Melaka Monorail merupakan satu perkhidmatan monorel yang dibina di Bandar Melaka, Melaka. Monorel ini menyelusuri Sungai Melaka sepanjang 1.6 km. Monorel ini mempunyai dua stesen utama iaitu Stesen Monorel Hang Jebat yang terletak di berebelahan Taman Rempah di Pengkalan Rama manakala Stesen Monorel Hang Tuah terletak berhampiran stesen bas lama Melaka. Perkhidmatan monorel ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 20 Oktober 2010 bersempena sambutan perasmian Melaka Maju 2010. Ia mula dibina pada Mei 2008.Gerabak monorel boleh memuatkan seramai 22 penumpang pada satu-satu masa dan ianya akan bergerak pada kelajuan kira-kira 12km sejam. Perkhidmatan ini sebenarnya adalah bertujuan perlancongan bukan untuk pengangkutan awam biasa.
http//akasiaholiday.blogspot.com [email protected]
|