CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: oddxx

FAN CLUB SHAHZ JASZLE & FAEZAH ELAI (SJFE)

[Copy link]
Post time 5-6-2011 11:33 PM | Show all posts
jwb gak dia..huhuu

Shahz tak rasa bersalah

AKTOR ShahzJaszle menerima pelawaan Gambit untuk berlakon dalam klip Prema kerana faktor persahabatan dan peluang. Ujar Shahz, mungkin kerana kemunculannya, masyarakat jadi kecoh dengan aksi-aksi dalam klip video tersebut.

MINGGU ini nama Prema Yin, Shahz Jaszle dan Gambit Saifullah meniti di bibir para peminat seni tempatan. Ia gara-gara klip video lagu Marilah nyanyian Prema.

Aksi kurang enak dan separuh porno yang ditonjolkan dalam klip video itu memang tidak difahami motifnya.

Hendak dikatakan ada sentuhan seni, jauhlah sekali. Yang jelas ia seperti sebuah karya tangkap muat atau mungkin strategi pemasaran murahan.

Gambit Saifullah selaku pengarah drama ini berkata, klip video itu dibuat untuk pasaran antarabangsa dan bukan tempatan.

Namun, klip video itu sudah dimuat naik ke laman Youtube dan boleh ditonton oleh khalayak Malaysia. Dalam masa beberapa hari diletakkan di laman tersebut, klip Marilah telah ditonton sebanyak lebih 100,000 kali.

Sensasi Bintang bertanyakan pembawa karakter ‘suami’ dalam klip video tersebut, Shahz. Kata lelaki itu, dia melakonkan watak suami kepada Prema dan rumah tangga mereka sedang bergolak.

Bagaimanapun, khalayak tidak dapat menerima keintiman suami isteri seperti itu dipertontonkan dalam sebuah klip video.

Kenapa anda sanggup terima tawaran berlakon dalam klip video tersebut?

Pertama kerana saya mengenali Gambit. Saya membantunya dengan menerima tawaran tersebut. Sebab kedua kerana Gambit memberitahu saya bahawa klip ini adalah untuk tujuan pasaran antarabangsa.

Saya beritahu dia, kalau pasaran kita memang tidak lepas klip sebegini. Saya rasa ini peluang yang baik untuk saya muncul di pasaran antarabangsa.

Pendapat anda sendiri tentang klip video tersebut?

Sejujurnya saya belum melihat hasil akhir klip video tersebut. Tetapi saya rasa okey. Bab kualiti saya tidak mahu komen panjang. Tapi Gambit telah melakukan yang terbaik sebagai pengarah.

Saya cuma melakonkan watak yang dimahukan oleh Gambit. Dia mahu A, saya bagi A dengan komitmen seratus peratus.

Anda tidak terfikir tentang sensitiviti masyarakat kita?

Bagi saya, orang Malaysia memang susah terima perkara sebegini walaupun sebenarnya adegan begitu juga ada dalam filem mahupun drama lain.

Saya cuma menjalankan kerja saya dan bukan pandai-pandai saya. Saya ikut jalan cerita yang dimahukan sebagai seorang suami.

Tidakkah rasa dimurahkan dengan hasil kerja tersebut?

Tidak. Jalan ceritanya okey, mungkin kekurangan dari sudut seni, efek juga kurang.

Tidak rasa berlebihan?

Saya tidak rasa berlebihan.

Sejauh mana anda mengenali Gambit?

Saya sudah kenal dia beberapa tahun lepas. Kami malah main futsal sama-sama.

Bagaimana bekerja dengan Prema dalam adegan sebegitu?

Klip video ini baru sahaja dibuat bulan lepas. Saya pertama kali mengenali Prema sewaktu penggambaran klip video ini. Dia naif dan baik. Tidak daring seperti dalam klip video tersebut.

Anda tahu klip video ini dikutuk hebat oleh masyarakat?

Inilah mentaliti orang Malaysia. Saya memang dengar dan baca banyak kutukan orang. Tapi saya ingin bertanya kepada yang mengutuk itu, adakah mereka berani dan bersedia untuk membuat sesuatu seperti klip video tersebut?

