CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] Rumah Borak/Meroyan N9 #41

 Close [Copy link]
 Author| Post time 16-12-2021 02:57 PM | Show all posts
Sambal sotong


Resepi
Sotong sekilo
cili kering 10 tangkai(blend)
bwg kecik 5 ulas
bwg putih 2 ulas
1biji bwg besar
belacan
ayer asam
sedikit santan
gula
garam
1 ketul..pati ayam knorr

Cara²
#jgn masukkan air#
Rebus sotong sampai kering air dan ketepikan, kemudian
Tumbuk cili / blend , bwg kecik..bwg putih..dgn belacan..panas kan minyak tumis sampai pecah minyak..masak bagi lama sikit ya sambal tuu.. kemudian.. masukkan sotong..ayer asam..santan..garam gula..dgn pati ayam..masak sampai betul² kuah pekat kemudian masukkan .. sebiji bwg besar...siap utk
di hidang kan☺

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2021 02:58 PM | Show all posts
Rendang pedas ayam pencen

Bahan2
ayam pencen 1 ekor
bahan2 pes
20 tangkai cili kering rendam air panas
blender dgn minyak san sikit air asing kan
2 labu bawang besar belah 6
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
6 batang serai hiris
blender sebati

cara2
masuk ayam dalam kuali atau periuk
hidup kan api
tambah kan semua pes td lebur je???? punye la senang
ttup dan bia sampai ayam kecut,nak tambah air 1-2 cawan pn boleh
dah mendidih masuk lg air dan garam serta perasa
masuk awal sbb nak bg die xrasa kosong
dah didih kali kedua biasa kalau jenis liat mmg kene tambah2 air smpai empuk bile empuk ha baru
masuk kan kerisik 2 packet dan santan 250ml
gaul rata dan bia agak kering
tabur daun kunyit dan tambah air asam jawa sikit
bila dah sebati dan xbekuah sgt so siap dah rendang korg???? senang kan bahan2 pn senang.cuba buat tau

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2021 02:59 PM | Show all posts
Pulut sekaya

Lapisan atas ..
1 cawan gula merah
1 cawan air
1 cawan santan
4 sudu tepung gandum
2 biji telur
Gula pasir (klu nk manis )
Kacau semua bahan diatas hingga tidak bergentel dn tapis .

Lapisan bawah
2 cawan pulut direndam selama 1 jam ..dn dikukus bersama 1 1/2 cawan santan cair dn sedikit garam ...kukus hingga masak ..bila dah masak ..ratakan pulut ..bila ratakan letakkan lapisan hingga habis ..dn kukus sehingga lapisan atas masak ...tunggu hingga sejuk baru boleh dipotong dn dihidangkan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2021 03:01 PM | Show all posts
AYAM MASAK ASAM KUNYIT

½ ekor ayam-potong,bersihkan tos dan garam kunyit..ketepikan

Utk menumis
2 senduk kecil Minyak
2 ulas bwg putih
2 ulas bwg merah@½ labu bwg besar
1 inci Halia
-mayang

2 sdb sos tiram
3 sdb air asam jawa @ klau pes 1sd sahaja nnti msam.
1 sdt gula
½ sdt ckup rasa(option)
1 cwn air
3 bj kentang
½ labu bwg besar
2 bj Cili besar
1 pkok daun bwg
-potong

Cara.
-tumis bhn tumis smpai garing.
-masukkan ayam,msk separuh msk,msukkan sos tiram,kentang,air asam jawa,gula,air,renihkan sampai sdkit mnyejat dan ayam kentang empuk,,
-biar smpai nk kuah pekat tahap mna. Msukkan bawang,cili,daun bwg..gaul2 dan ttup api..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2021 03:02 PM | Show all posts
Laksa Johor Ikan Tenggiri kawww

Bahan
Sekilo Ikan.
Ikan yg sedap utk kuahnya
Ikan tenggiri,kembung,selar mata besar
Bersihkan ..rebus dgn asam keping
Asingkan isi..dan blend bersama air rebusan
Ketepikan
Satu paket spaghetti..rebus dgn sedikit minyak
Dah siap tos..dan gulungkan
Bahan kisar utk kuah
Lada kering 15 tangkai
Bawang besar 6 biji
Bawang putih 5 ulas
Halia 1 cm
Lengkuas 1 cm
Udang kering segenggam
Rempah kari 2 pkt kecil
Serai 2 btg di titik..
Asam keping 2 pcs
Kerisik 2 pkt kecil
Santan 2 kotak kecil
Bunga kantan 2 btg potong 4
Daun kesum,selasih,pudina
Garam,gula,perasa

