CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SaVilara

JOZAN MaNSioN v.6!! ~ SMS ML<3/5/10/20> JOZAN ke 32999

   Close [Copy link]
Post time 28-5-2011 02:37 AM | Show all posts
makin lama AM makin leh trime si ac nih mggu ni suke plak part die jd nuar capang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2011 02:46 AM | Show all posts
at last!!  dpt tgk jozan n trus ulang2 smpai sudah..yg lelain tu esk la baru AM tgk :lol ...
adikmanis Post at 28-5-2011 02:35


Khenz..
Cam yg iols war-warkan di ceruk youtube dan bod seblah:

WATAK TERBAIK- Mail Lambung (Zizan)
KING of IMITATION- Johan

Pasan x part "internationalle" tuh JOHAN ad-lib spontan..Jijan dah tahan gelak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2011 02:51 AM | Show all posts
i mmg suker balas banding dgn r2 (man xmo citer..mencik )
syuk better dari fendi tp at ...
IoriYagami Post at 28-5-2011 02:25


Sama la..iols leh jek terima depa nih
Kalo ikut Ranking kesukaan iols utk Raja Lawak 5 dulu..--->

1. Pengacara
2. Juri-Juri
3. Nazmie
4. Balas
......
7. M*n (dulu lam RL5 masih leh lg accept dia)
8. R2
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 03:00 AM | Show all posts
Khenz..
Cam yg iols war-warkan di ceruk youtube dan bod seblah:

WATAK TERBAIK- M ...
SaVilara Post at 28-5-2011 02:46



   makin btambah2 suke plak kt depa b2 nih mmg penghibur sjati
part internasionale tu adlib yer...AM xpasan plak tadik....satg nk tgk balik la tp rasanya byk kn yg johan adlib..haha die nmpak selesa je dok imitate mamat...da tlebih kenal care die ckp, ngan dialek perok pekat tu...sama sangat
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 03:22 AM | Show all posts
khennnn tgk sape yg bawak
Tashu Post at 28-5-2011 00:48



    hepppp....
    ahkak sekadar memberi contoh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 03:53 AM | Show all posts
tak suka amad idehem buat kejutan mengkomen sorang 1..:@
berubah muka Johan masa amad idehem nak komen zizan je...siap kata nak pergi segala..
yg terharu bila tengok  zizan mcm nak tarik tgn johan jgn pegi dari situ..
musti dia hingat johan terasa hati khennn...
rupa2nya..kejutan juri le konon2 komen sorang 1...:@
amad idehem ni  musti bengang dia nak amik johan berlakon tapi johan dah sain 2 tahun kontrak dgn mamat sulit...

cuma the good thing tentang komen amad idehem kat zizan ialah dia nampak kebolehan zizan dalam variasikan watak utk Jozan..selama ni maybe dia nampak johan jek blh buat mcm2...maybe juga selama ni dia nampak zizan hanya blh wat mcm tu dan mcm tu je la kot mcm takde perubahan... sungguh buta mate amad idehem iitew...:@

ahkak tak sanggup tengok muka johan berubah mcm kecik ati tadi...rasa mcm nak lambung je amad idehem ittew...

jgn ada cuba2 nak pisah kan jozan yewww idehem...ahkak tak sanggup tengok johan join secara tetap dgn senario hoccay...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2011 06:58 AM | Show all posts
blom  intenet ni wat hal....xleh bukak youtube  dgr kata best kan...ada abg maell
adikmanis Post at 28-5-2011 01:28



abe mael yg dirindui telah kembali....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 07:00 AM | Show all posts
at last!!  dpt tgk jozan n trus ulang2 smpai sudah..yg lelain tu esk la baru AM tgk :lol ...
adikmanis Post at 28-5-2011 02:35



part mael cakap tamel tu........ tu yg xleh blah tu.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2011 07:03 AM | Show all posts
minggu ni the return of hantu makcik karipap, mail lambung, jambu time 1st week
IoriYagami Post at 28-5-2011 01:32