Saya tidak kisah kalau diberi nasihat tetapi ada juga carutan yang ditulis di laman blog dan web. Pada saya, kalau mereka mencarut, di mana akhlak baik mereka sebenarnya. Akhlak mereka juga tidak betul, mahu betulkan orang lain.

Gambit melakukan tugasan dia sebagai sutradara dan kenapa orang lain yang sibuk-sibuk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2011 11:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 12:09 AM | Show all posts
Usah mengejar artis kurang cerdik....

Katarsis Kualong
ISU klip video yang dihasilkan oleh Gambit Saifullah nampaknya menjadi bualan penting dalam industri hiburan minggu ini. Saya sendiri pun hairan bila video berkenaan dihasil kononnya dengan tujuan untuk pasaran Amerika Syarikat (seperti yang dikatakan oleh Gambit sendiri).

Hmmm, layak untuk ke Amerika ke dik? Tak apalah, sekurang-kurangnya Gambit ada cita-cita besar, walaupun terpaksa mengecewakan banyak hati masyarakat dalam negara yang lebih pentingkan maruah dan jati diri daripada populariti ini.

Barangkali sebab pengarah dan pelakon dalam klip video itu adalah orang baru, maka mereka mahu ‘memanaskan’ nama yang tak berapa hendak panas tu. Itu tanggapan saya.

Tapi tolonglah, Malaysia ni negara yang penuh dengan keunikan. Banyak benda lain yang boleh dibuat. Setakat menari ghairah depan ‘peti sejuk’, bukan setakat Amerika, negara Ghana pun tak nak pandanglah. (Baca isu ini lanjut dimuka surat 10 dan 11).

Kalau seni jadi ukuran, sikit pun saya tak nampak seni yang dibanggakan itu.

Selain itu, satu isu lagi yang saya kurang puas hati adalah mengenai sikap ‘main-main’ beberapa artis kita dalam laman sosial.

Sebelum ini Liyana Jasmay dan Fizz Fairuz yang membuat teman-teman media tak senang duduk apabila menghantar paparan mesej begitu personal di Facebook mereka.

Pengakuan mereka ‘bersayang’, ‘berdarling’ dan beberapa perkataan yang menggambarkan seolah mereka sedang asyik masyuk bercinta membuatkan banyak wartawan mencari.

Kalau bukan sebab kerja, saya pasti teman-teman wartawan bukan kuasa sangat pun hendak layan benda-benda tak mendatangkan faedah macam ini.

Tetapi akhirnya mereka memberitahu bahawa status itu hanya dengan tujuan suka-suka. Bukan bercinta pun, tetapi dibuat dengan tujuan untuk bergurau?

Alahai, cetek sungguh pemilihan cara bergurau artis zaman sekarang ya? Kalau tanya Amy Search, Awie, Jamal Abdillah, Datuk Sharifah Aini pun, mereka tentu menangis mengenangkan gelagat ‘adik-adik’ yang baru nak naik dalam industri yang sudah sekian lama mereka duduki ini.

Lagi satu, pasal Awal Ashaari yang cuba untuk bergurau dengan menukar status dirinya, juga di Facebook. Sebelum ini berstatus bujang, tetapi dua tiga hari lepas dia menulis sudah bertunang pula, tiba-tiba. Dan sekali lagi orang media kejar Awal pula nak tanya kesahihannya, dan jawapannya ‘saja, untuk suka-suka’.

Amboi, hidup-hidup Awal ‘tipu’ peminat dan media di laman FB sendiri. Boleh suka-suka pula ya, memang tidak bertanggungjawab.

Pada saya, laman FB sepatutnya digunakan oleh artis untuk hal dan tujuan yang baik-baik sajalah.

Tengok artis luar negara lain, macam mana dia guna FB untuk berkongsi benda baik-baik dengan peminat. Cerita tentang kerjaya, tentang keluarga dan hal-hal yang boleh beri manfaat saja. Mereka jauh sekali bergurau benda yang bukan-bukan dengan hasrat mahu naikkan saham.

