23 syarikat swasta, badan korporat sumbang RM35.8j
[size=14.399999618530273px]Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama sebahagian penyumbang pada Majlis Pengumpulan Dana Ihsan MADANI Kepada Mangsa Banjir di Kompleks Seri Perdana semalam. - Foto BERNAMA
[size=14.399999618530273px]
PUTRAJAYA: Sebanyak 23 syarikat swasta dan badan korporat semalam menyumbang RM35.8 juta untuk membantu mangsa banjir melalui penyelarasan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM). Bantuan berkenaan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumpulan Dana Ihsan MADANI untuk mangsa banjir di Kompleks Seri Perdana, di sini. Sumbangan diterima daripada YTL Corporation Bhd dan Yayasan Albukhary, masing-masing menyumbang RM5 juta; Sapura Secured Technologies, U Mobile Sdn Bhd, Mah Sing Group Bhd, WCT Bhd, IJM Corporation Bhd, Kuala Lumpur Kepong Bhd, Berjaya Corporation Bhd dan Press Metal Bhd (masing-masing RM5 juta). Westports Malaysia Sdn Bhd, Roadcare (M) Sdn Bhd, Sunway Bhd, Malaysia Resources Corporation Bhd, The Weststar Group (masing-masing RM1 juta); Fortress Mining Sdn Bhd, Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd, Johawaki Holdings Sdn Bhd dan Datuk Lawrence Lim Swee Lin (masing-masing RM500,000).
Selain itu, Newsfields Land Sdn Bhd (RM250,000), AHAM Asset Management Bhd (RM250,000), Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (RM200,000) dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd )RM100,000).
Menurut Perdana Menteri, dana itu akan digunakan untuk membaiki infrastruktur terjejas akibat banjir, termasuk bangunan dan kemudahan di sekolah yang banyak digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS), selain bagi menampung keperluan makanan, minuman serta pakaian seragam pelajar. Beliau turut menyarankan bantuan diselaras lebih baik di antara kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi bagi memastikan ia betul-betul sampai kepada mereka yang memerlukan dan digunakan sebaik mungkin.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1333159/23-syarikat-swasta-badan-korporat-sumbang-rm358j
|