antu mc karipap tu dah 3x muncul eh....
eskenen u'un kembali lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 07:06 AM | Show all posts
die nmpak selesa je dok imitate mamat...da tlebih kenal care die ckp, ngan dialek perok pekat tu...sama sangat
adikmanis Post at 28-5-2011 03:00


khen tulah keistimewaan papa......saleem dah tiru, usop selam, jamal abdolah, nie mamat sulit laks
sape lagie eh.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 07:08 AM | Show all posts
hepppp....
    ahkak sekadar memberi contoh...
caricari Post at 28-5-2011 03:22


bukan peringatan ke tu akak.........
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 07:09 AM | Show all posts
jgn ada cuba2 nak pisah kan jozan yewww idehem...ahkak tak sanggup tengok johan join secara tetap dgn senario hoccay.
caricari Post at 28-5-2011 03:53


no no no, xde sapa leh pisahkan papa n sol.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2011 07:24 AM | Show all posts
tak suka amad idehem buat kejutan mengkomen sorang 1..:@
berubah muka Johan masa amad idehem nak komen zizan je...siap kata nak pergi segala..
yg terharu bila tengok  zizan mcm nak tarik tgn johan jgn pegi dari situ..
musti dia hingat johan terasa hati khennn...
rupa2nya..kejutan juri le konon2 komen sorang 1...:@
caricari Post at 28-5-2011 03:53


Nampak sgt...sho shweet 2 owang ini... memula Jijan cepat2 pi kejar n tarik Johan, takut Johan terasa...dia pun sanggup kuar sama2 ngan Johan dari pentas tuh...


Pehtu Johan lak tarik Jijan balik, ala2 "it's ok shayang..gurau2 jek.." (dialog leh variasi ikut kesesuaian)


cuma the good thing tentang komen amad idehem kat zizan ialah dia nampak kebolehan zizan dalam variasikan watak utk Jozan..selama ni maybe dia nampak johan jek blh buat mcm2...maybe juga selama ni dia nampak zizan hanya blh wat mcm tu dan mcm tu je la kot mcm takde perubahan... sungguh buta mate amad idehem iitew...


iols cume rasa dia seorang juri yang peka terhadap komen2 di youtube, forum2 n fb Maharaja Lawak (termasuk komen2 kat GAMBAR).. Memang ramai mangkok yg dok komen sesedap rasa kat situ pasal Zizan cth: "Jijan cuma macam tu je la gaya dia, xde apa yg berubah..sama jek kaki dia, gaya dia.." dll.. So, dengan penuh rasa tanggungjawabnya terhadap pelakon yg pernah diambiknya berlakon pilem arahan dia, Ahmad Idehem kasik acknowledgement n appreciation kasik public/haters sedar sket..


amad idehem ni  musti bengang dia nak amik johan berlakon tapi johan dah sain 2 tahun kontrak dgn mamat sulit...
ahkak tak sanggup tengok muka johan berubah mcm kecik ati tadi...rasa mcm nak lambung je amad idehem ittew...

Memula tu pun iols dah agak sedey utk JOHAN...:@ ala2 what the hellboy komen sorang jek??


jgn ada cuba2 nak pisah kan jozan yewww idehem...ahkak tak sanggup tengok johan join secara tetap dgn senario hoccay...

Oh plzz..jangan...walopun suka nak tengok Johan almost every week kat tb3 n satu promosi yg baik gak utk Johan dikalangan owang yg xde estruk, iols pun x sanggup kalo menda nih TETAP..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2011 07:45 AM | Show all posts
iols rasa sungguh cumey part nih...tarik-menarik..(Mail Lambung x tarik keta je dah )



1) "Saye kuar dulu Bang..saye kuar dulu.."
2) Cepat2 Jijan panggil balik n nak pi tarik Johan
3,4,5) Johan tarik Jijan balik..halang kuar pentas..
6) Jijan 'jaga' kat tepi, takut Johan nak kuar lagik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 07:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by Tashu at 28-5-2011 07:52

Misi Maharaja Lawak mereka

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]


SABAN minggu, ketiga-tiga figura penting yang telah diberi mandat sebagai juri tetap program popular masa kini, Maharaja Lawak ini akan memberikan komen dan kritikan mereka.