Sebab itu mereka boleh maju sampai ke tua. Bukan popular sehari dua, sebabnya mereka menghargai orang lain disekeliling dan tak bersikap ‘bodoh sombong’.

Sebenarnya banyak juga artis lain yang mengangkat status pelik-pelik di laman sosial. Bergaduh pun ada juga dalam ruang yang boleh dibaca seluruh dunia tu. Mereka tak ada perasaan malu lagi dah.

Barangkali tujuan artis-artis mengangkat status pelik-pelik ini adalah untuk menguji sejauh mana media dan peminat akan tertipu dengan permainan mereka.

Kalau itu tujuannya, mereka memang sudah berjaya. Sekarang mungkin mereka boleh ketawa dengan sepuas-puas hatinya, silakan.

Tetapi selepas ketawa besar itu, tolonglah fikirkan semula apakah mereka puas hati kerana dapat ‘mempermain-mainkan’ orang lain? Apa yang mereka dapat dengan cara ‘gurauan’ yang tak berfaedah seperti ini? Apakah begini cara artis kita berfikir?

Media dan peminat pun bukannya bodoh sangat. Tetapi sebab yang melakukannya artis, baik ke buruk ke, kenalah beri perhatian juga walaupun dari awal sudah tahu akan kena ‘propa’.

Pada kesempatan ini juga, saya hendak juga berpesan pada rakan-rakan media yang lain. Tak payahlah nak sibuk kejar golongan artis yang guna taktik kurang cerdik macam ini lagi.

Jangan dilayan orang yang tak berapa cerdik sebab akhirnya kita pun jadi kurang cerdik. Biasanya orang macam ini saja nak dapat publisiti percuma.

Ada kawan saya kata, kalau artis yang sudah cukup populariti, cukup glamor, dia takkan buat benda sia-sia macam ini. Bila artis yang suam-suam kuku buat kerja takda faedah macam ni, kita tahulah sebab musababnya. Kalau bukan nak panaskan nama sendiri, untuk apa?

yang ni, x tau lah kenapa wartawan ni x puas hati artis suke main2 dgn status kat FB and msg2 syg kat twitter...suke hati diorang lah....klu diorang rapat dgn sumone, suke hati diorang lah nk bagi gelaran ape...pastu bile rasa ditipu nk ckp artist kurang cerdik!

yg artist otai x buat sume ni sbb dulu mana ada FB, twitter sume tu. ikut lah peredaran zaman wartawan oiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 12:12 AM | Show all posts
Reply 141# shalady

i suke jawapan SJ (bukan sbg fanatik ok). sbb dh diperhatikan, die matured dlm menangani masalah bile dilanda kontroversi. die x kan bercakap spi die btul2 ready and ada jawapan yg baik utk dijawab....

dlm mingguan malaysia pun jwpn die sgt matured dan bijak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 09:40 AM | Show all posts
tp lg suka jaw dia dlm mingguan malaysia..

yg jaw kat kosmo ni cam kureng sket rasanya....

tp masih leh di cover coz gambit nye statement lg dasyat..so org akan attack gambit  le..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 10:06 AM | Show all posts
Reply 145# shalady

Jawapan gambit tu sbnrnye ada betulnye, but maybe cara die jwb dgn emo n rs x puas hati npk mcm kurang bijak.
Kesian jugak kene attack. Bile x xplain, org request. Tp bile dh xplain nk komplen plak ngan jwpn org.
But yg die ckp psl moral tu, mmg bnyk lg movie melayu yg blh runtuhkan moral cth dlm botol dan citer2 tahyul yg lain.   
So, kite kn lah open minded sikit n tgk frm diff view.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-6-2011 03:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2011 03:19 PM | Show all posts
Untuk Fans yang nak tengok lakonan Shahz masa baru baru gak berlakon .... ni download links untuk drama

TARI TIRANA




Tirana ialah seorang gadis remaja dari Singapura yang bercinta dengan penyanyi pop terkenal di Singapura, Ash. Hubungan cinta mereka terputus disebabkan pengurus Ash, Vee yang mahukan Ash menumpukan perhatian pada kerjaya dan juga kerana ayah Tirana, Tajudin, mahukan Tirana mempunyai masa depan yang cemerlang dengan menjadi seorang peguam sepertinya. Percintaan mereka terputus membuatkan Tirana kecewa lalu membawa diri dan tidak mahu pergi ke London sebagaimana permintaan ayahnya.