Cara..
Blend bawang merah,bawang putih,halia
Lengkuas,udang kering
Panaskan minyak,masukkan serai
Tumis bahan..hingga pecah minyak
Masukkan rempahh kari..
Gaul rata..masukkan isi ikan.
Asam keping ,bunga kantan,daun kesum
Masukkan santan dan air...jadikan kuah
Letak kerisik..
Garam,gula,sedikit perasa
Masak hingga kuah pekat..
Bila dah siap boleh mkn
Dgn hiasan timun,tauge,hirisan bawang,bunga kantan,daun selasih ,pudina
Dan sambal belacan..
Resepi Sambal Belacan.
Cili hidup merah,hijau anggaran 10 biji
Segenggam cili padi
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cm belacan
Semua ni di goreng dgn minyak sedikit
Kemudian blend Semua
dgn sedikit air suam
Perasakan dgn gula,perasa atau garam
Saya tak letak garam sbb belacan dah masin
Perah kan limau Kasturi..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2021 03:03 PM | Show all posts
Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan nasi
3 cawan beras
3 cawan air
½ cawan santan pekat
2 helai daun pandan (disiat dan disimpul) atau 1 batang serai (diketuk)
⅓ sudu kecil garam
Bahan-bahan sambal ikan bilis
1 cawan ikan bilis
20 biji cili kering
½ cawan minyak masak
5 biji bawang merah kecil
2 biji bawang besar
1 cm halia
Sedikit belacan
Air asam jawa
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Bahan-bahan lain
Kacang tanah yang telah digoreng
Ikan bilis goreng
Telur rebus
Timun
Persediaan Bahan-bahan
Basuh ikan bilis dan tuskan.
Potong cili kering, buang biji dan rebus atau rendamkan dalam air panas hingga kembang. Kemudian kisar bersama halia.
Kisar bawang merah bersama bawang besar.
Kupas telur rebus dan belah dua. Potong serong timun.

Cara Membuat Nasi Lemak
Berikut adalah langkah-langkah menyediakan nasi lemak yang peroi, lemak & wangi dan sambal tumis ikan bilis yang sangat sedap.

Memasak nasi
Bersihkan beras dan tuskan.
Masukkan beras ke dalam rice cooker dan masak sehingga air kering.
Kemudian masukkan air, garam dan daun pandan. Kacau sebati. Teruskan memasak seperti biasa.
Bila air hampir kering, masukkan santan dan kacau sekata.
Tutup balik periuk dan tunggu sehingga nasi masak.

Membuat sambal ikan bilis
Panaskan minyak dalam kuali atau periuk.
Tumiskan bawang kisar sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan belacan, dan tumis menggunakan api kecil sehingga pecah minyak.
Masukkan gula dan teruskan menumis sehingga sambal berwarna merah gelap dan berkilat.
Kemudian masukkan ikan bilis, air, air asam jawa dan garam. Kacau rata.
Biarkan mereneh selama 10 minit atau sehingga sambal pekat, kemudian angkat.

Cadangan Hidangan
Hidangkan nasi lemak panas-panas bersama sambal ikan bilis, telur rebus, kacang tanah goreng dan hirisan timun. Boleh juga ditambah lauk lain seperti ayam goreng, rendang, sambal sotong atau telur goreng.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-12-2021 03:05 PM | Show all posts
Ketam Masak Pedas Ala Thai

Bahan-bahan :-
-Ketam
-1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg)
-10 keping Daun limau purut
-Daun Ketumbar
-Cili api (saya tak guna pun)
-Bawang Merah blend
-Bawang Putih blend
-Halia blend
-Asam Keping
-2 Sudu Serbuk Kari
-3 Sudu Cili Giling
-2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi)
-Gula & Garam sedikit

Cara Memasak :-
-Rebus ketam
-Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti
-Panaskan minyak
-Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau
-Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai.
-Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana
-Masukkan asam keping, gula dan garam.
-Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.
-Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 03:05 PM | Show all posts
Tashu replied at 16-12-2021 02:49 PM
mcm nasi briyani ke?

nasi impit beli pagi tadi baru mkn, yg beli tghari nk mkn mlm lak

bukan nasi briyani
ada org panggil nasi vanggey
nasi ganja ni popular kat Ipoh

abis pagi tadi sha makan apa?
yg tengahari sha beli apa utk makan malam nanti?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2021 03:06 PM | Show all posts
NASI DAGING AIR ASAM

▪️2-3 bahagian daging
▪️Garam
▪️Air

Cara
Basuh bersih daging, takyah potong biar seketol seketol.
Masuk air gan garam masak sampai daging empuk lembut.