Ada ketika mereka boleh bercanda saat memberikan komen. Namun, itu bukan bermakna mereka tidak serius dalam kritikan.

Buktinya, kita dapat melihat baik Mamat Khalid, Ahmad Idham mahupun Saiful Apek ada kalanya begitu tegas melontarkan pandangan dan buah fikiran kepada peserta yang menyertai program ulung terbitan Astro Warna itu.

Sebagai seorang yang arif dalam menentukan kualiti persembahan setiap peserta, pastinya Mamat, Ahmad Idham dan Saiful tahu apa yang mereka mahukan.

Umpama kata pepatah lama, hanya jauhari mengenal manikam. Untuk itu, Hits telah bertemu dengan Mamat, Ahmad Idham dan Saiful untuk menyelami apakah misi dan harapan mereka sebagai juri tetap Maharaja Lawak.

Peserta taraf internasional

APABILA Mamat menyatakan peserta Maharaja Lawak sebenarnya sudah mencapai piawaian antarabangsa, ada segelintir yang merasakan angan-angan Mamat terlalu tinggi.

Kata pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Estet itu lagi, dia bukan sekadar omong kosong mahupun hendak menyenangkan hati sesiapa.

Apa yang dilontarkan sebenarnya ikhlas berdasarkan pengamatannya menerusi setiap persembahan yang dipamerkan peserta.

“Sebagai contoh, untuk minggu ketujuh bagi tema komedi senyap, saya dapat melihat peningkatan yang cukup ketara daripada beberapa orang peserta yang mempamerkan kualiti persembahan yang cukup tinggi.

“Kalau kita lihat ketika itu, persembahan Nabil misalnya memiliki ciri-ciri komedi Jacques Tati, seorang pelakon dan pengarah komedi dari Perancis.

“Begitu juga dengan kumpulan Jambu yang begitu tebal dengan inspirasi Monty Phyton manakala Jozan pula dengan aksi komedi Vaudeville. Bukankah itu semuanya bertaraf antarabangsa?

“Tetapi, ada kala saya nampak peserta seolah-olah tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sudah berupaya membuat persembahan berkualiti sekali gus meletakkan mereka ke tahap yang lebih tinggi,” jelas Mamat sambil memuji kumpulan Sepah yang memiliki kualiti komedi Melayu cukup tinggi.

Dalam masa yang sama, Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohd. Khalid juga memberitahu, masih terdapat beberapa peserta yang dilihat masih lagi selesa berada di takuk lama sewaktu membuat persembahan.

“Saya tidak menafikan ada di antara mereka yang sudah menunjukkan perkembangan dari minggu pertama sehinggalah sekarang.

“Malah, mereka yang dahulunya kelihatan sungguh selesa di atas pentas nampaknya kini sudah berusaha untuk keluar daripada zon selesa mereka. Ternyata teguran kami sebagai juri diambil dan diterima dengan baik demi kebaikan mereka.

“Buktinya, peminat kini sudah mula bijak menilai persembahan. Atas alasan itu kita sudah dapat lihat pola pengundian kini jauh berbeza daripada minggu pertama Maharaja Lawak disiarkan,” kata pengarah yang pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-21 (2008) menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang ini lagi.

Mengkritik juga mendidik

APABILA Ahmad Idham dipilih sebagai salah seorang juri, ada juga pihak yang mengerut dahi memikirkan apakah kelayakan pengarah popular itu untuk menduduki kerusi juri.

