannya ada tempoh tamat kitarannya. Yang mengenai darah mengalir atas bumi sampai tidak terserap oleh tanah, itu gambaran tentang waktu sebelum kehancuran kosmik yg kita huni ini.

Boleh elaborate lebih lagi mengenai pandangan kosmik stengah penganut Buddhism, tapi takut orang pening. Lagipun rasanya sudah tersasar dr tajuk topik, pening lagi dr. Red. Risau juga nanti kalu2 penulis blog 1A tu terbaca dia buat modal dia pula nak bangunkan ajaran sesat
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 01:20 AM | Show all posts
Adakah ini dikatakan "reincarnation atau reborn"


Yang ini lanjutan dari kelepasan dari Samsara (Sengsara). Maksud Sengsara itu sendiri apa? Sengsara itu putaran janmo (kelahiran). Roh dalam badan (sangkar), akan terus hidup dan masuk dalam badan yang lain selepas jasad mati selagi ada "benda" yang mengikat kita. Apa "benda" yang mengikat tu? Hal2 negatif yang datang dr fikiran kita. Apa itu hal2 negatif? Yang ini contoh2nya boleh lihat dalam kitab Phra Jadtok (Jataka). Baca boleh pahamlah.

Pemikiran adalah sejenis perbuatan yang akan bawa kepada perbuatan yang lain. Buruk pikiran, buruk perbuatan. Tiap2 perbuatan akan ada balasannya. Yang itu anda akan nampak dalam istilah Karmma. Contoh, kalu bunuh diri, maka roh akan tersangkut tak boleh janmo semula. Roh jadi pretam (bayang), dan akan sentiasa ulangi perbuatan yang menyeksa diri (bunuh diri) sehingga tempoh2 tertentu. Ini dipanggil sebagai salah satu Sengsara.

Masuk neraka kena seksa, pon akan ada tempohnya. Masuk sorga atau lahir jadi dewa-dewi dalam sorga, pon akan ada tempohnya. Tak kekal. Ini semua pon Sengsara sebab kalau di Sorga buat silap sedikit, fikiran tidak elok. Akan dapat kesan, lahir lagi jadi benda lain. Tempoh bukan sekejap. Ambil masa ratus-ratus, ribu-ribuan tahun bagi satu kelahiran di Sorga n Neraka. Juga kelahiran di dunia pun dalam macam2 bentuk, haiwan dan manusia.

Jadi, dalam masyarakat Theravada n Shraman (Phanava). Mereka akan cuba masuk ke dalam kebiaraan atau jadi bhikku dan menjalani kehidupan mengikut peraturan Vinaya dalam usaha nak capai Nibbhan dan bebas, masuk dunia baru. Tak payah melalui zaman kehancuran kosmik ini sebab zaman itu, katanya menakutkan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 01:41 AM | Show all posts
Reply 158# genot

....selepas kembali semula kepada ajaran Islam. Sejak saya cuba memperbaiki akidah segalanya, saya akan kembali kepada yang asas, baru saya pergi ke yg tinggi sedikit ikut peringkat. Tidak mahu jadi ajaran sesat, na'uzubillah.
Kembali kpd yg asas..adakah syariat atau lain...kemudian yg tinggi sedikit ikut peringkat...ikut laluan mana...?

Dia maksudkan dengan kosmik kita huni ni akan hancur. Tiap2 kosmik dan ruangan ada permulaannya ada tempoh tamat kitarannya.
ok... awal dan akhir...

Yang mengenai darah mengalir atas bumi sampai tidak terserap oleh tanah, itu gambaran tentang waktu sebelum kehancuran kosmik yg kita huni ini.
Oh.. maksud kau di alam yg nyata bukan di alam "ghaib" melalui meditasi (takafur)

Boleh elaborate lebih lagi mengenai pandangan kosmik stengah penganut Buddhism, tapi takut orang pening.
Kalau ada asas pengetahuan tak pening kan...

Lagipun rasanya sudah tersasar dr tajuk topik, pening lagi dr. Red. Risau juga nanti kalu2 penulis blog 1A tu terbaca dia buat modal dia pula nak bangunkan ajaran sesat
Beri kiasan je...mudah2an aku boleh faham...tak perlu terang2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.258722 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list