BAHAN TUMIS UTK NASI
▪️4 biji buah pelaga
▪️1 batang kulit kayu manis
▪️5 biji bunga cengkih
▪️Setengah sudu lada hitam kasaq
▪️1 kuib ayam
▪️1 sudu minyak sapi tambah sikit minyak masak
▪️Setengah tin susu cair
▪️2 sudu serbuk kurma
▪️Selai daun pandan
▪️Garam secukup rasa

Cara
Panaskan minyak sapi gan minyak masak tumis buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih lada hitam, tumis hingga naik bau. Pastu baru masuk serbuk kurma. Tumis hingga pecah minyak, baru masukkan susu, daun pandan kuib. Dah wangi baru masukkan beras dalam 4-5 pot. Kacau sebati. Bole dah masuk dalam rice cooker.
Tambah air rebusan daging tadi ikut sukatan pot beras tadi jugak. Settle bahagian nasi ????

RESEPI AIR ASAM
▪️Sudu makan asam jawa
▪️Secawan air
▪️2bijik bawang merah (dadu)
▪️Sebijik tomato (dadu)
▪️10 bijik cili api (potong hiris)
▪️2 bijik cili besar merah (hiris)
▪️Setengah inci belacan
▪️3 4 tangkai daun kesum (cincang)
▪️ Garam gula Secukup rasa

Cara
Masuk semua bahan yang dipotong dadu, dhiris dan cincang tadi dalam bekas. Letak air, asam jawa. Kemudian tumbuk lumat belacan masukkan dalam bekas. Gaul semua dah perasa kan dengan gula garam.

‼️ Hidangan ni utk 6-7 orang makan
‼️ Nak sedap goreng daging tu lepas rebus, goreng kejap api besar.
‼️Daging hiris nipis lepas goreng
Okayy siap! ❤️

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2021 03:08 PM | Show all posts
mattzzx replied at 16-12-2021 03:05 PM
bukan nasi briyani
ada org panggil nasi vanggey
nasi ganja ni popular kat Ipoh

sha x pernah mkn nasi vanggey tu...skali pandang mcm briyani, rempah berbeza la dia guna kan? ke cara masak?

pagi tadi dh mkn nasi, tghari beli miang pla x mkn lg sb ikan beso kompom x abih, so nk mkn kt umah la.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 03:14 PM | Show all posts
Tashu replied at 16-12-2021 03:08 PM
sha x pernah mkn nasi vanggey tu...skali pandang mcm briyani, rempah berbeza la dia guna kan? ke c ...


entah lah
matt tahu makan saje
mungkin dia macam nasi kandar juga lah

sha beli ikan apa yg besor tu?
makan kat rumah lebih selesa skit kan..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2021 03:15 PM | Show all posts
mattzzx replied at 16-12-2021 03:14 PM
entah lah
matt tahu makan saje
mungkin dia macam nasi kandar juga lah

mcm ni matt


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 03:16 PM | Show all posts
wehuuuuu  
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 03:18 PM | Show all posts
Tashu replied at 16-12-2021 12:15 PM
sudah balik opis ni...kejap je

mek tau apa, tinggal 1 bekas je lagi menu tu tadi

wahhh... laris jualan nmpk
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 03:18 PM | Show all posts

yang macam tu matt pernah makan..

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 03:19 PM | Show all posts

mek, bg petua supaya sotong tak liat         
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2021 03:20 PM | Show all posts
Tashu replied at 16-12-2021 02:23 PM
nanti sha tepek gambar miang pla.

miang keladi ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 03:21 PM | Show all posts
Tashu replied at 16-12-2021 03:06 PM
NASI DAGING AIR ASAM

▪️2-3 bahagian daging

kecur tgk daging air asam ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 03:23 PM | Show all posts
Tashu replied at 16-12-2021 12:16 PM
dh kt opis ni ha, dok depan mek...x nampak ke?

hahaha

mek dengan sapo tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 03:24 PM | Show all posts
mattzzx replied at 16-12-2021 03:18 PM
yang macam tu matt pernah makan..

baru check in ke           
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.314791 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list