Tajudin mempunyai agenda lain dengan menghantar Tirana ke London. Tajudin sebenarnya mahu jodohkan Tirana dengan Ryan. Tetapi tanpa pengetahuan Tajudin, Tirana telah berlaku jujur dengan Ryan dan menceritakan segalanya. Ryan yang bersimpati dengan konflik yang dihadapi Tirana membantunya termasuklah menguruskan urusan Tirana ke Kuala Lumpur, yang pastinya tidak diketahui langsung oleh Tajudin.

Tirana tinggal dengan datuknya Haji Mohsen, yang sudah lama tidak ditemui dan sejak itu episod baru kehidupan Tirana pun bermula. Tirana mendaftarkan dirinya di Universiti Lim Kok Wing dan semasa di sana bersama rakan karibnya, Tirana menyedari bahawa dia meminati tarian. Dia menyertai kumpulan tarian dan begitu teruja untuk menyertai kumpulan tarian yang diketuai oleh Chika yang akan memasuki pertandingan Tarian.

Malangnya, Chika tidak begitu sukakan Tirana dan memastikan Tirana tersingkir dengan cara terhormat. Mereka yang mengetahui niat buruk Chika sangat marah tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Sebenarnya Chika kurang senang dengan Tirana kerana merasakan Tirana mampu menyainginya dalam tarian dan kerana kekasih Chika, Neo kelihatan mesra bersama Tirana.

Sebagai gadis yang kuat semangat, Tirana masih tidak mengalah dan menubuhkan kumpulan tarian sendiri untuk sertai pertandingan tersebut. Pada masa yang sama, hubungan Chika dan Neo yang semakin dingin, menyebabkan Neo menghampiri Tirana. Gadis ini terus diuji sehinggalah ke hari pertandingan akhir tarian, Tirana tewas ke tangan Chika. Ketika hari pertandingan tersebut Tirana mendapat tahu mengenai satu perkara yang menyentap perasaanya.

Walaupun Tirana tewas, tetapi kumpulannya mendapat perhatian paling banyak dari pihak luar. Ash pula bila mengetahui Tirana masih ada di rantau ini, berhasrat mahu menebus kembali kesalahan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Tirana kemudian terbabit dalam hubungan cinta tiga segi di antara dia, Ash dan juga Neo. Siapa yang bakal Tirana pilih sebagai teman lelakinya? Chika pula tidak akan berdiam diri. Ryan pula sebenarnya memang mempunyai hati kepada Tirana. Bagaimanakah kesudahan kisah kehidupan Tirana ini? Mampukah dia mencipta nama sebagai penari dan apakah yang terjadi setelah bapanya mengetahui perkara sebenar? Sama-sama kita saksikan kesudahan Tari Tirana!

Oleh kerana byk sgt links saya sharekan websitenya

http://www.masyuk.com/download/drama-melayu/tari-tirana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2011 03:22 PM | Show all posts
tak habis lagi rupanya isu MV tu..

paling sedih bila ramai pula blogger yg dok tampal & join the grup kutuk2 bagai..

sadly some of the blogger memang saya kenal rapat...

personally sbg blogger saya berpendirian, tak perlu nak ikut grup yg buat n3 kontroversi mcm ni.. kalo semata2 nak UP kan trafik blog.. banyak lagi isu lain yg lebih bermanafaat utk di 'blog'kan.. kalo setakat nak ajak org lain join grup mengutuk & mengumpul dosa kering... cermin2 lah diri tu dulu...

tapi kan dalam depa dok kutuk2, tapi masih ade hati nak 'terkejar2' dengan drama lakonan Shahz... hampeh betul la fans yg macam ni.. talam dua muka...