Kata Ahmad Idham, dia sendiri terkejut apabila ditawarkan peluang itu oleh Astro dan bertanyakan kembali kepada pihak stesen berbayar ulung negara itu apakah mereka membuat pilihan yang tepat.

Ternyata mereka yakin dengan kemampuan Ahmad Idham sebagai seorang pengarah dan genre komedi juga bukanlah sesuatu yang asing untuk pengarah berasal dari Alor Setar, Kedah itu.

“Menerusi Maharaja Lawak ini, kami sebagai juri mahu melihat sesuatu yang baru daripada peserta dan setakat ini, Alhamdulillah, kami menerima dengan penuh terbuka segala yang dipersembahkan oleh mereka.

“Namun, ada juga yang dilihat masih lagi berada dalam zon yang sama dan tidak mahu lari daripada apa yang mereka sudah persembahkan.

“Sebagai contoh, kumpulan Balas yang cukup dikenali dengan lawak berbaur lucah nampaknya berhadapan dengan masalah apabila persembahan mereka tidak diterima baik oleh penonton pada minggu keenam.

“Jadi, di sini kita sudah dapat lihat penerimaan dan kecenderungan masyarakat terhadap kandungan dan penceritaan lawak yang lebih matang serta positif.

“Itulah yang amat saya dan rakan juri yang lain tekankan kepada setiap peserta untuk tampil dengan idea yang segar dan baru sekali gus meninggalkan kesan kepada penonton,” kata Ahmad Idham atau nama sebenarnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzzri.

Dalam konteks ini, pengarah filem Adnan Semp-it dan Damping Malam itu memberikan contoh kumpulan Jambu yang dilihatnya menunjukkan peningkatan ketara berbanding minggu pertama Maharaja Lawak mula bersiaran.

Bukan mahu menyebelahi kumpulan yang dianggotai oleh Yus dan Taukeh itu tetapi Ahmad Idham merasakan kumpulan Jambu paling konsisten saban minggu.

“Ini membuktikan mereka menerima segala apa yang diperkatakan kami. Daripada situ, mereka belajar lalu memperbaiki segala kelemahan. Buktinya, mereka pernah berada di tangga pertama pada minggu komedi senyap di mana pencapaian itu jarang mereka perolehi.

“Setiap peserta harus sedar bahawa golongan remaja adalah mereka yang paling banyak menyumbang ke arah undian secara SMS dan merupakan penonton setia Maharaja Lawak.

“Untuk itu, mereka harus persembahkan lawak jenaka yang dapat diterima dengan baik oleh semua golongan agar mereka faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh peserta,” kata Ahmad Idham yang pernah dinobatkan sebagai Pengarah Harapan pada Festival Filem Malaysia Ke-16 (2003) menerusi filem Mr. Cinderella itu lagi.

Imuniti tetap digunakan

HANYA tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi sebelum Maharaja Lawak melabuhkan tirainya. Untuk itu, ada yang mula mempersoalkan perihal imuniti yang nampaknya masih disimpan kemas oleh juri.

Menjawab soalan itu, Saiful Apek menjelaskan imuniti itu akan tetap digunakan oleh juri Maharaja Lawak tetapi ia adalah untuk mereka yang benar-benar layak sahaja.

“Seperti mana yang kita dapat lihat minggu lalu apabila Nabil berada di kedudukan tiga yang tercorot. Sesungguhnya ia memang mengejutkan kerana sebelum ini Nabil tidak pernah berada dalam kelompok itu.

“Kami tidak mahu memberikan imuniti itu kepada mana-mana peserta tetapi biarlah mereka yang layak

mendapat kelebihan itu,” kata Saiful membuka bicaranya.

Untuk pengetahuan, bukan mudah sebenarnya untuk Astro memujuk Saiful menerima tawaran menjadi juri Maharaja Lawak.