apa2 pun sebagai penyokong & fans Shahz, will always harap SJ buat yang terbaik dan berani berdepan dengan apa juga situasi.. yer lah, bila nama dah naik ni, silap sikit jer, org akan mula nak 'gali' hal2 lain yg tak berkaitan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2011 03:29 PM | Show all posts
Reply 149# MutiaraBiru7


.....biasa laa ..lama lama senyap sendiri la tu ..silap peminat-peminat juga yang anggap artis ni idola ataupun role model,

kena paham laa pelakon kerjanya berlakon ..kadang-kadang jadik ustaz, kadang2 jadik anak derhaka ,kadang2 jadik miang ...itu periuk nasi mereka ...

dan kalau yg tukang kutuk boleh bagi duit bulan2 pada artis yg carik rezeki dgn cara mcm ni ..saya maafkan untuk kutuk
tapi kalau nak kutuk dan bila orang susah tak der duit nak survive tak buleh nak bantu ..lebih baik berdiam saja ... hina mulia dosa pahala kerja seseorang tu ..bukan ditangan kita nak menentukannya ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2011 03:41 PM | Show all posts
Ok ni Screenshots dr Trailer Filem Azura ...





















Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 04:21 PM | Show all posts
Thx odxxx for sharing...
Good job!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 06:39 PM | Show all posts
Reply 149# MutiaraBiru7

betul tu kak pearl, saya tgk ada yg mengaku peminat nombor satu lah. tapi kutuk die psl MV tu lebih...klu nk kritik boleh tp jgn lah kutuk...dah mamt ni periuk nasi die dgn berlakon, so apa je tawaran yg die dpt die kn lah buat kerje die betul2. takkan nk buat sambil lewa je sedangkan payment dh dpt....kene lh bagi yg setimpal barulah lah halal rezki tu....

for me, part Sofa tu dgn part Asmara lompat atas Zal sama je daring die..cume part sofa dlm MV tu "sensual" sikit je....part Asmara lompat atas Zal suke pulak...pelik betul manusia ni...senang je nk krtitik kesalahan org....


sepatutnya blogger2 tu, bagilah kata2 nasihat kat SJ, GS and Prema should be lain kali kene ada sensitiviti sikit. bukannya kutuk2 ngan kata2 kesat...bile artist kutuk n maki balik pandai pulak nk mintak permintaan maaf terbuka...


kadang2 saya rasa, blogger2 dan wartawan ni giving a hard time pada artist, sampai klu diorang nk berkarya mcm terhad sgt....and nk hidup normal pun sssh. isu2 kecik org suke perbesarkan...


Just my humble opinion...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 06:43 PM | Show all posts
Reply  MutiaraBiru7


dan kalau yg tukang kutuk boleh bagi duit bulan2 pada artis yg carik rezeki dgn cara mcm ni ..saya maafkan untuk kutuk
tapi kalau nak kutuk dan bila orang susah tak der duit nak survive tak buleh nak bantu ..lebih baik berdiam saja ... hina mulia dosa pahala kerja seseorang tu ..bukan ditangan kita nak menentukannya ..
oddxx Post at 6-6-2011 15:29


setuju sgt dgn ur opinion ni odxxx...org yg kutuk tu berlagak alim n baik sgt. diorang pun tgk berulan2 kali lepas tu nk ckp soal akhlak and moral bagai...kalau kita blum cukup baik n mulia x payah cari dosa tambahan cari kesalahan org....lebih baik bermuhasabah diri n perbaiki diri ke arah kebaikan. sekurang2nya dpt pahala....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 07:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by MutiaraBiru7 at 6-6-2011 19:04

sengal2 MD  di senja hari..





Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 07:08 PM | Show all posts
lagi...  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2011 07:25 PM | Show all posts
amboii, siap crossstitch...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 07:26 PM | Show all posts
something to share......i salute SJ ni, as young actor i think die pandai bawak diri...