Selepas berfikir semasak-masaknya dan mengenangkan hampir kesemua peserta yang bertanding sudah diibaratkan seperti adik-adiknya, barulah Saiful terbuka hati menerimanya.

“Sebenarnya, sejak dari Raja Lawak musim pertama, Astro sudah menawarkan peluang untuk menjadi juri tetapi saya menolaknya dengan alasan mahu memberi peluang itu kepada mereka yang lebih layak untuk menduduki kerusi itu.

“Tetapi, selepas melihat Maharaja Lawak yang dibarisi oleh peserta yang memiliki pengalaman, barulah saya menerimanya kerana percaya dengan kemampuan setiap peserta.

“Kritikan saya kepada setiap peserta pun lebih kepada seperti nasihat seorang abang kepada adiknya agar ia kelihatan lebih intim.

“Alhamdulillah, setakat ini saya lihat semuanya sudah menunjukkan peningkatan tetapi ada juga yang masih lagi perlu bekerja keras untuk mencapai tahap tertinggi,” jelas nya

Dalam hal ini kata Saiful, memang tidak dinafikan ada peserta yang memiliki sokongan padu daripada peminat mereka sehinggakan mereka muncul di atas pentas sahaja sudah mampu membuatkan peminat ketawa.

Ujarnya lagi, walaupun terdapat kelebihan seperti itu, namun, peserta juga seharusnya memikirkan kualiti kandungan persembahan mereka bagi membuktikan mereka bukan sekadar membuat lawak jenaka kosong semata-mata.

“Kalau kita lihat dari awal Maharaja Lawak, ada yang sudah meramalkan beberapa nama yang dengan mudah menjadi juara. Tetapi, lama-kelamaan trend itu sudah berubah apabila penonton kini sudah semakin bijak menilai.

“Mereka harus sedar bahawa hanya akan ada satu sahaja Maharaja Lawak dan berkemungkinan besar ia tidak akan diwujudkan lagi selepas ini. Kalau ada sekali pun, barangkali ia akan mengambil masa yang lama.

“Jadi, gunakanlah peluang ini sebaik mungkin bagi membuktikan bahawa anda sebenarnya adalah pelawak yang memiliki kualiti tinggi untuk pergi jauh dalam industri,” ujarnya dalam nada serius.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 11:17 AM | Show all posts
abe mael yg dirindui telah kembali....
Tashu Post at 28-5-2011 06:58


mcm tau2 je jzn sume rindu kt abang mael {:2_72:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2011 11:18 AM | Show all posts
part mael cakap tamel tu........ tu yg xleh blah tu.........
Tashu Post at 28-5-2011 07:00



   pudi palen ...(xreti nk sebut)xn3 tetibe jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 11:19 AM | Show all posts
khen tulah keistimewaan papa......saleem dah tiru, usop selam, jamal abdolah, nie mamat sulit la ...
Tashu Post at 28-5-2011 07:06



   ning baizura pastu jijan jadi fasha nk sandar
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 11:33 AM | Show all posts
yg ning baizura tu bila ek...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 11:42 AM | Show all posts
salam JOZANNURSE

semalam persembahan JOZAN jer yg terbaekkk... sebagai maharaja lawak... mereka kena lebih lawak dr pelawak jemputan... bukan mereka yg ketawa bila pelawak jemputan buat lawak... pelawak jemputan yg over shadow peserta.. ape cerita... hu3 so lu pikirla sendiri...jozan x tenggelam pn pd pelawak jemputan.. ni la br betul dikatakan maharaja lawak.. kanchana tu mcm x wujud jer smlm kn... tp iols rimasla tgk kachana tu smlm... asyik nk pegang2 papa je... tgk papa pn x selesa n rimas juga... apepn JOZAN mmg the best among the best!!! luv u la JOZAN n of coz... pd sume JOZANNURSE yg x berhenti2 menyokong mereka.. ape yg penting kita teruskn mengundi.. type ML20 JOZAN dan hntrkn ke 32999
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.159537 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list