Klip Video Addicted Berbaur Seks: Shahz Jaszle Hampa

KUALA LUMPUR, 6 JUN 2011: Pelakon, Shahz Jaszle, 23, akui berasa terkejut dan hampa setelah melihat hasil rakaman lakonannya di dalam klip video lagu Addicted yang dikatakan berbaur seks itu setelah ianya tersebar dengan begitu meluas di laman YouTube baru-baru ini.

Namun, dia sama sekali tidak menyangka bahawa klip video yang diarahkan oleh pelakon dan pengarah, Gambit Saifullah, 26, ini akan disiarkan di internet.

Klip video Addicted nyanyian Prema Yin itu turut dilakonkan bersama oleh Shahz Jaszle bersama penyanyi tersebut telah mengundang kemarahan segelintir masyarakat kerana dikatakan mengandungi unsur-unsur yang agak erotik sehingga ia menyentuh sensitiviti mereka.

"Sebenarnya saya pun tak tahu, bila klip video ini akan dimasukkan ke dalam laman YouTube. Saya dapat tahu perkara itu pun setelah diberitahu oleh rakan saya sendiri.Terus-terang, saya memang agak terkejut apabila melihat hasilnya yang sebegitu.

"Lagipun saya tahu aksi sebegitu pastinya mendapat tentangan daripada masyarakat di negara ini. Namun apakan daya, saya tak dapat berbuat apa-apa kerana tugas saya hanyalah seorang pelakon dan pada masa itu saya sudah pun menandatangani kontrak untuk menjayakan klip video pada waktu.

"Kalau saya tahu ianya akan jadi begini tidak mungkin saya akan terima. Tambahan pula, saya sendiri memang tidak selesa melakonkan adegan seperti itu," jelasnya yang ketika itu sedang menjalani pengambaran telemovie, Bila Mama Bukak Mulut untuk TV9.

Dalam klip terbabit, Shahz Jazle dan Prema Yin dilihat melakukan aksi hampir-hampir bercium, berpeluk serta melakukan adegan seperti sedang berada dalam keadaan berahi.

Shahz Jaszle juga beberapa kali telah memohon maaf kepada semua pihak terutama peminatnya jika lakonannya dalam klip video itu mengundang kemarahan dan rasa tidak senang di hati mereka.

"Apa-apa pun, saya tetap ingin mohon maaf kepada peminat saya jika ada di antara mereka yang tidak berpuas hati atau hampa dengan lakonan atau adegan saya dalam klip tersebut.

"Mungkin silap saya juga kerana hanya menerima tawaran itu tanpa tahu apa yang sepatutnya saya lakukan terlebih dahulu. Apa yang saya tahu, saya hanya diberitahu untuk melakukan adegan itu pun ketika berada di lokasi penggambaran.

"Tapi saya berjanji ianya tidak akan berlaku di masa hadapan. Saya akan lebih berhati-hati memilih skrip atau watak yang akan saya lakonkan selepas ini,"katanya kepada murai.com.my

Difahamkan, niat utama penghasilan klip video tersebut dihasilkan adalah untuk membantu menyiapkan profile penyanyi Prema Yin untuk pasaran di Amerika Syarikat.

Shahz bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut kerana baginya pihak yang sepatutnya menjelaskannya serta dipertangungjawabkan adalah pengarahnya sendiri iaitu Gambit.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 08:29 PM | Show all posts
something to share......i salute SJ ni, as young actor i think die pandai bawak diri...

Klip Vide ...
liltash85 Post at 6-6-2011 19:26



saya suka jawapan adikku ini.... berani meminta maaf & akui kesilapan.. & take lesson from this... bravo..  


terus kan berusaha dan buat yang terbaik utk job2 akan datang & kotakan kata2 yer dik.. pilih2 sikit job.. jaga nama baik..

I know u r a STAR... keep on shining..  
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 08:56 PM | Show all posts
something to share......i salute SJ ni, as young actor i think die pandai bawak diri...

Klip Vide ...
liltash85 Post at 6-6-2011 19:26
pandaiiiiiiiiiii............esje bg statement.......yesss...ai loikeeeeeee............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.061891 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list